Cakap ikut sedap mulut 10 kenyataan kontroversi Donald Trump



SEBAHAGIAN rakyat Amerika Syarikat (AS) yang memilih Donald Trump pada pilihan raya presiden lalu mungkin sedang gigit jari.

Ramai yang terpesona dengan slogan ‘Menjadikan Amerika Hebat Kembali’ yang jadi modal kempen Trump yang membolehkan jutawan itu mengalahkan calon pilihan Hillary Clinton.

Namun hampir setahun menjadi orang nombor satu negara Uncle Sam itu, Trump lebih banyak mencipta kontroversi menerusi kenyataannya yang disifatkan sebagai ikut sedap mulut.

Terbaharu apabila Trump didakwa melabelkan beberapa negara sebagai lubang najis ketika mesyuarat tertutup mengenai pendatang bersama penggubal undang-undang AS di Oval Office, White House.

BACA: Kenapa terima pendatang dari negara lubang najis? – Donald Trump

Sebelum itu, presiden paling tua yang dilantik dalam sejarah AS itu sudah banyak kali buat onar dengan satu demi satu kenyataan jeleknya.

Kami senaraikan 10 daripadanya termasuk ketika Trump belum lagi bergelar presiden.

1. Mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu kota Israel

“Saya sudah tentukan, sudah tiba masa untuk memperakui Baitulmaqdis secara rasmi sebagai ibu negara Israel.” – Kenyataan rasmi presiden: Washington DC, 6 Disember 2017

2. Mengaitkan Arab dengan serangan 11 September 2001

“Terdapat mereka yang bersorak di bahagian lain New Jersey yang dihuni ramai orang Arab. Mereka bersorak ketika Pusat Dagangan Dunia (WTC) runtuh.” – Kempen pilihan raya presiden: New Jersey, November 2015

3. Melarang orang Islam memasuki AS

“Donald J. Trump menyeru agar orang Islam dilarang sama sekali daripada memasuki Amerika Syarikat sehingga wakil negara kita boleh memikirkan apa yang sedang berlaku.” – Kempen pilihan raya presiden: South Carolina, Disember 2015

4. Ivanka Trump untuk muka depan majalah Playboy

“Saya tidak fikir Ivanka akan melakukannya dalam majalah itu walaupun bentuk badannya menarik. Saya pernah kata jika Ivanka bukan anak saya, mungkin saya sudah mengajaknya keluar.” – Temubual bersama The View: New York, Mac 2006

5. Melabel pendatang Mexico sebagai penjenayah

“Apabila Mexico menghantar rakyatnya ke sini, mereka tidak menghantar yang terbaik. Mereka menghantar mereka yang banyak masalah dan masalah itu dibawa bersama ke sini. Mereka bawa dadah, jenayah. Mereka perogol namun saya rasa ada juga yang baik.” – Ucapan ketika umum sertai pilihan raya presiden: Washington,  17 Jun 2015

5 Cadangan bina tembok di sempadan Mexico

“Tiada siapa yang boleh bina tembok lebih baik daripada saya, percayalah. Saya akan bina tembok yang tidak mahal untuk mereka. Saya akan bina tembok yang sangat besar di sempadan selatan dan saya akan pastikan Mexico membayar untuknya. Ingat kata-kata saya ini.” – Ucapan ketika umum sertai pilihan raya presiden: Washington, 17 Jun 2015

6. Menyalahkan Barack Obama dengan rusuhan penduduk kulit hitam di Baltimore

” Presiden Afrika-Amerika kita yang hebat tidak berjaya mencipta impak positif terhadap samseng yang begitu teruja dan secara terbuka menghancurkan Baltimore.” – Twitter: April 2015

7. Mempertikai John McCain

“Dia bukan wira perang. Dia dianggap begitu hanya kerana dia ditangkap musuh. Saya suka mereka yang tidak ditangkap.” – Kempen pilihan raya presiden: Iowa, Julai 2015

8. Menyindir peserta wanita The Aprrentice

” Semua peserta wanita dalam The Apprentice main cinta dengan saya secara sedar atau tidak. Itu memang sudah dijangka.”– Tulisannya dalam buku Trump How to Get Rich, 2004

9. Perasaannya terhadap mendiang Puteri Diana

“Satu satunya yang saya kesal apabila bercakap mengenai wanita adalah saya tidak berkesempatan untuk keluar bersama Lady Diana Spencer. Saya bertemunya dalam beberapa majlis.” – Tulisannya dalam buku Trump: The Art of the Comeback, 1997

10. Memuji diri sendiri, memperlekeh pengkritik

“Maaf si malang dan pembenci tapi IQ saya adalah antara yang tertinggi dan anda tahu mengenainya! Tolong jangan rasa dungu atau tidak selamat, ia bukan salah anda.”– Twitter, 8 May 2013



Source link

read more

Nape dengar macam cakap Hindustan je – Peminat menyampah Nazim Othman cakap Korea


PANTANG ada benda negatif mengenai dunia hiburan Korea, pasti ada dalam kalangan peminatnya yang lantang bersuara.

Selepas Sharifah Sakinah, kini giliran pelakon Nazim Othman dan Eyka Farhana pula menerima kecaman.

Bukan kerana menghina artis K-pop, tetapi kerana bercakap dalam bahasa Korea yang dikatakan lebih kepada bunyi Hindustan.

Trending di Twitter apabila satu klip video yang dimuatnaik pengguna twitter [email protected] memaparkan pelakon Nazim Othman dan Eyka Farhana berbual dalam bahasa Korea dalam sebuah babak lakonan.

Beberapa netizen mempertikaikan sebutan kedua-dua pelakon itu yang tidak tepat.

Tidak kurang juga yang mempersoalkan kenapa sampai Bahasa Korea pun nak dibawa dalam drama Melayu. Ke mana perginya identiti drama tempatan?

xxx



Source link

read more

Presiden Trump nafi terlepas cakap



TERLAJAK perahu, boleh diundur, terlajak kata banyak padahnya.

Pepatah ini sesuai untuk Presiden Donald Trump, yang sering menafikan segala kenyataan dibuat.

Selepas dikecam gara-gara mempersoal kenapa negara Uncle Sam itu menerima pendatang daripada negara yang dilabelkannya sebagai ‘lubang najis’, di akaun Twitter, Trump menafikannya pula.

Kata Trump, beliau tidak pernah buat sebarang kenyataan menghina orang Haiti.

Kenyataan ini didakwa dibuat dalam mesyuarat tertutup dengan anggota Kongres.

White House pada awalnya tidak buat penafian kenyataan sedemikian dikeluarkan.

Namun, Trump pada Jumaat mengakui bahasa yang digunakan agar melampau, tetapi tidak menghina Haiti atau negara-negara miskin lain.

Memetik laporan The Washington Post, Trump mengeluarkan kenyataan menghina itu di pejabatnya di White House pada Khamis.

“Mengapa kita benarkan rakyat dari negara ‘lubang najis’ datang ke negara ini?,” persoal Trump di hadapan pembuat dasar dari Republikan dan Demokrat.

Kenyataan berbaur penghinaan dari Presiden ke-45 AS itu merujuk kepada beberapa negara iaitu Haiti, El Salvador dan beberapa negara Afrika.

BACA: Kenapa terima pendatang dari negara lubang najis? – Donald Trump



Source link

read more

Biarlah apa orang cakap kita tak mampu tutup mulut mereka – Ibu Iqram Dinzly



IBU kepada aktor Iqram Dinzly, Lalitol Akmar Mohamed Shaffie, 67, mengakui dia sedar dengan pelbagai kejian yang diberikan kepada anaknya yang didakwa gila dan sesat.

“Saya tahu ada yang mengeji Iqram, tetapi saya tidak mengambil peduli apa yang mereka katakan kerana Iqram berperangai seperti biasa sahaja di rumah.

“Biarlah apa orang cakap, kita tak mampu tutup mulut mereka,” ujar Lalitol.

[BACA: “Netizen Adili Saya Seolah-olah Mereka Terlalu Suci” – Iqram Dinzly Akui Ada Sebab Berperangai Pelik]

Menerusi kenyataan Lilatol kepada portal MStar, dia ada menegur Iqram jika anaknya ada membuat perkara yang melampaui batas.

“Sebagai seorang ibu, saya ada menasihati Iqram mana yang perlu, tetapi Iqram memberitahu dia tahu apa yang sedang dilakukannya.

“Selama ini, semasa menjaga arwah ayah di hospital, anak saya banyak menerima pelbagai penghinaan namun Iqram tetap bersabar.

“Namun Iqram terus dikutuk semasa membuat ‘live video’ di laman sosial Instagram dan dia sudah tidak boleh menahan sabar lagi,” katanya.

Kelakuan ‘pelik’ Iqram di laman sosial Instagram mencuri perhatian netizen dan ramai yang mendakwa Iqram kini sudah ‘gila’ dan ‘sesat’.

[BACA: Iqram Dinzly Sedia Bertemu Mufti Wilayah Persekutuan]

Sumber: MStar Online



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons