PAN CEMBURU BILA PAS NAK “MENGORAT” NURUL IZZAH!!! ~ SEMUT HITAM


Lebai oh lebai, cukup – cukup la perasan tak ketahuan hala. Memalukan sungguh!” Itu sindiran Angkatan Wanita PAN kepada PAS kerana mahu bertanding di Parlimen Lembah Pantai.

Menurut AWAN, keputusan yang dibuat oleh PAS itu sangat memalukan kerana parti itu baru pertama kali bertanding di kawasan tersebut dan calonnya pula baru setahun menjadi ahli.

“Kemudian mengaku banyak bantu jentera Parti Keadilan Rakyat (PKR) bertanding dulu. Kononnya nak `claim’ Parti Keadilan Rakyat (PKR) menang dulu pun sebab jentera PAS yang tolong buat kerja,” sindir AWAN dalam satu kenyataan di Facebook.

Semalam PAS membuat pengumuman bahawa mereka akan bertanding di kerusi Parlimen Lembah Pantai yang pada ketika ini disandang oleh Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar.

Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Lembah Pantai, Mohamad Kamzuri Mohd Fuad dipetik berkata, PAS buat pertama kali akan meletakkan calon di kerusi itu dalam Pilihan Raya Umum yang akan datang.

Menurutnya, PAS membuat keputusan itu kerana menganggap jentera parti itu banyak membantu PKR sewaktu Pilihan Raya Umum yang ke 13 untuk memenangi kerusi Lembah Pantai.

Dari satu sudut, kenyataan sindiran yang dikeluarkan oleh Angkatan Wanita PAN itu seolah – olah memperlihatkan bahawa diorang cemburu kerana PAS lebih berminat dengan Nurul Izzah dan tidak mengambil peduli terhadap mereka!!!




Source link

read more

Kuat cemburu punca Amira Othman elak bercinta dengan rakan artis



PENYANYI Amira Othman mengakui mahu mengelakkan diri daripada bercinta sesama rakan artis.

Menurut Amira, 25, sikap cemburu yang ada pada dirinya membuatkan dia lebih selesa untuk bercinta dengan individu yang tidak terlibat dalam bidang seni.

“Sebolehnya saya tidak mahu dan akan cuba mengelak daripada mempunyai teman lelaki dalam kalangan artis.

“Saya seorang yang cepat cemburu dan pasti sukar bagi saya untuk menghadapi perkara itu sekiranya teman lelaki orang industri.

“Kalau boleh saya mahukan yang tiada kena mengena dengan bidang seni  dan buat masa sekarang saya masih berjumpa dengan insan yang sesuai lagi.

“Saya tidak mahu bercakap lebih-lebih mengenai perkara ini kerana mak saya selalu pesan, yang kita tak nak itulah nanti yang akan dapat,” katanya kepada Astro Gempak.

Amira berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran single terbaharu bertajuk Mimpi Indah di Flora Terrace, Kuala Lumpur, pada Selasa.

Mimpi Indah merupakan lagu ciptaan Hael Husaini dan diterbitkan oleh Edry Abdul Halim.



Source link

read more

Angkara cemburu lelaki bunuh rogol mayat bekas teman wanita



SEORANG pelajar lelaki dari Rusia bertindak kejam apabila dia membunuh dan melakukan hubungan seks dengan mayat bekas teman wanitanya.

Lebih parah apabila jasad teman wanitanya yang sudah tidak bernyawa itu turut dijadikan sebagai objek melempiaskan nafsu binatangnya.

Artyom didakwa memukul dan mencekik Tatiana kerana obses untuk melakukan hubungan seks dengannya selain cemburu mangsa mempunyai teman lelaki baharu.

Hal itu didedahkan sendiri oleh Artyom Iskhakov kepada ibu dan bapa mangsa, Tatiana Strakhova menerusi beberapa mesej berbentuk grafik yang dimuat naik di laman media sosialnya.

Selain itu, Artyom mengakui nadi Tatiana masih berdenyut semasa serangan dilakukan dan ini memaksanya untuk menikam mangsa serta melakukan hubungan ‘seks’ dengan jasad Tatiana.

Artyom juga mendedahkan selepas selesai ‘mengerjakan’ jasad Tatiana, dia berhenti seketika untuk menikmati sandwich dan tertidur beberapa jam, lapor portal Mirror.co.uk.

Sejurus tersedar, dia kembali melakukan perbuatan itu bagi memenuhi nafsu binatangnya itu.

Mereka dilaporkan tetap tinggal bersama walaupun sudah berpisah.

Suspek yang merupakan pelajar jurusan sains komputer dan perisian ini kemudian bertindak menggantung dirinya selepas meninggalkan nota “terrible but I did what I wanted”.

Artyom turut sempat menyampaikan mesej kepada ibu bapa Tatiana lokasi mereka boleh mencari jasad anak mereka itu.

Dia turut meminta maaf kepada kedua ibu dan bapa Tatiana kerana bertindak kejam membunuh satu-satunya anak mereka.



Source link

read more

Gara-gara cemburu lelaki maut ditikam


GERIK: Gara-gara cemburu seorang lelaki mati dibunuh seseorang yang dipercayai kenalannya di Kampung Lalang, di sini, awal pagi Selasa.

Siasatan awal polis mendapati, lelaki berusia 28 tahun itu maut selepas ditikam dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi.

“Selepas insiden itu, orang awam membawa mangsa ke Klinik Kesihatan Kampung Lalang untuk menerima rawatan dan disahkan meninggal dunia di sana.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan dan polis percaya punca lelaki itu dibunuh bermotifkan perasaan cemburu,” kata Ketua Polis Daerah Gerik Superintendan Ismail Che Isa yang mengesahkan kejadian tersebut ketika dihubungi Astro AWANI pada Selasa. 

Polis berjaya mengesan suspek dan kini sedang giat melakukan usaha memburu lelaki tersebut.

“Maklumat awal kita terima, mangsa tidak mempunyai pekerjaan dan kita sudah kerahkan anggota untuk memburu suspek.

“Buat masa ini, butiran lain dalam kes ini tidak boleh didedahkan, namun semuanya dalam siasatan dan kita tumpukan untuk memberkas suspek.”



Source link

read more

Imran Ajmain cemburu dengan industri muzik Indonesia



PENYANYI lagu Seribu Tahun, Imran Ajmain mengakui cemburu dengan industri muzik Indonesia.

“Sejujurnya saya rasa cemburu apabila melihat sambutan peminat terhadap industri muzik mereka. Apa jua genre yang dibawakan oleh seorang penyanyi, peminat boleh menerima dengan hati terbuka.

“Peminat juga memberikan penghargaan besar terhadap karya yang dihasilkan oleh pemuzik mereka. Keadaan tersebut berbeza dengan peminat industri muzik tempatan yang kurang menerima elemen pembaharuan dalam karya yang diketengahkan,” kata Imran.

Ketika ditanya adakah industri muzik tempatan mundur kerana irama 1990-an menjadi pilihan peminat masa kini, Imran ada jawapan tersendiri.

“Saya sendiri sedih nak menyebut perkataan mundur itu. Tetapi hakikatnya, kurang pembaharuan dan agak sukar untuk peminat muzik tempatan menerima pembaharuan.

“Lagu duet saya bersama Najwa Mahiaddin menjadi usaha kecil kami untuk muncul dengan genre muzik berbeza. Saya berharap di masa akan datang, peminat dapat menerima semua jenis muzik dan menghargai karya berkualiti,” katanya lagi.

Imran dan Najwa berkolaborasi dalam lagu terbaru berjudul Sentiasa Merinding yang dicipta oleh mereka sendiri bersama Az Avex Azman.

Teks oleh: Kamaruddin Razal
Foto: Instagram Imran Ajmain



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons