Siapa sangka Nutella mampu cetuskan rusuhan di seluruh Perancis



HARGA runtuh yang ditawarkan rangkaian pasaraya Perancis ke atas sapuan coklat berasaskan kacang hazel, Nutella, menyebabkan beberapa adegan ganas antara pembeli pada Khamis.

Pasaraya Intermarche menawarkan diskaun sehingga 70 peratus sebotol, yang menjadikan harga terkini sapuan coklat tersebut kepada RM6.70 (€1.40) berbanding harga asalnya pada RM21 (€4.50).

Pihak polis terpaksa masuk campur apabila berlaku pergaduhan antara pembeli.

“Mereka bergaduh seperti haiwan. Seorang wanita ditarik rambutnya, seorang warga emas dihentak dengan kotak di kepala dan seorang lagi mangsa mengalami kecederaan di tangan sehingga berdarah,”menurut laporan media tempatan.

Pergaduhan tersebut cuba dileraikan pekerja pasaraya namun usaha mereka tidak berhasil, lapor portal berita Le Progres.

“Kami cuba leraikan pergaduhan tersebut tetapi akhirnya kami ditolak,” kata pekerja pasaraya tersebut.

Stok pasaraya tersebut habis dalam masa 15 minit selepas dibuka dan seorang pembeli lebam di matanya, lapor portal itu lagi.

365 juta kilo Nutella dimakan setiap tahun di lebih 160 negara seluruh dunia.

Nutella mula dihasilkan oleh keluarga Ferrero pada 1940 di Wilayah Piedmont, Itali yang terkenal dengan kacang hazel.

Syarikat pengeluar sapuan coklat itu berkata ia kesal dengan kejadian ganas pada Khamis itu, namun harga runtuh tersebut telah dipersetujui oleh Intermarche.



Source link

read more

Trump cuba buat baik selepas cetuskan api kemarahan umat Islam



SELEPAS beberapa jam membuat pengisytiharan yang penuh kontroversi tentang Baitulmaqdis, Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump cuba mengalih pandangan dunia.

Dari bersifat tidak berperikemanusiaan, Trump seakan bertukar menjadi insan paling suci di muka bumi apabila menzahirkan rasa ihsannya terhadap hampir 8 juta penduduk Yaman.

Menurut Trump, beliau telah berhubung dengan rakan pakatannya Arab Saudi agar membenarkan kemasukan bantuan kemanusiaan di Yaman.

“Saya telah mengarahkan pentadbiran saya untuk berhubung dengan kepimpinan Arab Saudi agar membenarkan sepenuhnya kemasukan bantuan seperti makanan, air dan ubat-ubatan ke Yaman.

“Ini perlu dilakukan Arab Saudi demi kemanusiaan,” jelasnya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Rabu.

BACA: Majlis Keselamatan PBB bersidang Jumaat ini, bincang isu Baitulmaqdis

BACA: Perancis tolak keputusan Trump berhubung Baitulmaqdis

BACA: Baitulmaqdis bukan milik Israel, isytihar Perjanjian Damai Oslo gagal – Hamas

BACA: Suara dari Tel Aviv: Iktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel, AS cari pasal

Penganalisis antarabangsa melihat langkah Trump terbabit sebagai ‘gula-gula’ buat Arab Saudi selepas Riyadh mengecam tindakannya berhubung pengisytiharan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

Semalam, Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) menggesa Arab Saudi membuka laluan air dan udara yang dikuasainya di Yaman, bagi memberi laluan kepada saluran bantuan kemanusiaan.

Dua perkara digariskan buat Riyadh iaitu membuka pintu pelabuhan di Hodeidah dan kebenaran mendarat di lapangan terbang Sanaa bagi kemasukan barangan bantuan kepada hampir 8 juta penduduk Yaman.



Source link

read more

Gara-gara stokin semerbak bau bangkai pemuda cetuskan rusuhan dalam bas



NEW DELHI: Gara-gara bau stokin yang ‘semerbak mengharum’ seorang lelaki ditahan pihak polis India kerana bau busuk telah menyebabkan sekumpulan penumpang bas di Wilayah Himachal Pradesh, India bertindak merusuh.

Lapor media tempatan, lelaki itu sebelum itu menanggalkan kasut dan stokinnya menyebabkan penumpang lain yang dalam perjalanan ke New Delhi tidak dapat menahan kesabaran dan mula memaki hamun lelaki terbabit.

Dia turut disuruh membuang stokin ‘semerbak’ yang disifatkan seperti bau bangkai itu keluar dari bas.

Namun tidak dipedulika  lelaki itu menyebabkan satu pertengkaran tercetus.

Pemandu bas yang bosan dengan tingkah laku kemudiannya bertindak menghentikan bas terbabit di sebuah balai polis di daerah Una dalam wilayah Himachal Pradesh.

“Dia ditahan kerana menyebabkan gangguan kepada orang awam dan kemudiannya dilepaskan atas jaminan,” kata Ketua Polis Una, Sanjeev Gandhi.

Lelaki itu sebaliknya memfailkan laporan polis dengan mendakwa penumpang lain telah mengancamnya dan tetap bertegas mengatakan stokinnya tidak berbau busuk.

Dia kemudiannya meninggalkan balai polis terbabit pada hari berikutnya.



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons