Hamil 8 Bulan Jihan Belum Beli Barang Baby Lagi



PENGACARA dan pelawak, Jihan Muse akui belum membuat sebarang persiapan untuk menyambut kelahiran bayi sulungnya meskipun kandungannya sudah mencecah lapan bulan.

Jihan berkata dia tidak mahu melakukan persiapan terlalu awal atau berlebihan dalam berbelanja barangan bayi.

“Kami tak buat apa-apa persiapan langsung untuk menyambut kelahiran bayi, mungkin bila dah tahu jantina bayi ni esok baru kita fikir nak beli apa.

“Sebenarnya kami tak mahu terlalu beriya dalam membuat persiapan bayi dan biarlah ia ‘go with the flow’.

“Biasa hujung-hujung ni baru seronok buat persiapan.

“Jangan risau, selepas ini kami akan mula membuat persiapan sedikit demi sedikit,” katanya kepada Astro Gempak.

Pengacara Gegar Vaganza itu dijangka melahirkan bayi lelakinya pada Januari ini.

Sementara itu, suaminya Ungku Hariz memberitahu mereka sudah menerima hadiah daripada peniaga ‘online’ dan mengalu-alukan penaja lain.

“Kalau ikutkan saya ni seorang yang panik dan saya mahu segala persiapan dilakukan lebih awal.

“Saya mahu mula beli barang bayi tapi bimbang Jihan pula tak suka dan takut membazir.

“Tapi kami berterima kasih kepada peniaga-peniaga online yang sudah mula memberikan hadiah bayi dan kami mengalu-alukan penaja yang ingin menaja,” katanya lagi.

Jihan muncul vlog Hi Mommy Jihan! yang mula ditayangkan terlebih dahulu di YouTube MeleTOP pada setiap hari Khamis dan Jumaat mulai 7 Disember lalu.

Selain itu, program tersebut juga boleh ditonton pada setiap hari Isnin dan Selasa sejak 11 Disember lalu jam 10.55 malam di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123)

Teks oleh: Syafiqah Jalal



Source link

read more

Trump mahu angkasawan AS kembali ke bulan teroka Marikh



WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mahu Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) menghantar kembali angkasawan ke bulan.

Tidak cukup sekadar ke bulan, Trump juga mahu AS menjadi negara pertama menghantar manusia ke Marikh.

Perkara itu terkandung dalam arahan polisi angkasa lepas pertama Trump yang ditandatanganinya pada Isnin.

Arahan ‘Polisi Angkasa Lepas 1’ itu antara lain mengarahkan pentadbiran NASA untuk kembali memberi tumpuan kepada penjelajahan dan penemuan dalam program angkasa lepasnya.

“Ia menandakan langkah penting dalam mengembalikan angkasawan Amerika ke bulan untuk kali pertama sejak 1972 bagi penjelajahan dan kegunaan jangka panjang.

“Kali ini kita bukan hanya mahu memacak bendera dan meninggalkan kesan tapak kaki, tetapi kita akan membina asas untuk misi ke Marikh,” kata Trump dalam majlis menandatangani arahan berkenaan di White House.

Jun lalu Trump menubuhkan kembali Majlis Angkasa Lepas Kebangsaan dengan melantik Naib Presiden AS Mike Pence sebagai pengerusinya.

Majlis berkenaan pertama kali ditubuhkan pada 1989 ketika pentadbiran George HW Bush namun dibubarkan Presiden Bill Clinton empat tahun kemudian.



Source link

read more

Sabotaj punca kebakaran yang mengorbankan enam nyawa bulan lalu



ALOR SETAR: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Kedah mengesahkan wujud unsur jenayah dalam insiden kebakaran empat rumah sederet di Kampung Baru Sungai Gelugor, Sungai Petani, bulan lalu.

Ia berdasarkan penemuan kesan petrol oleh Unit Forensik Bomba di lokasi kebakaran yang mengorbankan enam nyawa.

Pengarah Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Kedah, Penolong Kanan Pesuruhjaya Bomba Abdul Razak Muda mengesahkan penemuan kesan petrol berkenaan.

“Punca kebakaran memang sengaja dibakar dan wujud ‘accelerant’ yang kami jumpa di sana.”

“Kami juga mengambil pengakuan saksi yang menyatakan bahawa kebakaran itu disengajakan. Laporan itu telah diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Dalam kejadian pada 4 pagi, 7 November lalu, lima rentung dalam kebakaran berkenaan  yang melibatkan empat rumah yang dihuni 22 mangsa.

Seorang lagi mangsa meninggal dunia ketika menjalani rawatan di hospital.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Saifi Abdul Hamid, memaklumkan pihaknya masih menunggu laporan penuh jabatan forensik serta laporan siasatan bomba sebelum siasatan lanjut diteruskan.



Source link

read more

Tiga termasuk bayi tujuh bulan maut dalam kemalangan di Sitiawan



SITIAWAN: Tiga sekeluarga maut termasuk seorang bayi lelaki berusia lingkungan tujuh bulan selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dinaiki terlibat dalam kemalangan jalan raya di Kampung Kayan, di sini, awal pagi tadi.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Sitiawan, Mustafa Ismail berkata dalam kejadian kira-kira pukul 4.20 pagi itu, kenderaan jenis Toyota Wish yang dinaiki semua mangsa terbabas sebelum tercampak ke dalam parit berair sedalam 2.5 meter.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Sitiawan, Mustafa Ismail berkata kejadian dipercayai berlaku semasa keluarga berkenaan dalam perjalanan dari sini menghala ke Teluk Intan. 

Mustafa berkata pihaknya menerima panggilan kira-kira pukul 4.24 pagi dan sebaik tiba di lokasi segera membetulkan kereta tersebut sebelum membawa keluarga ketiga-tiga mangsa yang kemudian disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan.

“Di dalam kereta terdapat tiga orang terdiri daripada seorang lelaki berumur lingkungan 40an, seorang wanita berumur 30an dan seorang bayi lelaki dalam lingkungan tujuh bulan 

Beliau berkata mayat ketiga-ketiga mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan identiti kesemuanya belum dikenal pasti.

Mustafa berkata operasi tamat kira-kira pukul 6.10 pagi tadi.



Source link

read more

Pencuri hebat curi 120 TV dalam tempoh empat bulan..



BENGALURU: Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga.

Seorang lelaki di Bengaluru, India, Vasudev Nanaiah, 34 tahun ditahan kerana mencuri 120 set televisyen dalam tempoh empat bulan di beberapa hotel bajet di sana.

Seorang pegawai polis memberitahu BBC Hindi, kelakuan Vasudev yang sopan menyebabkan pekerja di hotel-hotel sasarannya tidak mengesyaki kelicikannya.

Menurut polis lagi, dia seringkali membawa bersama beg pakaian yang besar setiap kali menginap di hotel-hotel sasarannya.

Vasudev pernah ditangkap pada Oktober lalu namun dibebaskan dengan ikat jamin dan didakwa kembali mencuri setelah beberapa hari dibebaskan.

Timbalan Pesuruhjaya Polis Bangalore, Chetan Singh Rathor berkata, Vasudev biasanya akan mendapatkan ukuran size televisyen yang terdapat dalam bilik yang ditempahnya sebelum membeli beg pakaian yang baharu.

Perbuatan liciknya ini berakhir apabila salah seorang pelanggannya melaporkan kepada pihak polis.



Source link

read more

Kes bakar tahfiz Dua beradik dipenjara dua bulan kerana dadah



KUALA LUMPUR: Dua beradik berusia 16 dan 17 tahun yang dikaitkan berhubung kes kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah dihukum penjara dua bulan oleh Mahkamah Majistret Kanak-Kanak selepas mengaku bersalah atas pertuduhan memasukkan dadah ke dalam badan mereka.

Timbalan Pendakwa Raya Nurakmal Farhan Aziz memberitahu media bahawa Majistret Zilfinaz Abbas memerintahkan mereka menjalani hukuman penjara itu bermula dari tarikh tangkap 16 Sept lepas.

Beliau berkata mahkamah juga mengenakan bon RM5,000 setiap seorang tanpa cagaran dan mereka diperintahkan melapor diri kepada Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dua kali sebulan selama dua tahun dengan ditemani ibu mereka.

Prosiding kes itu dijalankan secara tertutup kerana kedua-dua tertuduh, yang diwakili peguam Haijan Omar, adalah di bawah umur.

Dua beradik lelaki itu itu didakwa memasukkan dadah jenis ganja ke dalam badan di tandas Pejabat D7 Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK), di sini, jam 11.35 pagi, 16 Sept lepas.

Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952, yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara maksimum dua tahun serta perintah pengawasan polis selama dua tahun.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.15 pagi, 14 Sept lepas, 21 pelajar dan dua guru yang juga warden asrama maut selepas terperangkap di tingkat tiga asrama pusat tahfiz berkenaan yang terbakar.

Susulan itu, dua remaja lelaki yang masing-masing berumur 16 tahun didakwa membunuh 23 penghuni pusat itu di Jalan Keramat Hujung, Kampung Datuk Keramat, Keramat di sini antara jam 4.15 pagi hingga 6.45 pagi, 14 Sept lalu.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori  jika sabit kesalahan.

Bagi kes itu, Mahkamah Majistret menetapkan 3 Jan depan untuk sebutan semula kes.

— BERNAMA



Source link

read more

Mnangagwa beri tempoh tiga bulan pulangkan dana awam – Luar Negara


HARARE 28 Nov. – Presiden baharu Zimbabwe, Emmerson Mnangagwa memberi tempoh selama tiga bulan untuk memberi pengampunan kepada individu dan syarikat memulangkan semula dana awam yang dibawa ke luar negara.

Emmerson Mnangagwa

Beliau berkata, kerajaan akan menahan dan mendakwa mereka yang gagal untuk berbuat demikian menjelang tarikh akhir tempoh pengampunan itu pada Februari tahun depan. – Reuters



Source link

read more

Tahfiz: Dua beradik dipenjara dua bulan – Mahkamah


KUALA LUMPUR 28 Nov. – Dua beradik masing-masing berusia 16 dan 17 tahun yang terlibat dalam kejadian kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah yang meragut nyawa 23 penghuni termasuk dua wardennya dihukum penjara dua bulan oleh Mahkamah Majistret Kanak-kanak di sini hari ini atas pertuduhan memasukkan dadah ke dalam badan, September lalu.

Majistret Zilfinaz Abbas menjatuhkan hukuman itu terhadap dua remaja tersebut selepas masing-masing mengaku bersalah memasukkan dadah jenis ganja ke dalam badan di tandas pejabat D7, Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) di sini kira-kira 11.35 pagi, 16 September lalu.

Mereka juga dikenakan bon RM5,000 setiap seorang tanpa cagaran selain diperintah melapor diri kepada Agensi Antidadah Kebangsaan ( AADK) dua kali sebulan selama dua tahun dengan ditemani ibu mereka.

Mahkamah memerintahkan kedua-dua beradik berkenaan menjalani hukuman penjara tersebut bermula dari tarikh tangkap.

Dua beradik itu diwakili peguam, Haijan Omar.

Bagi pertuduhan tersebut, mereka didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 15 akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda sehingga RM5,000 dan pengawasan polis tidak lebih tiga tahun.-UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Nora Danish akui hamil anak kedua berbeza naik 10kg selepas 5 bulan



PELAKON Nora Danish akui proses kehamilannya kali ini berbeza dari putera pertamanya, Putra Rayqal Rizal, 8 tahun.

Nora menerusi akaun Instagram (IG) peribadinya memberitahu bayinya yang kini berusia lima bulan sangat aktif hingga membuatkannya berjaga malam kerana lapar.

Menurut Nora, selera makannya juga sukar untuk dikawal ketika ini malah berat badannya juga naik sehingga 10 kilogram.

Bagaimanapun, ia langsung tidak membimbangkannya, asalkan bayinya sihat.

“17 weeks to go. Definitely a different experience than the first one. Ney Ney is so active , Ney Ney would wake me up in the middle of the night when Ney is hungry. 

So it’s hard for me to control my food sometimes. 🙂 I gained 10kgs from this pregnancy ( for now ) . As long as my baby is healthy, mommy is more than happy to carry these weights.

Because Ney moves a lot all the time,It feels like Ney is dancing inside me. Hehe”

Nora dan Nedim bernikah di ibu negara dalam satu majlis tertutup pada 30 Mac lalu.

Rayqal merupakan anak hasil perkahwinan Nora terdahulu dengan Rizal Ashram.

Nedim pula mempunyai anak daripada perkahwinannya dengan wanita yang dikenali sebagai Nabilah Khan iaitu Nedrin yang berusia lima tahun. –  Teks oleh: Syafiqah Jalal; Sumber: Instagram Nora Danish



Source link

read more

Bayi 12 bulan koma dipercayai didera ibu mental



KEPALA BATAS : Seorang ibu muda ditahan selepas dipercayai mendera anak lelakinya yang berusia setahun hingga mengakibatkan bayi itu koma di rumah mereka di Paya Lahar Kepah, Kepala Batas, Rabu lalu.

Kejadian itu disedari pihak Hospital Kepala Batas (HKB) yang merawat bayi malang berkenaan dan mengesan pendarahan otak.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor, berkata siasatan awal pihaknya mendapati bayi berkenaan mempunyai kesan lebam di badan, dahi serta pipi.

Berikutan itu, polis menahan seorang wanita warga Indonesia berusia 26 tahun, yang juga ibu kanak- kanak itu Khamis lalu bagi membantu siasatan.

“Suspek sebelum itu memaklumkan anaknya terjatuh kira-kira jam 4.30 petang, Rabu lalu mengakibatkan dahinya lebam akibat terhantuk di lantai ruang tamu ketika bermain,” katanya.

Bapa mangsa kemudiannya membawa kanak-kanak itu ke HKB dan doktor yang melakukan pemeriksaan mengesyaki mangsa didera.

Suspek yang dikatakan mempunyai masalah mental, direman 14 hari hingga 6 Disember ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons