Anggap dakwaan kahwin di Thailand kelakar Bienda dedah lokasi sebenar majlis pernikahan



Selepas lapan tahun, Bienda akhirnya mendedahkan punca dia berkahwin dalam diam sehingga kini mempunyai dua cahaya mata.

Penyanyi yang pernah popular menerusi lagu Penantian ini memberitahu dia bersama suami berusaha kumpul duit sendiri untuk bernikah pada tahun 2009 sebelum mengadakan resepsi setahun selepas itu.

“Masa itu apabila orang tanya kenapa nikah gantung, takkan saya nak cakap tiada duit. Walaupun saya anak perempuan tapi saya tidak mahu menyusahkan mak, ayah atau suami,” katanya kepada Astro Gempak.

Jelasnya, pada masa itu dia tidak menafikan mahupun menidakkan berita dia sudah berkahwin.

“Tujuan saya dengan suami tak nak susahkan keluarga. Jadi, kami sama-sama ‘struggle’ masa nikah awal-awal.

“Saya berniaga di Downtown Cheras jual tudung kemudian kami simpan duit pada setiap tahun untuk akad nikah pada tahun pertama dan tahun kedua untuk majlis persandingan,” katanya.

Sebagai persediaan masa depan, penyanyi berusia 33 tahun ini mengambil keputusan membeli rumah selepas berkahwin.

“Ada cerita kelakar saya berkahwin di Thailand tapi sebenarnya di Gombak dekat rumah mak. Untuk kehidupan Bienda, suami adalah orang yang sangat penting yang banyak menyokong saya.

“Pada semua yang ada perancangan nak berkahwin tak payah membazir, dahulukan yang wajib, simpan duit beli rumah,” katanya.



Source link

read more

Guterres khuatir dengan dakwaan terdapat penggunaan senjata kimia di Syria



NEW YORK: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres, pada Sabtu telah melahirkan kebimbangan serius berhubung dakwaan penggunaan senjata kimia di Syria, lapor agensi berita China Xinhua.

Stephane Dujarric, jurucakap Guterres, berkata setiausaha agung itu amat bimbang dengan keganasan intensif dan berulang yang berlaku di Douma dalam tempoh 36 jam terakhir selepas berada dalam keadaan tenang.

Beliau berkata setiausaha agung terkejut dengan dakwaan bahawa senjata kimia telah digunakan ke atas orang awam di Douma, yang terletak di timur Ghouta.

“Meskipun PBB tidak dapat mengesahkan laporan ini, setiausaha agung berkata sebarang penggunaan senjata kimia, jika disahkan, adalah menjijikkan, dan memerlukan satu siasatan yang menyeluruh. Adalah penting orang awam dilindungi.

“Setiausaha agung menyeru semua pihak menghormati hak-hak asasi dan kemanusiaan antarabangsa, termasuk akses kepada mereka yang memerlukan, seperti termakstub dalam resolusi-resolusi Majlis Keselamatan,” katanya dalam satu kenyataan.

Aktivis pembangkang dan penyelamat berkata sekurang-kurangnya 40 orang di Douma, kubu kuat terakhir pemberontak di timur Ghouta, telah maut akibat gas klorin yang digunakan oleh tentera kerajaan Syria.

Kerajaan Syria telah menafikan dakwaan itu dan menyifatkannya sebagai rekaan semata-mata.

— BERNAMA



Source link

read more

Kementerian nafi dakwaan Menteri Besar Selangor – Politik


KUALA LUMPUR 1 April – Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air menafikan dakwaan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bahawa kerajaan persekutuan enggan menyerahkan Loji Rawatan Langat 2 (LRAL2) kepada Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor).



AZMIN ALI

AZMIN ALI

Berikut merupakan kenyataan penuh Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air mengenai isu tersebut: –

KEMENTERIAN Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) ingin merujuk kepada dakwaan YAB Menteri Besar Selangor yang dibuat ketika persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor bahawa Kerajaan Persekutuan enggan menyerahkan Loji Rawatan Langat 2 (LRAL2) kepada Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor).

KeTTHA dengan sekeras-kerasnya menafikan dakwaan YAB Menteri Besar Selangor mengenai perkara ini. Apa yang diputuskan Jemaah Menteri pada 28 Februari 2018 ialah serahan separa LRAL2 oleh Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) kepada Air Selangor hanya akan dibuat setelah Kerajaan Selangor memuktamadkan skim penstrukturan bekalan air di negeri berkenaan.

Kerajaan Persekutuan melihat penstrukturan bekalan air merupakan jalan terbaik bagi membolehkan PAAB membangunkan asset-aset air bagi menangani isu rizab margin air terawat yang rendah di Selangor iaitu antara 0 peratus hingga 3 peratus.

Dalam pada itu, adalah juga adil untuk PAAB, sebagai pemilik LRAL2, mengutip balik pelaburan berjumlah RM3.7 bilion bagi pembinaan loji ini melalui sewa pajakan yang akan dibayar oleh Air Selangor.

Kerajaan Selangor juga perlu komited untuk membayar balik pinjaman PAAB berjumlah RM1.6 bilion bagi pengambilalihan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd, Puncak Niaga Sdn Bhd dan Konsortium ABASS Sdn Bhd dan RM6 bilion Water Bond Selangor.

Kerajaan Selangor perlu segera bertindak untuk memuktamadkan penstrukturan semula bekalan air agar rakyat Selangor dapat menikmati air bersih berjumlah 565 JLH yang dibekalkan oleh LRAL2, sekaligus meningatkan rizab margin air terawat di Selangor.

Dalam pada itu, bekalan air di Selangor dapat diuruskan dengan lebih efisien melalui kawal selia oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) serta membolehkan Air Selangor, sebagai pemegang Lesen Perkhidmatan, dapat menumpukan perhatian kepada kecekapan operasi, kewangan dan peningkatan kualiti perkhidmatan kepada pengguna. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Masa dirogol rapat kaki tak hakim berdepan dakwaan salah laku kerana soalan sensitif



SEORANG hakim mahkamah tinggi di Amerika Syarikat berdepan dakwan salah laku kerana bertanyakan kepada seorang wanita sama ada dia cuba ‘merapatkan kakinya’ semasa dirogol.

Hakim Mahkamah Tinggi New Jersey, John Russo, membuat kenyataan itu dalam satu sesi pendengaran dua tahun lalu, lapor portal berita The Independent.

Wanita itu dilaporkan sedang mendapatkan perintah larangan menghampiri terhadap seorang lelaki yang didakwa telah memaksanya melakukan hubungan seks.

“Adakah kamu tahu bagaimana hendak menghalang seseorang dari mengadakan hubungan seks dengan kamu?” Soal hakim tersebut seperti yang dipetik dalam transkrip.

Aduan ‘salah laku terhadap mangsa’ merupakan satu daripada empat dakwaan yang dikenakan terhadap Russo oleh Jawatankuasa Penasihat Mahkamah Agung mengenai Perilaku Kehakiman.

“Hakim Russo mengharapkan agar pendengaran awam diadakan di mana dia boleh menjawab pertuduhan terhadapnya.

“Kami menghormati proses itu serta jawatankuasa penasihat mengenai tingkah laku kehakiman, dan oleh itu tidak akan mengulas lanjut,” kata peguamnya, David Corrigan.

Corrigan berkata anak guamnya itu mempunyai 20 hari untuk memberi respons terhadap aduan itu, namun sesi pendengaran tidak mungkin akan berlaku dalam masa terdekat.

Russo telah digantung daripada tugas kehakiman sejak April lalu selepas berdepan beberapa siri pertuduhan berasingan.

Berikutan pendengaran tersebut, jawatankuasa itu kemudiannya akan menasihati Mahkamah Agung negeri mengenai apa tindakan tatatertib awam harus diambil, jika ada.

Menurut Asbury Park Press, Russo telah dihalang daripada tugas kehakimannya sejak April tahun lepas melalui siri tuduhan berasingan.

Russo juga dilaporkan enggan mengambil ujian penilaian kesihatan mental seperti yang diperintahkan oleh hakim Marlene Lynch Ford.



Source link

read more

Apple Menyangkal Dakwaan Mereka Tidak Adil Kepada Pembangun Aplikasi Dari Perancis – Amanz


Beberapa hari yang lalu kerajaan Perancis mengumumkan mereka akan menyaman Apple dan Google kerana amalan perniagaan yang dikatakan menyeksa pembangun aplikasi dari negara mereka. Ini adalah kerana terma dan syarat meletakkan aplikasi di App Store dn Play Store tidak boleh dirunding oleh pembangun.

Apple telahpun mengeluarkan kenyataan rasmi berkenaan isu ini dan menyangkal dakwaan kerajaan Perancis. Apple menegaskan mereka mempunyai hubungan yang erat dengan puluhan ribu pembangun dari Perancis. Pembangun Perancis juga telah menjana jualan melebihi €1 bilion menerusi App Store. Pihak Apple juga bersedia berkongsi maklumat dengan mahkamah Perancis bagi menerangkan segala salah faham berkenaan isu ini.



Source link

read more

Felda nafi dakwaan Sarawak Report


imageMO, 9/3/2018, KUALA LUMPUR  – Felda menafikan dakwaan portal berita propembangkang, Sarawak Report bahawa agensi tersebut pernah bersetuju untuk membuat pelaburan di dalam syarikat Ladylaw Securities Pte Ltd.

Agensi itu dalam satu kenyataan memberitahu, laporan Sarawak Report pada 2 Mac lalu adalah tidak benar malah surat yang dilampirkan di dalam artikel tersebut berkaitan persetujuan pelaburan berjumlah USD1 bilion adalah palsu.

“Pihak yang terlibat digesa menghentikan sebaran maklumat palsu dan orang ramai dinasihatkan agar lebih bertanggungjawab serta tidak menyebarkan maklumat yang mengandungi unsur fitnah,”katanya.

Sarawak Report pada 2 Mac lalu mendakwa Felda bersetuju membuat pelaburan dengan syarikat Ladylaw Securities Pte Ltd melalui satu surat yang dikeluarkan pada 1 April 2013.



Source link

read more

Perancis pinda had usia untuk kemuka dakwaan rogol



PARIS: Perancis dalam proses meminda usia dibenarkan untuk hubungan seksual kepada 15 tahun dan menetapkan mereka yang menjalinkan hubungan dengan individu lebih muda sebagai satu kesalahan rogol.

Menteri Kesaksamaan Marlene Schiappa memaklumkan langkah itu mahu dilaksanakan atas nasihat doktor dan pakar perundangan.

Pindaan had umur berkenaan turut mendapat persetujuan Presiden Emmanuel Macron.

Ketika ini, pihak pendakwa raya perlu membuktikan hubungan seksual dengan individu berusia bawah usia 15 tahun sebagai paksaan untuk mengemukakan kes rogol.

Perubahan ini adalah susulan dua kes lelaki mengadakan hubungan seks dengan kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun.

Di bawah undang-undang sedia ada, pesalah hanya akan didakwa dengan tuduhan serangan seksual ke atas individu bawah umur, dan bukannya tuduhan rogol sekiranya pendakwa raya tidak dapat membuktikan hubungan seks berkenaan berlaku secara paksaan.

Mereka yang didapati bersalah boleh dihukum penjara maksimum penjara lima tahun dan denda AS$87,000 (kira-kira RM340,000). 

Hukuman bagi serangan seksual sama ada bagi individu bawah umur dan sebaliknya adalah sama, namun sabitan kes rogol boleh menyebabkan hukuman lebih berat.

Pindaan had umur ini adalah sebahagian daripada beberapa reformasi undang-undang bakal dilaksanakan berhubung keganasan seksual terhadap wanita di bawah pentadbiran Macron.



Source link

read more

Dakwaan UMNO akan diharamkan tak benar


KUALA LUMPUR – Dakwaan bahawa UMNO akan diharamkan dalam masa terdekat berikutan penangguhan pemilihan parti itu adalah tidak benar dan sengaja ditularkan bagi mengelirukan orang ramai, kata Setiausaha Agung parti Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Katanya UMNO masih berkuat kuasa di semua peringkat dan melaksanakan tanggungjawabnya sebagaimana terkandung dalam asas dan tujuan penubuhannya.

“Dakwaan itu sengaja ditularkan bagi mengelirukan orang ramai khususnya ahli-ahli UMNO dan para penyokongnya selain usaha pihak tertentu untuk memburukkan parti, ” katanya dalam kenyataan media di sini, hari ini.

Tengku Adnan turut memaklumkan bahawa Pemilihan UMNO yang diputuskan ditangguhkan sebelum ini akan diadakan selewat-lewatnya pada 19 April 2019.

“Ini selaras dengan kelulusan daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) . Ini adalah merujuk kepada Seksyen 13 A (4) Akta Pertubuhan 1966, Pendaftaran Pertubuhan berkuasa untuk melanjutkan tarikh atau waktu pemilihan pertubuhan berdaftar dengan syarat suatu permohonan bertulis dibuat,” katanya.

Tengku Adnan berkata penangguhan tersebut adalah bagi memastikan kesempurnaan perjalanan parti selaras Fasal 10.15 Perlembagaan UMNO dengan proses pemilihan dalam UMNO berjalan lancar dan juga mengambil kira faktor keadaan semasa politik parti khususnya dan negara amnya.

Sehubungan itu, Tengku Adnan menasihatkan orang ramai khususnya anggota UMNO agar tidak mudah terpedaya dengan penularan berita berkaitan parti sebaliknya membuat semakan dengan Ibu Pejabat UMNO terlebih dahulu.– BERNAMA



Source link

read more

Nelly nafi dakwaan rogol | Astro Awani



PENYANYI rap terkenal Nelly menafikan tuduhan merogol seorang peminatnya dalam bas yang diguna untuk konsert jelajahnya tahun lalu di Seattle, Amerika Syarikat.

Selain itu, Nelly turut menafikan dua lagi pertuduhan melakukan salah laku seksual terhadap dua peminatnya di England.

Nelly menafikan tuduhan itu di mahkamah pada 26 Jan lepas dan sebelum itu dia turut mendesak agar pertuduhan itu digugurkan.

Nelly didakwa merogol peminatnya di dalam bas pada Oktober lalu manakala dua lagi pertuduhan didakwa dilakukan pada Jun 2016 dan Disember 2017.

Menerusi kertas pertuduhan di mahkamah yang diperoleh the Associated Press, Nelly mengakui kejadian yang berlaku di Seattle adalah atas dasar persetujuan bersama.



Source link

read more