Dadah Pekerja restoran terlepas hukuman gantung


IPOH: Seorang pekerja restoran dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Ipoh di sini, semalam atas dua pertuduhan mengedar dan memiliki dadah berbahaya dengan berat keseluruhan 229.15 gram, dua tahun lepas.

Pesuruhjaya Kehakiman Anselm Charles Fernandis memutuskan demikian selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap kes itu.

“Selepas meneliti hujahan yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan dan pembelaan, tertuduh dengan ini dilepas dan dibebaskan,” katanya pada akhir kes pendakwaan di sini, pada Selasa.

Mengikut kertas pertuduhan, Qusrein Izad Ahmad, 33, dituduh mengedar dadah jenis methamphetamine seberat 224.13 gram di hadapan bangunan kedai di Jalan Pelangi Kuning, kira-kira jam 2 pagi pada 1 Jun 2016.

Dia dituduh mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39B(2) akta sama, yang jika sabit kesalahan boleh membawa hukuman gantung mandatori.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa memiliki 5.02 gram kanabis di tempat, masa dan tarikh yang sama. Pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 6 akta yang sama.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Fadhli Ab Wahab manakala tertuduh diwakili peguam Charan Singh dan Jagdipe Singh.



Source link

read more

Tiga wanita ditahan berbogel di khalayak umum lima lagi kerana dadah



SINGAPURA: Tiga daripada lapan wanita ditahan kerana berbogel di khalayak umum dalam satu serbuan di premis hiburan, kata polis dalam kenyataan media pada Isnin.

Lima lagi wanita ditahan atas kesalahan dadah.

Operasi bersepadu yang dilakukan Biro Narkotik pada minggu lalu selama enam jam bermula 11 malam.

“Tiga daripada wanita yang ditahan dikatakan berbogel di khalayak ramai. Manakala dua daripada mereka didapati melanggar undang-undang imigresen dan pekerjaan,” lapor portal Channel News Asia.

Portal itu difahamkan, kesemua wanita terbabit ditahan di Plaza Cuppage.

Siasatan ke atas suspek sedang dijalankan, kata polis.



Source link

read more

Dua lelaki ditahan sedang jual beli dadah


BUKIT MERTAJAM: Polis menahan dua lelaki ketika sedang menjalankan urus niaga menjual dadah di belakang sebuah rumah di Mengkuang Titi, di sini dan merampas heroin serta syabu bernilai RM11,000 dalam serbuan awal pagi ini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata bertindak hasil risikan dan intipan yang dijalankan, polis menyerbu belakang rumah itu kira-kira pukul 1 pagi tadi sebelum menahan lelaki berusia 37 dan 47 tahun itu.

“Dua lelaki itu yang menyedari kehadiran polis telah bertindak mencampakkan satu bungkusan surat khabar ke atas tanah dan cuba melarikan diri namun mereka berjaya kami tahan.

“Pemeriksaan mendapati bungkusan yang dibuang itu adalah heroin seberat 573.4 gram dan polis turut menemui 6.8gm syabu bersama mereka. Semua dadah berkenaan bernilai RM11,000,” katanya di sini hari ini.

Katanya berdasarkan siasatan awal, mereka merupakan anggota sindiket pengedaran dadah yang aktif sejak tahun lepas dan pasaran mereka adalah sekitar daerah SPT.

Nik Ros Azhan berkata lelaki berusia 47 tahun itu mendapatkan bekalan berkenaan daripada seorang lelaki di Perai dan identiti lelaki tersebut telah dikenalpasti serta usaha mengesannya giat dijalankan.

Katanya polis juga merampas dua buah motosikal jenis Honda Ex5 dan Modenas Kriss serta wang tunai sebanyak RM2,110 bersama dua lelaki itu.

“Berdasarkan siasatan, rumah itu didiami lelaki berusia 47 tahun berkenaan bersama keluarganya dan dia yang tidak bekerja itu mempunyai 11 rekod lampau berkaitan jenayah serta dadah.

“Manakala rakannya merupakan penternak lembu serta mempunyai 13 rekod lampau. Mereka yang positif dadah itu kini direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan dan kes berkenaan disiasat menurut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

— BERNAMA



Source link

read more

Piala Dunia 2018 Rusia rancang beri dadah kepada pemain sendiri


LONDON: Rusia akan memberi dadah kepada semua pemain pasukan bola sepak kebangsaannya, dan beberapa langkah diambil bagi memastikan mereka tidak ditangkap ketika ujian doping, demikian dakwa seorang pembocor maklumat yang mendedahkan skala korupsi dalam sukan Rusia.

Menurut laporan portal berita antarabangsa, seseorang yang rapat dengan bekas ketua makmal anti-doping Moscow, Grigory Rodchenkov mendedahkan Rusia merancang untuk menukar sampel air kencing pada temasya Piala Dunia 2018 supaya pemain mereka boleh mengambil bahan terlarang sewenang-wenangnya, kaedah sama yang digunakan pada Sukan Olimpik Musim Sejuk Sochi.

Rodchenkov yang kini diletakkan dalam program perlindungan saksi di Amerika Syarikat, turut mengemukakan bukti penggunaan dadah membabitkan ahli sukan lelaki dan wanita Rusia.

Namun, Pengarah Icarus, filem dokumentari yang merancang penerbangan Rodchenkov ke AS dan mendedahkan konspirasi doping Rusia, Bryan Fogel, telah memberi isyarat bahawa testimoni pengarah makmal itu terhadap bola sepak akan memberi kesan buruk sama seperti kepada sukan musim sejuk mahupun olahraga.

Ia bermakna Rusia yang juga tuan rumah Piala Dunia 2018 boleh disiasat dan kemungkinan tindakan disiplin akan diambil.

Pada masa sama Rusia mungkin kehilangan beberapa pemain, termasuk pasukan itu diharamkan daripada bertanding daripada Piala Dunia anjuran mereka sendiri sekiranya dakwaan itu benar.

Rusia berdepan pengharaman bertanding dalam Piala Dunia anjuran mereka sendiri sekiranya semua dakwaan didapati benar.

Fogel, yang menghabiskan masa dua tahun menyiasat kes doping dan mengenali Rodchenkov sebelum dia berlindung di AS, telah mendedahkan lebih banyak perincian tentang program doping bola sepak Rusia dan bagaimana ia didakwa dirancang oleh Timbalan Perdana Menteri Rusia, Vitaly Mutko, yang bertanggungjawab menggendalikan Rusia 2018 sehingga bulan lepas.

“Apa yang saya tahu daripada Grigory, arahan daripada Mutko adalah ‘bola sepak mesti bersih’.

“Ia membawa maksud tidak akan ada laporan positif dadah, walaupun semua pemain di bawah program doping tajaan negara,” katanya.

Rodchenkov mendakwa ejen keselamatan kerajaan Rusia telah membantunya menipu dalam Olimpik Musim Sejuk 2014 Sochi dengan meluluskan sampel Rusia yang tercemar menerusi satu lubang pada dinding dalam makmal anti-doping, dengan menggantikannya dengan air kencing yang bersih.

Tekanan kini berada pada bahu Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) untuk menyoal siasat Rodchenkov.

Bagaimanapun, badan induk bola sepak dunia itu masih belum menghubunginya, selain memberi isyarat kepada perantara Agensi Anti Doping Dunia (WADA) yang mereka mahu berbuat demikian.

FIFA mendakwa mereka mahu menganalisa semua data yang telah diberikan untuk membenarkan soal siasat yang lebih terperinci dibuat ke atas Rodchenkov ‘dalam tempoh terdekat.’



Source link

read more

Tunggu… perang dadah akan kembali – Ketua Polis Filipina



MANILA: Di sebalik kecaman antarabangsa, polis anti narkotik Filipina bersedia melancarkan kembali operasi perang dadah secara besar-besaran di negara itu.

Ketua Polis Filipina Ronald Dela Rosa dalam pengesahannya memaklumkan operasi yang dikenali sebagai Oplan Tokhang ini akan bermula dalam tempoh beberapa minggu lagi.

Menurut Dela Rosa, pihaknya seboleh mungkin mahu mengelak pertumpahan darah, namun jika berdepan tentangan atau provokasi tindakan sewajarnya perlu diambil demi mempertahankan diri.

Tokhang sepatutnya tidak melibatkan petumpahan darah kerana semangat Tokhang itu sendiri jika dilaksanakan dengan betul adalah ‘ketuk dan mengaku’,” jelas Dela Rosa pada sidang medianya di Manila pada Jumaat.

Dela Rosa bagaimanapun tidak menjelaskan sebab mengapa operasi berkenaan disambung kembali.

Kempen yang diilhamkan sendiri Presiden Filipina Rodrigo Duterte beberapa bulan selepas mengambil alih kuasa itu bertujuan untuk membebaskan negaa itu dari belenggu dadah.

Bagaimanapun momentumnya hilang selepas Duterte sendiri mengarahkan pihak polis menggantung seketika kempen itu pada 11 Oktober tahun lalu selepas menerima tekanan dari dalam dan luar negara.

Bermula tarikh sama peranan menangani kes dadah diserahkan kepada Agensi Peguatkuasaan Dadah Filipina (PDEA) sementara pihak polis hanya berperanan sebagai unit bantuan.

Sepanjang operasi yang bermula sejak Jun 2016, hampir 4,000 orang maut di tangan pihak berkuasa.

Ia lantas mendapat kritikan aktivis kumpulan hak asasi manusia yang mendakwa polis melakukan pembunuhan di luar batas undang-undang.

Aktivis pada masa sama mendakwa dalam kebanyakan kes, suspek tidak diberi peluang untuk menyerah diri sebaliknya terus ditembak mati

Dela Rosa lantang menafikan dakwaan berkenaan sebaliknya menegaskan suspek ditembak kerana mereka bertindak ganas ketika cuba ditahan.

Bagi menyokong hujahya Dela Rosa merujuk kepada lebih 117,000 lagi suspek yang ditahan pihak berkuasa sepanjang operasi berkenaan yang berada dalam keadaan selamat.

“Satu jawatan kuasa pemerhati akan dibentuk, dan jika ada peruntukan setiap anggota polis yang terlibat dalam serbuan akan dilengkapkan dengan kamera badan.

“Bagi operasi kali ini kami akan pastikan ia dijalankan dengan sewajarnya dan sesiapa yang cuba melawan akan menerima padah,” tambahnya lagi.



Source link

read more

Pelancong terlebih dos dadah seks nekad bogel baling najis sendiri di lapangan terbang



PHUKET: Terlebih dos Viagra, berbogel dan baling najis. Namun tindakan melampau pelancong warga Amerika itu tidak lama selepas dia kemudiannya ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Phuket, Thailand.

Steve Cho selepas dipercayai mengambil dos Viagra telah bertindak berkeliaran dalam lapangan terbang berkenaan dalam keadaan bogel. Bukan itu sahaja, disebabkan kesan pil perangsang seks terbabit, dia  memusnahkan harta dan menjerit tanpa kawalan sebelum mula membaling najisnya kepada pekerja dan orang ramai.

Akibat perbuatannya itu, Cho, 27 tahun dan berasal dari New York, dikawal oleh enam pengawal kesleamatan dan petugas lapangan terbang sebelum ditahan polis pada 11.30 malam pada Khamis.

Salah seorang saksi, Wannee Ming, 28 tahun berkata, “Kelakuannya sangat menakutkan dan menjijikan. Saya akan menjauhkan diri daripada lelaki ini jika dia menyerang.

“Petugas lapangan terbang cuba menenangkannya. Mereka cuba bercakap dengannya tetapi dia tidak mengendahkan mereka. Petugas terbabit sudah melakukan yang terbaik untuk mengawalnya.”

Menurut Mirror Online, Steve dilaporkan memberitahu polis telah “mengambil terlalu banyak dadah seks”, meminta maaf dan bersetuju membayar ganti rugi jika terdapat sebarang kemusnahan akibat tindakannya.

Lapangan Terbang Antarabangsa Phuket dalam satu kenyataan pula berkata, “Lelaki itu ditahan bagi tujuan mengawal situasi selain mengelakkan penumpang lain daripada terancam.”

Steve dibawa ke stesen polis tempatan sebelum dihantar ke hospital terdekat untuk pemeriksaan kesihataan dan penilaian psikiatri.



Source link

read more

2 pelajar kolej di Sarawak ditahan miliki dadah


KUCHING: Dua pelajar kolej ditahan polis kerana memiliki dadah seberat 374 gram dalam satu serbuan di sebuah rumah di Jalan Stutong, Kuching petang semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Datuk Dev Kumar di dalam kenyataannya berkata, kedua-dua suspek yang masing-masing berusia 19 dan 20 tahun itu ditahan pada jam 2.30 petang bersama dengan dadah jenis ekstasi, Erimin 5 dan ketamin.

Menurutnya hasil nilai dadah yang dirampas dianggarkan sebanyak RM37,440.

Siasatan awal mendapati suspek telah menjalankan kegiatan mengedar dadah semenjak pertengahan tahun lepas dan mengaku terlibat dengan penyalahgunaan dadah jenis ketamin.

Turut dirampas sebuah kereta jenis Perodua Kelisa, sebuah motosikal berkuasa tinggi jenis Yamaha R2, wang tunai bernilai RM1,208. - Foto Astro AWANI
Manakala hasil semakan rekod jenayah, kedua-kedua mereka tidak pernah mempunyai rekod jenayah lampau.

Turut dirampas sebuah kereta jenis Perodua Kelisa, sebuah motosikal berkuasa tinggi jenis Yamaha R2, wang tunai bernilai RM1,208, menjadikan hasil keseluruhan nilai rampasan dianggar RM82,648.

Kedua-kedua suspek kini masih disiasat dibawah Sesyen 39(b) Akta Dadah Berbahaya 1952.



Source link

read more

Kes bakar tahfiz Remaja dilepas tanpa dibebas atas pertuduhan dadah



KUALA LUMPUR : Mahkamah Majistret di sini hari ini melepaskan tanpa membebaskan seorang remaja lelaki yang merupakan antara suspek dalam kes pembunuhan penghuni Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah tahun lepas.

Remaja berumur 16 tahun itu dilepas tanpa dibebas oleh Majistret Zilfinaz Abbas atas tuduhan memasukkan dadah ke dalam badan, September lalu.

Mengikut pertuduhan, remaja itu didakwa memasukkan dua jenis dadah iaitu ganja dan syabu ke dalam badan di tandas pejabat D7, Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) di sini pada jam 11.35 pagi, 16 Sept lalu.

Remaja itu didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 15 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda sehingga RM5,000 dan pengawasan polis tidak lebih tiga tahun.

Bagaimanapun tertuduh itu tidak boleh dibebaskan kerana mempunyai satu lagi pertuduhan iaitu membunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwaan Nordin Ismail dan Nurakmal Farhan Aziz manakala dua remaja itu diwakili peguam Haijan Omar dan Joanne Chua.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.15 pagi, 14 Sept lalu, 21 pelajar dan dua warden maut selepas terperangkap di tingkat tiga asrama pusat tahfiz berkenaan yang terbakar.

Hasil siasatan lanjut yang dijalankan mendapati terdapat unsur khianat dalam kejadian terbabit.

BACA: Kebakaran tahfiz Darul Ittifaqiyah: Remaja lelaki bebas pertuduhan

BACA: Dua beradik dipenjara dua bulan kerana dadah

BACA: Dua tertuduh kes dadah dilepas dan dibebaskan



Source link

read more

Juruterbang Malaysia ditahan di Batam kerana positif dadah



KUALA LUMPUR: Pihak berkuasa Indonesia menahan seorang juruterbang sebuah syarikat penerbangan di negara ini kerana didapati mengambil dadah jenis methamphetamine pada Sabtu.

Memetik laporan portal Antaranews, Agensi Narkotik Indonesia (BNN) menahan juruterbang berusia 34 tahun itu selepas didapati positif dalam penyalahgunaan dadah ketika pemeriksaan rambang di Lapangan Terbang Antarabangsa Hang Nadim, Batam.

“Juruterbang itu kemudian ditahan di pejabat BNN di Kepulauan Riau,” katanya ketua BNN, Richard Nainggolan.

BNN merampas 1.9 gram methamphetamine serta beberapa peralatan menghisap dadah yang dipercayai milik juruterbang.

Dalam pada itu, syarikat penerbangan tersebut ketika dihubungi mengesahkan mengenai penahanan suspek yang kini dalam siasatan pihak BNN, lapor portal The Star.

“Kami difahamkan mengenai penahanan juruterbang ini di Batam berhubung isu dadah. Siasatan sedang dijalankan,” kata jurucakap syarikat penerbangan itu.

Jurucakap syarikat penerbangan itu menegaskan bahawa syarikat penerbangan tersebut tidak teragak-agak mengambil tindakan tegas ke atas kakitangan yang didapati terlibat dalam penyalahgunaan dadah.

“Mana-mana pekerja yang didapati bersalah akan ditamatkan perkhidmatan selain diserahkan kepada pihak berkuasa,” katanya.



Source link

read more

Anak pukul bapa akibat dipengaruhi dadah



BUKIT MERTAJAM: Polis menahan seorang lelaki kerana mengamuk dan memukul bapanya berusia 72 tahun menggunakan sebatang kayu dalam kejadian di rumah mereka di Kubang Semang, di sini semalam.
 
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata lelaki berumur 28 tahun itu ditahan selepas polis menerima laporan daripada bapanya berhubung kejadian yang berlaku kira-kira 3.30 petang.

“Lelaki itu ditahan sejam selepas kejadian dia tiba-tiba mengamuk dan memukul bapanya di hadapan rumah mereka. Suspek dipercayai turut menumbuk mangsa hingga rebah. 

“Selepas mangsa terjatuh akibat ditumbuk anaknya, suspek bertindak duduk di atas bapanya sebelum mencapai sebatang kayu dan memukul warga emas itu beberapa kali,” katanya di sini hari ini.    

Katanya kejadian itu disedari seorang lagi anak mangsa yang berada di dalam rumah yang bertindak menyelamatkan bapanya sebelum warga emas berkenaan membuat laporan polis berhubung insiden tersebut.  

Nik Ros Azhan berkata anak ke-10 daripada 11 beradik dan tidak bekerja itu ditahan tidak jauh dari rumahnya dan polis turut merampas kayu sepanjang 60 sentimeter yang dipercayai digunakan untuk memukul bapanya.

Katanya ujian air kencing mendapati lelaki itu positif dadah dan dia dipercayai bertindak sedemikian kerana berada di bawah pengaruh dadah.

“Mangsa yang mengalami kecederaan di bahagian tangan dan kaki kiri mendapatkan rawatan di sebuah klinik berhampiran rumahnya” katanya.

Beliau berkata suspek yang mempunyai tiga rekod lampau berkaitan dadah serta jenayah kini direman untuk membantu siasatan.
 
— BERNAMA

              

 



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons