Tiada masalah bincang Perjanjian Malaysia – PM Najib


KUCHING, (Bernama) – Kerajaan Persekutuan tiada masalah untuk mengembalikan sekiranya ada kuasa atau hak-hak kerajaan negeri Sarawak yang ‘terambil’ secara sengaja mahupun tidak sengaja, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata, kerajaan bersetuju menubuhkan sebuah jawatankuasa peringkat tinggi untuk duduk semeja dengan jawatankuasa peringkat tinggi yang ditubuhkan kerajaan negeri Sarawak bagi berbincang mengenai hak-hak negeri Sarawak di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

“Runding baik-baik, cari penyelesaian, semua boleh bincang. Dalam kabinet (Persekutuan) pun ramai menteri datangnya dari Sarawak,” katanya ketika berucap merasmikan Perhimpunan Agung Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB) ke-14 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini, hari ini.

Najib yang juga pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata, kerajaan hari ini lebih jujur dan ikhlas berhubung banyak isu, berbeza dengan keadaan suatu ketika dahulu apabila sesiapa sahaja yang menyentuh soal Perjanjian Malaysia 1963 akan ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Beliau seterusnya memuji perpaduan dan permuafakatan yang ditunjukkan PBB sehingga banyak jawatan tinggi parti dimenangi tanpa ada sebarang pertandingan, yang menurutnya ia seharusnya menjadi model untuk dicontohi oleh parti-parti politik yang lain di Malaysia.

Katanya, dengan melihat kepada perpaduan, permuafakatan dan semangat juang tinggi yang ditunjukkan oleh PBB hari ini, beliau yakin parti itu benar-benar sudah bersedia untuk menghadapi pilihan raya dan mampu memberikan keputusan terbaik kepada kerajaan BN.

Najib berkata, kerajaan juga tidak ragu-ragu menyalur peruntukan pembangunan kepada negeri Sarawak yang dianggapnya memang berbaloi, dalam usaha membawa pembangunan yang adil dan saksama untuk semua.

Beliau berkata, seharusnya tidak ada jurang pembangunan di antara negeri, dan sebab itu juga peruntukan besar perlu disalur kepada Sarawak kerana pembangunan untuk seluruh rakyat perlu diagihkan sama rata antara negeri.

Perdana menteri berkata, sebab itu beliau memberi tumpuan terhadap pembangunan Lebuhraya Pan Borneo yang menelan belanja tidak kurang daripada RM14 bilion yang dijangka siap pada tahun 2021, tanpa tol.

Selain itu katanya, sebab itu beliau turut memberi tumpuan terhadap usaha membina jalan raya bagi menghubungkan kawasan Kapit di tengah pedalaman Sarawak, supaya kawasan itu dapat dihubungkan dengan dunia luar menerusi jalan darat.

“Dalam konteks Sarawak, anda semua tidak perlu bimbang, saya sahabat baik Sarawak. Saya ingin lihat seluruh pelusuk tanah air kita, dari Perlis sehingga ke Sabah, membangun dan maju secara seimbang, adil dan saksama. Kalau ada jurang pembangunan, tanggungjawab saya sebagai perdana menteri untuk menanganinya,” katanya.

Najib berkata, sebagai perdana menteri, beliau telah melawat Sarawak sebanyak 59 kali meninjau sehingga ke kawasan pedalaman.

Secara berseloroh katanya, perkara itu boleh disahkan oleh bekas Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Alfred Jabu anak Numpang yang sering mengemas kini setiap lawatan perdana menteri ke Bumi Kenyalang.

Katanya, beliau turut melihat jalinan permuafakatan yang cukup istimewa dalam kalangan anggota PBB antara pemimpin baharu dan lama, di samping kepelbagaian etnik yang mengukuhkan parti , sehinggakan beliau tidak melihat jurang perbezaan antara mereka. – theRakyat



Source link

read more

MAHB bincang dengan 10 pihak berpotensi sebagai rakan ISG


KUALA LUMPUR: Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) kini dalam proses perbincangan dengan 10 pihak yang berpotensi sebagai rakan dalam pemilikan Lapangan Terbang Antarabangsa Sabiha Gokcen Istanbul (ISG).

Pengarah Urusannya, Datuk Badlisham Ghazali berkata, pengendali lapangan terbang itu yang berminat untuk mengekalkan pemilikan majoriti ISG dalam jangka masa pendek, telah mewujudkan nilai penting dalam lapangan terbang berkenaan.

Ini, katanya, telah mengundang minat banyak pihak berikutan kesukaran mendapatkan aset berkualiti di luar negara.

“Tambahan pula MAHB merupakan sebuah syarikat antarabangsa dengan reputasi yang baik di peringkat perniagaan. Oleh itu, ramai yang berasa selesa untuk menjalankan perniagaan dengan kami,” katanya pada taklimat media mengenai Perkembangan Perniagaan dan Prospek 2018 MAHB di sini, hari ini.

ISG mencatat kerugian sebelum cukai sebanyak RM47.3 juta bagi suku ketiga tahun lepas namun Badlisham menjangkakan lapangan terbang itu akan mencatat semula keuntungannya pada tahun kewangan 2018.

Mengulas impak caj perkhidmatan penumpang (PSC), beliau berkata caj lebih tinggi pernah dikenakan tetapi terbukti tidak memberi kesan ketara terhadap permintaan perjalanan udara berikutan kadarnya yang rendah.

“Malah, kadar di sini adalah terendah di rantau ini. Walaupun berlaku kenaikan PSC antarabangsa pada tahun lepas, sektor itu sebaliknya mencatatkan peningkatan sebanyak 14 peratus.

“Kami sedia maklum mengenai sensitiviti membabitkan soal ini kerana siapa pun tidak sanggup berbelanja lebih, terutama bagi perjalanan domestik. Kerajaan juga sedaya upaya memastikan kadar itu rendah,” katanya.

Selain itu, MAHB mengunjurkan perbelanjaan modalnya akan meningkat sebanyak 30 peratus untuk tempoh tiga tahun berikutnya sejajar usaha menambah baik, mengekalkan serta pengubahsuaian 10 lapangan terbang dalam rangkaiannya.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut kerana butiran sebenar akan dinyatakan dalam pengumuman keputusan kewangan syarikat bagi 2017.

Pada taklimat itu, Badlisham berkata MAHB akan memperuntukkan sejumlah RM52.5 juta tahun ini bagi tujuan penambahbaikan kemudahan dan pengubahsuaian enam lapangan terbang kecil (STOLports), termasuk pelaburan kira-kira RM42.1 juta untuk lapangan terbang di Sarawak. — Bernama



Source link

read more

Malaysia Memilih Pimpinan Barisan Nasional bincang hal bapa segala pilihan raya



KUALA LUMPUR: Mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) yang berlangsung malam tadi membincangkan tentang persediaan parti komponen bagi menghadapi ‘bapa segala pilihan raya’, Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14).

Ini merupakan pertama kali ia diadakan bagi tahun ini dan dihadiri oleh kesemua pemimpin tertinggi 13 parti komponen.

Menurut Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai perbincangan berkisar tentang memperkukuh perpaduan dalam kalangan parti komponen.

“Kami semua sepakat dan senarai pendek calon telah dihantar.

“Kebanyakan parti komponen telah berikan senarai pendek calon untuk diteliti Perdana Menteri,” katanya ketika ditemui media.



Source link

read more

AS desak PBB adakan mesyuarat tergempar bincang tunjuk perasaan Iran



NEW YORK : Amerika Syarikat (AS) mendesak agar satu mesyuarat tergempar Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) diadakan bagi menangani tunjuk perasaan yang semakin memuncak di Iran.

Duta negara itu ke PBB, Nikki Haley mendesak pertubuhan antarabangsa itu untuk bersuara bagi menegakkan kebebasan manusia sejagat.

“Demonstrasi berlaku secara spontan di hampir semua bandar di Iran. Ini adalah gambaran sebenar rakyat yang tertindas selama ini, kini mereka bangkit menentang pemimpin kuku besi.”

“Masyarakat antarabangsa perlu memainkan peranan dalam hal ini. PBB mesti bersuara. Dalam beberapa hari ini kita akan memanggil mesyuarat tergempar di New York dan di Majlis Hak Asasi Manusia di Geneva. Kita tidak boleh berdiam diri,” katanya. 

Terdahulu, Pemimpin Agung Iran Ayatollah Ali Khamenei menerusi kenyataan di televisyen negara, menyalahkan ‘musuh-musuh’ Iran atas pergolakan yang melanda negara itu.

Seramai 21 orang telah terkorban, manakala ratusan yang lain ditahan dalam pergolakan yang berlarutan sehingga lima hari di seluruh negara.

Tunjuk perasaan sebagai memberi tekanan kepada para pemimpin yang berkuasa semenjak Revolusi Islam 1979, serta Presiden Hassan Rouhani yang membuat kenyataan bahawa Iran berhak mengkritik tetapi tidak boleh menyebabkan kerusuhan.



Source link

read more

NUTP ajak pihak berkepentingan bincang kod etika ibu bapapenjaga



KUALA LUMPUR: Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) mengajak pihak berkepentingan seperti ahli akademik, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) atau mana-mana organisasi dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk berbincang bagi memantapkan Kod Etika Ibu Bapa/Penjaga.

Setiausaha Agung NUTP Harry Tan Huat Hock berkata NUTP amat mengalu-alukan sebarang cadangan dan pandangan daripada masyarakat dan semua pihak berhubung perkara tersebut.

“Kesatuan Guru Sarawak (STU) dan Yang Dipertua PIBG Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Semarak, Nilai, Md Fakarudin Ab Rahman akan menyertai NUTP bagi memurnikan kod etika tersebut,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata Persatuan Rakan Peguam (LFF) pula dilantik untuk memberi nasihat dari segi undang-undang.

Baru-baru ini, Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata Kementerian Pendidikan menyambut baik cadangan NUTP untuk memperkenal Kod Etika Ibu Bapa/Penjaga bagi dijadikan panduan tatacara ibu bapa atau penjaga ketika berurusan dengan guru.

— BERNAMA



Source link

read more

Kabinet dijangka bincang buka pejabat kedutaan di Baitulmuqaddis – Politik


KUALA LUMPUR 20 Dis. – Keperluan Malaysia untuk membuka pejabat kedutaan di Baitulmuqaddis Timur perlu diperhalusi terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan.



Hishammuddin

Hishammuddin

Menteri dengan Tugas-Tugas Khas di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, perkara tersebut juga perlu dibincangkan dan mendapat persetujuan di peringkat kabinet.

“Kita perlu membincangkan perkara ini dengan mengambil kira pelbagai aspek termasuk keselamatan dan ekonomi. Untuk itu, kita perlu mendapatkan pandangan kementerian berkaitan seperti Wisma Putra, Kementerian Dalam Negeri (KDN), Mindef dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

“Setelah memperolehi pandangan pihak-pihak berkenaan, Insyallah kita dapat membuat keputusan dengan mengambil kira apa jua kebimbangan yang mungkin timbul,” katanya dalam sidang akhbar selepas mengadakan lawatan ke Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, di sini hari ini.

Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan berkata, isu pembukaan pejabat kedutaan di Baitulmuqaddis Timur  juga dijangka dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet akan datang. – UTUSAN ONLINE.



Source link

read more

ISN, MSN, KBS bincang isu kafeteria atlet – Sukan


KUALA LUMPUR 19 Dis. – Pertemuan tiga penjuru melibatkan Institut Sukan Negara (ISN), Majlis Sukan Negara (MSN) dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) berhubung isu hak milik kafeteria atlet di Casa 1 bakal berlangsung hari ini sebelum kata putus diperoleh.

Ketika ini kafeteria atlet tersebut berada di bawah seliaan MSN.

Pengerusi ISN, Datuk Seri Abdul Azim Zabidi berkata, pihaknya akan menyatakan keperluan untuk pihaknya menguruskan kafeteria itu dalam pertemuan esok.

“Saya percaya keputusan tidak akan diperoleh pada esok kerana ia akan mengambil masa lama untuk dinilai sebelum pihak tertinggi membuat keputusan.

“Tujuan utama ISN ingin mengambil alih pengurusan kafeteria itu kerana ingin memanfaatkan kepakaran dimiliki terutama melibatkan nutrisi.

“Saya tidak cakap MSN tidak menguruskan kafeteria itu dengan baik, mereka telah uruskannya dengan baik cuma kami mahu kualiti pemakanan atlet sentiasa berada di tahap yang bagus,” kata Abdul Azim.

Pada 7 Disember lalu, ISN telah menyatakan kesediaan mereka bagi mengambil alih kafeteria atlet daripada MSN kerana memiliki kepakaran dalam memastikan diet dan pemakanan atlet terjaga. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Najib tiba di Istanbul bincang isu Baitulmuqaddis – Nasional


ISTANBUL13 Dis. – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengetuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak Luar Biasa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang membincangkan isu pengisytiharan Amerika Syarikat (AS) terhadap Baitulmuqaddis sebagai ibu negara Israel, tiba di Istanbul lewat malam tadi.

Najib yang diiringi isteri Datin Seri Rosmah Mansor disambut Duta Besar Malaysia ke Turki, Datuk Abdul Razak Abdul Wahab.

Mesyuarat pertubuhan 57 buah negara itu akan dimulakan dengan ucapan pembukaan oleh Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan selaku pengerusi sidang kemuncak ke-13, di Pusat Dagangan dan Pameran Antarabangsa Lütfi Kırdar pada sebelah pagi.

Ia disusuli dengan ucapan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas, Raja Jordan, Raja Abdullah 11 dan Setiausaha Agung OIC, Dr. Yousef Ahmad,

Perdana Menteri dijadual turut menyatakan pendirian tegas Malaysia tentang tindakan Presiden AS, Donald J. Trump itu yang telah mendapat bantahan meluas dunia. Yang turut hadir pada mesyuarat itu ialah Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman.

Sidang Kemuncak Luar Biasa OIC dijadual mengeluarkan Deklarasi Istanbul pada akhir mesyuarat. Sidang akhbar bersama pula dijadual dibuat kira-kira pukul 4 petang. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Ukraine Belanda bincang kerjasama siasatan nahas MH17



KIEV: Ketua agensi penguatkuasaan undang-undang Ukraine dan Belanda mengadakan pertemuan di sini pada Isnin bagi membincangkan kerjasama antara kedua-dua negara berhubung siasatan nahas pesawat MH17, lapor agensi berita China Xinhua memetik kenyataan Pejabat Pendakwa Raya Ukraine.

Pertemuan itu dihadiri oleh Pendakwa Raya Ukraine, Yury Lutsenko; rakan sejawat beliau dari Belanda iaitu Fred Westerbeke; Ketua Bahagian Siasatan Nasional Polis Belanda, Wilbert Paulissen dan Ketua Perkhidmatan Keselamatan Negara Ukraine, Vasyl Grytsak.

Semasa perbincangan, kesemua pegawai telah bertukar-tukar pandangan berhubung keputusan interim siasatan itu dan berikrar untuk terus menyelaras kerjasama mereka dalam Pasukan Siasatan Bersama (JIT) dalam usaha mengheret pesalah yang menyebabkan nahas tersebut berlaku ke muka pengadilan.

Pesawat Malaysia Airlines MH17 telah terhempas dalam zon konflik di timur Ukraine pada 17 Julai 2014 ketika dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur. 

Kesemua 298 yang berada dalam pesawat itu terkorban, termasuk 196 rakyat Belanda.

Pada Ogos 2014, pihak berkuasa dari Belanda, Australia, Belgium, Ukraine dan Malaysia telah menubuhkan JIT untuk menjalankan siasatan jenayah berhubung nahas itu.

Satu laporan yang disiarkan oleh JIT pada September 2016 merumuskan bahawa pesawat itu telah ditembak jatuh oleh peluru berpandu BUK buatan Rusia dari sebuah wilayah di timur Ukraine, yang dikuasai puak pemberontak yang berjuang menuntut kemerdekaan.

Moscow dan kepimpinan pemberontak di timur Ukraine telah menafikan dakwaan itu dan berkata pesawat malang tersebut ditembak oleh peluru berpandu dari sebuah wilayah yang dikuasai tentera kerajaan Ukraine.

Pada Disember 2016, JIT berkata ia telah mengenal pasti kira-kira 100 orang yang mempunyai kaitan dengan nahas itu.

— BERNAMA



Source link

read more

Abdel Fattah el-Sisi jemput Mahmoud Abbas bincang isu Baitulmaqdis di Kaherah



KAHERAH: Presiden Mesir Abdel Fattah al-Sisi mempelawa rakan sejawatannya dari Palestin Mahmoud Abbas ke Kaherah bagi membincangkan lebih lanjut mengenai keputusan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu kota Israel.

Jemputan berkenaan dimaklumkan menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan pejabat presiden Mesir pada Ahad.

Dalam kenyataan berkenaan Abdel Fattah mahu membincangkan kaedah berdepan krisis berkenaan tanpa menjejaskan hak rakyat Palestin untuk mewujudkan sebuah negara merdeka dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara.

Sementara itu agensi berita rasmi Palestin WAFA mengesahkan kedua dua pemimpin berkenaan berhubung menerusi telefon pada Ahad. Abdel Fattah dan Mahmoud dilaporkan bersetuju untuk meneruskan rundingan bagi menangani kesan dan menyelaras tindakan pasca pengumuman kontroversi Trump itu.



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons