Kementerian Pendidikan tidak bercadang kaji semula hukuman buang sekolah



SEREMBAN: Kementerian Pendidikan tidak bercadang untuk mengkaji semula hukuman buang sekolah ke atas pelajar yang mempunyai masalah disiplin di sekolah.

Timbalan Menterinya Datuk Chong Sin Woon berkata ini adalah kerana hukuman itu hanya dalam tempoh maksimum dua minggu dan bukannya membuang terus pelajar berkenaan dari sistem pendidikan dan tidak lagi mempunyai peluang untuk kembali bersekolah.

“Perkara ini perlu jelas, pelajar yang mempunyai masalah disiplin di sekolah, selepas kita beri amaran, rotan dan sebagainya barulah kita ambil tindakan buang sekolah ini.

“Namun hukuman buang sekolah ini bukanlah bermaksud pelajar itu langsung tidak boleh kembali ke sekolah selepas tempoh hukuman tamat, ibu bapa boleh buat permohonan semula kepada sekolah sama atau sekolah lain untuk membolehkan anak mereka bersekolah semula.

“Namun jika ibu bapa tidak buat permohonan pihak sekolah atau pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru akan mencari pelajar berkenaan dan minta dia mohon untuk kembali ke sekolah,” katanya kepada pemberita selepas program Mengedarkan Kalender 2018 di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian susulan cadangan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) baru-baru ini agar hukuman buang sekolah sedia ada dihapuskan dan digantikan dengan kelas pemulihan atau peralihan buat murid sekolah yang bermasalah atau berhadapan masalah disiplin.

Menurut Menterinya Datuk Seri Rohani Karim, ia adalah bagi memberi impak jangka panjang kepada masa depan seseorang remaja dalam memastikan mereka mendapat peluang memperbaiki hidup dan kembali kepada masyarakat.

Namun cadangan itu mendapat bantahan daripada Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP).

Dalam perkembangan lain, Chong berkata kementerian sedia berbincang mengenai cadangan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar untuk memperkenalkan subjek baharu iaitu subjek alam sekitar dari peringkat tadika hingga ke universiti.

“Kalau ikutkan subjek mengenai alam sekitar ini memang sudah ada di sekolah-sekolah tetapi dalam subjek geografi.

Chong berkata jika sekadar mahu menambah baik subjek sedia ada mengenai alam sekitar ketika ini, ia boleh dipertimbangkan namun sekiranya perlu mewujudkan mata pelajaran baharu untuk alam sekitar ia dikhuatiri akan menjadi bebanan dalam sistem pendidikan yang akkhirnya memberi kesan kepada prestasi pelajar.

— BERNAMA



Source link

read more

Budak 13 tahun penggal buang kepala ibu dalam tong najis



SEORANG remaja berusia 13 tahun di bandar Wenxing, China didakwa membunuh ibunya sendiri dipercayai kerana tidak mendapat sejumlah wang yang diinginkan.

Menurut laporan Dailymail, remaja itu didakwa memenggal dan membuang kepala ibunya ke dalam tong najis.

Lebih menyayat hati lagi, perbuatan keji itu dirakam remaja tersebut dan dihantar kepada rakan-rakan sekolahnya.

Kejadian yang berlaku pada Ahad, 3 Disember itu walau bagaimanapun hanya disedari pada Rabu, 6 Disember apabila video rakaman pembunuhan itu disebar dalam grup WeChat remaja itu.

Polis menahan remaja itu di sekolah setelah menerima laporan daripada seorang ibu kepada rakan remaja itu yang melihat video tersebut lalu melaporkan perkara itu kepada pihak polis.

Menurut laporan, setelah membunuh ibunya, remaja itu tidur dengan mayat tidak berkepala itu dan pergi ke sekolah seperti biasa keesokan harinya.

Remaja itu dipercayai berulang kali meminta wang berjumlah 400 yuan (RM247) daripada ibunya namun tidak diendahkan, lalu berlaku perbalahan di antara mereka.

Polis mengesahkan kejadian dan siasatan sedang dijalankan.



Source link

read more

NUTP bantah mansuh hukuman buang sekolah pelajar bermasalah



KUALA LUMPUR: Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) membantah cadangan memansuhkan hukuman buang sekolah terhadap pelajar bermasalah di negara ini, seperti dicadangkan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim.

Setiausaha Agung NUTP Harry Tan Huat Hock berkata sekolah merupakan institusi untuk mendidik dan memerlukan peraturan berkesan dalam menyelamatkan pelajar daripada anasir negatif.

Beliau berkata kes murid atau pelajar yang mempunyai masalah disiplin berat sehingga dibuang sekolah seharusnya dilihat sebagai satu kes kebajikan serta diuruskan oleh Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).

“KPWKM mempunyai kuasa dan akta untuk menguruskan pelajar bermasalah selain mempunyai pusat pemulihan akhlak termasuk Asrama Akhlak, Sekolah Tunas Bakti dan Taman Seri Puteri untuk menempatkan pelajar perempuan dan lelaki yang dibuang sekolah.

“Bagi murid yang dibuang sekolah, nama mereka akan dihantar ke Jabatan Kebajikan Masyarakat dan siasatan akan dilakukan dalam mencari punca dan jalan penyelesaiannya. Berdasarkan perkara itu masalah berkaitan pelajar dibuang sekolah perlu diuruskan KPWKM,” katanya dalam kenyataan di sini, pada Jumaat.

Rohani sebelum ini mencadangkan hukuman buang sekolah terhadap pelajar bermasalah dikaji semula dan digantikan dengan kaedah lain seperti kelas khas peralihan.

Beliau berkata pihaknya akan berbincang dengan Kementerian Pendidikan berhubung cadangan itu kerana hukuman buang sekolah tersebut tidak akan menyelesaikan masalah berhubung pelajar terbabit.

Mengulas lanjut, Huat Hock berkata Kementerian Pendidikan tidak mempunyai kemampuan mengawal dan memulihkan akhlak murid atau pelajar yang mempunyai masalah disiplin serius termasuk penyalahgunaan dadah dan gengsterisme kerana kebanyakan guru hanya terlatih dalam bidang akademik memfokuskan Pengajaran dan Pembelajaran.

NUTP, katanya. berpendirian tindakan buang sekolah perlu dikekalkan dan masih relevan diguna pakai terhadap pelajar yang mempunyai masalah disiplin.

Beliau berkata NUTP turut berharap cadangan untuk mewujudkan satu pasukan petugas khas bagi menangani masalah sosial masyarakat diberi perhatian oleh pihak berkaitan, sebagaimana cadangan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.

“Isu agenda sosial ini kian menular dan jika tidak ditangani mulai sekarang, risau aspirasi Transformasi Nasional 2050 (TN50) tidak akan tercapai. NUTP berharap pihak berkaitan dapat memberi lebih fokus kepada masalah agenda sosial ini demi masa depan negara,” katanya.

— BERNAMA



Source link

read more

Cadangan hapuskan hukuman buang sekolah boleh dipertimbangkan – Mahdzir



KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan sedia duduk semeja bersama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) bagi berunding mengenai cadangan menghapuskan hukuman buang sekolah.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, ketika ini tindakan buang sekolah hanya diambil sebagai langkah terakhir.

“Namun apabila Datuk Seri Rohani (Abdul Karim) mencadangkan perkara tersebut, kami sudi duduk berbincang mengenainya,” kata Mahdzir.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Laman Media ketika Perhimpunan Agung UMNO 2017 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.

Sebelum ini, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim mencadangkan agar tindakan buang sekolah yang dikenakan terhadap pelajar bermasalah di negara ini dikaji semula.

Tambah beliau, ini kerana tindakan tersebut tidak akan menyelesaikan masalah berhubung pelajar terbabit.



Source link

read more

Cadangan hapus hukuman buang sekolah Segalanya bermula dari ibu bapa – Perunding



KUALA LUMPUR: Sejak beberapa bulan lepas, Menteri Kemajuan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim mencadangkan supaya hukuman buang sekolah dimansuhkan.

Hukuman itu dilihatnya tidak akan memperbaiki keadaan kerana pelajar akan terus terbiar dan berisiko terjebak dengan pelbagai lagi gejala negatif, dan sebaliknya pelajar bermasalah perlu dihantar ke kelas pemulihan untuk memberi peluang kedua kepada mereka.

“Saya setuju kalau mereka diberikan program pemulihan yang terancang dan berstruktur supaya kelebihan dan kekuatan yang mereka miliki tidak disia-siakan, malah dapat dikenal pasti dan dimanfaatkan untuk mereka menyumbang kepada masyarakat.

”Kalau mereka dibuang terus, ia satu kerugian yang besar dan kita tidak akan mempunyai golongan pelapis yang ramai untuk membentuk negara,” kata perunding keibubapaan Parent Connect, Noor Afidah Abu Bakar ketika dihubungi Astro AWANI, hari ini.

Bagaimanapun jelasnya, melihat dari aspek yang lebih besar, segalanya bermula dari rumah.

Katanya, biarpun hukuman dimansuh, cara ditukar dan pelbagai program disusun, ia tidak akan berkesan sepenuhnya dalam membentuk atau memperbaiki peribadi dan sahsiah diri pelajar jika ibu bapa tidak memainkan peranannya.

Berdasarkan statistik Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) pada tahun 2014, lebih 50 peratus kanak-kanak yang terlibat dalam gejala negatif adalah mereka yang tinggal bersama ibu bapa masing-masing.

Di mana silapnya?

Masa bersama. Afidah melihat kurangnya masa diluang antara ibu bapa dengan anak-anak kerana terlalu sibuk dalam mengejar rentak dan kehendak kehidupan masa kini.

“Ini kerana mereka merasakan anak remaja ni boleh berdikari dan hidup sendiri, jadi ibu bapa rasa tidak perlu meluangkan banyak masa bersama.

“Sedangkan anak remaja itu berada pada peringkat di mana mereka sedang mencari identiti. Jadi mereka memerlukan sokongan dari segi emosi yang sangat kuat daripada ibu bapa mereka sendiri. Mereka perlukan masa untuk meluahkan perasaan, menceritakan apa yang sedang dihadapi dalam hidup.”

Akibat daripada ketidakhadiran ibu bapa dalam hidup anak-anak mereka, maka disebabkan itu dilihat remaja lebih cenderung menjauhkan diri dari ibu bapa masing-masing dan meluangkan lebih masa dengan rakan-rakan mereka yang dirasakan lebih memahami hidup mereka.

Katanya lagi, jika ibu bapa tidak faham terhadap kecederungan, keperluan dan rentak anak remaja mereka, maka sukar untuk membimbing mereka.

Selain itu, komunikasi ibu bapa dengan anak juga faktor penting dalam pembentukan karektor dan pembawaan diri remaja ke sekolah juga khalayak yang lebih luas.

”Remaja ini di usia mereka sedang mencari identiti. Bagaimana mereka mencari identiti? Melalui apa yang dipertuturkan ibu bapa dan orang yang rapat dengan mereka.

“Kalau apa yang mereka dengan tentang diri mereka adalah kekurangan mereka, kenakalan mereka dan benda-benda negatif, maka itu akan membentuk konsep diri yang negatif.

“Kerana ibu bapa adalah pendidik, pembimbing atau guru pertama dan utama bagi seseorang anak itu,” tegasnya.



Source link

read more

TAKUT DISAMAN, HAPRAKDAILY BUANG ARTIKEL FITNAH!!! ~ SEMUT HITAM


Laman portal yang menjadi lidah rasmi Pas sudah membuang artikel kontroversi menuduh berlaku aktiviti khalwat setiap kali Perhimpunan Agung UMNO (PAU) yang disiarkan baru-baru ini.

Penurunan artikel tersebut disahkan oleh Timbalan Ketua Pengarang Harakahdaily, Azmi Yusof yang mengakui mereka terlepas pandang membenarkan artikel tersebut disiarkan dan menyifatkan tuduhan itu bukan pendirian Pas tetapi sebaliknya ada bersifat peribadi.

“Awalnya ia termuat naik kerana ada sedikit terlepas pandang teknikal dalam pemilihan berita, jadi bila sidang redaksi menyedarinya, maka Harakahdaily tarik balik laporan tersebut,” beliau dipetik berkata.

Semalam portal berita milik Pas, Harakahdaily melaporkan Portal rasmi Pas, Harakahdaily melaporkan bekas Ahli Jawatankuasa Kerja Puteri UMNO Bahagian Klang, Wan Asshima Kamaruddin mendedahkan berlakunya kegiatan khalwat dan maksiat setiap kali berlangsungnya PAU.




Source link

read more

Kementerian cadang hapus hukuman buang sekolah



KUALA LUMPUR: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) mencadangkan agar hukuman buang sekolah sedia ada dihapuskan dan digantikan dengan kelas pemulihan atau peralihan buat murid sekolah yang berrmasalah atau berhadapan masalah disiplin.

Menurut Menterinya, Datuk Seri Rohani Karim, ia adalah bagi memberi impak jangka panjang kepada masa depan seseorang remaja dalam memastikan mereka mendapat peluang memperbaiki hidup dan kembali kepada masyarakat.

Cadangan itu dibacakan Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian, Datuk Suriani Ahmad yang mewakili Rohani dalam sesi ‘townhall’ peringkat kementerian yang mengupas tajuk ‘Kepedulian Kebejatan Sosial’ yang diadakan hari ini di Institut Sosial Malaysia.

“Peluang kedua perlu bagi kanak-kanak atau remaja yang telah melakukan kesalahan. Ini adalah kerana mereka masih dalam fasa perkembangan fizikal, mental dan emosi.

“Dalam keadaan yang lebih ekstrem, iaitu bagi kanak-kanak yang telah ditahan atas satu kesalahan, kementerian dengan kerjasama Jabatan Peguam Negara dan Polis Diraja Malaysia sedang meneliti kebarangkalian bagi melaksanakan program Diversion,” katanya.

Antara yang dibincangkan dalam sesi berkenaan adalah isu melibatkan kumpulan sasar iaitu wanita, kanak-kanak, keluarga,  OKU dan warga emas.

Dalam pada itu, kementerian juga berharap agar peningkatan sehingga 59 peratus penglibatan wanita dalam tenaga kerja menjelang 2020 dapat dicapai selaras dengan banyak inisiatif yang disediakan bagi membolehkan wanita kekal dalam tenaga kerja.

Sesi hari ini turut dihadiri oleh kumpulan sasar KPWKM, ahli akademik, aktivis sosial dan pegawai awam dan swasta yang antara lain memberi peluang kepada peserta bersuara terus dengan kementerian mengenai isu atau masalah berkenaan kebejatan sosial.

Input daripada peserta akan diserahkan kepada unit penyelarasan pelaksanaan jabatan perdana menteri dan dibentangkan dihadiri oleh badan bukan kerajaan ngo dan kumpulan sasar.



Source link

read more

Buang bayi di Baling, wanita dari Johor ditahan – Jenayah


BALING 4 Dis. – Seorang wanita dipercayai ibu kepada bayi yang baru dilahirkan dalam tandas sebelum diserahkan kepada seorang pekerja pam minyak di sini kelmarin, ditahan selepas dia hadir ke Balai Polis Baling, semalam.

Ketua Polis daerah, Superintenden Shariffuddin Yusuf berkata, wanita berusia 29 tahun dari Johor Bharu, Johor itu ditahan di pekarangan balai polis tersebut kira-kira pukul 3.40 petang.

“Dalam soal siasat awal yang dijalankan terhadapnya, wanita itu mendakwa dia datang dari Kulim ke daerah ini untuk membawa bapanya berubat di Kupang sebelum datang ke stesen minyak itu untuk membuang air besar.

“Semasa dalam tandas, dia melahirkan seorang bayi lelaki. Ekoran daripada itu, dia mendakwa menyerahkan bayi berkenaan kepada pekerja stesen minyak terbabit dan memberitahu akan datang semula untuk menguruskan anaknya,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Begitu pun katanya, setelah mengambil bapanya yang selesai berubat di Kupang, suspek mendakwa terus pulang ke Kulim dan tidak berdaya untuk kembali ke Baling bagi menguruskan anaknya itu.

“Hanya pada pukul 3 petang semalam, barulah dia kembali ke stesen minyak tersebut dan berjumpa dengan pekerja terlibat. Pekerja itu memaklumkan yang dia membuat laporan polis menyebabkan wanita tersebut datang ke balai,” katanya.

Tambahnya, wanita itu mendakwa mengandung pada April 2017 hasil hubungan dengan bekas teman lelakinya berusia 27 tahun yang tinggal di Johor.

“Dia mendakwa hubungan itu sudah putus namun mereka masih berkawan. Ahli keluarganya pula didakwa langsung tidak mengetahui tentang segala yang berlaku.

“Kes kini disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dan wanita itu kini di bawah jaminan polis kerana berada di wad Hospital Baling untuk menjalani rawatan,” katanya. – UTUSAN ONLINE




Source link

read more

Terlalu ganas Apple buang karektor Rodrigo Duterte


MANILA: Pembekal perkhidmatan aplikasi telefon bimbit Apple App Store membuang karektor Presiden Filipina Rodrigo Duterte dari permainan video popular, Duterte Know Kung Fu – Pinoy Crime Fighter.

Tindakan ini dilakukan selepas surat bantahan dihantar satu rangkaian anti-dadah Asia kepada Ketua Pegawai Eksekutif Apple, Tim Cook.

Portal berita BBC dipetik berkata surat bantahan itu menyatakan permainan video tersebut mempromosi pembunuhan, “keganasan” dan “perang dadah” di Filipina.

Bagaimanapun, surat bantahan tersebut tidak dibalas pengeluar telefon bimbit dan perisian terkemuka dunia itu.

Tarikh penghantaran surat bantahan dan pembuangan karektor tidak dinyatakan secara jelas.

Menurut rangkaian terbabit, permainan video itu jelas mempromosi keganasan dan merujuk secara khusus kepada Filipina.

Duterte
Dalam permainan terbabit Duterte digayakan dengan pelbagai pakaian dan beraksi seorang diri — dalam misi beliau untuk menumpaskan penagih dan penyeludup dadah. 

Sementara itu, Ketua Polis Filipina Ronald De La Rosa menyambut baik tindakan Apple terbabit dan menjelaskan perang dadah yang dilakukan Duterte bukan berbentuk keganasan sebaliknya menumpaskan kegiatan dadah yang berleluasa di negara itu.

La Rosa menjelaskan selain operasi menjejaki penjenayah dadah, polis turut mengadakan program kesedaran pintu ke pintu tentang bahaya dadah.

Namun tindakan Filipina itu dikecam Badan Hak Asasi Manusia yang mendesak operasi seumpama dihentikan.

Setakat ini, hampir 7,000 individu terlibat dadah dibunuh dalam operasi yang telah dijalankan sejak awal tahun ini.



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons