Amaran gempur oleh Erdogan boleh jejas inisiatif rundingan damai – SNC


BRUSSELS: Ketua Suruhanjaya Rundingan Syria (SNC) mendakwa kenyataan menentang kedudukan pengawal keselamatan sempadan Syria-Kurdish oleh Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan boleh membahayakan masa hadapan rundingan damai.

Menurut Nasr Al Hariri, sebagai penaja rundingan damai Syria, Erdogan tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan terhadap kumpulan terbabit yang terlibat secara langsung dalam siri rundingan.

“Saya fikir ini akan menjejaskan dinamika inisiatif rundingan damai Syria.

“Apa yang kita mahu adalah untuk semua pihak mematuhi resolusi Geneva dan 2254 untuk berunding secara langsung demi mencapai kedamaian dan kestabilan di Syria,” jelasnya.

Nasr berkata demikian ketika mengadakan pertemuan bersama Menteri Luar Belgium, Didier Reynders di Brussels pada Selasa.

Pada Isnin, Erdogan mengumumkan akan mematahkan usaha kawalan sempadan oleh 30,000 anggota tentera Kurdish yang disokong Amerika Syarikat dengan menghantar pasukan tenteranya di sempadan terbabit.

Erdogan pada masa sama turut mengeluarkan amaran terhadap Washington agar tidak cuba mengeruhkan keadaan sedia ada yang turut melibatkan Ankara dalam isu tentera Turki dan tentera Kurdish.

Sementara itu, di timur Aleppo, media tempatan mengeluarkan rakaman pertempuran di antara rejim Bashar Al Assad dengan kumpulan militan.

Rejim Bashar didakwa melaksanakan misi menakluk semula kawasan pedalaman di tenggara wilayah Aleppo yang dikuasai militan.

Agensi berita Syria melaporkan rejim Bashar telah berjaya mengawal semula kampung-kampung di kawasan itu.

Minggu lalu, kumpulan pemberontak melancarkan serangan balas terhadap rejim Bashar yang cuba menggempur lokasi kumpulan pemberontak yang mengawal pangkalan udara di barat laut negara itu.



Source link

read more

Selagi tiada penguatkuasaan perkhidmatan e-hailing boleh dianggap penipuan – Shamsubahrin


KUALA LUMPUR: “Industri teksi bukan untuk politik dan tiada tempat untuk orang politik dalam industri teksi. Kami hanya sediakan perkhidmatan.”

Itu yang ditegaskan Penasihat Big Blue Taxi Facilities Sdn Bhd, Datuk Shamsubahrin Ismail, yang kini mempersoal penguatkuasaan yang dibuat pihak kerajaan terhadap perkhidmatan e-hailing.

Katanya, selagi tiada penguatkuasaan dibuat, pemandu perkhidmatan e-hailing boleh dianggap melakukan aktiviti penipuan.

“Selagi tiada pelaksanaan penguatkuasaan, mereka hanya melakukan kerja menipu dan aktiviti di luar peruntukan undang-undang.

“Uber dan Grab di bawah kategori teksi, cuma mereka guna aplikasi e-hailing untuk dapatkan penumpang.

“Jadi, apa yang susah sangat nak fikir? Operasinya sama seperti teksi. Jadi, pemandunya kena ikut apa yang dilalui pemandu teksi, seperti mendapatkan kad pemandu dan sebagainya,” katanya pada sidang media di pejabatnya pada Isnin.

Tidak menolak potensi yang ada pada sistem e-hailing, beliau pada masa sama menegaskan, pemandunya masih perlu mengikuti prosedur sama seperti pemandu teksi lain.

Dalam perkembangan berkaitan, Shamsubahrin turut memberitahu, pemandu teksi kini tiada pilihan lain jika kerajaan sedia ada tidak mampu membantu dalam mengembalikan zaman kegemilangan teksi.

“Kami sebulat hati untuk mengadakan pertemuan dengan Tun Dr Mahathir Mohamad kerana mungkin bekas perdana menteri itu mahu mendengar permasalahan kami dan boleh membantu kami.

“Kami tidak mendapat bantuan seperti yang didakwa oleh kerajaan. Malah surat-surat yang dihantar kepada kementerian tertentu juga tidak berbalas sejak tahun lalu,” dia mendakwa.



Source link

read more

Kuil Hindu tidak boleh dibuka ketika fenomena gerhana – MHS


KUALA LUMPUR: Malaysia Hindu Sangam (MHS) mengulangi kenyataan bahawa kuil Hindu tidak boleh dibuka mahupun mengadakan upacara keagamaan semasa berlakunya fenomena gerhana bulan pada sambutan hari Thaipusam, 31 Jan ini.

Presidennya, Datuk RS Mohan Shan berkata masyarakat Hindu di seluruh dunia secara amnya berpegang teguh kepada ritual sebegini sejak dahulu kala, memandangkan impak negatif fenomena gerhana kepada mereka.

“Kebiasaannya, kuil tidak akan dibuka sepanjang tempoh gerhana dan masyarakat Hindu juga tidak digalakkan keluar rumah, bimbang akan ‘gelombang negatif’ yang wujud akibat gerhana,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Beliau berkata gerhana bulan dijangka berlaku sekitar jam 7.48 malam dan berakhir 11.11 malam pada hari tersebut.

Beliau berkata demikian ketika mengulas keputusan Kuil Devasthanam Sri Maha Mariamman pada Jumaat bahawa upacara keagamaan di Kuil Sri Subramaniar di Batu Caves pada hari Thaipusam akan diteruskan, termasuk pada tempoh gerhana bulan.

Pengerusinya Tan Sri R. Nadarajah, dalam satu sidang media berkata masyarakat Hindu tidak perlu berasa was-was bagi menunaikan nazar atau sembahyang pada waktu gerhana bulan, pada hari Thaipusam itu, memandangkan satu upacara khas (parigara pooja) akan diadakan pada malam 31 Jan selepas gerhana bulan itu.

“Kebanyakan masyarakat Hindu tidak akan keluar rumah dan kebiasaannya kuil akan ditutup ketika berlakunya gerhana, namun disebabkan terdapat ramai penganut yang akan menunaikan nazar pada hari Thaipusam, kita mengambil alternatif ini,” katanya.

“Parigara pooja akan dijalankan pada jam11.30 malam. Pihak pengurusan kuil telah mendapatkan nasihat daripada agamawan Hindu sebelum mengambil keputusan ini, dan diberitahu upacara keagamaan boleh dijalankan seperti biasa,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata perarakan pedati emas dan perak akan bermula dari Kuil Sri Maha Mariamman, Jalan Tun H.S.Lee, di sini pada jam 10 malam, 29 Jan dan dijangka tiba di di Batu Caves pada jam 2 petang hari berikutnya.

“Perarakan pulang pedati (perak sahaja) dari Batu Caves adalah pada 1 Feb dan akan tiba di Kuil Sri Maha Mariamman pada tengah malam hari yang sama,” katanya.

Dalam pada itu, Mohan Shah menasihatkan penganut menunaikan nazar atau menjalankan upacara keagamaan sebelum jam 7.30 malam ataupun selepas 11.30 malam pada hari berkenaan, sambil menyatakan pihaknya tidak melarang penganut ke Batu Caves semasa berlakunya gerhana bulan.

Beliau berkata dua lagi lokasi utama sambutan Thaipusam di negara ini iaitu Kuil Balathandayuthapani di Goerge Town, Pulau Pinang dan Kuil Sri Subramaniya Swami di Sungai Petani, Kedah, dilaporkan akan ditutup semasa waktu gerhana bulan itu.

“Malah kuil di Singapura dan India juga dilaporkan akan mengambil langkah sama,” katanya. — Bernama



Source link

read more

Pedati diraja teruk mahkota ini boleh buat patah tengkuk – Ratu Elizabeth luah emosi


LONDON: Buat kali pertama membuka cerita tentang upacara kemahkotaan baginda pada 65 tahun lalu, Ratu Elizabeth mendedahkan betapa tidak selesa berada dalam pedati diraja, dan betapa memakai mahkota diraja berisiko ‘patah tengkuk’.

Monarki Britain paling lama yang bertakhta itu telah ditabal sebagai ratu pada 2 Jun 1953 di Westminster Abbey, London, dalam satu istiadat mewah yang membawa tradisi seusang 1,000 tahun.

Reuters melaporkan, dalam satu edisi dokumentari BBC yang bakal ke udara pada Ahad, Ratu Elizabeth bercakap secara berseloroh tentang istiadat tersebut dan mahkota yang membawa peranan simbolik dalam upacara gilang-gemilang berkenaan.

“Teruk,” kata baginda mengenai perjalanan di dalam pedati emas seberat 4 tan dari Istana Buckingham ke Westminster Abbey, iaitu tempat raja-raja monarki Inggeris dimahkotakan sejak tahun 1066.

“Ia hanya berlapik material kulit, sangat tidak selesa,” kata baginda.

Elizabeth, kini 91 tahun, cuma berumur 25 tahun ketika menjadi ratu, setelah kemangkatan ayahandanya George VI pada 1952. Kemahkotaan tersebut berlangsung pada tahun berikutnya.

“Ia suatu permulaan kehidupan seseorang yang berdaulat. Ia seperti satu pertunjukan kesatriaan yang dilakukan mengikut istiadat lama. Saya pernah menyaksikan istiadat seumpamanya (ayahanda baginda pada 1937), dan saya pula dimahkotakan dalam satu istiadat lain. Itu luar biasa,” kata Elizabeth.

Menyingkap memori peribadi baginda, Elizabeth juga mendedahkan betapa baginda bersusah-payah menyarungkan persalinan diraja, yang diperbuat daripada sutera bersulamkan mutiara, serta benag emas dan perak.

“Saya teringat pada satu masa ketika hendak berjalan atas permaidani, saya tidak boleh bergerak langsung!”

Ratu Elizabeth membuka cerita tentang pengalaman baginda dimahkotakan sebagai Ratu. - Reuters

Putera Charles sebelum ini pernah bercerita tentang pengalaman bondanya berlatih memakai Mahkota St. Edward yang seberat 2.2 kilogram tersebut ketika memandikan Charles.

Elizabeth memakai dua mahkota dalam istiadat itu – Mahkota St Edward, dan juga Mahkota Diraja ‘Imperial State’ yang bertatahkan berlian, seperti yang dikenakan ketika ke upacara rasmi seperti pembukaan Parlimen atau ketika membacakan ucapan dasar-dasar negara.

“Anda tidak boleh memandang ke bawah untuk membaca ucapan, anda perlu meninggikan kertas ucapan. Kerana jika anda berbuat demikian, tengkuk boleh patah dan mahkota akan tertanggal.

“Maka, ada beberapa kelemahan jika memakai mahkota. Namun selain daripada itu, ia adalah sesuatu yang penting,” kata Elizabeth tersenyum.

Elizabeth sebelum ini tidak pernah bersetuju untuk membuat temu bual rasmi sepanjang baginda bertakhta. Dalam dokumentari eksklusif BBC itu, baginda menceritakan pengalaman baginda di hadapan pakar istiadat kemahkotaan, Alastair Bruce.



Source link

read more

Pemandu e-hailing boleh peroleh RM7000 sebulan tanpa enjin elektrik. Kenapa


MUDAH dah murah!

Dua faktor ini mendorong ribuan penduduk di semua bandar utama di seluruh dunia untuk memilih perkhidmatan e-hailing.

Saya harus akui, saya adalah pengguna tegar perkhidmatan e-hailing Grab dan Uber dan keadaan ini didorong beberapa faktor. Mungkin juga kehidupan di kota serta kebergantungan terhadap perkhidmatan awam mendorong saya lebih cenderung mengunakan e-hailing.

Tetapi kenapa bukan teksi?

Enggan mengikut meter, meminta tambang lebih daripada sepatutnya, pemanduan yang tidak selamat dan usia kenderaan yang sudah lanjut mungkin jadi sebab ramai yang pilih untuk tidak lagi menggunakan perkhidmatan teksi, sebaik sahaja ada alternatif lain, terutama sekali apabila itu adalah alternatif yang lebih baik.

Uber kini mempunyai 40 juta pengguna aktif setiap bulan. Sementara aplikasi Grab pula merekodkan 77 juta muat turun. 

Kenapa e-hailing jadi alternatif lebih baik?

Teknologi satelit dan mudah alih membolehkan pengguna menempah kenderaan e-hailing di hujung jari dari mana-mana sahaja. Aplikasi e-hailing juga memberikan indikasi jika ada kenderaan yang menerima tempahan atau tidak. Pengguna juga tidak perlu bimbang mengenai transaksi pembayaran tambang kerana semuanya boleh dibuat menggunakan kad kredit yang sudah didaftarkan menerusi akaun e-hailing terbabit.

Pemandu juga diminta untuk mengikuti laluan perjalanan yang telah ditetapkan. Bagi sesetengah perkhidmatan e-hailing, tambang ke sesuatu lokasi juga sudah ditetapkan. Jadi tiada isu pemandu minta bayaran lebih atau pemandu sengaja memandu menggunakan laluan yang lebih jauh. Ia juga lebih murah berbanding teksi biasa.

Tambang ini juga mengambil kira kos petrol dan penyelenggaraan kereta.

Ini antara kelebihan yang mendorong ribuan pengguna beralih kepada perkhidmatan e-hailing. Tetapi kenapa teksi tempatan tidak boleh menggunakan perkhidmatan sama?

Sehingga pertengahan tahun lepas, 14,000 pemandu teksi sudah mendaftar sebagai pemandu e-hailing.

Malah kerajaan menggalakkan penyertaan mereka dalam platform e-hailing sebagai usaha mendorong pemandu teksi meningkatkan mutu perkhidmatan mereka.

Begitupun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, masih ramai pemandu teksi yang enggan menerima teknologi berkenaan.

“Antara cabaran menggalakkan pemandu teksi menggunakan teknologi e-hailing ialah faktor pemandu yang tidak celik IT kerana faktor usia dan menganggap pemandu teksi yang menggunakan platfrom berkenaan sebagai saingan,” jelas Nancy ketika persidangan Dewan Rakyat Ogos lalu.

Malah Penasihat Big Blue Taxi Facilities Sdn Bhd, Datuk Shamsubahrin Ismail yang lantang mengkritik kerajaan mengenai isu Uber dan Grab mengakui pemandu teksi sukar berubah!

Petang tadi beliau juga meminta Kerajaan untuk memperuntukkan dana bagi membantu pemandu teksi untuk menukar enjin teksi mereka kepada enjin elektrik.

Adakah ini penyelesaiannya?

BACA: Pemandu teksi anggap dianak tiri, minta enjin elektrik – Shamsubahrin

Pada November lalu, tiga syarikat teksi mega di Philadelphia, Amerika Syarikat mengumumkan kerjasama bagi membolehkan mereka kekal kompetitif dalam persaingan dengan Uber dan Lyft, lapor portal Philly Voice.

Kerjasama itu antara lain bakal menyaksikan lebih 1,100 pemandu teksi di bandar berkenaan bernaung di bawah satu aplikasi e-hailing yang tersendiri.

Pemandu teksi juga akan menggantikan meter dengan tablet, yang akan digunakan untuk melaksanakan sistem pembayaran elektronik dan menyemak tambang semasa.

Pelbagai lagi ciri-ciri baharu yang sebelum ini hanya wujud di platform e-hailing seperti Uber, turut akan diperkenalkan seperti pembayaran tanpa tunai dan perkongsian tambang.

Sementara itu, Harvard Business Review menerusi artikel yang ditulis oleh Rafi Mohammed, seorang konsultan strategi dalam penetapan harga, pada 2015 pula menggariskan empat langkah untuk memastikan industri perkhidmatan teksi sentiasa relevan.

1. Jangan minta kerajaan ketatkan syarat! Sebaliknya bersikap lebih inovatif untuk mendapatkan penumpang.
2. Tiru fleksibiliti tambang yang ditawarkan Uber yang mengenakan tambang lebih tinggi semasa waktu puncak dan rendah semasa waktu lengang. 
3. Tukar model penetapan tambang. Penulis berpendapat pemandu tidak boleh fokus kepada tambang setiap kilometer, tetapi harus fokus kepada jarak perjalanan yang boleh memberikan pulangan yang lebih kepada pemandu. 
4. Bangunkan aplikasi mudah alih tersendiri. 

Pagi tadi, saya ke pejabat menaiki kereta yang ditempah menerusi salah satu perkhidmatan e-hailing yang berpangkalan di Singapura.

Semasa dalam perjalanan, pemandu tersebut memaklumkan kepada saya dia memandu dari jam 6 pagi hingga 8 malam setiap hari.

“Penat memang penat, tetapi usaha lebih kalau nak dapat lebih,” katanya.

Bila ditanya, beliau mendedahkan beliau boleh membawa pulang pendapatan bersih antara RM6,000 hingga RM7,000 setiap bulan. Semua ini tanpa enjin elektrik.


* Shafizan Johari merupakan wartawan di Astro AWANI.

** Kenyataan di dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan Astro AWANI.

 



Source link

read more

Orang boleh pertikai persahabatan kami tapi saya yang melaluinya – Erra Fazira



KUALA LUMPUR: Pelakon dan penyanyi Erra Fazira mengakui terharu dengan keprihatinan peminat dan media yang kerap meluahkan kebimbangan berkenaan hubungannya dengan penyanyi Shahir.

Kata pelakon yang sinonim dengan lakonannya dalam Sembilu. dia memahami kerisauan tersebut memandangkan Shahir kerap dilanda kontroversi dan masalah peribadi.

Pun begitu, kata Erra, sebagai manusia biasa, dia menyerahkan kepada ketentuan takdir yang dia sendiri tidak tahu di mana dan bagaimana penghujungnya.

“Apa yang saya boleh katakan, doakan saja yang terbaik buat saya. Mungkin sekarang kita nampak seseorang individu itu banyak masalah, tetapi di penghujungnya mungkin dia lebih baik daripada mereka yang tidak punya masalah hari ini.

“Saya dengar dan hargai semua nasihat yang diberikan dan dalam masa yang sama, saya minta pada Allah SWT agar diberikan petunjuk serta dipermudahkan perjalanan selepas ini,” kata Erra.

Tambah pelakon yang diberi jolokan primadona filem Melayu itu lagi, senang untuk orang luar mempertikaikan mengapa dia masih memilih untuk meneruskan hubungan dengan Shahir, namun hanya dirinya yang melalui kehidupan itu lebih tahu hakikat sebenar.

“Orang cakap saya sepatutnya kahwin dengan orang seperti ini, seperti itu. Senanglah hidup jika situasinya begitu.

“Tetapi kehidupan tidak semudah kita bercakap. Ini cabaran dalam hidup saya dan saya hanya mampu berdoa agar diberikan yang terbaik,” jelasnya.

Mengakui masih berhubung baik dengan Shahir yang dicungkil bakatnya melalui program realiti, Akademi Fantasia itu, Erra menafikan dakwaan yang beliau bakal mendirikan rumah tangga Mac ini.

“Tiada perancangan kahwin buat masa ini. Tahun ini, perancangan saya ialah fokus kepada kerja.

“Tapi tidaklah sampai saya menolak jodoh. Kalau Tuhan kata saya kahwin tahun ini, saya terima ketentuan itu,” tambahnya.

Erra ditemui pada majlis santai bersama media di pejabat pengurusannya, Mindorder Management, di Petaling Jaya, hari ini.

Ditanya tentang keputusannya memilih bernaung di bawah syarikat itu selepas lebih 20 tahun menguruskan kerjaya sendiri, kata Erra, ia bertitik tolak daripada kepercayaannya kepada syarikat tersebut.

“Saya menghargai bantuan dari pelbagai pihak dalam menguruskan kerjaya saya selama ini. Tapi sudah tiba masanya saya serahkan urusan itu kepada mereka yang profesional.

“Saya akui seorang artis memang memerlukan syarikat pengurusan yang berkredibiliti kerana ia bukan sahaja membantu melancarkan perjalanan karier tetapi juga boleh membantu mengembangkan lagi potensi,” ujar Erra.

Bagi Pengarah Urusan Mindorder, Murshid Eunos, mereka berbesar hati menerima kehadiran Erra dan sudah pun merangka pelbagai pelan strategik untuk kerjaya ibu tunggal beranak satu berusia 44 tahun itu.

“Insya Allah, kami mahu membuat penjenamaan semula nama Erra Fazira sebagai primadona filem Melayu tahun ini,” kata Murshid.

Saluran 501 Awani turut membuat lintas langsung sidang media khas itu di Facebook 501 Awani.



Source link

read more

3 TAHUN BELUM TENTU ANWAR BOLEH JADI PERDANA MENTERI!!! ~ SEMUT HITAM


Tiga tahun merupakan satu tempoh yang agak panjang. Banyak perkara yang boleh berlaku dalam tempoh masa tersebut.” Demikian luahan seorang sahabat.

Luahan itu dibuat apabila soalan berkaitan dengan isu pencalonan Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri Pakatan dibangkitkan dan menjadi bahan bualan hangat dikalangan rakyat.

Malah katanya, dia sangat skeptikal dengan tindak – tanduk bekas Perdana Menteri itu untuk memberikan ruang sebegitu mudah buat Si Ketua Penipu itu menjawat jawatan tersebut.

Jelasnya, dari sudut logik, belum tentu Tun Mahathir akan memberikan peluang tersebut sedangkan selama ini bekas Perdana Menteri itu masih lagi mencurigai keupayaan Si Ketua Penipu itu.

“Sebelum ini, Mahathir mengambil tindakan memecat Anwar sebagai Timbalan dengan alasan tidak mahu Negara diterajui oleh seorang yang tidak bermoral.

“Bahkan sehingga ke hari ini, pandangan dan pendirian bekas Perdana Menteri itu terhadap Timbalannya sebelum ini masih tidak berubah. Dia masih menganggap Anwar sebagai seorang Pesalahlaku Moral.

“Perkara itu dapat dilihat dengan jelas apabila Tun Mahathir hanya menganggap Anwar sebagai Tahanan Politik. Namun dia tidak menegaskan bahawa bekas Timbalannya itu tidak terlibat dengan jenayah yang dilakukan,” jelas sahabat tersebut.

Menurut penjelasan yang diberikan, Tun Mahathir merupakan seorang pemain Politik yang bijak. Maka sudah pasti dia mempunyai strategi tersendiri untuk menidakkan Si Ketua Penipu tu.

Sebagai rekod, Si Ketua Penipu itu telah dilucutkan dari jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri oleh Tun Mahathir dan mendakwa dia terlibat dengan aktiviti salahlaku seksual songsang.

Malah Tun Mahathir dalam buku tulisannya menjelaskan perkara tersebut secara panjang lebar bagi menjustifikasikan tindakannya yang mendapat tentangan hebat dari penyokong PKR.

Sehingga ke hari ini, masih ramai dikalangan pemimpin PKR yang menyimpan perasaan curiga terhadap Tun Mahathir dan mereka jelas tidak dapat melupakan tindakan yang telah dilakukan.

Secara dasarnya, ahli PKR secara keseluruhannya masih menganggap Tun Mahathir sebagai seorang pemimpin Diktator yang licik dan sanggup melakukan apa sahaja demi menjaga kepentingan Politik Peribadinya sendiri!!!




Source link

read more

BEBAS 8 JUN PUN DIA TAK BOLEH JADI PM!!! ~ SEMUT HITAM


Bekas ketua pembangkang, Si Ketua Penipu itu dikatakan akan dibebaskan pada 8 Jun ini, kata Ketua Pengarah Penjara, Datuk Seri Zulkifli Omar.

Beliau berkata, pada 10 Februari 2015 Mahkamah Persekutuan Putrajaya mengekalkan sabitan bersalah Anwar dan menjatuhkan hukuman 5 tahun penjara mulai tarikh sama.

Jelasnya, sehubungan itu berdasarkan pengiraan hukuman, tarikh pembebasan Anwar adalah pada Ahad, 10 Jun 2018.

“Bagaimanapun Peraturan 28 Peraturan-Peraturan Penjara 2000 juga menjelaskan bahawa jika pembebasan seseorang banduan jatuh pada hari kelepasan mingguan atau hari kelepasan am, banduan hendaklah dibebaskan pada hari sebelumnya.

“Oleh kerana 10 Jun adalah Ahad dan 9 Jun adalah Sabtu, jadi Anwar boleh dibebaskan pada 8 Jun iaitu pada Jumaat,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Zulkifli berkata, pengiraan tempoh hukuman yang perlu dijalani dan tarikh pembebasan Anwar dibuat Jabatan Penjara berasaskan ketetapan Seksyen 44, Akta Penjara 1995 serta Peraturan 43(1)(a) Peraturan-Peraturan Penjara 2000.

Beliau menambah, akta dan peraturan tersebut memberikan 1/3 remitan daripada hukuman kepada mana-mana banduan yang menjalani hukuman melebihi satu bulan.

Sehingga tarikh kenyataan ini dikeluarkan, Zulkifli berkata, Jabatan Penjara dan Penjara Sungai Buloh tidak menerima apa-apa waran atau perintah dari mana-mana pihak berkuasa yang kompeten yang mengarahkan hukuman terhadap Si Ketua Penipu itu dipinda.

“Tarikh pembebasan Anwar pada 8 Jun juga tiada sebarang kaitan dengan pelaksanaan Sistem Parol atau apa-apa perintah dari Lembaga Pengampunan,” ujarnya.

Pada Sabtu, isteri kepada Si Ketua Penipu itu yang juga merupakan Presiden Pakatan memaklumkan bahawa suaminya bakal dibebaskan daripada penjara pada 11 Jun ini.

Si Ketua Penipu itu kini sedang menjalani hukuman penjara di Penjara Sungai Buloh setelah Mahkamah Persekutuan, pada 10 Februari 2015, mengekalkan sabitan dan hukuman yang dikenakan terhadapnya oleh Mahkamah Rayuan pada 7 Mac 2014.




Source link

read more

MalaysiaMemilih Fokus kepada kerusi boleh menang – Pemuda Amanah


KUALA LUMPUR: Parti Amanah Negara (Amanah) perlu memberi perhatian kepada kerusi yang boleh memberikan kemenangan dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) berbanding jumlah kerusi bertanding, kata Timbalan Ketua Pemudanya Muhammad Faiz Fadzil.

Hujah Muhammad Faiz, kemenangan dalam PRU14 juga boleh menentukan survival Amanah dalam landskap politik negara pada masa akan datang.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas saranan daripada badan penyelidik Ilham Centre yang menasihatkan Amanah tidak meminta terlalu banyak kerusi parlimen bagi menghadapi PRU14.

“Jika Amanah diberikan tanggungjawab untuk bertanding di kerusi-kerusi yang mempunyai harapan untuk memang ia adalah lebih baik berbanding kerusi yang banyak tetapi tidak memberikan harapan kepada kita.

“Apa yang lebih baik, apa yang lebih bijak adalah keputusan, we want the result, we want the result means quality seat, jadi numbers not important, quality seat more important,” katanya kepada Astro AWANI.

Sebelum ini Pengarah Eksekutif Ilham Centre, Hisommudin Bakar berpendapat Amanah perlu melihat kepada kekuatan sebenar mereka sebelum menuntut kerusi yang lebih banyak.

Hisommuddin berkata pimpinan Amanah tidak seharusnya terpengaruh dengan permintaan akar umbi mereka dalam membuat keputusan untuk menuntut kerusi pilihan raya.

Amanah kini mempunyai enam ahli parlimen yang mana kesemua mereka adalah bekas wakil rakyat Pas yang bertindak keluar parti selepas tewas pada pemilihan parti pada 2015.



Source link

read more

Tiada air rumah dibeli tidak boleh dihuni


GUA MUSANG: Hampir 70 pemilik rumah kos rendah di Bandar Utama, Gua Musang, Kelantan kecewa apabila rumah yang dibeli gagal didiami.

Semuanya gara-gara ketiadaan bekalan air.

Penduduk mendakwa kunci rumah mereka diserahkan sejak September tahun lalu, namun masalah bekalan air menyebabkan mereka berputih mata.

Tinjauan Astro AWANI mendapati, kebanyakan penduduk terpaksa mengambil inisiatif sendiri, untuk menangani masalah tersebut.

Ada dalam kalangan mereka mengambil bekalan air dari luar dan ada juga yang terpaksa menadah air hujan untuk kegunaan mereka.

Penduduk juga mendakwa sudah mengemukakan masalah berkenaan kepada pihak pemaju dan Syarikat  Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB), namun sehingga kini tiada sebarang penyelesaian diberikan.

“Air Kelantan tidak dapat menyambung meter air kerana disebabkan perkara tidak masuk akal bagi saya, kerana dia memberi sebab penyambungan belum dibuat kerana masalah kecerunan air,

“Bagi saya masalah kecerunan air dalam taman ni tidak berlakulah kerana saya telah membuat bayaran kepada pihak pemaju. Deposit air telah dibuat tetapi tiada sebab air,” kata Mohd Zamri Kamarudeen yang merupakan salah seorang pemilik rumah.

Sementara itu seorang lagi pemilik rumah, Izma Ibrahim menyifatkan ketiadaan bekalan air menyukarkan penduduk menjalani kehidupan seharian.

“Susah nak tinggal di rumah ini, kami terpaksa memunggah air dari kediaman lama.

“Nak solat, payah, nak mandi, payah, nak masak pun payah,” katanya ketika ditemui Astro Awani.

Pembinaan sejumlah 138 unit rumah kos rendah ini dilaksanakan kerajaan negeri Kelantan bersama pihak pemaju Bandar Utama Gua Musang.



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons