Trump cuba buat baik selepas cetuskan api kemarahan umat Islam



SELEPAS beberapa jam membuat pengisytiharan yang penuh kontroversi tentang Baitulmaqdis, Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump cuba mengalih pandangan dunia.

Dari bersifat tidak berperikemanusiaan, Trump seakan bertukar menjadi insan paling suci di muka bumi apabila menzahirkan rasa ihsannya terhadap hampir 8 juta penduduk Yaman.

Menurut Trump, beliau telah berhubung dengan rakan pakatannya Arab Saudi agar membenarkan kemasukan bantuan kemanusiaan di Yaman.

“Saya telah mengarahkan pentadbiran saya untuk berhubung dengan kepimpinan Arab Saudi agar membenarkan sepenuhnya kemasukan bantuan seperti makanan, air dan ubat-ubatan ke Yaman.

“Ini perlu dilakukan Arab Saudi demi kemanusiaan,” jelasnya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Rabu.

BACA: Majlis Keselamatan PBB bersidang Jumaat ini, bincang isu Baitulmaqdis

BACA: Perancis tolak keputusan Trump berhubung Baitulmaqdis

BACA: Baitulmaqdis bukan milik Israel, isytihar Perjanjian Damai Oslo gagal – Hamas

BACA: Suara dari Tel Aviv: Iktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel, AS cari pasal

Penganalisis antarabangsa melihat langkah Trump terbabit sebagai ‘gula-gula’ buat Arab Saudi selepas Riyadh mengecam tindakannya berhubung pengisytiharan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

Semalam, Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) menggesa Arab Saudi membuka laluan air dan udara yang dikuasainya di Yaman, bagi memberi laluan kepada saluran bantuan kemanusiaan.

Dua perkara digariskan buat Riyadh iaitu membuka pintu pelabuhan di Hodeidah dan kebenaran mendarat di lapangan terbang Sanaa bagi kemasukan barangan bantuan kepada hampir 8 juta penduduk Yaman.



Source link

read more

AZMIN CUBA HALALKAN RASUAH ANAK SEDARA??? ~ SEMUT HITAM


Cakap tak serupa bikin! Nampak sangat kenyataan yang dibuat oleh Si Azmin Ali ni hanya membuktikan sifat retorik yang menjadi amalan puak – puak Pakatan Haprak tu selama hari ini.

Kalau diatas pentas, bukan main sibuk lagi diorang buat dakwaan dan tuduhan terbuka terhadap Kerajaan Barisan Nasional diatas penyalahgunaan kuasa serta kewujudan rasuah di Malaysia.

Tapi hakikatnya, bila perkara yang sama berlaku dalam pentadbiran Rejim pimpinan mereka, pandai pulak diorang bagi alasan kononnya ia hanya sekadar satu konspirasi Politik?

Jelas, dari kenyataan yang dikeluarkan oleh Si Azmin Ali ini memperlihatkan sifat Munafik dia menjadi seorang pemimpin. Katanya, dia ada mekanisme nak membenteras gejala rasuah.

Antara lain, Si Azmin Ali tu mendakwa kononnya penahanan anak saudaranya oleh SPRM baru – baru ini sengaja dirancang oleh pihak lawan untuk memburukkan dirinya dan Rejim pentadbirannya.

“Saya yakin ia satu tindakan yang dirancang pihak lawan untuk menjatuhkan Selangor sehingga menyerang saya dan menjejaskan kedudukan saya serta keluarga.

“Meskipun begitu, saya bersedia untuk berhadapan dengan sebarang serangan, saya akan tetap berdiri teguh sebagai menteri besar demi bekerja dan membantu rakyat Selangor,” katanya ketika ditemui pada majlis pecah tanah Masjid Putra Heights, di sini hari ini.

Dari satu sudut, kenyataan yang dibuat oleh Si Azmin Ali itu hanya merupakan satu justifikasi untuk menghalalkan rasuah dan penyelewengan kuasa yang berlaku dibawah hidungnya sendiri.

Malah, ada juga yang beranggapan, kenyataan itu seolah – olah memberikan gambaran secara terbuka seolah – olah Si Menteri Besar Selangor tu mengakui kesalahan yang dilakukan oleh anak saudaranya sendiri.

Soalnya, SPRM tahan suspek yang juga merupakan anak saudara kepada Si Azmin Ali tu bukan atas dasar hubungan kekeluargaan dengan Menteri Besar Selangor tu. Sebaliknya, SPRM tahan suspek sebab wujud kes rasuah. Takkan itu pun Si Azmin Ali tu tak boleh nak bezakan!!!




Source link

read more

Amerika Syarikat cuba pulih hubungan dengan Pakistan Afghanistan



KAHERAH: Amerika Syarikat cuba membina hubungan dua hala baharu dengan Afghanistan dan Pakistan.

Ia selepas kedua-dua negara terbabit dikaitkan dengan kebangkitan pengganas.

Setiausaha Pertahanan Jim Mattis berkata Washington sedang berusaha memulihkan hubungan yang renggang sejak beberapa tahun kebelakangan ini dengan kedua-dua negara terbabit.

Katanya, pentadbiran Trump akan menetapkan beberapa syarat baharu bagi membolehkan kerjasama pertahanan dan keselamatan diperkukuh bagi mengekang kemaraan pengganas di rantau itu.

Sebelum ini, Pakistan dan Afghanistan saling menuduh berhubung peningkatan insiden keganasan di sempadan kedua-dua negara.

Mattis yang kin berada di Mesir bagi pertemuan dengan Presiden Abdel Fattah El Sisi dijangka melakukan lawatan rasminya ke Pakistan dan Afghanistan minggu ini.



Source link

read more

Enam rakyat Malaysia cuba seludup RM2.1 juta dadah ditahan di Hong Kong



HONG KONG: Seramai enam rakyat Malaysia ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong kerana dipercayai cuba menyeludup masuk dadah bernilai RM2.1 juta ke negara itu, lapor media tempatan semalam.

Kesemua rakyat Malaysia berusia 18 dan 28 tahun itu tiba di lapangan terbang tersebut pada Rabu.

Menurut laporan The South China Morning Post (SCMP) yang memetik sumber berkata, pemeriksaan yang dilakukan pihak kastam di lapangan terbang itu menemui lebih lapar kilogram dadah ketamin yang dibalut pada tubuh pada empat daripada enam lelaki terbabit.

Berdasarkan sumber, kebanyakan dadah yang diseludup ke negara ini melalui Tanah Besar dan menambah kesemua suspek mungkin beranggapan mereka tidak akan diperiksa secara rapi oleh pihak berkuasa lapangan terbang memandangkan mereka menyertai kumpulan pelancong.

Malah, kesemua suspek belum lagi didakwa atas kesalahan itu.

Tambah SCMP, tangkapan sebelum ini melibatkan rakyat Malaysia berkaitan penyeludupan dadah di Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong dilakukan pada 10 tahun lalu.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Seri Mohmad Salleh ketika dihubungi Astro AWANI mengesahkan mengenai perkara itu dan berkata pihaknya sedang menunggu laporan terperinci daripada pasukan Polis Hong Kong.

“Kita mengetahui mengenai perkara itu dan telah berhubung dengan pasukan Polis Hong Kong untuk mendapatkan maklumat terperinci.

“Untuk makluman, tangkapan itu dilakukan oleh pihak kastam dan bukannya polis. Oleh itu, PDRM perlu mendapatkan maklumat dari rakan kita (polis) di negara tersebut,” katanya.



Source link

read more

Kemboja cuba raih sokongan China menjelang pilihan raya 2018



PHNOM PENH: Selepas diberi tekanan oleh barat dari segi bantuan dan pelaburan, Kemboja kini cuba memohon sokongan dari China.

Perdana Menteri Hun Sen dijangka menyatakan hasratnya itu kepada China pada Sidang Kemuncak Khas yang dianjurkan Parti Komunis China (CPC) esok 30 November 2018 di Beijing.

Hun Sen dijadual bertemu Presiden China Xi Jinping dan pelabur China untuk membincangkan bantuan dan bentuk pelaburan yang boleh mewujudkan lebih banyak pekerjaan di Kemboja.

Hun Sen dijangka mengusulkan rancangan jangka panjang Kemboja dari susut infrastruktur seperti pembinaan lebih banyak jambatan, jalan bertar dan keretapi di sepanjang Sungai Mekong serta beberapa projek mega lain.

Selain Amerika Syarikat, China adalah antara penyumbang terbesar dalam penyaluran dana dan pembangunan Kemboja.

Namun Amerika Syarikat telah menghentikan penyaluran dana dan dijangka berkerjasama dengan Parti Penyelamat Nasional Kemboja (CNRP) menjelang pilihan raya umum 2018.

Kesatuan Eropah juga telah hampir senada dengan Washington dengan memberi tekanan pada akses bebas cukai Kemboja.

Jika perbincangan pada Khamis berjaya, Hun Sen dijangka tidak berdepan masalah untuk memenangi pilihan raya biarpun sokongan Amerika Syarikat kini terarah kepada pembangkang.



Source link

read more

Bomba berjaya pujuk pemuda cuba terjun bangunan hotel – Wilayah


KUCHING 16 Nov. – Seorang pemuda membatalkan niat mahu membunuh diri dengan terjun dari tingkat dua sebuah hotel di bandar raya ini, selepas dipujuk oleh anggota bomba pagi ini.

Jurucakap bomba berkata, pihaknya menerima laporan tentang kejadian seorang lelaki cuba terjun dari bangunan hotel berkenaan pada pukul 10.39 pagi.

Katanya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuching kemudian digerakkan ke lokasi kejadian untuk menjalankan operasi menyelamat.

“Tiba di tempat kajadian, pemuda berusia 24 tahun berasal dari Kampung Tupong Ulu di sini, dilihat sudah berada di luar tingkap dan cuba mahu terjun.

 

“Pihak bomba bagaimanapun berjaya memujuk mangsa daripada cubaan membunuh diri, ” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata, operasi menyelamat ditamatkan  pada pukul 10.53 pagi dan lelaki terbabit telah diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

 



Source link

read more

Bapa cuba bunuh bayi perempuan dua kali untuk pikat hati isteri



SEORANG bapa cuba membunuh bayi perempuannya sendiri yang berusia 18 bulan dalam usaha memikat kembali hati isterinya.

Lelaki yang berusia lingkungan 20 tahun itu dilapor telah dua kali cuba menekap muka untuk melemaskan anak kecilnya itu dengan harapan tragedi akan membuatkan si isteri kembali kasih kepadanya.

Dalam prosiding di mahkamah keluarga di Blackburn, Lancashire, sidang turut dimaklumkan tentang kematian dua anak mereka yang lebih tua ketika masih bayi, lapor Mail Online.

Anak sulung pasangan itu dilapor meninggal dunia pada usia kurang sebulan disebabkan pneumonia.

Hakim Alan Booth turut dimaklumkan tentang anak ketiga pasangan itu yang mengalami insiden yang ‘hampir meragut nyawa’ pada usia empat bulan, tahun lepas.

Booth berkata lelaki itu, seorang yang pintar dan berkerjaya, sanggup melakukan apa saja dan disifatkan sebagai berbahaya.

Sidang turut dimaklumkan bahawa hubungan lelaki itu dengan isterinya berdepan masalah selepas kelahiran anak ketiga mereka. 

Namun kematian kedua-dua anak mereka yang lebih tua sebaliknya telah mendekatkan mereka.

Hakim bagaimanapun tidak memberitahu sama ada kes akan disiasat polis.



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons