BNM forex scandal: 27 people summoned so far


AMARSING

MO,15/2/2018, KUALA LUMPUR: A total of 27 individuals have been summoned to provide their statements on the RM31.5 billion losses incurred by Bank Negara Malaysia (BNM) in its foreign exchange (forex) losses between 1992 and 1994. Federal Commercial Crime department director Datuk Seri Amar Singh said police will call up more individuals to have their statements recorded to assist the investigation into the case. “Out of the 27 people, 19 are BNM staff, five are from the Finance Ministry while three are civilians, including a former minister.

“At the same time, we will summon even more witnesses to provide their statements to assist the probe,” he told a press conference at Bukit Aman today. Amar said trhe police are focusing their investigation on four main thrusts, including the possibility that several elements were used to ‘hide’ the actual losses suffered by BNM during the period. “We are also investigating the possibility of misleading statements presented to the cabinet, parliament as well as the public over the actual scale of the losses, done with the aim of exerting influence to compel the financial institution’s annual account to be gazetted by parliament.

“At the same time, we are also probing as to whether those with interests in the matter are purposely masking the scale of the losses. “We are also investigating whether the transfer of ownership and sale of Tenaga Nasional Berhad (TNB), Telekom Malaysia Berhad (TM), Malaysian Airlines System Bhd (MAS) and Malaysian International Shipping Corporation (MISC) shares, were done discreetly to BNM in 1993 to absorb some of the losses incurred over the forex losses, with the aim of hiding the losses and balancing the numbers,” he said.

He said the investigation is still ongoing, with relevant parties expected to be summoned to complete the probe soon. “We will ensure that the investigation is conducted professionally and fairly, in accordance with the law,” he said. On July 15, the Yang di-Pertuan Agong had consented to the establishment of a Royal Commission of Inquiry (RCI) to probe the losses incurred by BNN in the forex market in the 1990s.

The RCI convened for 10 days from August 21. Following the RCI, the commission’s secretary, Datuk Dr Yusof Ismail lodged a police report after finding elements of breach of trust, fraud and other offences possibly committed by those involved in the trading. Police then launched an investigation by setting up a special team to probe the case in accordance with Section 409, 417 and 418 of the Penal Code.

–NSTP



Source link

read more

Bekalan mata wang mencukupi – BNM


KUALA LUMPUR – Bank Negara Malaysia (BNM) memberi jaminan bekalan keseluruhan mata wang mencukupi.

Menurutnya, pengguna boleh terus mendapatkan dan menukar mata wang asing dengan pengurup wang berlesen yang terdapat di seluruh negara.

BNM membuat kenyataan itu susulan kes kecurian mata wang asing yang dianggarkan bernilai RM8.3 juta milik sebuah syarikat pemborong mata wang pada Jumaat lalu.

Pengurup wang dan pemborong mata wang yang terjejas telah membuat laporan polis dan kes ini kini dalam siasatan Polis Diraja Malaysia.

BNM pula secara berasingan sedang membuat pemeriksaan secara bebas berhubung dengan insiden tersebut untuk menentukan sama ada terdapat apa-apa pelanggaran peraturan oleh pengurup wang dan pemborong mata wang yang terlibat.

Tindakan penguatkuasaan yang sewajarnya akan diambil oleh BNM jika terdapat pelanggaran peraturan.

Tambahnya, BNM terus memantau dengan rapi keberkesanan kawalan dan langkah pengurangan risiko yang dilaksanakan oleh perniagaan perkhidmatan wang berlesen bagi memastikan penyediaan perkhidmatan penukaran mata wang yang cekap dan boleh dipercayai.

Banyak syarikat perkhidmatan wang kini memanfaatkan teknologi untuk meningkatkan kawalan, menambah baik penyampaian perkhidmatan dan mengurangkan kebergantungan pada mata wang fizikal dalam pengendalian dan operasi penukaran mata wang secara keseluruhan.

Perkembangan ini akan meminimumkan lagi risiko gangguan kepada perkhidmatan penukaran mata wang, katanya. -theRakyat



Source link

read more

Keputusan BNM naikkan OPR elak risiko kepada ekonomi


IMG_20180126_102322MO, 26/1/2018, NEW DELHI: Datuk Seri Najib Razak berkata, keputusan Bank Negara Malaysia (BNM) menaikkan kadar dasar semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas kepada 3.25 peratus semalam adalah berasaskan kepada kekuatan ekonomi negara.

Perdana Menteri berkata, keputusan itu juga untuk mengelakkan Malaysia meneruskan rejim kadar faedah rendah yang boleh membawa risiko kepada ekonomi negara dalam jangka masa panjang.

“Bank Negara berpendapat sudah tiba masanya untuk menyeimbangkan kadar faedah Malaysia selepas enam suku.

“Saya yakin kenaikan OPR ini tidak akan membebankan pengguna kerana kenaikannya sangat kecil. Namun, mereka yang menabung akan menerima faedah besar atas tabungan mereka.

“Kalau kadar kita terlalu rendah dan tidak selaras dengan negara lain, ia juga boleh memberi kesan kepada ringgit dengan berlaku aliran keluar modal ke negara lain.

“Jadi saya rasa tindakan ini juga akan mengukuhkan ringgit Malaysia,” katanya kepada wartawan Malaysia pada sidang media di sini, semalam.

Beliau mengulas tindakan BNM menaikkan OPR yang menjadi penanda aras rujukan pinjaman bank tempatan sebanyak 25 mata asas.

Najib berada di sini untuk menghadiri Sidang Kemuncak Peringatan Asean-India yang bermula tengah hari kelmarin dengan sesi pemukiman yang disertai semua 10 pemimpin ASEAN dan Perdana Menteri India, Narendra Modi.

Perdana Menteri juga akan menghadiri sambutan Hari Republik India, hari ini sebelum mengadakan perbincangan dua hala dengan Modi.

 



Source link

read more

BNM Naikkan Kadar Dasar Semalaman Kepada 3.25 Peratus


indexMO, 25/1/2018, KUALA LUMPUR – Bank Negara Malaysia (BNM) menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas kepada 3.25 peratus pada Mesyuarat Dasar Monetari (MPC) berikutan ia memutuskan untuk mengembalikan dasar monetari ke paras yang wajar dengan ekonomi negara berada pada landasan pertumbuhan yang menggalakkan.

“Kadar koridor terendah dan tertinggi bagi OPR, masing-masing dinaikkan kepada 3.00 peratus dan 3.50 peratus,” menurut bank pusat itu dalam kenyataan di sini hari ini.

Kali terakhir BNM mengubah kadar utamanya pada Julai 2016 apabila ia mengurangkan 25 mata asas.

“Pada masa sama, MPC menekankan perlunya tindakan awal diambil untuk memastikan pendirian dasar monetari adalah wajar untuk membendung peningkatan risiko yang mungkin timbul daripada kadar faedah yang terlalu rendah untuk tempoh masa yang lama,” katanya.

Pada kadar semasa OPR, pendirian dasar monetari kekal akomodatif, katanya, sambil menambah “MPC akan terus menilai imbangan risiko berhubung prospek pertumbuhan domestik dan inflasi.”

Katanya ekonomi global terus bertambah kukuh dengan pertumbuhan kini lebih mantap dan segerak merentas rantau, manakala perdagangan global terus mencatat prestasi pertumbuhan yang kukuh.

“Ekonomi global diunjurkan mencatat pertumbuhan yang lebih pantas pada 2018. Dalam persekitaran ini, risiko kepada prospek pertumbuhan global adalah lebih seimbang, menunjukkan ekonomi global yang terus berkembang pada masa ini,” katanya.

Bagi ekonomi Malaysia, penunjuk terkini mengesahkan pengukuhan eksport dan aktiviti dalam negeri.

“Melangkah ke hadapan, momentum pertumbuhan yang teguh ini dijangka berterusan pada 2018, disokong oleh pertumbuhan global yang lebih mantap dan limpahan positif daripada sektor luaran kepada ekonomi dalam negeri.

“Permintaan dalam negeri akan terus menjadi pemacu utama pertumbuhan berikutan keadaan pendapatan dan pasaran pekerja yang menggalakkan,” katanya.

Prospek aktiviti pelaburan juga positif, hasil dorongan daripada projek infrastruktur baharu dan sedang dalam pelaksanaan dan juga perbelanjaan modal oleh firma berorientasikan eksport dan dalam negeri, kata BNM.

Sektor luaran akan memberikan dorongan tambahan kepada ekonomi. Secara keseluruhan, pertumbuhan dijangka kekal kukuh pada 2018.

Inflasi keseluruhan berpurata pada 3.7 peratus pada 2017. Purata inflasi diunjurkan lebih rendah pada 2018, berikutan jangkaan kesan daripada faktor kos global yang semakin berkurangan.

Ringgit yang semakin kukuh berbanding 2017 akan mengurangkan kos import, katanya.

Pada 3.25 petang, ringgit berada pada 3.8950/9000 berbanding dolar US. Ia dibuka pada 3.9010/9040 berbanding dolar US daripada 3.9110/9140 semasa ditutup pada Rabu.

“Harga tenaga dan komoditi dunia dijangka meningkat lebih tinggi pada 2018. Bagaimanapun, trajektori inflasi keseluruhan bergantung pada harga minyak dunia yang akan datang, yang masih amat tidak menentu,” kata BNM.

Inflasi asas, seperti yang diukur oleh inflasi teras, juga sederhana. Pasaran kewangan domestik terus berdaya tahan.

Ringgit semakin kukuh, mencerminkan asas-asas ekonomi yang bertambah teguh. Mudah tunai sistem perbankan terus mencukupi dan institusi kewangan beroperasi dengan penampan modal dan mudah tunai yang kukuh, katanya sambil menambah pembiayaan kepada sektor swasta terus meningkat dan menyokong aktiviti ekonomi.

— BERNAMA



Source link

read more

Karnival Kewangan BNM bakal temui masyarakat pantai timur


ALOR SETAR: Karnival Kewangan kelima anjuran Bank Negara Malaysia (BNM) bakal menemui masyarakat Pantai Timur selepas kejayaan yang dicatat bank pusat tersebut di karnival (keempat) di Kedah, kata Timbalan Gabenor Abdul Rasheed Abdul Ghaffour.

Menurutnya karnival tiga hari itu, yang diadakan di Wilayah Utara Semenanjung, berjaya menarik 25,000 pengunjung, melebihi sasaran awal sebanyak 20,000.

“Jumlah pengunjung dijangka meningkat lagi memandangkan hari ini merupakan hari cuti umum sempena Hari Keputeraaan Sultan Kedah.

“Karnival ini yang menghimpunkan pelbagai penyertaan di bawah satu bumbung, terdiri daripada institusi kewangan, persatuan-persatuan institusi kewangan, agensi kerajaan serta institusi berkaitan, yang menawarkan pelbagai produk dan perkhidmatan kewangan serta khidmat nasihat kepada orang ramai,” katanya dalam ucapan penutupan karnival itu di sini pada Ahad.

Abdul Rasheed berkata karnival itu telah mendapat sambutan menggalakkan daripada pelbagai lapisan masyarakat, terutama golongan B40, yang datang bukan sahaja dari Kedah, malah dari kawasan lain termasuk Perlis, Pulau Pinang dan Perak.

Menurutnya pendidikan kewangan merupakan unsur yang penting dalam meningkatkan kadar celik kewangan dalam kalangan rakyat Malaysia.

“Dengan peningkatan pengetahuan mengenai hal kewangan, pengguna dapat mengurus kewangan dan merancang masa depan mereka dengan lebih baik.

“Justeru, karnival kewangan ini merupakan satu usaha bersepadu yang dirancang untuk meningkatkan tahap celik kewangan dalam segenap lapisan masyarakat, bermula daripada kanak-kanak sehingga ke peringkat dewasa,” katanya.

Karnival tersebut dijadikan sebagai platform bagi BNM untuk berinteraksi dengan para pengunjung untuk mendalami aspirasi rakyat Malaysia berkenaan peranan sektor kewangan 30 tahun akan datang.

Aspirasi yang dikumpulkan akan diterjemahkan dalam menjayakan Transformasi Nasional 2050 (TN50). Karnival ini menerima 1,050 aspirasi daripada para pengunjung, yang secara amnya tertumpu kepada tiga aspek utama, katanya.

“Antaranya, mereka berharap menjelang 2050, transaksi kewangan akan dibuat tanpa tunai dan tahap celik kewangan dalam kalangan warga Malaysia akan meningkat ke tahap yang tinggi.

“Para pengunjung juga mahu institusi kewangan menawarkan produk yang sesuai untuk meningkatkan simpanan persaraan mereka,” katanya.

— BERNAMA



Source link

read more

ICO yang tiada kebenaran sah adalah salah – SC BNM


KUALA LUMPUR : Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) dan Bank Negara Malaysia (BNM) memberi amaran kepada mana-mana pihak yang terlibat dengan skim tawaran duit syiling awal (initial coin offerings atau ICO) yang dijalankan tanpa kebenaran sah merupakan satu kesalahan.

Skim ICO melibatkan aktiviti yang tertakluk di bawah undang-undang yang ditadbir oleh SC dan BNM.

BNM dalam satu kenyataan berkata, tawaran token digital untuk ditukar kepada mata wang digital atau apa-apa bentuk pembayaran dan aktiviti sampingan boleh menyebabkan keperluan pengawalseliaan dilaksanakan di bawah undang-undang sekuriti.

“Selain itu, individu tidak dibenarkan untuk menjalankan apa-apa aktiviti yang dikawal selia seperti pemerolehan dana, pengurusan dana dan urus niaga produk pasaran modal tanpa mendapatkan kelulusan yang sah daripada SC.

“Pengendali ICO turut dilarang untuk mengambil deposit dan perniagaan perbankan, aktiviti pentadbiran pertukaran asing dan pengiriman wang tanpa kebenaran yang diperlukan di bawah undang-undang perkhidmatan kewangan yang ditadbir oleh BNM.

“Orang ramai diingatkan untuk berhati-hati sebelum menyertai ICO dan dinasihatkan untuk merujuk senarai institusi yang dibenarkan untuk menjalankan aktiviti yang dikawal selia oleh SC dan BNM,” katanya.

Dalam pada itu, kedua-dua pihak berkuasa akan terus memantau isu ini dan akan mengambil tindakan keatas mana-mana individu yang menjalankan aktiviti ini tanpa kebenaran.



Source link

read more

BNM policy normalization should favor the ringgit – Analyst


KUALA LUMPUR: The ringgit is expected to strengthen against major currencies following Bank Negara Malaysia (BNM)’s policy normalization, says foreign currency analyst Stephen Innes of Oanda in a research note from Singapore on Wednesday morning.

In the note, Innes says that “with the markets focus shifting to BNM policy normalization, this should favour the ringgit given the anticipated policy shift at the end of the month”

He however cautioned the market that this will however require a number of other contingencies and external factors as well.

“But to get through the 6.95% level before the BNM rate hike, it will require either an extension of the Euro rally to break through 1.23 (against the USD) or for the USD-Japanese Yen forex pair to fall convincingly below the 111.00 mark,” stressed Innes.

There is also the reminder that both the US Dollar and the Japanese Yen are still dominating the forex market currently. Innes says that “both currency pairs are steering FX markets right now”.

At 9am Wednesday, the local note opened at 3.9566/9568 against the greenback from 3.9540/9580 on Tuesday.



Source link

read more

Kadar jangka pendek dijangka stabil dengan campur tangan BNM


KUALA LUMPUR: Kadar jangka pendek diunjurkan kekal stabil hari ini, dengan campur tangan Bank Negara Malaysia (BNM) untuk mengurangkan lebihan mudah tunai dalam sistem kewangan.

BNM menganggarkan mudah tunai hari ini sebanyak RM34.99 bilion dalam sistem konvensional dan RM12.68 bilion dalam dana Islam.

Bank pusat akan menawarkan lima tender merangkumi tender lelongan matang pelbagai RM8 bilion bagi dua hingga 34 hari; tender repo RM100 juta bagi 34 hari; tender lelongan matang pelbagai Islam RM2.52 bilion bagi tujuh hingga 30 hari dan tender Komoditi Murabahah RM100 juta bagi 30 hari.

Selain itu, ia juga akan mengendalikan Bil Antara Bank Bank Negara RM1 bilion bagi 32 hari.

Pada 4 petang, BNM akan menawarkan tender semalaman konvensional sehingga RM26.9 bilion dan tender Qard semalaman bagi RM10.1 bilion. — Bernama



Source link

read more

Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil susulan campur tangan BNM


KUALA LUMPUR: Kadar-kadar jangka pendek dijangka kekal stabil susulan campur tangan Bank Negara Malaysia (BNM) bagi menyerap lebihan mudah tunai dalam sistem kewangan.

BNM menganggarkan lebihan mudah tunai hari ini sebanyak RM31.745 bilion dalam sistem konvensional dan RM16.998 bilion dalam dana Islam.

Bank pusat akan memanggil tiga tender pasaran wang konvensional melibatkan sejumlah RM2.0 bilion untuk tujuh hari, 14 hari dan 21 hari, selain tender lelongan matang Islam Qard sebanyak RM4.6 bilion untuktujuh hari dan 14 hari.

BNM juga akan memanggil tender repo berjumlah RM350 juta untuk 31 hari, RM1.8 bilion Program Murabahah Komoditi untuk 31 hari selain Bil Antara Bank, Bank Negara sebanyak RM500 juta untuk 181 hari.

Pada 4 petang, BNM akan memanggil tender semalaman konvensional sehingga RM25.4 bilion dan tender semalaman Qard berjumlah RM10.6 bilion.

— BERNAMA



Source link

read more

Rizab BNM AS102.4 bilion pada akhir 2017


KUALA LUMPUR: Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah AS$102.4 bilion pada 29 Dis 2017 berbanding dengan AS$94.5 bilion pada akhir 2016, menurut Bank Negara Malaysia (BNM) dalam satu kenyataan.

“Paras rizab pada 29 Dis 2017 telah mengambil kira pelarasan bagi perubahan penilaian semula pertukaran asing. Paras rizab disokong oleh lebihan akaun semasa yang lebih besar dan aliran masuk pelaburan langsung asing yang berterusan.

“Bagaimanapun, ini sebahagiannya telah diimbangi oleh pelaburan langsung daripada syarikat Malaysia dan pelaburan portfolio pelabur institusi pemastautin di luar negeri,” kata bank pusat.

Tambah BNM, rizab antarabangsa itu mencukupi untuk memudahkan urus niaga antarabangsa serta memadai untuk membiayai 7.2 bulan import tertangguh dan 1.1 kali hutang luar negeri jangka pendek.



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons