Liverpool buktikan Manchester City tidak kebal tak perlu Coutinho


SELEPAS mengharungi 30 perlawanan tanpa sebarang kekalahan dalam liga Inggeris (sejak musim lepas), Manchester City akhirnya tumpas 4-3 kepada Liverpool dalam satu pertarungan yang mendebarkan di Anfield, semalam.

Kejayaan ini merupakan satu reaksi pantas yang positif ditunjukkan Liverpool selepas ramai yang mempersoalkan kemampuan the Reds yang menjual tonggak utama mereka, Philippe Coutinho kepada Barcelona dengan nilai perpindahan £142 juta.

Babak pertama menyaksikan kedudukan berakhir dengan 1-1, apabila Leroy Sane mendapat gol penyamaan buat City pada minit ke-40 selepas tuan rumah berjaya di depan menerusi Alex-Oxlade Chamberlain pada minit ke-9.

Liverpool kemudian menjaringkan tiga gol dalam tempoh lapan minit dalam babak kedua, menerusi Roberto Firmino (minit ke-59), Sadio Mané (minit ke-61) dan Mohamed Salah (minit ke-68) untuk mendahului 4-1.

Walaupun Bernardo Silva dan Ilkay Gundogan berjaya menjaringkan gol untuk kedudukan 4-3 di penghujung permainan, Liverpool berjaya bertahan untuk meneruskan rekod cemerlang ke atas Liverpool ke atas City di Anfield.

City masih belum mencapai kemenangan di Anfield dalam 18 pertemuan sejak Mei 2003.

Kejayaan ini membuktikan Liverpool mempunyai pemain yang mampu untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan Coutinho.

Dua pemain baharu Liverpool, Oxlade Chamerlain dan Andrew Roberston antara pemain yang cemerlang di atas padang menentang City semalam.

Andrew Robertson (kanan) meraikan kejayaan Mohamed Salah menjaringkan gol keempat Liverpool menentang Manchester City semalam.

Liverpool juga turun menentang City tanpa pertahanan termahal di dunia, Virgil van Dijk yang dibeli dengan harga £75 juta dari Southampton.

Kekalahan City juga bermakna tiada lagi pasukan yang berjaya meyamai rekod tanpa kalah dalam satu musim yang dibuat Arsenal pada musim 2003-2004.

Walaupun tumpas, City masih lagi kekal di tangga teratas liga dengan 62 mata, 15 mata di depan pencabar terdekat Manchester United yang akan menentang Stoke City awal pagi Selasa.

Liverpool naik satu anak tangga di tempat ke-3, berkongsi 47 mata dengan United dan Chelsea.

Bagaimana Liverpool mengalahkan Manchester City?

Pemain-pemain Liverpool dilihat mempunyai tahap kecergasan yang tinggi untuk mengaplikasikan taktik ‘gegenpressing’ ataupun ‘counter pressing’ dengan berkesan, dimana mereka memberi tekanan kepada pihak lawan sejurus kehilangan bola.

Taktik tersebut amat penting dalam perlawanan menentang City bagi menyukarkan anak buah Pep Guardiola untuk melakukan gerakan serangan ataupun merancang serangan dari bahagian pertahanan, seperti yang dilakukan pasukan itu sebelum ini.

Andrew Robertson (baju merah) beraksi cemerlang semalam menentang Manchester City mempunyai tahap kecergasan yang tinggi.
Sehingga wisel penamat, hampir kesemua pemain masih mampu memberi tekanan kepada pemain lawan seperti yang dilakukan pertahanan kiri, Andrew Robertson yang masih mampu mengejar bola untuk memberi tekanan sehingga ke kawasan penjaga gol City, Ederson di penghujung tempoh permainan.

Liverpool pula memanfaatkan sepenuhnya kesilapan yang dibuat pemain-pemain City, hasil daripada tekanan yang dibuat, untuk menjaringkan empat gol.



Source link

read more

5 pilihan peminat untuk ganti Coutinho


SELEPAS Philippe Coutinho berhijrah ke Barcelona dengan nilai perpindahan £146 juta (RM770 juta), peminat Liverpool tertanya-tanya siapakah pengganti Coutinho.

Adakah pengurus Liverpool, Jurgen Klopp akan mencari pemain yang mampu menggalas tugas yang sama seperti Coutinho atau mengaplikasi taktikal yang berbeza dengan mencari pemain posisi lain?

Kita lihat siapa pilihan peminat untuk menggantikan tempat pemain Brazil itu.

Riyad Mahrez terbukti hebat di Premier League.
Riyad Mahrez – Leicester City

Bagi wakil kelab penyokong All Reds Malaysia, Mustakim Mokhtar dan Mikael Hidayat, Mahrez adalah calon yang sesuai kerana seorang pemain yang bijak dan mahir mencipta gol selain kemampuannya itu sudah terbukti dalam Premier League (Liga Perdana Inggeris).

Malah, Mahrez boleh digunakan untuk aksi Liga Juara-Juara Eropah (UCL).

Julian Draxler (baju kuning) pernah dikaitkan dengan penghijrahan ke Liverpool sebelum ke PSG. Julian Draxler – Paris St. Germain (PSG)

Mustakim juga menyenaraikan pemain Jerman, Julian Draxler yang tidak digunakan sebagai kesebelasan utama PSG kerana dia bermain posisi yang sama seperti Coutinho selain mempunyai kebolehan mengelecek pemain lawan.

Lain-lain faktor ialah Draxler seorang warga Jerman dan mempunyai mentaliti seorang pemain bola sepak Jerman seperti juga Klopp.

Alexis Sanchez yang diburu Manchester City dikatakan calon yang paling sesuai untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan Coutinho.
Alexis Sanchez – Arsenal

Sementara penyokong Liverpool lain seperti Shamsul Bahri Hasamdin, menggemari pemain Chile, Sanchez yang mahu berhijrah keluar dari Arsenal.

Kontrak Sanchez akan tamat hujung musim ini dan Arsenal berpeluang untuk mengaut keuntungan daripada jualan pemain itu.

Sanchez juga terbukti dalam saingan Premier League namun sikapnya merisaukan peminat kerana kadang-kala bertindak tidak profesional di dalam dan luar padang.

Pierre-Emerick Aubameyang adalah anak didik pengurus Liverpool, Jurgen Klopp semasa beliau berkhidmat di kelab Jerman itu.
Pierre-Emerick Aubameyang – Borussia Dortmund

Bekas pemain Sarawak, Rayjal Abdul Jalil, pula mengharapkan kehadiran Aubameyang yang dianggap sentiasa menyinar di bawah kendalian Klopp.

Pemain antarabangsa Gabon itu menyertai Dortmund semasa Klopp mengendali kelab itu dan amat menghormati pengurus dari Jerman itu.

Aubameyang yang dilaporkan terdesak mahu meninggalkan Dortmund sudahpun menjaringkan 17 gol daripada 19 perlawanan.

Manuel Lanzini dari West Ham meraikan jaringan gol ke atas Liverpool pada November 2017.
Manuel Lanzini – West Ham United

Pemain Argentina Manuel Lanzini, beraksi untuk kelab West Ham United.

Abdul Rashid dari All Reds Malaysia menyifatkan Lanzini sebagai seorang pemain yang pandai menggelecek, bijak menghantar bola, mempunyai sifat kepimpinan di atas padang dan seorang ‘team player’.

Bagi Rashid, Lanzini adalah versi Coutinho yang lebih muda dan mempunyai semua kemampuan yang dimiliki Coutinho.

Lanzini belum mencapai puncak permainannya lagi tetapi mempunyai asas yang kuat untuk dibangunkan sebagai seorang pemain bertaraf dunia.

Nama-nama lain yang disebut peminat adalah Dele Alli (Tottenham Hotspur) kerana dia adalah peminat Liverpool, Thomas Lemar dari Monaco dan Paulo Dybala (Juventus).

Bagi menguatkan lagi bahagian pertahanan Liverpool, Raphael Li dari Hong Kong mencadangkan pemain Roma, Radja Nainggolan

Pemain antarabangsa Belgium, Nainggolan bermain sebagai pemain tengah pertahanan, mempunyai kebolehan ‘set-piece’ yang hebat selain posisinya itu amat diperlukan ‘the Reds’ bagi mengukuhkan lagi pertahanan.



Source link

read more

Philippe Coutinho milik Barcelona dengan nilai RM770 juta


PEMAIN tengah Liverpool Philippe Coutinho sah menyertai Barcelona dengan yuran perpindahan 146 juta pound Sterling (RM770 juta).

Yuran perpindahan Coutinho dari Anfield ke Nou Camp ini merupakan antara yuran perpindahan termahal pernah direkodkan.

The Reds dijangka menerima bayaran pendahuluan 105 juta pound Sterling (RM 570 juta), untuk pemain Brazil berusia 25 tahun ini, sekali gus melakar rekod baharu.

“Liverpool mengesahkan Philippe Coutinho akan meninggalkan kelab ini selepas perjanjian perpindahan dicapai dengan Barcelona, bergantung kepada terma-terma peribadi serta ujian kecergasan,” menurut Liverpool dalam satu kenyataan yang dimuat naik di laman web rasminya.

Coutinho bakal memeterai kontrak lima tahun setengah dengan Barcelona.

“Barcelona dan Liverpool telah mencapai persetujuan untuk perpindahan Philippe Coutinho,” jelas kelab Barcelona.

Coutinho sebelum ini berpindah dari Inter Milan ke Liverpool dengan tanda harga 8.5 juta pound Sterling (RM46 juta) pada Januari 2013.

Barcelona gagal dalam tiga bidaan mendapatkan Coutinho sebelum ini dengan tawaran tertinggi pernah ditawarkan adalah 113 juta pound Sterling (RM613 juta) pada musim panas lalu.



Source link

read more

Barcelona setuju bayar RM736.40 juta untuk Coutinho – Bola Sepak


LONDON 20 Dis. – Barcelona yang terdesak untuk mendapatkan Philippe Coutinho dikatakan bersetuju membayar yuran perpindahan 135 juta pound (RM736.40 juta) bagi melepaskan bintang tengah Brazil itu daripada Liverpool.

Akhbar harian Sepanyol, Sport mendakwa, Coutinho sudah bersedia menurunkan tandatangannya apabila pasaran perpindahan dibuka pada Januari depan, bagaimanapun perkara yang menjadi persoalan ketika ini berapakah gaji yang mahu ditawarkan kepada pemain berusia 25 tahun itu.

Menurut akhbar berkenaan, wakil Coutinho sudahpun mengadakan rundingan dengan Barcelona sejak Jun lalu bagi memastikan pemain itu menikmati 10.6 juta pound (RM57.82 juta) semusim untuk tempoh lima tahun.

Itu bermakna, gaji yang bakal diterima Coutinho adalah sekitar 200,000 pound (RM1.09 juta) seminggu.

Coutinho sebelum ini meminta Liverpool melepaskannya untuk membolehkan dia berpindah Barcelona, namun kelab Liga Perdana Inggeris itu enggan menjualnya.

Enam bulan kemudian, Reds memberitahu bahawa mereka bersedia melepaskan pemain itu sekiranya menerima harga yang bersesuaian.

Wakil Coutinho akan menghubungi pemilik Liverpool, Fenway Sports Group dan berharap dapat meyakinkan mereka untuk menjual pemain tersebut.

Sport mendakwa, perpindahan itu dijangka dimeterai dalam tempoh terdekat. – AGENSI



Source link

read more

Coutinho terus beri tanda tanya tentang masa depannya – Bola Sepak


LONDON 8 Dis. – Biarpun Philippe Coutinho tekad akan terus memberikan prestasi terbaiknya untuk Liverpool namun dia enggan memberi jaminan mengenai masa depannya di Anfield.

Pemain Brazil itu yang masih kecewa apabila permohonannya untuk berhijrah ke Barcelona ditolak pada musim panas lalu oleh The Reds, meskipun kelab gergasi Sepanyol beberapa kali cuba mendapatkan khidmat Coutinho.

Sejak daripada itu, spekulasi membabitkan masa depannya bersama The Reds berterusan dan selepas meledak hatrik ketika Liverpool membelasah Spartak Moscow 7-0 dalam aksi Liga Juara-Juara, semalam, malah kelab gergasi itu dilaporkan bersedia untuk membawanya ke Sepanyol.

Barcelona juga telah menyediakan peruntukkan sebanyak 127 juta pound (RM699.26juta) untuk mendapatkan pemain tengah Liverpool itu, pada awal tahun depan.

“Sekarang saya berada di Liverpool dan saya sentiasa melakukan yang terbaik apabila diberikan peluang untuk bermain, menghormati jersi dan juga peminat.

“Namun pada musim panas lalu, saya tertarik dengan tawaran diterima daripada kelab lain. Sudah tentu banyak perkara berlaku pada musim panas lalu tetapi keinginan saya sentiasa ingin bermain dan melakukan yang terbaik di sahaja saya berada dan itu tidak akan berubah,” katanya. – AGENSI



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons