Wanita ada cara kritis bantu pertahankan negara


KUALA LUMPUR – Kemahiran berfikir secara kritis yang dimiliki oleh golongan wanita mampu dijadikan perisai untuk mengelak daripada sebarang ancaman pengganas.

Timbalan Ketua Setiausaha (Polisi) Kementerian Pertahanan, Datuk Junaidah Kamarruddin berkata,
wanita mempunyai keistimewaan yang tersendiri kerana mereka tidak perlu bertempur sebaliknya, hanya menggunakan pendekatan yang lembut.

Menurut beliau, ancaman yang dihadapi negara ketika ini sudah berubah dan ia memerlukan langkah kreatif untuk menanganinya.

“Dalam Dasar Pertahanan Negara prinsip kita adalah mengekang segala ancaman yang berbentuk ekstremisme dan juga keganasan.

“Dulu ancaman kita adalah dengan komunis tetapi kini ancaman kita adalah dengan fahaman,” katanya ketika ditemui selepas Program Kekuatan Wanita pada Pameran Perkhidmatan dan Pertahanan Asia (DSA) 2018 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) Jalan Duta.

Dalam pada itu Junaidah berkata, apa yang penting dilakukan oleh wanita adalah bagaimana mereka dapat menunjukkan kebijaksanaan dalam membantu mempertahankan negara.

Junaidah berkata, sebagaimana yang diketahui ancaman terbesar yang wujud ketika ini adalah melibatkan fahaman IS, Daesh yang berasal dari Timur Tengah.

Tegas beliau, dalam menangani ancaman wanita perlu sabar dalam segenap aspek. – TheRakyat



Source link

read more

Cara Simpan Sayur-Sayuran Supaya Segar Walau Dah Beli Lebih Dari Seminggu.


Inilah cara Kak Feena simpan sayur dan bahan-bahan lain supaya tahan lama. Maklumlah beli barang dapur 2 minggu sekali. Kak Feena rasa tips ini paling mudah dan bagus.

Setiap kali ke pasar, pastinya geram melihat aneka sayur-sayuran segar yang dijual. Memang ralit memilih. Begitu juga jika pergi ke Cameron Highland. Sayur-sayuran antara yang wajib diborong. Namun bila dah banyak ni, macam mana pula nak pastikan ia boleh kekal segar dalam jangka masa yang lama? Petua dan panduan perkongsian Azlin Safena Azihar ini boleh anda cuba.

 

1. CARA SIMPAN SAYUR SUPAYA TAHAN LAMA

LANGKAH 1: Rendam semua sayur yang kita beli dalam air selama 5-10 minit.

Kalau sayur kangkung atau bayam, anda boleh rendam tapi asingkan dengan sayur lain , sebab bayam atau kangkung dia berpasir kan. Tak perlu potong pun akar dia , potong masa kita nak guna je.

Tapi macam Kak Feena memang dah basuh betul-betul bayam tu dan confident dah tak berpasir, tu yang rendam sekali.

LANGKAH 2: Campur kan sesudu garam / ikut banyak mana sayur kita tu.

tujuan tambah garam dalam air tadi untuk buang bahan kimia pada sayur.

LANGKAH 3: Kemudian, toskan sayur sehingga kering.

LANGKAH 4: Boleh simpan sayur dalam bekas kedap udara/ziplock bag.

 

2. SERAI, LENGKUAS, HALIA & KUNYIT

Untuk lengkuas dan serai, boleh simpan dalam balang yang diisi air. Caranya:

i. Isi je air penuh-penuh, kemudian rendam lengkuas/serai dalamnya. Pastikan tutup balang dengan rapat tau. 

ii. Boleh gak buat cara yang sama untuk halia dan kunyit hidup. 

iii. Tak perlu tukar air tiap hari , tukar 2 minggu sekali pun okay.

 

3. DAUN SUP

Untuk daun sup, simpan dalam botol air je. Boleh juga guna botol mineral yang dipotong dan letak air sikit je. Pastikan hujung akar je yang kena air. Kalau batang dia kena air, nanti cepat lembik dan rosak. Letak kat peti sejuk tau. Cara ini boleh bertahan sampai sebulan.

 

4. BAWANG

Jangan simpan bawang bersama ubi kentang kerana ia akan merosakkan bawang dengan cepat. Gas yang dihasilkan oleh keduanya akan saling menjadikannya cepat rosak. Jika bawang disimpan di tempat yang kering, ia akan bertahan hingga 2-3 bulan.

 

5. TOMATO

Bahagian tangkai tomato,kawasan yang paling sensitif. Bahagian ini adalah bahagian yang akan mula rosak. Nak simpan tomato supaya tahan lama, bahagian tersebut menghala ke atas tau. Jangan nak main golek-golek je, tu yang cepat rosak atau lembik.

 

6. UBI KENTANG


Ubi kentang tak elok kena matahari secara terus sebab ia akan cepat rosak.Jadi untuk menyimpannya, letakkan di tempat yang tak panas atau simpan sekali dengan epal. Kentang akan lebih tahan lama bila dia disimpan bersama epal tau. Tak percaya? Cubalah.

 

7. CILI

Sebelum simpan cili merah dan cili hijau dalam peti ais, cabut tangkainya terlebih dahulu. Ini kerana tangkai selalu akan rosak dulu dan menyebabkan semua cili rosak. Jadi lepas patahkan tangkai, bungkus cili dalam tisu atau surat khabar. Masukkan bawang putih untuk cili lagi tahan lama.

Kalau Kak Feena nak guna cili, Kak Feena akan ambil beberapa batang je yang lebih akak akan lap semula untuk pastikan dia sentiasa kering.

 

Komen anda



Source link

read more

Pemuda ini Kongsi Cara Buat Tat Telur Tanpa Perlu Uli Doh. Memang Mudah & Sedap!


Tat Telur sememangnya sedap. Namun ramai yang kurang rajin nak cuba dek kerana kena buat kulit tat. Bagi anda yang nak sangat makan Tat Telur panas-panas tapi versi cepat, ni ha..resipi paling mudah perkongsian saudara Adri Oppa. Selamat mencuba!

 

CRISPY GARDENIA EGG TART

BAHAN-BAHAN:

 

BAHAN ADUNAN TELUR:

  • 4 biji telur gred A
  • 300gm susu segar
  • 50gm susu pekat
  • 140gm gula icing
  • 1 sudu makan tepung jagung
  • Sedikit esen vanilla
  • Sedikit pewarna kuning

 

CARA MEMASAK:

1. Ambil roti sandwic dan gelek hingga leper.

 

2. Potong roti kepada 4. Jika guna acuan besar, tidak perlu potong roti tetapi jika guna acuan kecil, sebaiknya potong.

3. Tekan kepingan roti ke dalam acuan. Bakar selama 20 minit menggunakan suhu 200C. Ia bertujuan menggaringkan roti sebelum dimasukkan adunan telur.

4. Untuk menyediakan adunan telur, satukan semua bahan dan pukul menggunakan garpu sahaja hingga sebati.

5. Tuang adunan telur ke dalam acuan roti yang telah garing tadi.

6. Bakar kembali selama 20 minit menggunakan suhu 200c.

7. Keluarkan dan sedia untuk dinikmati.

 

Kredit resipi & foto: Adri Oppa

Komen anda



Source link

read more

Cara Buat Kuih Seri Muka Guna Acuan Lompang.


Bagi yang baru nak belajar buat kuih Seri Muka, boleh cuba resipi ni. Caranya mudah dan boleh kukus guna acuan kuih lompang. Senang kan? Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.

KUIH LOMPANG

BAHAN BAWAH:

  • 1 cawan beras pulut
  • 1 cawan santan cair
  • 1 sudu makan minyak masak
  • Secubit garam

 

CARA MEMASAK:

1.Rendam beras pulut selama 1 jam. Kemudian toskan air dan masukkan ke dalam periuk nasi bersama bahan-bahan yang lain.
2.Bila pulut dah masak, masukkan ke dalam acuan lompang. Tekan pulut hingga padat menggunakan satu lagi acuan lompang yang telah dibalut plastik. Tidak perlu sapu minyak kerana pulut dah seakan berminyak.

 

BAHAGIAN ATAS:

  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan santan pekat
  • 3 sudu makan tepung ubi
  • 1 cawan air pandan ( 1 cawan air kisar dengan 5 helai daun pandan)
  • 1 biji telur
  • 1/2 cawan gula – lebihkan jika nak lebih manis
  • 1/2 sudu teh kulit kayu manis
  • 1/2 sudu teh jintan manis
  • Secubit garam dan pewarna hijau

 

CARA MEMASAK:

1. Satukan santan, telur dan gula. Kacau hingga sebati barulah dimasukkan semua bahan-bahan yang lain.
2. Masak atas dapur seketika sehingga naik wap.


3. Tapis bancuhan kemudian tuang ke dalam acuan lompang yang telah dimasukkan pulut tadi.
4. Kukus kuih selama 30 minit. Bila sampai 5 minit terakhir, buka penutup dan kukus tanpa penutup. Ia bertujuan untuk mengeringkan air.


5. Sejukkan kuih dan boleh dikeluarkan dari acuan.


6. Sedia untuk dinikmati.

Anggaran jumlah kuih: 30 biji / acuan lompang

 

Kredit resipi & foto: Wan Siti Halijah Dzulkifly

Komen anda



Source link

read more

Masak Cara Simple, Tapi Rasa Padu! Try Mi Sanggul Goreng Ni.


Mi sanggul atau ada yang panggil mi siput cukup terkenal di belah utara semenanjung. Ia adalah mi yang dikeringkan, berbentuk leper di gulung seakan-akan sanggul dan perlu direndam terlebih dahulu untuk melembutkannya.

MI SANGGUL GORENG

BAHAN-BAHAN:

  • Mi Sanggul
  • 1 biji besar bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 sendul cili kisar
  • sos cili
  • sos tomato
  • pati ayam
  • kicap manis
  • kicap masin
  • kicap pedas
  • sos tiram
  • Daging (dihiris nipis)
  • Udang kering
  • Udang
  • Kucai
  • Sawi
  • Taugeh

 

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan kuali dan masukkan sedikit minyak. Tumiskan bawang putih dan bawang merah hingga garing.
  2. Masukkan satu senduk cili kisar dan masak hingga pecah minyak.
  3. Selepas itu masukkan sos cili, sos tomato, pati ayam, kicap manis, kicap masin, kicap pedas, dan sos tiram. Kacau hinnga sebati.
  4. Masukkan daging yang sudah dihiri nipis dan udang kering.
  5. Kemudian masukkan batang sawi, udang dan kucai
  6. Akhir sekali masukkan mi sanggul, sawi dan taugeh. Siap untuk dihidangkan.

 

Kredit: Annisa Katering Kedah Penang

 

Komen anda



Source link

read more

Petua Kupas Telur Rebus Yang Mudah. Guna Cara Ni Kulit Serta Isi Telur Tak Melekat. Licin Elok!


Telur rebus memang mudah nak dimasak. Tetapi tatkala kulitnya dikupas, ada yang melekat pada isi. Hasilnya, telur rebus menjadi menggerutu dan nampak kurang menarik.

Bagi mengatasi masalah ini, ada petua yang boleh dicuba. Caranya mudah sahaja. Jom lihat langkah-langkah yang perlu anda buat:

CARA KUPAS TELUR REBUS DENGAN MUDAH & CANTIK SEMPURNA

  1.  Basuh telur dan rebus seperti biasa.
  2.  Setelah masak, rendam telur di dalam air dengan segera. Biarkan seketika.
  3.  Setelah air menjadi suam, buang dan letak air lain. Ulang langkah yang sama sehingga telur sejuk.
  4.  Kupas telur dan hasilnya telur lebih mudah untuk dikupas dan isi tidak melekat pada kulit.
  5.  Selamat mencuba!

Kredit petua & gambar: Habibah Badar Bajrai

Komen anda



Source link

read more

Jenis-Jenis Daun Cincau & Cara Buat Cincau Secara Homemade.


Selama ni, min ingatkan cincau ni dihasilkan dari agar-agar. Rupanya herba yang mampu menyejukkan badan ni dihasilkan dari pokok cincau. Pokok cincau ni pula, ada dua jenis iaitu pokok cincau hitam dan pokok cincau hijau. Bagi sesiapa yang nak tanam, bolehlah cari di nurseri-nurseri. 

 

Pokok Cincau Hitam

Kredit: Hayasrie Sukri Sukri

 

Kredit: Wikimedia

 

 

Daun Cincau Hijau

Kredit: Lavendarungu Nanie

 

Kredit: Wikipedia

 

CARA-CARA HASILKAN CINCAU HIJAU 

 

 

BAHAN-BAHAN:

  • 1 liter air mineral
  • 9 helai daun cincau hijau – dibuang tulang tengah daun

 

CARA MEMASAK:

1. Satukan air dan daun cincau. Kisar hingga halus. Boleh juga diramas hingga hancur.

 

2. Tapis air kisaran daun cincau dan masukkan ke dalam bekas bersesuaian untuk dibekukan.

 

3. Simpan dalam peti sejuk dan nikmati ikut citarasa anda.

 

Kredit resipi & foto: Lavendarungu Nanie

 

Jika tiada pokok cincau, herba ini boleh dibeli di kedai-kedai ubat cina. Hanya menggunakan  tiga bahan asas, anda mampu hasilkan sendiri di rumah. Mudah je! Bagi yang ingin cuba buat cincau secara homemade, boleh cuba resipi di bawah ini. Selamat mencuba!

 

CARA-CARA BUAT CINCAU HITAM HOMEMADE ( GUNA DAUN CINCAU KERING)

 

BAHAN-BAHAN:

  • Daun cincau kering ( boleh didapati di kedai-kedai ubat cina. Beli anggaran RM5)
  • 1500ml air
  • 4 sudu makan tepung ubi kayu ( bancuh dengan sedikit air)

 

CARA MEMASAK:

  1. Rendam daun cincau dengan 1500 ml air dalam periuk selama 30 minit. Daun cincau boleh beli dari kedai ubat cina (rm5) .

 

2. Rebus daun cincau selama 40 minit lepas tu tapis untuk asingkan daun.

3. Bancuh 4 sudu besar tepung ubi kayu dengan sedikit air biasa dan masukkan dalam periuk. Kacau selama 15 minit. Angkat dan biarkan seketika.

4. Tuang adunan ke dalam bekas. Bila sejuk, masukkan dalam peti sejuk.

5. Sedia untuk dinikmati.

 

 

 

Kredit resipi & gambar: Roszila Ahmad
 

Komen anda



Source link

read more

Cara pemimpin DAP sukar diterima Melayu – Politik


KUALA LUMPUR 2 April – Melihat kepada sejarah, orang Melayu sememangnya sukar untuk menerima kepemimpinan yang bersifat kasar dan agresif, sebaliknya mereka lebih mudah cocok dengan pendekatan sederhana dan sopan.

Felo Utama Institut Kajian Etnik (Kita), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Datuk Dr. Teo Kok Seong berkata, disebabkan itu, walaupun hampir 50 tahun DAP bertapak, orang Melayu masih sukar ‘mesra’ dengan cara kepemimpinan parti itu yang terkenal dengan kelantangan dan agresif dalam menuntut hak atau menyuarakan pandangan.

Oleh itu, katanya, mana-mana parti politik tidak perlu menuding jari mencari salah pihak lain sebaliknya mereka sendiri perlu mengamalkan pendekatan yang sederhana jika mahu menambat hati pengundi Melayu.

“Masyarakat Melayu sejak dahulu lagi begitu terkenal dengan personalitinya yang lemah lembut dan bersopan santun.

“Personaliti pemimpin seperti Penasihat DAP, Lim Kit Siang ketika membantah pembentangan usul kajian persempadanan semula di Dewan Rakyat baru-baru ini memang sukar untuk diterima orang Melayu, malah ada melihat cara beliau itu sebagai agak angkuh,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Selain Kit Siang, Kok Seong turut menyenaraikan beberapa pemimpin kanan DAP daripada pelbagai kaum yang turut mempunyai personaliti yang sama sehingga sikap ini dilihat sebagai sebahagian daripada identiti parti itu.

“Begitu juga pemimpin mereka yang lain seperti Lim Guan Eng, Nga Kor Ming dan Datuk Zaid Ibrahim yang sering menimbulkan kontroversi membabitkan sensitiviti kaum dan agama yang biasanya tidak dibangkitkan secara terbuka.

“Sikap sama juga dapat dilihat dalam pemimpin-pemimpin muda mereka seperti Zairil Khir Johari dan Jufazli Shi Ahmad.

“Sebaliknya, pemimpin DAP yang terkenal dengan pendekatan berhemah dan bersopan seperti Naib Pengerusi, Dr. Tan Seng Giaw, Tan Sri Lee Lam Thye dan Dr. Kua Kia Soong pula sering kali mempunyai masalah dengan kepemimpinan tertinggi sehingga ada yang tidak kekal lama dalam parti,” katanya. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Cara lama Dr. Mahathir jadi liabiliti Pakatan Harapan? – Politik


KUALA LUMPUR 2 April – Seperti dalam lirik lagu kegemarannya, My Way nyanyian Frank Sinatra, Tun Dr. Mahathir Mohamad akan terus berpegang pada prinsip, lakukan ikut cara saya seperti mana bait-bait lirik lagu itu, ‘I did it my way’.



MAHATHIR MOHAMAD

MAHATHIR MOHAMAD

Ketegasan calon Perdana Menteri sementara Pakatan Harapan diketuai DAP itu yang terus mempertahankan keperluan mengutip tol membuktikan sikap ‘keras kepala’ dan sukar menerima cara orang lain yang akhirnya akan menyebabkan beliau terus menjadi liabiliti buat pakatan tersebut.

Pensyarah Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan, Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Prof. Madya Dr. Abu Sofian Yaacob berkata, Dr. Mahathir perlu menerima perubahan zaman dan berhenti bernostalgia dengan legasi yang ditinggalkannya dahulu.

Beliau merujuk kepada idea penswastaan yang diilhamkan Dr. Mahathir melalui Dasar Persyarikatan Malaysia, 35 tahun dahulu.

“Dahulu pun sebenarnya ia kurang sesuai kerana kerajaan menyerahkan tanggungjawabnya untuk diselesaikan oleh pihak swasta.

“Apabila diswastakan, projek-projek pembangunan infrastruktur akan bermotifkan keuntungan, sedangkan ia sepatutnya dibuat demi kesejahteraan rakyat,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Beberapa portal berita hari ini melaporkan kenyataan Dr. Mahathir yang terus bertegas bahawa idea menghapuskan tol bukanlah idea yang baik dan tidak boleh dibuat janji.

Namun, bertentangan seperti yang diperkatakan Pengerusi Pakatan Harapan itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah membuktikan bahawa pembinaan lebuh raya tanpa tol adalah tidak mustahil apabila mengumumkan pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo yang tidak mengenakan sebarang tol sebelum ini.

Najib dalam pembentangan Bajet 2018 tahun lalu juga mengumumkan pemansuhan kutipan tol di Plaza Tol Batu Tiga dan Sungai Rasau di Shah Alam berkuat kuasa tahun ini. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Ini Cara Mendaftar Peranti Yang Tidak Diiktiraf Google Bagi Mengakses GApps – Amanz


Beberapa hari yang lepas kami melaporkan Google mula menghalang akses kepada GApps (seperti Google Play Store) untuk peranti-peranti yang tidak diiktiraf oleh Android Certified. Android Certified diperkenalkan bagi memastikan peranti Android yang digunakan melepasi standard kualiti dan keselamatan.

Walaubagaimanapun, isu ini tidak akan menghentikan kewujudan Custom ROM. Ini kerana beberapa Custom ROM seperti LineageOS mengikuti garis panduan pembinaan sistem operasi Android, Compatibility Definition Document (CDD) dan ia melepasi Compatibility Test Suite (CTS). Oleh itu, tiada isu “Device is not certified by Google” dengan Custom ROM jika pembangun mengikut garis panduan yang disediakan Google.

Bagaimana jika pengguna masih tidak mempunyai akses kepada semua aplikasi Google ini? Google masih membenarkan pengguna Custom ROM dan peranti yang tidak diiktiraf ini menggunakan GApps dengan mendaftar ID peranti mereka.

  1. Cari GSF Device-ID peranti anda dengan muat turun aplikasi ‘Device ID‘.
  2. Buka aplikasi yang baru dipasang tadi dan salin kod “Google Service Framework (GSF).”
  3. Pergi ke laman ini.
  4. Masukkan kod GSF Device-ID yang anda salin tadi ke ruang “Android ID”.
  5. Kemudian tekan “Register” dan peranti yang tidak diiktiraf tadi akan disenaraikan.

Langkah ini mungkin tidak akan berhasil kepada semua peranti jika aplikasi GApps dipasang melalui fail .apk. Akan tetapi, sekiranya GApps dipasang terus kepada sistem melalui TWRP, ia pasti akan berjaya.

Alternatif lain sekiranya kesemua langkah ini tidak berjaya adalah dengan memuat turun aplikasi melalui APKMirror. Walaubagaimanapun, pengguna tidak akan dapat menikmati sebarang perkhidmatan Google pada peranti mereka.



Source link

read more