Banjir Terengganu Langkah siap siaga pihak sekolah berjaya elak kerosakan lebih besar


Hulu Terengganu: Persediaan awal yang dilakukan pihak sekolah di Terengganu dapat menyelamatkan pelbagai barangan termasuk perabot dari di tenggelami banjir.

Pengarah Jabatan Pendidikan Terengganu, Shafruddin Ali Hussin berkata langkah itu sekaligus dapat mengurangkan kos dan peruntukan bagi proses membaik pulih sekolah yang ditimpa bencana.

“Pihak sekolah telah mengambil tindakan pro aktif.. apabila sahaja masuk musim tengkujuh iaitu pada bulan November dengan mengikat dan telah mengangkat perabot, peralatan elektrik dan sebagainya.

“Dokumen-dokumen rasmi dan dokumen-dokumen termasuk buku teks, di tempat yang lebih tinggi,” jelasnya.

Menurutnya lagi pada tahun ini pihaknya hanya memohon peruntukan sebanyak RM350,000 berbanding lebih RM5 juta pada tahun lalu.

Jumlah berkenaan termasuk untuk kerja-kerja membaik pulih sekolah yang di pukul ribut hingga menyebabkan kerosakan pada bahagian bimbung,siling serta pagar sekolah.

Jelasnya kira-kira lapan buah sekolah melibatkan daerah Dungun,Kemaman dan Hulu Terengganu yang terjejas akibat banjir baru-baru ini telah di selenggara secara berperingkat.



Source link

read more

BESAR KEMUNGKINAN ANWAR KENA KENCING!!!


Seperti mana yang dijelaskan sebelum ini, pencalonan Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri Pakatan Haprak itu tidak mengundang implikasi yang diharap – harapkan oleh mereka.

Sebaliknya, keputusan pucuk pimpinan Pakatan Haprak dan pengumuman yang dibuat sebelum ini lebih banyak mencetuskan konflik didalam parti gabungan pembangkang itu sendiri.

Khususnya buat PKR yang memang semua orang sedia maklum sedang berhadapan dengan konfik kepimpinan sejak wujudnya dua kem yang berkepentingan peribadi didalam parti itu.

Dalam masa yang sama, kebanyakkan Otai Reformasi 1998 masih lagi mengekalkan pendirian mereka yang hanya mahukan Si Ketua Penipu itu sebagai calon Perdana Menteri, bukannya Tun M.

Tetapi, buat masa ini, mereka terpaksa “Bersetuju Untuk Tidak Bersetuju” diatas keputusan yang dibuat sementara menunggu Si Ketua Penipu itu dari penjara sebelum diangkat menjadi PM.

Namun jika dilihat dari satu sudut, semua orang seolah – olah sudah tertipu. Pernahkah Pakatan mengumumkan sebarang perjanjian bertulis untuk mengesahkan pelantikan Si Ketua Penipu tu sebagai PM?

Ada ke tidak puak Pakatan Haprak tu mengumumkan tempoh masa untuk Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri Sementara? Berapa lama tempoh yang diberikan kepadanya untuk pegang jawatan tersebut?

Sebulan? 2 bulan? Setahun? Dua Tahun? Atau sehingga habis penggal yang akan datang? Itu yang menjadi bahan persoalan dikalangan rakyat, terutama buat pengikut PKR itu sendiri.

Kerana bagi mereka, Tun Mahathir ni seorang yang pemimpin Politik yang licik dan penuh dengan tipu muslihat. Maka tidak mustahil sekiranya Si Ketua Penipu dan pengikut – pengikut tegarkan akan dikencing oleh bekas Perdana Menteri itu buat sekian kalinya!!!



Source link

read more

Tiada Istilah “Abang Besar” Kata DAP! PAN Merayu-rayu Minta tambah kerusi Tapi diberi Amaran Keras!!


 

Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke baru-baru ini memberi jaminan tiada parti pembangkang yang akan mendominasi parti lain dalam Pakatan Harapan. Baca di sini. Kata Anthony Loke,

Dalam Pakatan Harapan tidak ada soal abang sulung atau pun adik bongsu, tak ada siapa yang lebih besar dalam Pakatan. Kami bukan BN 2.0. Dalam BN semua tahu parti paling dominan adalah UMNO, kita tak berniat meniru pendekatan BN.

Hari ini, apabila parti PAN memperbesarkan isu pembahagian kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) akan datang, Setiausaha Agong Parti DAP sudah memberi amaran. Kata Joseph Lim Guan Eng, dipetik Berita Harian, di sini,

Macam mana saya nak jawab soalan ini pun saya tak tahu kerana tidak tahu soalan berpunca dari mana, cakap macam mana nak tuntut. Ini kita sudah umumkan dan itulah struktur pembahagian. Justeru, jangan cuba tokok tambah. Apa yang penting kita mara ke hadapan dengan suatu strategi jelas.

Taukeh sudah marah, khadam ikut sajalah. Kesian PAN di anak tirikan sedangkan mereka lah paling banyak berkorban sehingga sanggup derhaka pada Tok Guru dan Ulamak PAS hanya kerana kuasa. Mungkin ini balasan Allah SWT di dunia.



Source link

read more

Tuntutan palsu Bekas pengurus besar kanan MAHB didenda RM46800


SHAH ALAM: Bekas Pengurus Besar Kanan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) yang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengaku bersalah atas tiga pertuduhan mengemukakan tuntutan palsu berjumlah RM15,580 untuk rawatan kecantikan di Mahkamah Sesyen Shah Alam, hari ini.

Hakim Tuan Adli Abd. Ghalib memutuskan agar tertuduh, Md. Shamsuri Md. Isa, 42, dikenakan hukuman denda sebanyak RM46,800 bagi kesemua pertuduhan tersebut.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 415 Kanun Keseksaan, dan boleh dihukum mengikut Seksyen 417 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Mengikut pertuduhan pertama hingga ketiga, Md. Shamsuri didakwa telah menggunakan tiga dokumen Card Credit Detail Form yang mengandungi butiran palsu iaitu pengesahan penggunaan kad kredit bagi tujuan rasmi MAHB sedangkan ia digunakan untuk tujuan peribadi merupakan rawatan kecantikan di sebuah klinik.

Tuntutan tersebut masing-masing berjumlah RM2,000, RM3,800, RM3,980 dan RM5,800.

Kesalahan itu didakwa dilakukan antara 1 Mac hingga 19 Julai 2016 di Pejabat Korporat MAHB, Sepang.

Md. Shamsuri diwakili peguam Cheow Wee.

Bagi pihak SPRM, kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Nur Laila Mohamed Nazil, Abdul Rashid Sulaiman dan Muhamad Atif Abdullah.



Source link

read more

Mangsa banjir terus meningkat ekoran air pasang besar – Nahas & Bencana


KUANTAN 4 Jan. – Fenomena air pasang besar kira-kira pukul 11 malam tadi dan keadaan cuaca yang tidak banyak berubah menyebabkan jumlah mangsa banjir dipindahkan di negeri ini meningkat kepada 7,035 orang daripada 1,968 keluarga pagi ini.

Sehingga pukul 8 pagi ini, sebanyak 43 pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di empat daerah iaitu Kuantan (24 PPS), Rompin (sembilan PPS), Maran (tiga PPS), Pekan dan Jerantut (masing-masing tiga PPS) serta satu PPS di Lipis.


Menurut portal info bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), bagi daerah ini, seramai 5,522 mangsa banjir dipindahkan melibatkan 1,584 keluarga.

“Antara pusat pemindahan di daerah ini ialah di Dewan Orang Ramai Kampung Sri Damai, Dewan Wawasan JPS Kemunting, Balai Raya Kampung Paya Bungor, Sekolah Kebangsaan (SK) Fakeh Abd. Samad, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Gudang Rasau, SMK Sungai Lembing, SK Kampung Padang, SMK Pandan dan Balai Raya Kampung Pahang.

“Bagi daerah Rompin pula, seramai 665 mangsa dipindahkan membabitkan 178 keluarga,” kata portal berkenaan.

Sementara itu, lapan buah sekolah lagi ditutup hari ini iaitu SMK Pandan, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chung Ching, SK Jaya Gading, SMK Paya Besar, SMK Gudang Rasau, SMK Tanah Putih, SJKC Yoke Shian dan SJKC Tanah Tas.- UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Air pasang besar Penduduk panik paras air meningkat mendadak



KEMAMAN: Hujan lebat di Hulu Terengganu semalaman menyebabkan kawasan muara sungai di Kemaman, Terengganu mula dilanda banjir awal pagi Khamis.

Fenomena air pasang besar memburukkan lagi keadaan apabila banyak penempatan penduduk di muara sungai berkenaan mula ditenggelami air.

Setakat ini, kawasan yang terjejas adalah Kampung Pulau Tempurung, Kampung Tanjung Bukit Mentok, Kampung Pengkalan Pandan, Kampung Bakau Tinggi dan Kampung Paman.

Tinjauan di Kampung Pulau Tempurung mendapati kawasan berkenaan ditenggelami air sehingga satu meter.

Peningkatan paras air secara mendadak mengejutkan penduduk yang tidak menjangka kawasan itu akan dilanda banjir kerana cuaca di kawasan berkenaan baik pada sebelah petang.

Menurut seorang penduduk Mustafa Choya, ramai penduduk panik dengan paras air yang meningkat dengan pantas kerana tiada persiapan berpindah dibuat sebelum itu.

“Cuaca nampak baik petang tadi, tapi hujan mula lebat sejak 8 malam. Masa itu air naik mendadak. Kami tidak sempat buat persiapan kerana tidak menjangka akan banjir.

“Saya tidak tahu ke mana hendak pindah ini. Masih kelam kabut lagi hendak berkemas barang serta menyimpan di tempat yang lebih tinggi,” katanya di sini, malam tadi.

Nada sama disuarakan seorang lagi penduduk, Maryati Ermin kerana terkejut dengan peningkatan paras air yang begitu pantas sehingga tidak sempat memindahkan barangan rumah.

“Hujan rasanya tidaklah lebat sangat tapi yang terkejutnya airnya meningkat dengan mendadak dan parasnya dalam pulak itu.”

“Sambil berkemas barang pun, air telah melimpah masuk dalam rumah. Memang terkejut betul tengok keadaan banjir kali ini,” katanya.

Sehingga dua pagi khamis , seramai 192 mangsa dari 45 keluarga dipindahkan ke 10 pusat pemindahan.

Enam pusat pemindahan baru yang diaktifkan adalah Surau Pulau Kampung Tempurung, Dewan Orang Ramai Batu 14, Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Mentok, SK Chukai, Masjid Kampung Batu 16 dan Masjid Kampung Batu 14.



Source link

read more

Saya punya lagi besar dan berfungsi- Trump tempelak Kim Jong Un



WASHINGTON: “Butang nuklear milik  saya lebih besar dan lebih baik daripada butang nuklear kamu!”

Itulah mesej dari Presiden Donald Trump kepada Korea Utara Kim Jong Un pada Selasa.

Trump menulis tweet sebagai balasan kepada pengisytiharan Kim pada awal minggu ini bahawa dia mempunyai butang untuk senjata nuklear di atas meja dan seluruh tanah besar AS dan begitu hampir dengan jarinya.

BACA: Amerika jangan main-main, jari saya sentiasa dekat dengan butang nuklear – Kim Jong Un

Ternyata kenyataan Kim itu sangat memberi kesan kepada Presiden Amerika Syarikat itu sehingga terpanggil untuk membalasnya.

Dalam entri itu juga Trump bertanya sama apakah ada seseorang dari rejim kekurangan makanan dan lemah seperti Kim boleh memaklumkan kepadanya bahawa dia juga mempunyai butang nuklear.

Apa yang penting kata Trump butang nuklear miliknya masih berfungsi!



Source link

read more

Rasuah Bekas pengurus besar anak syarikat TNB dipenjara



KUALA LUMPUR: Seorang bekas pengurus besar anak syarikat Tenaga Nasional Berhad (TNB) pada Khamis dihukum penjara enam tahun dan denda RM5.4 juta oleh Mahkamah Sesyen di sini, selepas didapati bersalah atas lapan pertuduhan menerima rasuah melebihi RM1 juta termasuk sebuah kereta mewah, BMW, empat tahun lalu.

Hakim Azura Alwi menjatuhkan hukuman itu terhadap Dr Shahanom Uthman, 53, yang merupakan bekas Pengurus Besar (Bahagian Projek dan Servis) Malaysia Transfomer Manufacturing Sdn Bhd (MTM) dan dia akan dipenjara 26 tahun sekiranya gagal membayar denda tersebut.

Azura turut membenarkan permohonan tertuduh untuk menggantung perlaksanaan hukuman penjara sementara menunggu rayuan, bagaimanapun denda keseluruhan perlu dibayar selewat-lewatnya pada 22 Jan tahun depan.

Hakim itu berkata mahkamah tidak mempercayai keterangan pembelaan tertuduh kerana keterangannya tidak konsisten dan hanya penafian semata-mata.

Bagi setiap pertuduhan tersebut, Shahanom dihukum penjara antara dua dan enam tahun serta didenda antara RM75,000 dan RM1.65 juta, dan kesemua hukuman itu diperintahkan berjalan serentak dan jika gagal membayar denda, dia akan dipenjarakan 26 tahun.

Mahkamah turut memerintahkan agar barangan peribadi seperti kereta mewah, cincin, beg tangan dan jam tangan jenama Tag Heuer dilucutkan hak dan diserahkan kepada kerajaan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa menerima wang tunai RM940,000 dan sebuah kereta BMW bernilai RM140,000 daripada Pengarah Syarikat Bina Mekar Sdn Bhd, Ahsan Sabri Pang Abdullah dan pekerja syarikat tersebut, Te Boon Chun sebagai upah agar memberi diskaun kepada timbangan berat tembaga yang belum diproses.

Shahanom dituduh melakukan kesalahan tersebut di lima lokasi tempat letak kereta iaitu di bangunan Starhill Gallery, KL Festival City, Restoran Stadium Negara, Restoran ZK Al-Azmi Garden dan di pejabat Bina Mekar antara 11.30 pagi dan 9 malam, antara 5 Dis 2013 dan 18 Dis 2014.

Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Norzilati Izhani, manakala tertuduh diwakili peguam Muhammad Rafique Rashid Ali dan Fahmi Abd Moin.

Fahmi memberitahu media bahawa pihaknya akan memfailkan rayuan di Mahkamah Tinggi di sini, terhadap keputusan itu. — Bernama



Source link

read more

Fenomena air pasang besar Nak tidur pun risau keluh penduduk kampung



KEMAMAN: Fenomena air pasang besar yang melanda Kampung Geliga Baru di Kemaman disifatkan penduduk  sebagai yang terburuk pernah dialami mereka.

Kejadian itu telah menyebabkan sebahagian rumah mereka musnah dan juga kerosakan kepada peralatan elektrik dan perabot.

Selain itu, ombak besar tersebut turut membawa timbunan pasir sehingga ke dalam kediaman penduduk yang rata-rata bekerja sebagai nelayan.

Suri rumah Hashimah Othman berkata, disebabkan kerisauan tersebut, dia dan keluarga sentiasa berjaga-jaga ketika musim ini.

“Nasib baik ketika ombak melanda ada jiran tetangga membantu mengangkat perkakas dalam rumah seperti mesin basuh dan peti ais.

“Kami di sini nak tidur pun risau kerana ombak terlalu tinggi,” katanya.

Kebimbangan Hashimah turut dikongsi penduduk kampung lain yang juga mendakwa benteng pemecah ombak yang dibina beberapa tahun lalu di perkampungan bersebelahan mereka turut menyumbang kepada faktor utama ombak membadai kampung mereka.

Oleh itu, para penduduk berharap tindakan segera dapat diambil bagi menyelamatkan kampung mereka yang semakin lenyap ditelan hakisan dan ombak besar setiap tahun.

Sebelum ini, puluhan keluarga di kawasan berkenaan telah dipindahkan dan diberikan penempatan baharu oleh kerajaan negeri selepas rumah mereka musnah dilanda ombak besar setiap tahun.



Source link

read more

Ombak besar semakin menghakis Cacar Pantai – Nasional


DUNGUN 18 Dis. – Seramai 12 keluarga di Kampung Cacar Pantai, Kuala Paka kini diburu keresahan setelah air pasang dengan ombak besar yang mula melanda malam tadi mengakibatkan hakisan yang teruk dan semakin menghampiri kediaman mereka.

Kejadian yang berlaku sekitar pukul 9.30 malam turut memusnahkan sebuah rumah, dan memaksa sebilangan keluarga bermalam di rumah saudara mara kerana bimbang kediaman mereka akan turut menyusul.

Tinjauan di kawasan sekitar hari ini mendapati benteng penahan ombak yang dibuat pada tahun lepas sudah runtuh, dan kediaman penduduk kian terdedah, malah akan menjadi mangsa jika fenomena itu berterusan dalam sehari dua lagi.

Bagi Yusuf Abdullah, 42, ombak besar yang berlaku semalam telah menyebabkan rumah pusaka yang didiami sejak 40 tahun dahulu musnah, dan kemungkinan tapaknya akan hilang ditelan laut.

“Memang sedih bila tengok rumah yang kami duduk dari kecil dan kawasan sekitar yang pernah jadi tempat permainan sudah hampir tiada,” ujar nelayan itu.

Bagi seorang lagi penduduk, Zulin Mohammad, 42, kejadian malam tadi cukup menakutkan dia dan isteri, Hazura Alias, 34, yang menyebabkan mereka bergegas mendapatkan perlindungan di rumah bapanya tidak jauh dari rumahnya.

Menurutnya, dia sekeluarga terpaksa menanggung masalah yang sama setiap tahun dan bimbang sekiranya sesuatu terjadi terhadap rumahnya dan keluarga namun setakat ini dia tidak ada pilihan untuk berpindah. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons