AHLI UGUT NAK BUAT DEMO, PPBM SEMAKIN CUAK!!! ~ SEMUT HITAM


Selepas tindakan kurang cerdik yang dibuat oleh Si Syed Suckdick ekoran ugutan beberapa ahli Pemuda PPBM sebelum ini, parti itu dilihat sedang berada dalam keadaan yang semakin terdesak.

Ianya berikutan kenyataan yang dikeluarkan oleh ahli parti itu yang tampil membuat ugutan untuk mengadakan perhimpunan dihadapan pejabat Suruhanjaya Pendaftar Pertubuhan (RoS).

Mungkin dek kerana itu PPBM mahu membawa RoS ke mahkamah sebagai satu langkah untuk mengambil tindakan tegas susulan didakwa tidak menerima sebarang maklum balas dari mereka.

Pengerusi PPBM, Tun Mahathir dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini mendakwa, sikap membisu RoS itu memberi kesan kepada persiapan Pakatan bagi menghadapi PRU yang akan datang.

“Jadi langkah seterusnya kita nak buat rayuan kepada mahkamah untuk meminta supaya RoS memberi maklum balas kepada pertanyaan dan permintaan kami. Tindakan mahkamah akan diambil segera kerana kami merasakan RoS gagal menjalankan tanggungjawabnya sebagai agensi kerajaan dalam melaksanakan tugasnya,” katanya.

IRONIKnya, pihak RoS sudah banyak kali tampil mengadakan sidang media dan memberikan penjelasan mengenai status parti dibawah pimpinan bekas Perdana Menteri itu sebelum ini.

RoS dalam satu kenyataan menjelaskan bahawa pihak mereka masih lagi menjalankan siasatan terhadap lebih dari 200 aduan serta laporan yang telah dikemukakan oleh ahli parti itu.

Secara tidak lansung, tindakan yang dikemukakan oleh Tun Mahathir itu membuktikan bahawa parti pimpinannya sedang berada dalam keadaan yang sangat terdesak pada ketika ini.

Hakikatnya, Tun Mahathir perlu sedar, zaman sekarang ni bukan zaman dia memerintah. Kalau masa dia jadi Perdana Menteri dulu, boleh la dia ugut RoS suruh mempercepatkan siasatan dan aduan yang dikemukakan. Zaman sekarang, takde orang dah nak layan kerenah dia!!!




Source link

read more

SYED SUCKDICK DAH MULA CUAK!!! ~ SEMUT HITAM


Nak cuak pasal apa pulak budak hingusan ni? Orang nak buat perhimpunan pun dia nak halang jugak ke? Bukan ke dulu diorang juga yang beria – ia menggalakkan perhimpunan haram ni.

Tapi, bila kena batang hidung sendiri, pandai pulak dia nak merayu dengan Polis suruh ambik tindakan ya. Pandai pulak dia cari alasan supaya pihak berkuasa halang perhimpunan tu.

Hanya semata – mata kerana perhimpunan tu tidak memberi keuntungan kepada dia, maka sebab itu dia beria – ia mendesak agar pihak berkuasa mengambil tindakan yang sewajarnya.

Sebab yang nak buat perhimpunan tu melibatkan pendaftaran PPBM. Maka menggelupor la Si Budak Saddik ni meroyan dalam laman media menggesa Polis halang perhimpunan tersebut.

Alasan yang dia bagi kononnya penganjur tu adalah orang yang dikehendaki Polis kerana terlibat dalam kekecohan forum ‘Nothing 2 Hide 2.0’ yang dianjurkan sebelum ini oleh PPBM.

Si Budak Saddik tu kata, sehingga ke hari ini, laporan yang dibuat terhadap bekas ahli PPBM yang mencetuskan kekecohan itu tidak dimaklumkan dan Polis pun tidak mengambil tindakan.

“Tetapi kenapa sampai hari ini kita tidak dengar apa-apa maklumat berkaitan. Apa perkembangan terkini (kekecohan Nothing to Hide 2.0) mengenai isu itu,” katanya pada sidang media, semalam.

Itu yang kelakarnya dengan Si Budak Saddik ni. Dia nak mintak pihak Polis ambik tindakan menghalang perhimpunan yang dijangka bakal berlansung minggu depan didepan pejabat RoS tu.

Tapi dalam masa yang sama, dia pertikaikan juga tindakan pihak Polis yang didakwa seolah – olah tidak menjalankan tugas mereka untuk menahan bekas ahli PPBM yang buat kecoh tu.

Terdahulu, sekumpulan bekas ahli PPBM mengemukakan permohonan kepada polis untuk mengadakan perhimpunan aman di hadapan RoS supaya agensi itu mengambil tindakan terhadap PPBM kerana didakwa melanggar perlembagaan parti tersebut!!!




Source link

read more

KARTEL AZMIN CUAK, UGUT SAMAN CHAGUBARD!!! ~ SEMUT HITAM


Pengasas SAMM, Badrul Hisham Shahrin, berkata ugutan saman daripada beberapa pemimpin PKR tidak akan menghentikan pendedahannya mengenai kepincangan pentadbiran Rejim Pakatan Selangor.

Si Chagubard tu berkata, dirinya tidak gentar untuk membongkar sebarang isu rasuah dan salah guna kuasa dalam pentadbiran kerajaan negeri, kerana yakin berada di pihak yang benar.

“Malah, saya cabar Setiausaha Politik kepada Menteri Besar, Mat Shuhaimi Shafiei dan ADUN Seri Andalas, Dr Xavier Jayakumar untuk menyaman saya.

“Kenapa hendak takutkan mereka (pemimpin PKR). Saya ada cukup bukti dan saya akan terus membongkar kegiatan rasuah serta salah guna kuasa pemimpin PKR Selangor,” katanya dipetik BH.

Si Chagubard turut mendakwa, budaya pemimpin pakatan pembangkang yang sering mengugut untuk menyaman bertujuan menakutkan pihak yang mendedahkan salah laku mereka.

“Bila ugut mahu saman terhadap pihak yang membongkar salah laku mereka, sudah tentu pihak yang akan disaman ini berfikir dua kali dan akhirnya berhenti (membongkar salah laku),” katanya.

Sebelum ini, Chegubard menyerahkan memorandum setebal 300 muka surat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan perlombongan pasir haram di Selangor.

Ahli Seumur Hidup PKR itu mendakwa, beberapa orang pemimpin parti tersebut telah melakukan penipuan, rasuah dan salah guna kuasa bagi mendapatkan tender melombong pasir di Selangor.

Berikutan itu, Mat Shuhaimi dan Dr Xavier memberi amaran kepada Chegubard supaya menarik balik kenyataan mengaitkan pemimpin PKR di Selangor berhubung penipuan, rasuah dan salah guna kuasa bagi mendapatkan permit melombong pasir di negeri itu.




Source link

read more

PATUT LA KHALID SAMAD CUAK BERTANDING DI SHAH ALAM!!! ~ SEMUT HITAM


Pengarah Komunikasi parti Ternakan DAPigs, Khalid Abdul Samad hanya mendapat skor 31.0 peratus daripada bancian pengundi di kawasan yang disandangnya, Parlimen Shah Alam.

Jika sebelum ini, khabar angin mengatakan bahawa Khalid Samad tidak akan mempertahankan kerusi Parlimen Shah Alam yang dimenanginya sejak tahun 2008 dalam PRU yang akan datang.

Dalam laporan yang disiarkan semalam, Khalid Samad dikatakan tidak mendapat sokongan dari penduduk Shah Alam berdasarkan pendiriannya terhadap isu – isu yang berkaitan dengan agama.

“Tahukah anda, pada tahun 2014 Khalid Samad pernah menemplak orang yang melompat parti dengan membawa lari kerusi yang telah dimenanginya dengan gelaran “pengkhianat”. Kata-katanya bagaikan meludah ke langit apabila beliau sendiri baru-baru ini melompat parti dengan membawa lari kerusi Parlimen Shah Alam yang beliau menangi pada PRU13.

“Di dalam parlimen pula, beliau antara individu yang cukup lantang berhujah yang bersorak. Beliau menjadi antara individu Muslim yang paling lantang membantah usaha perjalanan RUU355 di parlimen. Beliau sepatutnya lantang mempertahankan RUU355, tetapi sebaliknya berlaku. Kerja Lim Kit Siang untuk membantah RUU355 menjadi mudah dengan adanya individu seperti Khalid Samad di Parlimen.

“Pada Desember 2017, bancian umum menunjukkan rakyat Shah Alam cukup kecewa dan kesal dengan sikap beliau yang tidak tegas untuk membanteras pesta arak besar-besaran seperti oktoberfest. Bahkan dalam satu keratan video, beliau ada menyebut “dia (non muslim) minum arak macam minum teh je”.,” kenyataan GPS dipetik.

Sebagai rekod, Ahli Parlimen Shah Alam itu masih menunggu keputusan mahkamah rayuan terhadap kes saman fitnah yang difailkan terhadap dirinya oleh Datuk Dr. Hasan Ali sebelum ini.

Hasan Ali memfailkan saman fitnah itu selepas Khalid Samad mengeluarkan kenyataan bahawa Syabas dan Puncak Niaga Bhd sebagai penaja kepada Hasan dan NGO pimpinannya, JATI.

Mahkamah Persekutuan sebelum ini telah menetapkan keputusan dan memerintahkan agar Khalid Samad membayar tuntutan saman yang difailkan sebanyak RM 200 ribu kepada Hasan Ali.

Sekiranya keputusan itu kekal dan mahkamah rayuan menolak permohonan yang dibuat oleh Khalid Samad, kemungkinan besar Ahli Parlimen Shah Alam itu tidak boleh bertanding dalam Pilihan Raya Umum yang akan datang!!!




Source link

read more

BANYAK KES ‘DALAM KELAMBU’ BUAT PAKATAN CUAK!!! ~ SEMUT HITAM


Bagaikan Takut pada Bayang – Bayang sendiri. Itu perumpamaan yang selayaknya ditujukan kepada puak – puak Pakatan Haprak tu kerana takut nak hantar nama kepada SPRM untuk disaring.

Dalam satu kenyataan hari ini, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) masih tidak menerima nama calon pilihan raya daripada mana-mana parti pembangkang untuk disaring.  

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM berkata, setakat ini pihaknya hanya sekadar menerima senarai nama daripada Barisan Nasional (BN) yang sudah menghantar beberapa nama.

Bagaimanapun,  Datuk Seri Azam Baki enggan mendedahkan jumlah nama yang diterima mahu pun perkembangan proses tapisan yang telah dilakukan bagi mengelak sebarang spekulasi.

“Terpulanglah kepada mana-mana parti politik yang mahu kami membuat tapisan calon-calon pilihan raya, yang pentingnya kami sedia membantu.

“Kita tidak akan dan tidak pernah bocorkan rahsia kepada mana-mana pihak kerana itu adalah etika dan amanah kami,” katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan kerja di pejabat SPRM negeri di sini hari ini.

Secara tidak lansung, perkara itu menimbulkan persepsi dikalangan rakyat terhadap integriti puak Pakatan Haprak tu sendiri. Kenapa diorang takut nak serahkan nama kepada SPRM?

Adakah kerana puak Pakatan Haprak tu sememangnya ada menyimpan rahsia “Jerangkung Dalam Almari” yang sengaja disembunyikan? Kalau takde, kenapa diorang enggan serahkan nama?

Walau apa pun alasan yang diberikan, tindakan puak Pakatan Haprak itu seolah – olah membuktikan bahawa mereka tidak ikhlas dan cuba menyembunyikan sesuatu dari pengetahuan orang ramai. Banyak sangat skandal dalam kelambu menyebabkan diorang takut tak tentu arah!!!




Source link

read more

#UNDIROSAK, GILIRAN TUN MAHATHIR PULAK CUAK!!! ~ SEMUT HITAM


Hah! Katanya yakin sangat boleh menang. Kononnya sebelum ini bukan main lagi dia pukul canang membuat dakwaan puak Pakatan Haprak tu mampu meraih sokongan dari kalangan rakyat.

Tapi, bila ada yang mula membantah dan menunjukkan rasa tidak puas hati terhadap kepimpinannya serta melancarkan kempen #UndiRosak terhadap Pakatan, kenapa pulak dia nak rasa cuak?

Padahal, dia sendiri yang GAGAL nak mententeramkan pengikut – pengikut Pakatan Haprak tu dari membuat bantahan mereka secara terbuka. Sekarang, ada hati pulak dia nak tuduh orang UMNO?

Padahal, rasa kecewa dan tidak puas hati dikalangan puak Pakatan Haprak tu sendiri memang wujud. Kenapa perkara seperti itu pulak yang sengaja nak disembunyikan dari pengetahuan umum?

Sedangkan rakyat sendiri sudah sedia maklum dengan bantahan yang dikemukakan oleh pemimpin Pakatan, terutama dikalangan pengikut – pengikut PKR terhadap dirinya selama ini.

Perkara itu kini bukan lagi menjadi menjadi satu Rahsia. Tetapi sebaliknya, ia sudah menjadi pengetahuan umum yang tersebar diseluruh pelusuk dunia. Pun dia cuba nak menafikannya?

Hakikatnya, Tun Mahathir perlu tampil secara jujur dan mengakui bahawa kehadiran dia telah membangkitkan rasa kurang senang dikalangan pengikut – pengikut Pakatan Haprak tu.

Seperti mana dia mengakui kesilapan dan kegagalan dia sewaktu menjadi Perdana Menteri dihadapan penyokong Pakatan Haprak tu sebelum ini, jadi tak salah jika dia buat benda yang sama. Tak payah la dia nak melalak dan menyalahkan orang lain tak tentu arah!!!




Source link

read more

AZMIN “CUAK” BILA PAS UGUT NAK JUMPA SULTAN!!! ~ SEMUT HITAM


Si Menteri Besar Selangor itu mula berada dalam keadaan panik PAS mengugut mahu memanjangkan isu berkaitan peruntukan yang disekat Rejim Pakatan negeri kepada Sultan Selangor.

Perkara itu dapat dilihat dengan jelas apabila Azmin menyelar tindakan tersebut yang dianggap tidak matang dan menggesa supaya mereka berhenti daripada membawa isu itu ke Istana.

“Bagi saya mana-mana ADUN yang ada masalah tentang peruntukan pembangunan di kawasan masing-masing boleh berbincang dengan pegawai daerah kerana pegawai daerah merupakan pengawal kewangan.

“Atau pun, mereka boleh bertemu dengan saya sebab pintu saya sentiasa terbuka. Kita boleh bincang tapi tak payahlah bawa perkara ini ke istana.

“Ini soal pentadbiran, tak payahlah pergi jumpa Tuanku… ini pentadbiran negeri,” beliau dipetik berkata hari ini dalam satu majlis kerajaan negeri di Kuala Selangor hari ini.

Terdahulu, Pesuruhjaya PAS Selangor tidak menolak kemungkinan akan menghadap Sultan Sharafuddin, sekiranya masalah pembekuan peruntukan kepada wakil rakyat mereka tidak diselesaikan segera.

PAS Selangor juga mendesak Azmin agar mengadakan mesyuarat dengan mereka bagi memperjelaskan mengapa peruntukan disalurkan kepada ahli Parlimen dan Adun PAS telah disekat.

Bagi sesetengah pihak, tindakan yang dilakukan oleh Si Azmin Ali itu merupakan retaliasi membalas dendam terhadap pendirian Rejim PAS Kelantan yang turut membekukan peruntukan kepada wakil rakyat PKR.




Source link

read more

Saya takut kenapa jadi begini – Siti Sarah cuak Shuib undur diri dari Sinar.fm



MALAM ketika Siti Sarah dimasukkan ke hospital, suaminya pula, Shuib mengundurkan diri daripada stesen radio Sinar.fm serentak hari sama.

Sedih atas kejadian yang berlaku, kata Sarah dia juga terkejut apabila suaminya membuat keputusan untuk meninggalkan kerjaya yang paling disukainya.

“Saya pernah tanya Shuib, apa yang dia paling suka lakukan? Jawabnya menjadi deejay!

“Namun, tiba-tiba dia memaklumkan mahu berhenti daripada Sinar.fm. Sejujurnya ketika itu saya takut, kenapa jadi begini?

“Mesti ada something wrong somewhere…,” cerita Sarah ketika ditemui pada majlis pelancaran produk penjagaan rambut Sugardoll by NN di Flora Terrace, Kuala Lumpur baru-baru ini.

BACA: Shuib menangis, sebak umum tinggalkan Sinar.fm

Namun, Shuib menjelaskan kepada Sarah tindakan yang dilakukan demi memberikan fokus kepada bidang perniagaan yang sedang giat diceburinya.

“Keputusan yang dilakukan Shuib benar-benar mengubah dirinya. Saya lihat dia lebih bersemangat dalam Sepahtu Reunion setiap minggu kualiti kerjaya sangat memberangsangkan.

“Jadi, saya sebagai seorang isteri menyokong sahaja keputusan yang Shuib pilih dan percayakan dia sepenuhnya,” katanya.

Shuib berada di Sinar.fm untuk segmen Sepahtu Sinar bersama Jep dan Rahim sejak 30 Nov 2015 hingga 29 Nov 2017.

Teks oleh: Amri Hassan



Source link

read more

MAHFUZ BEAN CUAK BILA PAS SEBUT PASAL “BAI’AH”!!! ~ SEMUT HITAM


Hahaha!!! Tau pulak Si Mahfuz Bean ni menggelupor tak tentu arah bila PAS ungkit balik pasal isu Bai’ah yang menjadi sebahagian daripada perjanjian wakil rakyatnya sebelum PRU yang lalu.

Isu berkaitan dengan Bai’ah itu kembali menjadi hangat apabila ADUN PAS Anak Bukit mengambil tindakan keluar parti dan menyertai PPBM setelah sekian lama mengkhianati PAS.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan, Si Mahfuz Bean tu mendakwa isu Bai’ah itu tidak perlu dibangkitkan dan hanya semata – mata menjadi alasan untuk menakutkan pemimpin parti itu.

“Jangan jadikan isi bai’ah ini untuk tutup kelemahan yang ada pada PAS dan bagi saya isu ini telah berlalu,” kata Mahfuz mengulas keputusan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS Anak Bukit, Datuk Ir Amiruddin Hamzah yang mengambil keputusan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) kelmarin.

Dalam masa yang sama kata Mahfuz lagi,  ahli dan pemimpin PAS kini mempunyai pilihan untuk menyokong Pakatan jika merasa tidak selesa dengan pendekatan yang dibawa oleh PAS.

“Tidak ada masalah untuk ahli PAS menyokong mana-mana parti dalam Pakatan Harapan walaupun masih menjadi ahli PAS, kata Mahfuz.

Namun bagi sesetengah pihak, kenyataan yang dibuat Si Mahfuz Bean itu hanya satu justifikasi untuk menghalalkan Pengkhianatan yang dilakukan oleh ADUN PAS Anak Bukit itu.

Sebagai rekod, Si Mahfuz Bean sebelum ini sudah banyak kali melakukan Pengkhianatan apabila sering memburukkan PAS diatas pentas ceramah anjuran puak Pakatan Haprak tu secara terbuka.

Maka kata mereka, kenyataan yang dibuat oleh Si Mahfuz Bean tu seolah – olah dibuat bagi mencari jalan keluar bagi menjaga kepentingan Politik Peribadi dirinya sendiri sedangkan dia sendiri takut nak ambik tindakan yang sewajarnya dan keluar dari PAS!!!




Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons