20 darjah Celsius bukan luar biasa – MetMalaysia


81450150032_HeavyRainMO, 12/1/2018, KUALA LUMPUR – Aplikasi ramalan cuaca Malaysia, Met Office, baru-baru ini telah memaparkan cuaca di Lembah Klang turun sekitar 22 darjah Celsius.

Adakah ini bermakna Malaysia bakal dilanda cuaca sejuk yang melampau?

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) bagaimanapun menafikan ramalan tersebut.

Menurut Ketua Pengarahnya, Alui Bahari, cuaca di sebelah utara Semenanjung Malaysia memang agak sejuk memandangkan berlakunya hujan berterusan sejak Khamis.

Beliau menjangkakan cuaca mungkin boleh mencecah 20 darjah Celsius pada waktu subuh pada Jumaat (12 Jan), namun akan kembali kepada suhu biasa keesokan harinya.

“Pada masa ini, cuaca memang agak sejuk di sebelah utara Semenanjung kerana berlakunya hujan berterusan pada hari ini (Khamis) dan hujan ini dijangka akan berterusan sehingga tengah malam.

“Dan esok (Jumaat), kami jangkakan suhu akan kembali seperti biasa,” katanya kepada Astro AWANI.

Tambah Alui, penurunan suhu hingga ke 20 darjah Celsius bukan sesuatu yang luar biasa.

Malah, jelas beliau, cuaca pernah mencecah 15.7 darjah Celsius pada beberapa tahun yang lepas.

“Pernah berlaku beberapa tahun lalu di Perlis, Kedah dan Kuala Krai, Kelantan di mana suhu menurun kepada 18 darjah Celsius disebabkan oleh tiupan angin dari utara.

“Lazimnya, ia berlaku pada bulan Januari dan bulan Februari di mana angin Timur Laut bertiup,” jelas beliau lagi.

Berikut merupakan suhu kawasan yang pernah mencatatkan suhu terendah pada 2014:

3 Februari 2014
Kota Bharu, Kelantan: 17.8°C
Gong Kedak, Terengganu: 17.6°C
Kuala Krai, Kelantan: 15.7°C

4 Februari 2014
Chuping, Perlis: 16.1°C
Butterworth, P. Pinang: 19.0°C
Kuala Kangsar, Perak: 17.2°C

 

-Astro AWANI



Source link

read more

20 darjah Celsius bukan luar biasa – MetMalaysia


KUALA LUMPUR: Aplikasi ramalan cuaca Malaysia, Met Office, baru-baru ini telah memaparkan cuaca di Lembah Klang turun sekitar 22 darjah Celsius.

Adakah ini bermakna Malaysia bakal dilanda cuaca sejuk yang melampau?

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) bagaimanapun menafikan ramalan tersebut.

Menurut Ketua Pengarahnya, Alui Bahari, cuaca di sebelah utara Semenanjung Malaysia memang agak sejuk memandangkan berlakunya hujan berterusan sejak Khamis.

BACA: Kompilasi ekstrem: Cuaca dunia semakin aneh dan tidak menentu

Beliau menjangkakan cuaca mungkin boleh mencecah 20 darjah Celsius pada waktu subuh pada Jumaat (12 Jan), namun akan kembali kepada suhu biasa keesokan harinya.

“Pada masa ini, cuaca memang agak sejuk di sebelah utara Semenanjung kerana berlakunya hujan berterusan pada hari ini (Khamis) dan hujan ini dijangka akan berterusan sehingga tengah malam.

“Dan esok (Jumaat), kami jangkakan suhu akan kembali seperti biasa,” katanya kepada Astro AWANI.

Tambah Alui, penurunan suhu hingga ke 20 darjah Celsius bukan sesuatu yang luar biasa.

Malah, jelas beliau, cuaca pernah mencecah 15.7 darjah Celsius pada beberapa tahun yang lepas.

“Pernah berlaku beberapa tahun lalu di Perlis, Kedah dan Kuala Krai, Kelantan di mana suhu menurun kepada 18 darjah Celsius disebabkan oleh tiupan angin dari utara.

“Lazimnya, ia berlaku pada bulan Januari dan bulan Februari di mana angin Timur Laut bertiup,” jelas beliau lagi.

Berikut merupakan suhu kawasan yang pernah mencatatkan suhu terendah pada 2014:

3 Februari 2014
Kota Bharu, Kelantan: 17.8°C
Gong Kedak, Terengganu: 17.6°C
Kuala Krai, Kelantan: 15.7°C

4 Februari 2014
Chuping, Perlis: 16.1°C
Butterworth, P. Pinang: 19.0°C
Kuala Kangsar, Perak: 17.2°C



Source link

read more

Perhimpunan Teguh MCA-GERAKAN cetus momentum luar biasa


KUALA LUMPUR  – Perhimpunan Teguh Bersama MCA-GERAKAN pertama kali dalam sejarah Malaysia bakal cetus momentum luar biasa dalam Pilihan Raya Umum ke-14.

Perhimpunan yang berlangsung di Dewan San Choon, Wisma MCA itu dihadiri ribuan ahli MCA dan Gerakan yang merupakan parti komponen Barisan Nasional (BN).

Kedua-dua presiden parti, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Datuk Mah Siew Keong hadir pada perhimpunan yang julung-julung kali diadakan itu.

Laporan lanjut menyusul. – theRakyat



Source link

read more

Tiada yang luar biasa tentang Wawasan 2020


Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr. Mahathir Mohamad semalam menuduh kononnya konsep Transformasi Nasional (TN50) diciplak daripada Wawasan 2020, tapi pada hakikatnya konsep Wawasan 2020 itu sendiri adalah ciplakan dua agenda besar negara sebelumnya, iaitu Rukun Negara dan Dasar Ekonomi Baru (DEB).

Semuapun tahu bahawa daripada segi sejarahnya, Rukun Negara dan DEB diwujudkan selepas tragedi 13 Mei 1969 yang teras utama matlamatnya adalah untuk mewujudkan kestabilan negara, ketenteraman awam dan menyusun semula masyarakat, termasuk daripada segi ekonomi rakyat berbilang kaum.

Tidak ada boleh dianggap luar biasa sebenarnya dalam konsep Wawasan 2020 yang dimulakan oleh pentadbiran Tun Mahathir pada 1991 itu, melainkan sekadar pelengkap kepada hasrat Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) memperkenalkan Rukun Negara pada 31 Ogos 1970 dan DEB selepasnya.

Malah kemungkinan konsep Wawasan 2020 itu lahir dari kotak minda para penasihat Tun Mahathir yang 20 tahun sebelumnya turut terlibat memikirkan konsep Rukun Negara dan DEB.

Cubalah bandingkan sembilan matlamat Wawasan 2020 Tun Mahathir dengan semangat dan ikrar Rukun Negara. Malah wawasan ekonominya juga hanya sekadar kesinambungan dan penambahbaikan terhadap matlamat yang ingin dicapai melalui DEB.

Konsep Wawasan 2020 hampir sama dengan Rukun Negara dan DEB kerana tidak ada percambahan idea di kalangan pemikir di peringkat atasan. Konsep Wawasan 2020 adalah menyuapkan idea pihak atasan untuk dilaksanakan sehingga ke peringkat rakyat marhain atau ‘top down’.

Wawasan 2020 tidak punya perincian spesifikasi arah tujunya, lebih merupakan kenyataan umum yang sekadar memperkukuhkan semangat pencapaian Rukun Negara dan DEB. Hanya Tun Mahathir faham apa matlamat di sebalik konsep Wawasan 2020, satu wawasan ciplak yang hanya sedap dan muluk daripada segi bahasa, tetapi lompong daripada segi perincian dan kabur bagaimana ianya mahu dilaksanakan.

Apa yang berlaku selepas beberapa tahun wawasan itu dilaksanakan, segelintir konglomerat baru berjaya diwujudkan, yang hampir semuanya adalah kroni dan punya hubungan akrab dengan Tun Mahathir. Tak perlulah saya senaraikan nama-nama mereka di sini, kerana itu bukanlah rahsia umum lagi.

Sebaliknya dalam tempoh kira-kira 12 tahun selepas perlaksanaannya, pencapaian ketara Wawasan 2020 lain adalah jurang antara yang kaya dan miskin semakin melebar. Rakyat jelata terus berhadapan dengan ancaman kemelesetan ekonomi, khususnya bermula dari pertengahan 1990an, beberapa tahun selepas wawasan itu dilancarkan.

Sedar tidak sedar, kemelesetan teruk ekonomi negara berlaku sebanyak dua kali ketika Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri, masing-masing pada sekitar pertengahan 1980an dan 1990an.

Ketika tempoh kemelesetan inilah Tun Mahathir menyumbatkan sebegitu ramai individu ke dalam tahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), terutamanya dalam Operasi Lalang pada 1987.

Matlamat Wawasan 2020 untuk menyatupadukan kaum juga gagal dicapai atas faktor antara lain kerana wujudnya usaha negatif sepanjang zaman meniupkan api perkauman oleh DAP, parti rasis dan chauvenist yang kini Tun Mahathir sendiri jadikan kawan.

Tun Mahathir sepatutnya menunding jari kepada DAP jika dia merasakan bahawa Wawasan 2020 telah gagal. Berbanding dengan Wawasan 2020, TN50 mengumpulkan idea dari rakyat merentasi kaum, agama, budaya dan umur. Pendekatan ‘bottom up’ ini sudah pasti melahirkan idea akar umbi untuk dilaksanakan.

Adakah idea-idea rakyat jelata ini nak dikatakan sebagai ciplakan Wawasan 2020 sebagaimana tuduhan Tun Mahathir? Saya yakin bahawa matlamat yang mahu dicapai TN50 jauh lebih dinamik berbanding Wawasan 2020 yang diperkenalkan oleh Tun Mahathir. Malahan dalam beberapa segi, kejayaan yang telah dicapai oleh negara sejak sepuluh tahun lalu jauh merentasi Wawasan 2020 Tun Mahathir pada 1991.

Tidak perlulah Tun Mahathir mahu menunggu Pakatan Harapan menang dalam Pilihanraya Umum akan datang bagi menunjukkan cara untuk merealisasikan wawasannya yang tak seberapa itu. Lagipun tahun 2020 hanya tinggal dua tahun untuk tiba.

Entah apalah ‘magic’ yang ada dalam kepala bakal Perdana Menteri Pakatan Harapan ini. Adakah kita masih ingat sekitar tahun 1994 Tun Mahathir ada menanam amanatnya di satu lokasi sekitar ibunegara?

Surat amanat yang hanya Tun Mahathir tahu isi kandungannya itu hanya dibenarkan dibuka dan dibaca pada tahun 2020. Saya yakin bahawa amanatnya itu jauh terkebelakang berbanding apa yang telah dicapai oleh negara ketika ini. – theRakyat



Source link

read more

Pertukaran pegawai tadbir proses biasa – Ahmad Razif – Terengganu


KUALA TERENGGANU 31 Dis. – Pertukaran melibatkan 44 pegawai tadbir negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT) dalam rombakan terbaharu merupakan amalan biasa apabila berlaku persaraan wajib terutama apabila melibatkan kalangan para pegawai kanan negeri.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman berkata, berikutan persaraan mereka  hari ini, pengisian akan melibatkan  rantaian pergerakan ramai para pegawai yang bertukar dan sebahagiannya dinaikkan pangkat.

Beliau memberitahu, tiga pegawai bersara itu ialah Pengarah PTG negeri, Datuk Mohd. Akil Mat; Datuk Bandar Kuala Terengganu, Mohd. Zulkifli Abu Bakar dan Pegawai Daerah Kuala Terengganu, Datuk Mohd. Yasin Awang.

“Disebabkan tiga pegawai tertinggi ini mulai bersara berkuat kuasa hari ini maka berlaku rombakan dalam struktur pegawai tadbir negeri, dan kita harap perubahan ini dapat memberi satu kekuatan baharu kepada pentadbiran kerajaan negeri,” katanya.

Ahmad Razif menyatakan perkara itu kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Serah Tugas Pegawai Kanan Negeri dan Angkat Sumpah Pihak Berkuasa Tempatan Negeri di Wisma Darul Iman, di sini hari ini.

Pada 20 Disember lalu, Pejabat Setiausaha Kerajaan telah mengeluarkan arahan pertukaran melibatkan 44 pegawai tadbir itu.

Antara yang terlibat ialah Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu, Datuk Wan Mohd. Wan Ibrahim ditukarkan ke jawatan Pengarah Tanah dan Galian Terengganu dan jawatan lama beliau diganti oleh Pegawai Daerah / Pentadbiran Tanah Besut, Wan Ismail Sahaimi Wan Omar.

Pengurus Besar Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu, Samiun Salleh ditukarkan ke jawatan Datuk Bandar Kuala Terengganu manakala Pegawai Daerah / Pentadbiran Tanah Hulu Terengganu, Azmi Razik bertukar ke jawatan sama di Kuala Terengganu.

Pegawai Daerah / Pentadbiran Tanah Marang, Zainal Abidin Mohamed ditukarkan ke jawatan yang sama di Hulu Terengganu diikuti Yang Dipertua Majlis Perbandaran Dungun, Shahidan Embok ke jawatan Pegawai Daerah/Pentadbiran Tanah Besut.

Yang Dipertua Majlis Daerah Setiu, Mat Azmi Arshad beralih ke jawatan Pegawai Daerah dan Pentadbir Tanah Marang; Yang Dipertua Majlis Daerah Hulu Terengganu, Osman A. Bakar ke jawatan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Dungun; Timbalan Pengarah Tanah dan Galian Terengganu, Wan  Mohd. Anuar Wan Endut ditukarkan ke jawatan Yang Dipertua Majlis Daerah Hulu Terengganu.

Yang Dipertua Daerah Marang, Rozali Salleh bertukar ke jawatan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (YPUT) dan Setiausaha Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), Zulkafeli Omar ke jawatan Yang Dipertua Majlis Daerah Setiu.

Setiausaha Majlis Perbandaran Kemaman, Anuar Awang ke jawatan Yang Dipertua Majlis Daerah Marang dan Ketua Audit Dalam Pejabat Setiausaha Kerajaan, Wan Mohd. Zaki Wan Abdullah ditukarkan ke jawatan Setiausaha MBKT.

Ketua Penolong Pentadbir Tanah Hulu Terengganu, Ariffin Abdullah ke jawatan Ketua Penolong Pentadbir Tanah Kuala Nerus dan Setiausaha Majlis Perbandaran Dungun, Mohamad A. Rahman @ Othman ke jawatan Timbalan Pengarah Tanah dan Galian. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Kerajaan Abu Dhabi luar biasa hebat – Salman Khan



PELAKON Bollywood, Salman Khan menyifatkan kerajaan Abu Dhabi sebagai tulang belakang utama kepada kejayaan filem ‘Tiger Zinda Hai’.

Bukan sahaja itu, dia berbangga kerana peroleh pengalaman luar biasa ketika berada di Abu Dhabi selama 65 hari sepanjang pembikinan filem itu.

Seramai 300 krew terlibat dalam produksi Ali Abbas Zafar dan Aditya Chopra.

Abu Dhabi dipilih sebagai venue utama untuk salah satu babak dramatik berkenaan.

Salman, 51 tahun, yang ditemui media UAE dalam nada yakin memberitahu akan datang lagi ke Abu Dhabi untuk projek terbaharunya kelak.

‘Tiger Zinda Hai’ merupakan filem sekuel kepada ‘Ek Tha Tiger’ yang pernah pecah panggung pada 2012.

Sudah memulakan tayangannya di seluruh pawagam pada 21 Dis 2017, Salman digandingkan dengan heroin berbakat, Katrina Kaif.



Source link

read more

Menteri Tenaga Arab Saudi terima panggilan luar biasa



MENTERI Tenaga Arab Saudi mendakwa telefon bimbitnya tidak berhenti menerima panggilan dari pelabur asing yang mahu melabur.

Semuanya gara-gara pembentangan bajet 2018 Arab saudi yang disifatkan terbesar dalam sejarah.

Menurut Khalid Al Falih semua pemanggil adalah pelabur dari negara luar yang berminat untuk berkerjasama dengan perusahaan kecil dan sederhana di Arab Saudi.

Jelasnya kerajaan memperuntukkan AS$19.2 juta bagi merancakkan lagi sektor swasta khususnya perusahaan terbabit.

Bagi perbelanjaan keseluruhan untuk 2018, Arab Saudi menjangkakan perbelanjaan mencecah lebih SR1.1 trilion.

Tambahnya bagi menghargai sumbangan besar yang diberikan perusahaan kecil, Riyadh akan membantu sebanyak 400 syarikat tempatan untuk melangkah ke pasaran global melalui dana Tabung Pelaburan Awam.



Source link

read more

Thailand dilanda cuaca sejuk luar biasa



BANGKOK: Penduduk di wilayah utara, timur laut dan tengah Thailand, termasuk ibu kota Bangkok, kini terpaksa memakai pakaian lebih tebal berikutan cuaca sejuk melanda kawasan berkenaan.

Menurut Jabatan Meteorologi, cuaca sejuk itu berpunca daripada sistem tekanan tinggi yang kuat yang melanda wilayah timur laut hingga ke wilayah utara serta kawasan tanah pamah di bahagian tengah negara ini.

Sejak Ahad lepas hingga Selasa, sistem tekanan tinggi kuat dari China menyebabkan suhu di kawasan berkenaan turun antara 6 dan 8 darjah Celsius.

Suhu dijangka terus menurun antara 2 dan 3 darjah Celsius lagi apabila satu lagi gelombang angin sejuk dari utara Thailand bertiup ke bahagian tertentu negara ini mulai Rabu hingga Jumaat.

Penduduk di beberapa bahagian Bangkok mengalami cuaca lebih sejuk pada Rabu berbanding beberapa hari lepas apabila suhu jatuh kepada antara 14 dan 16 darjah Celsius pada awal pagi.

Para pelajar juga mengenakan pakaian musim sejuk ketika ke sekolah pada Rabu.

Suhu dijangka meningkat pada tengah hari dan petang sebelum turun ke paras bawah 20 darjah Celsius pada waktu malam.

Cuaca sejuk sekarang bukan sesuatu yang asing bagi Bangkok dan 11 juta penduduknya kerana mereka pernah mengalami cuaca paling sejuk berukuran 9.9 darjah Celsius pada Januari 1955 dan 10.5 darjah Celsius pada Disember 1975.

Di utara Thailand, cuaca sejuk lebih teruk dirasai terutama oleh mereka yang tinggal di kawasan tanah tinggi dengan suhu menjunam kepada bacaan satu angka dan sesetengah kawasan pergunungan dijangka diliputi fros kerana terlalu sejuk.

Di Taman Negara Doi Inthanon, Chiang Mai, paras suhu jatuh kepada -2 darjah Celcius pada Rabu, cuaca paling sejuk yang melanda pusat pelancongan itu tahun ini.

Bagaimanapun, cuaca sejuk sekarang dijangka tidak berlaku bagi tempoh yang panjang kerana menurut ramalan Jabatan Meteorologi, keadaan demikian akan berakhir pada Jumaat ini. — BERNAMA



Source link

read more

Kerajaan tidak mahu penyebaran berita palsu jadi fenomena biasa



KOTA KINABALU: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kerajaan tidak akan membiarkan fenomena penyebaran berita palsu dan fitnah menerusi media sosial di negara ini dilakukan sewenang-sewenangnya atas alasan kebebasan bersuara.

Timbalan Perdana Menteri berkata tindakan perlu diambil sebelum fenomena menyebar fitnah dan berita palsu berkenaan dianggap masyarakat sebagai perkara biasa atau lazim dalam kalangan rakyat negara ini.

“Kita tidak mahu apa yang sedang berlaku ini (penyebaran berita palsu dan fitnah) diterima kononnya sebagai kebebasan bersuara atas nama demokrasi. Memfitnah orang adalah suatu yang lazim, memburukkan orang adalah sesuatu perkara yang biasa…(dan) apabila (dapat buat seseorang itu marah) dianggap kejayaan.

“Apabila seseorang itu rasa dimalukan ia menjadi kebanggaan kepada mereka (pihak yang memalukan orang lain). Budaya ini semakin songsang. Perbuatan ini semboronoh. Jadi kita perlu ubah budaya itu,” katanya.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri, berkata demikian ketika berucap merasmikan Konvensyen Media Sosial UMNO Sabah di sini hari ini.

Hadir sama Ketua Menteri, Tan Sri Musa Aman, Setiausaha Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Yahya Hussin dan Pengerusi Biro IT UMNO, Datuk Ahmad Maslan.

Menurut Ahmad Zahid setakat September tahun ini, sebanyak 4,702 kes berkaitan isu fitnah, penyebaran berita palsu dan lain-lain kesalahan berkaitan media sosial telah dilaporkan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

Katanya, daripada jumlah berkenaan, 4003 kes sedang disiasat lanjut dan antara kes daripada jumlah yang disiasat lanjut itu, 60 kes berkaitan fitnah, 20 kes berita palsu dan 43 kes berkaitan dengan pemalsuan identiti.

Menurutnya, dari Januari hingga November tahun ini, pihak polis juga menerima 203 aduan berkaitan kesalahan media sosial dan tindakan sedang diambil terhadap laporan-laporan berkenaan.

Sementara itu, Ahmad Zahid juga mendedahkan bahawa Malaysia kini berada pada kedudukan keenam tertinggi di dunia dari segi penggunaan media sosial dengan kadar penggunaan 3.5 jam sehari bagi setiap individu dengan Argentina di tangga pertama.

— BERNAMA



Source link

read more

Teater Bilik bukan pementasan biasa budak sekolah



STATUS sebagai pelajar bukan alasan buat sekumpulan murid Sekolah Seni Malaysia (SSM) Johor tampil dengan produksi teater profesional untuk dipersembahkan kepada umum.

Bukan sekadar berlakon, pelajar dalam lingkungan umur 14 hingga 15 tahun ini turut terlibat dalam keseluruhan proses — daripada cetusan idea, pengarahan hinggalah kepada pengurusan produksi.

Pementasan teater “Bilik” menjadi wadah buat pelajar Sekolah Seni Malaysia Johor mengetengahkan kepakaran dalam produksi teater.

“Pementasan ini ialah wadah yang memberi peluang kepada pelajar untuk mengetengahkan dan mengembangkan bakat mereka di luar darjah,” kata jurulatih teater Nizam Yamin.

Kata Nizam lagi, tempoh cuti sekolah dimanfaatkan sepenuhnya untuk menimba pengalaman sebenar industri pementasan dan persembahan kreatif.

“Pementasan ini ialah pendedahan yang baik kerana pelajar dapat belajar cara mengarah pementasan di samping pengurusan teater dengan berurusan bersama pemain-pemain industri.” 

Menariknya, pelakon-pelakon cilik ini akan membawa watak individu yang lebih dewasa daripada mereka, lantas mencabar kebolehan diri.

Teater “Bilik” berkisar tentang isu-isu yang masih membelenggu masyarakat Melayu Islam seperti agama dan budaya.

Jelas Nizam, walaupun tema yang dibawa berat dan abstrak, penonton tidak perlu gusar kerana pementasan ini akan menyelitkan tema percintaan yang disaluti komedi agar mereka tidak cepat bosan.

Skrip teater “Bilik” merupakan karya Noor Effendy Ibrahim, penulis skrip tersohor dari Singapura, yang mementaskan naskhah ini buat pertama kali pada tahun 90-an.

“Bilik” mula dipentaskan hari ini hingga 17 Disember di Revolution Stage Bandar Utama.



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons