PAN CEMBURU BILA PAS NAK “MENGORAT” NURUL IZZAH!!! ~ SEMUT HITAM


Lebai oh lebai, cukup – cukup la perasan tak ketahuan hala. Memalukan sungguh!” Itu sindiran Angkatan Wanita PAN kepada PAS kerana mahu bertanding di Parlimen Lembah Pantai.

Menurut AWAN, keputusan yang dibuat oleh PAS itu sangat memalukan kerana parti itu baru pertama kali bertanding di kawasan tersebut dan calonnya pula baru setahun menjadi ahli.

“Kemudian mengaku banyak bantu jentera Parti Keadilan Rakyat (PKR) bertanding dulu. Kononnya nak `claim’ Parti Keadilan Rakyat (PKR) menang dulu pun sebab jentera PAS yang tolong buat kerja,” sindir AWAN dalam satu kenyataan di Facebook.

Semalam PAS membuat pengumuman bahawa mereka akan bertanding di kerusi Parlimen Lembah Pantai yang pada ketika ini disandang oleh Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar.

Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Lembah Pantai, Mohamad Kamzuri Mohd Fuad dipetik berkata, PAS buat pertama kali akan meletakkan calon di kerusi itu dalam Pilihan Raya Umum yang akan datang.

Menurutnya, PAS membuat keputusan itu kerana menganggap jentera parti itu banyak membantu PKR sewaktu Pilihan Raya Umum yang ke 13 untuk memenangi kerusi Lembah Pantai.

Dari satu sudut, kenyataan sindiran yang dikeluarkan oleh Angkatan Wanita PAN itu seolah – olah memperlihatkan bahawa diorang cemburu kerana PAS lebih berminat dengan Nurul Izzah dan tidak mengambil peduli terhadap mereka!!!




Source link

read more

Peter Davis pening bila anak jadikan kereta kanvas seni



Hujung minggu adalah untuk diluangkan bersama keluarga dan anak-anak namun apa yang terjadi kepada petinju Peter Davis ini sangat lucu.

Peter kelihatan pening dengan kerenah anaknya-anaknya apabila ditinggalkan selama hanya 10 minit, dan hampir separuh daripada kereta mewah jenis Audi miliknya dijadikan kanvas lukisan anak-anaknya.



Source link

read more

Pening kepala Peter Hugh Davis bila anak jadikan Audi putih kanvas seni



HUJUNG minggu merupakan waktu terbaik untuk diluangkan bersama keluarga dan anak-anak namun apa yang terjadi kepada petinju kacak Peter Hugh Davis ini boleh buat kepala pusing.

Mana tidaknya, baru tinggalkan 10 minit, hampir separuh daripada kereta mewah jenis Audi miliknya dijadikan kanvas lukisan anak-anaknya.

“Saya hanya tinggalkan 10 minit! Inilah hasil seni anak-anak saya,” tulisnya bersama tanda pagar (hashtag) #WhenYouLetKidsRunRiot, #HandPainting dan #Parenting101.

Foto Peter menepuk dahi sambil bercekak pinggang di sebelah kereta Audi putih yang dipenuhi lakaran pelbagai warna itu mengundang reaksi melucukan dalam kalangan netizen.

“Kita sepatutnya berbangga dengan bakat artistik mereka,” tulis @mohd_shazlan.

“Eh cool lah. Mereka sangat kreatif. Saya pun mahu juga,” tambah @uddzainuddin.

“Karya satu dalam sejuta,” tulis @aziph pula.

Peter yang bakal muncul dalam tiga buah filem tahun ini memiliki dua cahaya mata Preston, 8, dan Parker, 3.



Source link

read more

Firdaus sudah tampil Taj bila lagi



KUALA LUMPUR: Salah seorang daripada dua artis yang dipanggil polis bagi membantu siasatan dakwaan kes penyalahgunaan dadah oleh Datuk Farid Kamil sudah tampil memberi keterangan awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Shahurinain Jais berkata penyanyi yang juga pengarah dan penerbit pengiklanan, Ahmad Fairuz Ahmad Rosli, 47 tahun, yang juga dikenali sebagai Os atau Firdaus tampil memberi keterangan di Balai Polis Sentral Johor Bahru pukul 5 pagi tadi, 

“Polis sudah memanggil dan mengambil rakaman percakapan ke atas lelaki berkenaan di Balai Polis Sentral pagi tadi.

“Ujian air kencing ke atas lelaki berkenaan turut dijalankan, namun keputusannya belum diperoleh serta tiada penahanan dibuat,” dia dipetik berkata oleh Utusan Online. 

Pada 31 Januari lalu, Farid, 37 tahun, membuat laporan di Balai Polis Taman Tun Dr Ismail, dekat sini, dengan dakwaan dianiaya tiga rakan artis yang dikatakan telah memasukkan dadah ke dalam minumannya.

Susulan laporan itu, pelakon Sofi Jikan ditahan di Balai Polis Mutiara Damansara pada pukul 11 malam, 8 Januari lalu selepas tampil memberi keterangan susulan laporan yang dibuat Farid.

Bagaimanapun, seorang lagi rakan artis yang dikenal pasti sebagai Ahmad Tajuddin atau Taj masih belum tampil memberi keterangan bagi membantu siasatan.

Taj ialah anggota kumpulan Innuendo yang popular dengan lagu “Belaian Jiwa” pada tahun 1990-an.

Cubaan Astro AWANI untuk menghubungi Taj melalui panggilan telefon dan aplikasi WhatsApp gagal.

Sumber rapat memaklumkan Taj masih berada dalam negara dan sedang sibuk menjalani penggambaran sejak awal tahun.



Source link

read more

Bila gambar perut bertemu perut dirakam…



BAIK Linda Onn mahupun Nora Danish, kedua-dua selebriti ini sedang menantikan detik kelahiran bayi masing-masing.

Linda dijangka bersalin kurang lebih empat minggu dari sekarang manakala Nora pula bakal bersalin pada 9 Mac depan.

Debaran menantikan cahaya mata masing-masing diserikan dengan keletah bersahaja kedua-dua mereka ketika bertemu di majlis resepsi Betty Rahmad baru-baru ini.

Linda juga sempat memuat naik beberapa keping foto bersama Nora sambil menayangkan baby bump masing-masing.

“Bila perut bertemu perut. Semoga urusan kelahiran cahaya mata anda berjalan lancar @noradanish. Amin,” tulis Linda.
 



Source link

read more

PKR MENGELUPOR BILA PAS BERTADING DI PERMATANG PAUH!!! ~ SEMUT HITAM


Heh! Nampak sangat yang puak – puak PKR ni menggelupor bila PAS mengumumkan bahawa parti itu akan meletakkan calon untuk bertanding dikawasan Parlimen Permatang Pauh.

Antara lain, PKR mendakwa, tindakan itu membuktikan bahawa PAS berada dikemuncak kebencian terhadap bekas rakan sekutu mereka itu melalui pengumuman yang dibuat sebelum ini.

“Dari segi politik itu adalah petanda jelas kemuncak kebencian Haji Hadi terhadap Anwar Ibrahim dan parti Keadilan (PKR). Sehingga beliau sendiri turun (ke Permatang pauh) untuk mengumumkan PAS bertanding,” katanya kepada Antarapos hari ini.

Namun bagi sesetengah pihak, dakwaan yang dikemukakan oleh PKR terhadap PAS itu dilihat agak ganjil. Kenapa PKR sibuk nak menghentam PAS hanya kerana parti itu nak bertading di Permatang Pauh?

Adakah PKR ingat kawasan Parlimen Permatang Pauh itu harta milik Tok Nenek diorang sampai orang lain tak boleh nak bertanding? Ke mana perginya semangat demokrasi yang dilaungkan?

Dan tambah menghairankan, kenapa pulak PKR nak menggelupor tak tentu arah bila PAS nak bertanding di Permatang Pauh tersebut sedangkan mereka dakwa kawasan itu kubu kuat mereka?

Jika betul Permatang Pauh itu kubu kuat PKR, maka parti itu sepatutnya tidak perlu merasa takut atau gentar. Apatah lagi nak rasa tergugat walau sesiapa pun yang datang nak bertanding kelak.

Kerana secara logiknya, mereka yang bertanding dikubu kuat ni akan menang walau macam mana cara sekali pun. Waima PKR letak Lembu jadi calon diorang pun, sudah pasti parti itu akan meraih undi.

Tapi, tindakan yang ditonjolkan oleh pemimpin PKR yang mendakwa kononnya PAS sengaja mengundang kebencian terhadap parti itu membuktikan bahawa andaian Permatang Pauh sebagai “Kubu Kuat” mereka hanya sekadar dongeng semata – mata!!!




Source link

read more

Lelaki nekad bunuh jirannya yang asyik bertanya bila nak kahwin



GARUT: Seorang lelaki nekad membunuh seorang jirannya yang sedang hamil, gara-gara terlalu kerap ditanya tentang dirinya yang masih membujang, lapor portal berita Detik.com.

Pemuda berusia 28 tahun yang hanya dikenali dengan nama Nunur itu membunuh wanita bernama Iis Aisyah pada Jumaat (19 Januari 2018) lalu di Kampung Pasir Jonge, Desa Sukawangi, Singajaya, Garut di Jawa Barat.

Pesuruhjaya Polis Garut, Budi Satria Wiguna berkata, sewaktu kejadian, Nunur sedang duduk termenung di depan rumahnya. lis yang melintas di depannya terus menasihatkan Nunur supaya cepat berkahwin.

“Suspek menyatakan bahawa wanita itu berkata ‘cepatlah kahwin, yang lain semua sudah menikah, kenapa kau tak kahwin-kahwin?’. Ternyata kata-kata itu menyinggung emosi suspek,” kata Budi Satria seperti yang dipetik dalam media tempatan.

Lantaran rasa dirinya terhina, Nunur datang ke rumah mangsa. Nunur lantas dipelawa masuk ke ruang tamu kerana mangsa tidak menyangka sebarang ancaman daripadanya.

Menurut polis, sewaktu mangsa hendak menuju ke salah satu bilik di rumah itu, Nunur mengekori dari belakang lalu menolaknya ke atas katil.

Walaupun cuba melawan dengan menggigit jari suspek, itu tidak berupaya melawan tenaga dan kemarahan suspek. Di situ, mangsa telah dicekik hingga mati.

“Suspek sempat mencuri wang mangsa berjumlah 800,000 Rupiah (RM230) dan sebuah telefon bimbit,” ujar Budi Satria.

Suspek seterusnya melarikan diri ke Kalideres, Jakarta namun pihak berkuasa berjaya mengesannya lalu ditangkap.

Polis turut menyita beberapa barang bukti lain seperti motosikal, bantal, selipar, baju kemeja dan kain.



Source link

read more

Ini respon Farah Nabilah bila netizen pertikai tidak bertudung lepas buat umrah



PELAKON Farah Nabilah mengharapkan peminatnya tidak sewenang-wenangnya menilai imej atau pilihannya untuk tidak bertudung selepas pulang mengerjakan umrah baru-baru ini.

Kata Farah, dia enggan hipokrit sebaliknya tahu setiap tindakannya atau keputusannya untuk berubah daripada segi imej atau sebagainya.

“Biasalah, apabila lihat artis mengerjakan umrah mesti akan ingat apabila pulang semula ke tanah air akan berubah 360 darjah menjadi individu lain.

“Apa saya buat selepas saya balik daripada umrah, imej saya dan hidayah, itu semua rahsia Allah. Kita semua tidak tahu.

“Saya harapkan peminat menyokong saya bukannya menghakimi saya. 

“Tidak semestinya orang tidak bertudung itu jahat dan orang bertudung semuanya baik. Kalau kita betul-betul baik, kita tidak akan menilai orang pun. Lebih baik muhasabah diri,” katanya kepada Astro Gempak.

Farah ditemui pada majlis pengumuman Top 20, Anugerah MeleTOP Era (AME2018) di Hotel Hilton, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Buat julung-julung kalinya, Farah tercalon dalam kategoti Pelakon Drama MeleTOP, Artis Baru MeleTOP adn Drama MeleTOP (Titian Cinta).

Undian fasa pertama AME 2018 mula dibuka mulai 22 Januari 2018 bermula 6 petang hingga 23 Februari 2018 untuk anda menentukan lima calon terbaik daripada 20 pencalonan awal.

Undian boleh dibuat secara online di tiga buah platform iaitu di laman web rasmi www.anugerahmeletopera.com.my, aplikasi ERA dan aplikasi RAKU yang boleh dimuat naik secara percuma di App Store dan Google Play Store.

Seterusnya undian fasa kedua untuk menentukan pemenang akhir untuk setiap kategori pula boleh dibuat menerusi laman web rasmi, aplikasi ERA dan RAKU serta kiriman SMS bermula 6 Mac 2018, pukul 1 tengahari hingga 8 April 2018, pukul 12 tengahari.

Klik di sini untuk melihat senarai top 20 AME 2018.

Teks oleh: Amri Hassan
Foto: IG @farahnabilahofficial​



Source link

read more

AZMIN “CUAK” BILA PAS UGUT NAK JUMPA SULTAN!!! ~ SEMUT HITAM


Si Menteri Besar Selangor itu mula berada dalam keadaan panik PAS mengugut mahu memanjangkan isu berkaitan peruntukan yang disekat Rejim Pakatan negeri kepada Sultan Selangor.

Perkara itu dapat dilihat dengan jelas apabila Azmin menyelar tindakan tersebut yang dianggap tidak matang dan menggesa supaya mereka berhenti daripada membawa isu itu ke Istana.

“Bagi saya mana-mana ADUN yang ada masalah tentang peruntukan pembangunan di kawasan masing-masing boleh berbincang dengan pegawai daerah kerana pegawai daerah merupakan pengawal kewangan.

“Atau pun, mereka boleh bertemu dengan saya sebab pintu saya sentiasa terbuka. Kita boleh bincang tapi tak payahlah bawa perkara ini ke istana.

“Ini soal pentadbiran, tak payahlah pergi jumpa Tuanku… ini pentadbiran negeri,” beliau dipetik berkata hari ini dalam satu majlis kerajaan negeri di Kuala Selangor hari ini.

Terdahulu, Pesuruhjaya PAS Selangor tidak menolak kemungkinan akan menghadap Sultan Sharafuddin, sekiranya masalah pembekuan peruntukan kepada wakil rakyat mereka tidak diselesaikan segera.

PAS Selangor juga mendesak Azmin agar mengadakan mesyuarat dengan mereka bagi memperjelaskan mengapa peruntukan disalurkan kepada ahli Parlimen dan Adun PAS telah disekat.

Bagi sesetengah pihak, tindakan yang dilakukan oleh Si Azmin Ali itu merupakan retaliasi membalas dendam terhadap pendirian Rejim PAS Kelantan yang turut membekukan peruntukan kepada wakil rakyat PKR.




Source link

read more

Bila Asyraf Sinclair hilang gigi satu demi satu …


PELAKON kelahiran Malaysia Asyraf Sinclair berdepan detik ngeri apabila hilang satu demi satu giginya ketika sedang menggosok gigi.

Bagi peminat Asyraf jangan panik kerana itu cuma sebahagian daripada babak filem seram lakonannya Bayi Gaib: Bayi Tumbal Bayi Mati.

Babak berkenaan membuka treler filem itu yang dikeluarkan mulai Isnin lalu.

Bayi Gaib: Bayi Tumbal Bayi Mati akan ditayangkan di Indonesia mulai 15 Februari 2018.- Gambar Jadwal Film

Dalam filem arahan Rizal Mantovani itu, Asyraf memegang watak sebagai Rafa, seorang kontraktor pembangunan hartanah.

Filem berkisar mengenai gangguan yang diterima Rafa dan isterinya Farah lakonan Rianti Cartwright selepas Rafa berjaya memperoleh satu projek besar.

Pasangan ini yang menanti kehadiran anak sulung selepas dua tahun mendirikan rumah tangga dibelenggu ganguan sejak Farah disahkan hamil.

Selain Asyraf dan Rianti, Bayi Gaib: Bayi Tumbal Bayi Mati turut dibintangi Fadika Royandi Piet Pagau, Rina Hasyim, Mario Lawalatta, dan Dorman Borisman.

Filem tebitan MD Pictures dengan usahasama DEE Company akan ditayangkan di Indonesia mulai  15 Februari 2018.



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons