Duterte akur arahan Trump nyanyi lagu cinta



MANILA: Presiden Amerika Syarikat sering didakwa menggunakan kekuasaan dan pengaruhnya untuk meminta negara-negara kecil agar akur dan patuh kepada permintaan beliau.

Kali ini, Presiden Donald Trump ‘memaksa’ Presiden Filipina Rodrigo Duterte untuk menyanyikan lagu bergenre romantik berjudul “Ikaw” yang bermaksud “Kamu” dalam Bahasa Melayu.

Lagu itu pada asalnya dinyanyikan Pilita Corrales sempena majlis makan malam meraikan pemimpin negara yang menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN di Manila, Filipina.


Source: YouTube AP Feed

Duterte kemudian berdiri dan mula menyanyi bersama-sama sehingga lagu itu habis.

Dengan nada berseloroh, Duterte berkata beliau menyanyikan lagu itu atas ‘arahan’ Presiden Trump.

Ini bukan kali pertama Duterte menyanyikan lagu berkenaan di khalayak ramai, malah beliau pernah menyanyikan lagu sama ketika lawatannya ke Kemboja sebelum ini.

Trump hadir pada Sidang Kemuncak ASEAN di Manila.

Malaysia diwakili Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.



Source link

read more

Gosip cinta dengan Tajul ibu kena tempias – Wany Hasrita



Penyanyi lagu hits Menahan Rindu, Wany Hasrita merayu agar namanya tidak lagi digosipkan bercinta dengan rakan duetnya, Tajul.

Kata Wany, hubungan mereka sekadar dalam skala profesional sebagai kenalan artis dan rakan duet lagu, Di Sana Cinta Di Sini Rindu semata-mata.

“Saya tak rimas cuma rasanya tidak berapa elok untuk gosipkan saya bercinta dengan Tajul dan ia tidak sesuai dengan penampilan saya sebenarnya.

“Saya pun kasihankan ibu saya yang turut terkena tempias dengan gosip-gosip cinta sebegini.

“Secara tidak langsung cerita gosip ini membuatkan ibu saya kurang selesa,” katanya kepada Astro Gempak.

Wany dalam perkembangan lain tercalon menerusi lagu solo Menahan Rindu dan duetnya bersama Tajul, Di Sana Cinta Di Sini Rindu untuk Separuh Akhir Muzik-Muzik 32 yang akan berlangsung pada 5 dan 12 November ini.

Sebanyak 30 lagu layak ke peringkat Separuh Akhir Muzik-Muzik 32 yang akan berentap di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam.



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons