Bual Bola: 1,278 jersi Liverpool catat rekod Malaysia Book of Records



Kelab penyokong rasmi Liverpool Lembah Klang, KL Kopites berjaya mencatat rekod Malaysia Book of Records bagi jersi paling banyak dipamerkan untuk sebuah pasukan.

1,278 jersi Liverpool bermula dari era 60-an sehingga musim ini dipamerkan di IM4U Sentral Puchong, dikumpul daripada kalangan penyokong tegar kelab The Reds di Malaysia.



Source link

read more

Bual Bola: Messi patut julang Piala Dunia



Apa yang menarik mengenai Piala Dunia FIFA Rusia 2018?

Bersama bekas pemain Argentina, Hernan Crespo dan penyerang Perancis, Louis Saha mengenai harapan mereka menjelang kejohanan yang akan bermula pada 14 Jun ini.

Astro akan meneruskan legasi membawakan liputan siaran langsung kesemua 64 perlawanan disamping menawarkan beberapa keistimewaan kepada peminat bolasepak tempatan.

Antara kelainan yang dibawakan Astro untuk edisi kali ini, selain pertandingan dan hadiah istimewa, turut ditampilkan pengenalan aplikasi realiti maya (VR) yang memberi peluang kepada peminat untuk merasai suasana sebenar menonton Piala Dunia di Rusia dengan tambahan teknologi sisi kamera pelbagai sudut.

Saksikan temubual penuh bersama Crespo dan Saha dalam Bual Bola Jumaat ini, 10:15 malam di saluran 501 Astro AWANI.



Source link

read more