AHLI UGUT NAK BUAT DEMO, PPBM SEMAKIN CUAK!!! ~ SEMUT HITAM


Selepas tindakan kurang cerdik yang dibuat oleh Si Syed Suckdick ekoran ugutan beberapa ahli Pemuda PPBM sebelum ini, parti itu dilihat sedang berada dalam keadaan yang semakin terdesak.

Ianya berikutan kenyataan yang dikeluarkan oleh ahli parti itu yang tampil membuat ugutan untuk mengadakan perhimpunan dihadapan pejabat Suruhanjaya Pendaftar Pertubuhan (RoS).

Mungkin dek kerana itu PPBM mahu membawa RoS ke mahkamah sebagai satu langkah untuk mengambil tindakan tegas susulan didakwa tidak menerima sebarang maklum balas dari mereka.

Pengerusi PPBM, Tun Mahathir dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini mendakwa, sikap membisu RoS itu memberi kesan kepada persiapan Pakatan bagi menghadapi PRU yang akan datang.

“Jadi langkah seterusnya kita nak buat rayuan kepada mahkamah untuk meminta supaya RoS memberi maklum balas kepada pertanyaan dan permintaan kami. Tindakan mahkamah akan diambil segera kerana kami merasakan RoS gagal menjalankan tanggungjawabnya sebagai agensi kerajaan dalam melaksanakan tugasnya,” katanya.

IRONIKnya, pihak RoS sudah banyak kali tampil mengadakan sidang media dan memberikan penjelasan mengenai status parti dibawah pimpinan bekas Perdana Menteri itu sebelum ini.

RoS dalam satu kenyataan menjelaskan bahawa pihak mereka masih lagi menjalankan siasatan terhadap lebih dari 200 aduan serta laporan yang telah dikemukakan oleh ahli parti itu.

Secara tidak lansung, tindakan yang dikemukakan oleh Tun Mahathir itu membuktikan bahawa parti pimpinannya sedang berada dalam keadaan yang sangat terdesak pada ketika ini.

Hakikatnya, Tun Mahathir perlu sedar, zaman sekarang ni bukan zaman dia memerintah. Kalau masa dia jadi Perdana Menteri dulu, boleh la dia ugut RoS suruh mempercepatkan siasatan dan aduan yang dikemukakan. Zaman sekarang, takde orang dah nak layan kerenah dia!!!




Source link

read more

Kentut punya pasal pesawat terpaksa buat pendaratan cemas



SEORANG juruterbang Transavia Airlines terpaksa membuat keputusan untuk melakukan pendaratan kecemasan, biarpun atas alasan yang sangat remeh.

Ketika dalam penerbangan dari Dubai ke Amsterdam, dua penumpangnya dilaporkan bergaduh besar kerana salah seorangnya tidak berhenti kentut, lapor portal berita New Zealand, Newshub.

Penumpang terbabit, seorang warga emas, dikatakan terus berbuat demikian sekalipun selepas diminta berkali-kali agar berhenti oleh kru dan penumpang.

Pesawat terpaksa melakukan pendaratan cemas di Vienna, yang menyaksikan empat orang penumpang diminta turun.

Salah seorang daripada penumpang terbabit memberitahu portal tersebut, dia tidak faham mengapa dia juga diarahkan keluar.

“Saya duduk di tempat duduk belakang dua penumpang yang bergaduh itu tetapi saya tidak terlibat.

“Tetapi apabila pesawat mendarat di Vienna, tak pasal-pasal saya menjadi mangsa keadaan,” kata wanita yang dikenali sebagai Nora Lachhab itu.

Nora juga memaklumkan, cara kru penerbangan mengendalikan situasi itu juga tidak profesional.

“Mereka melakukan provokasi dan mengeruhkan lagi keadaan,” cerita Lachhab.

Keempat-empat mereka tidak lagi dibenarkan menggunakan penerbangan berkenaan selepas ini, dan syarikat penerbangan itu juga dilaporkan akan mengenakan caj kos yang terpaksa ditanggung akibat pendaratan kecemasan itu.



Source link

read more

Julian puas buat penampilan bersejarah – Sukan


KUALA LUMPUR 16 Feb. – Walaupun gagal menempatkan diri ke pusingan akhir, namun peluncur ski negara, Julian Yee puas akhirnya membuat penampilan bersejarah dalam Sukan Olimpik Musim Sejuk di Pyeongchang, Korea Selatan hari ini.

Dalam saingan luncur ais individu yang berlangsung di Gangneung Ice Arena, hanya 24 daripada 30 peserta akan melangkah ke pusingan akhir esok dan Julian terlepas slot ke final dengan perbezaan 1.15 mata selepas berada di tangga ke-25.

Julian, 21, yang merupakan peluncur ais pertama dari negara tropika layak ke Olimpik Musim Sejuk bagaimanapun tidak menghampakan apabila berjaya membaiki catatan mata semusim terbaiknya iaitu 73.58 mata untuk berada di belakang atlet Jerman, Paul Fentz yang mengisi slot terakhir ke pusingan kelayakan dengan catatan 74.73 mata.

“Jelas sekali ini adalah pengalaman terbaik di Pyeongchang! Saya sudah memberikan yang terbaik dalam aksi saya di sini.

“Bagaimanapun, saya terlepas had kelayakan dengan hanya satu anak tangga tetapi saya tetap gembira dengan keputusan yang diraih di sini.

“Boleh saya katakan, Malaysia sudah mencipta sejarah dalam dunia sukan dan saya berharap lebih banyak kejutan akan berlaku pada masa akan datang. Malaysia Boleh!!,” katanya dalam Instagram.

Mula mengenali sukan itu seawal usia empat tahun, atlet kelahiran Petaling Jaya tersebut berdepan pelbagai rintangan untuk memajukan dirinya di dalam sukan bukan tradisi buat negara beriklim khatulistiwa termasuk mencari tempat latihan yang memiliki kelengkapan sempurna selain kekangan kewangan.

Berbanding seorang lagi atlet negara, Jeffrey Webb dalam sukan Alpine Skiing yang banyak menjalani latihan di kawasan bukit bersalji di Amerika Syarikat, Julian lebih banyak menghabiskan masanya di Sunway Pyramid untuk mencari asas sukan itu sebelum diteruskan di IOI Mall dan bermula 2016, dia berpeluang untuk menjalani latihan lanjutan di Kanada secara berkala.

Malaysia antara enam negara yang memahat sejarah membuat penampilan sulung pada Sukan Olimpik Musim Sejuk 2018. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

LEPAS PKR, DAPigs BERI KATA DUA BUAT PPBM!!! ~ SEMUT HITAM


DAPigs Selangor memberi kata dua kepada PPBM negeri itu supaya tidak melampau dalam membuat tuntutan kerusi dan diingatkan supaya patuh kepada keputusan yang sudah dibuat.

Naib Pengerusinya, menyindir PPBM Selangor yang cuba menunjukkan taring tetapi lama-kelamaan mereka akan tunduk kepada keputusan yang sudah disepakati sesama parti dalam Pakatan.

“Biasalah orang baru memang macam itu, sentiasa mahu tunjuk taring.

“Bagaimanapun saya yakin itu hanyalah permulaan bagi Bersatu (PPBM), saya yakin lama-kelamaan mereka akan terima keputusan pucuk pimpinan yang akan mengambilkira kepentingan semua parti komponen lain dalam pembahagian kerusi,” beliau dipetik berkata semasa menghadiri sidang media Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina hari ini.

Terdahulu, PPBM Selangor bertegas mahu bertanding di 12 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dimenangi UMNO pada PRU13 lalu meskipun ia mendapat bantahan daripada PKR.

Semalam, wakil PKR memberikan gambaran seolah – olah tuntutan yang dibuat oleh PPBM yang mahu bertanding di 12 kerusi DUN di Selangor sebagai satu langkah tidak sedar diri.

PKR mendakwa, tuntutan yang dibuat oleh PPBM perlu realistik dan berdasarkan kepada kekuatan serta kemampuan parti itu untuk menang dalam Pilihan Raya Umum yang akan datang.

Dalam erti kata lainnya, DAPigs dan PKR sepakat dalam memberikan pandangan bahawa PPBM tidak selayaknya diberikan kerusi yang banyak kerana parti itu masih baru serta tidak mempunyai kekuatan akar umbi untuk mendapat mandat dari rakyat!!!




Source link

read more

China lubuk duit buat Pakcik Aamir



MAKIN tua makin hebat, rezeki pula bertambah lebat. Dari hanya hero setempat beliau kini berjaya menerobos tembok besar China.

Pada usia 52 tahun, segelintir orang mungkin memilih untuk kurang bekerja atau lebih banyak habiskan masa bersama keluarga namun tidak bagi ‘Pakcik Aamir.’ Dia memilih untuk melebarkan langkahnya lebih jauh. Menggapai lebih banyak bintang.

Pakcik Aamir atau atau Uncle Aamir adalah nama jolokan bagi pelakon berbakat besar Bollywood Aamir Khan di China. Namanya mekar di negara itu menerusi filem Dangal yang mencatat kutipan kasar AS$190 juta tahun lalu.

Ada yang kata Aamir tidak mungkin mampu meneruskan momentum kehebatan Dangal. Telahan itu silap kerana buah tangan terbaharu Aamir, Secret Superstar semakin jadi bualan di negara berpopulasi 1.42 penduduk itu.

Menurut data daripada ENT Group, Secret Superstar mengekalkan popularitinya dalam kalangan kaki wayang di China untuk minggu ketiga berturut-turut.

Mula ditayangkan pada 19 Januari lalu, filem bajet rendah ini telah mencatat kutipan AS$109 juta hanya dalam tempoh 24 hari. Ia mengatasi kutipan filem domestik Till the End of the World dan filem Hollywood Maze Runner: The Death Cure.

Menerusi filem ini Aamir berlakon sebagai pemuzik disamping pelakon utamanya Zaira Wasim yang bercita-cita mahu menjadi penyanyi namun menerima tentangan keluarganya.

Zaira pernah bergandingan Bersama Aamir dalam Dangal dengan memegang watak Geeta Phogat ketika kecil.

Secret Superstar diterbitkan sendiri Aamir bersama isterinya Kiran Rao menerusi syarikat mereka Aamir Khan Productions dan diarahkan Advait Chandan.



Source link

read more

Jordan sediakan permit kerja harapan baharu buat pelarian Syria



AMMAN: Sebagai satu langkah inisiatif kemanusiaan, kerajaan Jordan telah menyediakan permit kerja kepada pelarian Syria di negara itu untuk mereka memulakan hidup baharu.

Seorang pekerja yang juga pelarian Syria, Sawson, memberitahu, sekadar bantuan percuma bukanlah sesuatu yang diinginkannya lagi.

“Seseorang perlu mempunyai keinginan untuk menyara keluarga dan anak-anak,” kata beliau yang telah menetap di Jordan selama enam tahun.

Tambahnya, walaupun penat bekerja tetapi beliau seronok dengan persekitaran di tempat kerjanya.

Seorang lagi pelarian Syria, Maynoah berkata, “Sebagai wanita, saya berhak memohon pekerjaan dan bekerja.”

Bagi Mariam pula, peluang pekerjaan yang disediakan oleh kerajaan Jordan mampu membuktikan kebolehan seseorang wanita.

Usaha ini turut mendapat perhatian pihak Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR).

“Saya memuji usaha yang dilakukan oleh kerajaan Jordan yang menyediakan peluang pekerjaan kepada pelarian Syria,” kata Pesuruhjaya Tinggi UNHCR, Filipo Grandi ketika lawatan rasmi ke Kilang Kain Jerash Germant.

Kerajaan Jordan telah membenarkan permit kerja kepada 88,000 pelarian Syria sejak tahun lalu bagi meningkatkan taraf hidup mereka.

Usaha ini mampu membantu pelarian untuk keluar daripada kem pelarian Zaatari dan menyara keluarga mereka sendiri.



Source link

read more

Forkey Doe bantu kemenangan pertama buat Tok Gajah – Bola Sepak


KUANTAN 10 Feb. – Penyerang import yang baru hari ini bersama Tok Gajah, Forkey Doe membantu Pahang menewaskan Kelantan 3-0 dalam saingan Liga Super di Stadium Darul Makmur di sini malam ini.

Penyerang dari Liberia itu yang tidak dikawal di dalam kawasan kotak penalti Kelantan mudah menanduk masuk bola sepakan percuma Chan Vathanaka pada minit ke-13 untuk membuka jaringan tuan rumah.

Gol kedua Tok Gajah muncul pada minit ke-55 menerusi jaringan Mohamadou Sumareh dan gol ketiga dijaringkan Nor Azam Azih pada minit ke-88. – UTUSAN ONLINE

 



Source link

read more

BALA BERGANDA BUAT SI KAKI FITNAH RAFIZI!!! ~ SEMUT HITAM


Lepas satu persatu kes fitnah Si Rafizi ni dibawa ke muka pengadilan. Pun masih ada lagi manusia di Malaysia ni yang mahu membela tindakan jijik yang telah dilakukannya selama ini?

Jika sebelum ini, Si Rafizi tu pernah tampil merayu simpati Murahan dari kalangan rakyat Malaysia untuk membayar tuntutan sebanyak RM 300 ribu kerana memfitnah Pengerusi NFCorp.

Dua hari lepas, Si Rafizi tu telah dijatuhkan hukuman penjara selama 30 bulan kerana didapati bersalah mendedahkan transaksi akaun bank tanpa kebenaran dibawah Akta BAFIA secara umum.

Kali ini, Si Rafizi tu bakal berhadapan dengan satu lagi kes saman fitnah yang telah dilakukan terhadap Tabung Haji yang didakwa akan bankrap melalui status dilaman Facebooknya.

Rafizi didakwa atas tuduhan pindaan fitnah jenayah di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan tahun lepas. Tuduhan itu dipinda selepas Rafizi membuat aduan ianya tidak jelas.

Dalam pertuduhan pindaan itu, Rafizi dituduh mendakwa rizab TH mengalami defisit untuk 2 tahun berturut-turut menyebabkan TH tidak mampu membayar semula pendeposit jika mereka semua mahu mengeluarkan simpanan serentak.

Ekoran sebaran fitnah Si Rafizi itu telah mengakibatkan hampir 4000 orang pengikut Pakatan hilang kelayakan untuk menunaikan ibadah haji kerana bertindak mengeluarkan semua simpanan mereka.

Pokok pangkalnya, kesan amalan fitnah yang dilakukan oleh Si Rafizi ni cukup besar dan sekiranya ia tidak dikekang, takut nanti fitnah itu akan menjadi kebiasaan dikalangan rakyat.

Itu pun belum cerita lagi fitnah jijik Si Rafizi yang dibuat terhadap rakan seperjuangannya. Sebelum ini, Rafizi pernah menabur fitnah terhadap Khalid Ibrahim bagi menjayakan agenda Langkah Kajang.

Kemudian Rafizi juga pernah menabur fitnah dan membuat aduan palsu kepada pihak SPRM berhubung salah laku dalam pentadbiran Rejim Pakatan Selangor pimpinan Azmin Ali.

Mujur la Rejim Pakatan Si Azmin Ali tu takde maruah dan kecut buah kerandut nak ambil tindakan terhadap fitnah Rafizi berhubung penyelewengan kuasa dan Rasuah Betina yang disebarkan sebelum ini. Kalau tidak, memang jahanam la Si Rafizi tu jawabnya!!!




Source link

read more

BUAT APA NAK KESIAN KAT SI KAKI FITNAH NI!!! ~ SEMUT HITAM


Pada asasnya, Rafizi telah melanggar Akta BAFIA dengan mendedahkan penyata bank persendirian syarikat NFC untuk membuat tuduhan yang kemudiannya dibuktikan di mahkamah sebagai palsu.

Undang-undang BAFIA sangat jelas di sini. Sekiranya anda mendedahkan penyata bank orang lain, maka anda telah melanggar undang-undang. Rafizi sendiri tahu mengenai perkara ini.

Mengapakah dia harus dikasihankan apabila dia secara sukarela dan sengaja melanggar undang – undang hanya semata – mata untuk menabur fitnah terhadap orang lain?

Rafizi membuat tuduhan secara umum bahawa NFC Corp telah menyalahgunakan pinjaman mudah (soft loan) RM250 juta untuk membeli kondominium mewah dan bukannya untuk membiak lembu.

Bagaimanapun, syarikat NFC mempertikaikannya dan menyaman Rafizi kerana fitnah – kes yang dimenangi NFC di mahkamah tinggi. Rafizi kemudian terpaksa membayar ganti rugi RM300,000 kepada NFC.

Disebabkan ini, Rafizi menjadi popular dan sebutan orang ramai. Dia kemudian diberikan kerusi Parlimen Pandan untuk bertanding dalam PRU13, yang dia menang dan telah meraih gaji bebas cukai bulanan sebanyak RM29,000 sejak itu.

Malangnya, fitnah Si Rafizi itu tidak hanya berakhir disitu sahaja. Malah tabiat suka menabur fitnah itu mula berkembang biak dan diamalkan secara harian sejak dia menjadi Ahli Parlimen.

Pelbagai pihak dan agensi mula menjadi sasaran amalan fitnah Si Rafizi sejak dari itu. Termasuk Tabung Haji yang didakwa menghadapi kesulitan kewangan dan bakal bankrap.

Tindakan Si Rafizi itu membawa kepada ramai jemaah dikalangan pengikut Pakatan mengeluarkan simpanan mereka dan kehilangan tempat dalam giliran mengerjakan ibadah haji.

Tambah memburukkan keadaan, amalan fitnah Si Rafizi ini juga melibatkan pemimpin dikalangan puak Pakatan Haprak tu sendiri. Dia pernah menabur fitnah terhadap Khalid Ibrahim.

Malah, Rafizi juga pernah menuduh pentadbiran Rejim Pakatan Selangor pimpinan Azmin Ali terlibat dalam skandal penyalah-gunaan kuasa yang turut melibatkan Rasuah Betina sebelum ini.

Maka persoalannya tetap sama. Kenapa perlu kita kasihankan seorang Kaki Fitnah seperti Si Rafizi ni dengan memberikan sumbangan kewangan kepadanya? Adakah rakyat Malaysia hari ini menyokong kerja – kerja fitnah yang dilakukan???




Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons