Chong Wei pendekkan cuti demi Piala Thomas – Badminton


KUALA LUMPUR 8 Dis. – Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei sanggup memendekkan percutiannya demi membantu Malaysia melayakkan diri ke pusingan akhir Piala Thomas 2018.

Chong Wei, 35, mengesahkan akan beraksi dalam Kejohanan Berpasukan Asia yang berlangsung di Alor Setar dari 6-11 Februari depan. Kejohanan tersebut menjadi pentas kelayakan ke Piala Thomas di Bangkok dari 20 hingga 27 Mei.

“Piala Thomas adalah untuk negara, pasukan dan BAM (Persatuan Badminton Malaysia). Saya tidak boleh tolak kerana kejohanan ini sangat penting buat Malaysia dan pasukan.

“Dulu saya boleh tidak main (Kelayakan Piala Thomas) kerana ranking kita tinggi, walau apa pun berlaku kita tetap layak bermain dalam Piala Thomas tetapi sekarang tidak boleh.

“Beregu lelaki dipecahkan sebelum ini dan kemudian digandingkan semula, jadi ranking ada turun sikit dan aksi kelayakan kali ini sangat penting untuk kita layak ke Bangkok tahun hadapan. Saya perlu ubah perancangan sikit dan akan bincang semula dengan Hendrawan (jurulatih perseorangan lelaki),” katanya ketika ditemui di Akademi Badminton Malaysia, Bukit Kiara, di sini hari ini.

Pemenang tiga pingat perak Sukan Olimpik itu sebelum ini bercadang untuk bercuti dua bulan sebelum memulakan musim 2018 yang sibuk kerana bukan sahaja perlu beraksi dalam Piala Thomas, malah Sukan Asia, Sukan Komanwel dan Kejohanan Dunia.

Berdasarkan ranking terkini yang dikeluarkan Persekutuan Badminton Dunia (BWF), Malaysia berada di kedudukan ketujuh di depan Indonesia, India dan Hong Kong.

Malaysia masih berpeluang layak secara ranking sekiranya gagal berada dalam kelompok empat terbaik dengan syarat Korea Selatan, China, Jepun dan Taiwan layak ke pusingan separuh akhir di Alor Setar.

Bagaimanapun peluang Malaysia akan berkubur seandainya, Indonesia, India dan Hong Kong berada dalam senarai empat terbaik. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Dua sahabat ditahan palsukan sijil cuti sakit



MELAKA: Dua sahabat ditahan polis selepas disyaki terlibat sindiket pemalsuan sijil cuti sakit klinik kesihatan dalam dua serbuan berasingan di Melaka pada Isnin.

Suspek masing-masing berusia 19 dan 21 tahun dipercayai menjalankan kegiatan tersebut sejak Jun lalu.

Menurut Timbalan Ketua Polis Melaka, Datuk Sun Teoh Tia, suspek pertama berusia 19 tahun yang merupakan penuntut sebuah institusi pengajian tinggi di Melaka ditahan ketika sedang menunggu pelanggan di sebuah stesen minyak di Peringgit sekitar jam 9.10 malam.

Sementara suspek kedua yang merupakan dalang kegiatan tersebut ditahan ketika sedang mencetak sijil sakit palsu di rumahnya di Taman Peringgit Jaya.

Susulan itu polis merampas 15 salinan sijil cuti sakit yang tertera cop rasmi ‘Klinik Kesihatan Peringgit’ serta cop nama ‘Rohaiza Binti Roslan MBB (Malaya) Pegawai Perubatan U-D 54’.

“JSJK Melaka telah pun berjaya menumpaskan satu sindiket pemalsuan sijil cuti sakit yang menyerupai sijil cuti sakit Klinik Kesihatan Peringgit selepas menahan dua lelaki dalam serbuan sekita Melaka.

“Digunakan mencetak dan menjual sijil tersebut dan menyerupai sijil asal serta mnyerupai cop nama doktor dan pembeli hanya perlu mengisi nama sendiri dan tarikh cuti yang diperlukan,” katanya.

Turut dirampas satu set komputer, tujuh helai kertas A4 berwarna kuning serta pelbagai cop nama yang dipalsukan.

Berdasarkan siasatan awal, 300 sijil cuti sakit palsu telah dijual kedua-dua suspek untuk pasaran sekitar Melaka, Johor dan Negeri Sembilan.

Katanya, sindiket berkenaan dipercayai dijual melalui orang tengah dengan harga berbeza iaitu RM10 kepada orang tengah yang akan menjualnya sekitar RM35 sekeping.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.



Source link

read more

Cuti bersalin 90 hari sektor swasta Kerajaan tetapkan dua fasa



KUALA LUMPUR: Kerajaan menetapkan dua fasa dalam usaha melaksanakan dasar pemberian cuti bersalin selama 90 hari untuk sektor swasta.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Ismail Muttalib, berkata fasa pertama yang akan dijalankan secepat mungkin itu adalah menerusi penggalakkan kepada majikan untuk memberi cuti bersalin tersebut.

“Fasa pertama adalah dengan mengalakkan majikan untuk memberi cuti bersalin selama 90 hari kepada pekerja swasta terutama dalam syarikat GLC di mana dalam tempoh ini, sesi libat urus akan diadakan untuk mendapatkan maklumbalas daripada pihak berkepentingan.

“Sementara, fasa kedua pula akan memfokuskan dengan pindaan atas peruntukan Seksyen 37 Akta Kerja 1955, Seksyen 83 Ordinan Buruh Sabah Bab 67 dan Seksyen 84 Ordinan Buruh Sarawak Bab 76 bagi mewajibkan cuti 90 hari dilaksanakan,” katanya di Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan tambahan Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid (PKR-Kuala Langat) yang meminta perincian kerajaan dalam mempercepatkan pelaksanaan peningkatan tempoh cuti bersalin dari 60 kepada 90 hari untuk sektor swasta.

Jelas Ismail, peruntukan undang-undang sedia ada tidak menghalang mana-mana majikan untuk memberi cuti dan elaun bersalin lebih baik kepada pekerja.

Ujarnya, perlindungan lebih baik boleh dipertimbangkan antara persatuan sekerja dengan majikan untuk dimasukkan dalam Perjanjian Bersama (CA) masing-masing.



Source link

read more

AWANIJr Manfaatkan kelas cuti terancang pada musim cuti persekolahan



KUALA BERANG: Musim cuti persekolahan tiba lagi dan ini merupakan saat-saat yang paling ditunggu-tunggu oleh para pelajar.

Ini kerana apabila tiba musim cuti persekolahan, ibu bapa pastinya akan merancang untuk membawa anak-anak mereka bercuti bagi merehatkan minda selepas penat lelah menuntut ilmu sebelum ini.

Namun cuti sekolah tidak bererti segalanya bercuti. Pada minggu akhir persekolahan biasanya para guru telah mengagihkan buku teks untuk diulangkaji di rumah sebagai persediaan sesi persekolahan akan datang.

Untuk memastikan tiada keciciran dari segi waktu mengulang kaji pelajaran dan mengisi masa lapang pada waktu cuti persekolahan, ibu bapa memainkan peranan penting dalam membuat perancangan terbaik untuk anak-anak mereka.

Ini kerana, golongan belia terdedah dengan anasir-anasir negatif jika ibu bapa tidak bijak menyusun perancangan untuk anak-anak mereka.

Paling malang jika anak-anak memilih rakan yang tidak mempunyai hala tuju kehidupan. Pengaruh rakan sebaya amat kuat dan boleh memberi kesan negatif sekiranya rakan yang dipilih itu mendorong ke arah perkara yang tidak bermoral.

Bagi memastikan kalender cuti persekolahan terisi dengan perkara berfaedah, pihak sekolah juga tidak ketinggalan dalam sama-sama memainkan peranan sewaktu musim cuti persekolahan.

Pihak sekolah boleh mengambil inisiatif supaya cuti sekolah dipenuhi dengan perkara yang berfaedah. Jadual kelas terancang telah disususn dengan kemas dan agihan tugas kepada guru telah ditetapkan oleh pihak pengurusan sekolah.

Biasanya minggu pertama cuti, Program Kelas Cuti Terancang akan dilaksanakan. Malah, ibu bapa perlu faham dengan situasi itu dengan merancang percutian mereka supaya tidak menjejaskan perjalanan kelas cuti terancang.

Kelas cuti terancang yang dilaksanakan itu tidak mengenakan sebarang bayaran. Oleh itu kerjasama dari ibu bapa supaya dapat membenarkan anak-anak hadir ke sekolah adalah penting. Ingatlah, jasa dan pengorbanan guru amat besar sekali.

Selain merancang percutian pada musim cuti persekolahan, ibu bapa juga perlu menerapkan pendidikan agama seperti penekanan tentang solat, fardu ain dan sebagainya.

Penerapan didikan agama bukan hanya diletakkan di bahu guru agama di sekolah semata-mata sebaliknya perkara itu juga boleh dilakukan sebagai permulaan sewaktu musim cuti persekolahan.

Semoga percutian sekolah ini bukan sahaja memenuhi tuntutan fizikal malah yang lebih penting ialah tuntutan kerohanian juga perlu dititikberatkan bagi menjamin kesejahteraan hidup anak-anak di masa akan datang.

Anak-anak muda ini merupakan golongan yang bakal mewarisi kepemimpinan negara dan membina agama bangsa yang bertamadun selain berperanan sebagai pemimpin dalam rumah tangga.


* Artikel ini disediakan oleh AWANIJr Amna Alifa Zabidi, murid tahun enam Sekolah Kebangsaan Seri Buluh, Kuala Berang, Terengganu.

** AWANIJr merupakan inisiatif terbaharu Astro AWANI bagi menggalakkan pelajar-pelajar sekolah di seluruh negara menyumbang kreativiti mereka dalam bentuk penulisan dan multimedia.

*** Kandungan mereka ini tidak mewakili pendapat Astro AWANI.



Source link

read more

Zimbabwe umum cuti am Mugabe – Luar Negara


HARARE 27 Nov. – Zimbabwe secara rasminya mengumumkan tarikh 21 Februari sebagai Hari Belia Kebangsaan Robert Gabriel Mugabe dan cuti am di negara itu, lapor akhbar Herald.

Lapor BBC.com memetik Presiden, Emerson Mnangagwa berkata Mugabe wajar diberikan penghormatan dan penghargaan kerana beliau merupakan salah seorang pengasas serta pemimpin Zimbabwe.

Tarikh itu dipilih kerana bersamaan dengan ulangtahun kelahiran Mugabe.

Mugabe yang juga merupakan bekas Presiden negara itu meletakkan jawatan minggu lalu selepas tentera melakukan rampasan kuasa dan bantahan oleh rakyat selama beberapa hari. – AGENSI



Source link

read more

Bapa wajar diberi cuti bersalin sebulan – Nasional


KUALA LUMPUR 20 Nov. – Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan terus memperjuangkan pelaksanaan cuti bersalin sebulan untuk bapa dengan bayaran gaji penuh.

Timbalan Menterinya, Datuk Azizah Mohd. Dun berkata, meskipun ia memakan masa namun kementeriannya tidak akan berganjak daripada perjuangannya itu.

“Pelaksanaan cuti bersalin satu bulan kepada warga bapa bukan sesuatu yang baharu malah telah dilaksanakan di banyak negara serta terbukti keberkesanannya,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pameran Foto Swedish Dad and Malaysian Dad di sini hari ini.

Azizah menambah,  cuti bersalin untuk bapa bagi sektor kerajaan adalah satu minggu manakala sektor swasta adalah bergantung kepada sesebuah syarikat itu sendiri.

Beliau menyifatkan cuti sedia ada yang diperuntukkan untuk pekerja adalah tidak mencukupi. – UTUSAN ONLINE




Source link

read more

JDT Juara Piala Malaysia Johor cuti Ahad



JOHOR BAHRU: Kerajaan negeri Johor mengisytiharkan cuti khas peristiwa esok (Ahad) susulan kejayaan pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) menjuarai Piala Malaysia, yang menamatkan penantian selama 25 tahun.

Pengumuman itu dibuat Setiausaha Kerajaan Negeri Johor Datuk Azmi Rohani selepas perlawanan itu berakhir dengan kemenangan 2-0 ke atas Kedah di Stadium Shah Alam, Selangor, malam ini.

“Ini satu kejayaan bersejarah selepas 25 tahun Johor tidak memenangi Piala Malaysia dan pengumuman cuti ini merupakan penghargaan kerajaan negeri kepada rakyat Johor,” katanya dalam kenyataan di sini, malam ini.

Beliau berkata pengumuman cuti itu sebagai menjunjung titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, yang memperkenankan cuti peristiwa itu sekiranya pasukan JDT muncul juara.

Pemberian cuti itu juga selaras dengan peruntukan kuasa yang diberikan mengikut Seksyen 9 (1) Akta Hari Kelepasan Am 1951 (Akta 369).

— BERNAMA



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons