Kerajaan wujud 3.6 juta peluang pekerjaan dalam sektor perkhidmatan


imageMO, 23/2/2018, KOTA BELUD  – Kerajaan diterajui Barisan Nasional (BN) telah berjaya membuka banyak peluang pekerjaan dalam sektor perkhidmatan yang menyediakan peluang pekerjaan kepada jutaan rakyat di negara ini, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

“Sektor perkhidmatan kini menyumbang sebanyak 54.4 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara dengan jumlah nilai sebanyak RM1.5 trilion pada 2017.

“Sektor ini menyediakan 3.6 juta peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia yang kebanyakannya terdiri daripada pekerjaan berpendapatan tinggi dalam industri-industri antaranya eDagang, sektor Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dan penjagaan kesihatan,” katanya.

Salleh yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Usukan berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan Usukan di sini hari ini.

Menurut Salleh keupayaan kerajaan membuka jutaan peluang pekerjaan adalah hasil daripada dasar dan perancangan teliti yang mengambil kira perkembangan dunia semasa serta wujudnya suasana aman damai di negara ini.

– BERNAMA



Source link

read more

Wanita ditemui dengan usus terkeluar batang besi disumbat dalam faraj



DINAJPUR, India: SEORANG wanita ditemui dalam keadaan nyawa-nyawa ikan di bawah jambatan dekat selatan Dinajpur, India.

Amat menyayat hati, sebahagian usus kecilnya terkeluar, kesan rodokan batang besi.

Mangsa dipercayai terbaring di bawah jambatan berkenaan selama lebih kurang 18 jam sebelum ditemui.

Menurut laporan dia diserang ketika pulang daripada pesta, dirogol beramai-ramai sebelum dikemaluannya dirodok dengan batang besi hujung minggu lalu.

Menurut Dhamu Soren, dia terlihat mangsa terbaring dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum memercikkan air ke wajahnya bagi mengejutkannya.

“Pada ketika itu, saya sedar sebahagian usus kecil mangsa terkeluar dari bahagian sulitnya” kata Dhamu menceritakan detik dia menemui mangsa.

BACA: Ibu dua anak mati diperkosa, kemaluan dirodok jek kereta

Penguasa Perubatan, Amit Kumar Dawn mengesahkan mangsa mula beri reaksi positif selepas sepasukan doktor pakar menjalankan pembedahan kecemasan.



Source link

read more

Keji Wanita ini selamba sidai sotong kering dalam pesawat



TANPA menghiraukan penumpang lain, seorang wanita tidak dikenali bertindak melakukan sesuatu yang amat janggal di dalam sebuah pesawat — mengeringkan seluar dalam pada lubang penyaman udara.

Kejadian pelik ini dilapor berlaku di dalam pesawat syarikat penerbangan Ural yang berlepas dari Antalya, di utara Turki ke ibu negara Rusia, Moscow.

Beberapa saksi berkata wanita tersebut tanpa segan silu membalik-balikkan seluar dalam itu bagi memastikan ia kering sepenuhnya.

Yang peliknya, penumpang lain seakan membiarkan saja dia dengan tindakannya itu tanpa berusaha untuk menegurnya.

Ada yang berpendapat bahawa seluar itu mungkin bukan miliknya tetapi kepunyaan kanak-kanak yang menaiki pesawat tersebut bersamanya.

Walaupun kejadian ini mungkin amat jarang berlaku, namun ramai yang berpendapat ia sesuatu yang biasa kerana banyak lagi perkara menjengkelkan yang pernah berlaku di dalam pesawat, antaranya penumpang berdengkur kuat dan juga membuka kasut dengan bau stoking yang busuk.



Source link

read more

AirAsia Menawarkan WiFi Percuma Dalam Penerbangan Untuk Ahli AirAsia BIG – Amanz


Kebosanan ialah musuh manusia dunia pertama. Kerana ketagihan internet, ramai mengalami kebosanan di dalam pesawat kerana tiadanya akses internet. Jika ada sekalipun, bayaran langganan internet adalah terlalu mahal. Bagi ahli AirAsia BIG yang menaiki pesawat Air Asia, mereka kini boleh menikmati WiFi secara percuma.

WiFi percuma ditawarkan hanya pada pesawat yang dilengkapi sistem Rokki. Penumpang akan diberikan kuota sebanyak 2MB untuk menggunakan aplikasi WhatsApp, Line, KakaoTalk, Viber dan WeChat. Mereka hanya perlu menggunakan Rokki Wi-Fi di dalam pesawat dan melog masuk menggunakan akaun AirAsia BIG. Kuota data yang diberikan agak kecil tetapi mempunyai sedikit data adalah lebih baik dari tiada langsung.



Source link

read more

Uber Ingin Mengkomersialkan Teksi-Terbang Dalam Tempoh 5-10 Tahun – Amanz


Uber merupakan salah satu syarikat yang tidak merahsiakan perancangan mereka dalam arena kereta-terbang. Mereka sebelum ini telah berkongsi perancangan untuknya, selain turut telah mengumumkan kerjasama dengan pihak NASA untuk membangunkan dan menguji kereta-terbang.

Kini, berkongsi lanjut mengenainya, CEO Uber mengatakan beliau menyasarkan untuk mengkomersialkan penawaran perkhidmatan teksi-terbang Uber Air dalam antara lima ke sepuluh tahun akan datang.

Uber Udara

Sebelum ini sendiri, Uber telah berkongsi perancangan mereka untuk menawarkan perkhidmatan teksi-terbang yang mana akan menjadikan ia sebagai mod pengangkutan yang efisyen kepada pengguna untuk dari satu lokasi ke yang lain dengan pantas.

Selain Uber, beberapa syarikat lain turut melihat kepada arena pengangkutan sama, tetapi masih samar-samar berkaitan dengan bilakah kita boleh melihatnya dan menggunakannya sendiri. Dengan perancangan Uber kini untuk mengkomersialkannya dalam dekad akan datang, ia semestinya menarik untuk melihat pelbagai perkembangan lain dalam arena ini.



Source link

read more

Nedim sahkan Nora Danish bakal bersalin dalam minggu ini



PELAKON Nora Danish dijangka bakal melahirkan bayi keduanya pada minggu ini.

Berita itu diumumkan sendiri oleh suaminya, Nedim Nazri menerusi akaun Instagram (IG) peribadinya.

Nedim turut berharap agar Nora selamat melahirkan anak pertama mereka bersama.

Pasangan ini turut mengadakan majlis doa selamat semalam sempena kelahiran bayi mereka tidak lama lagi.

“Doa selamat buat isteri tercinta dan Ney Ney (bakal bayi mereka).

“Insha-Allah agar selamat melahirkan kandungannya pada minggu ini,” tulisnya.

Rata-rata peminat turut mendoakan agar urusan mereka dipermudahkan.

Nora mempunyai seorang anak dalam perkahwinan pertamanya sebelum ini iaitu Rayqal, 9.

Sementara Nedim turut mempunyai seorang anak dalam perkahwinannya terdahulu iaitu Mohamed Nedrin atau Dre.
 

Foto: Instagram @bossned / @rajanoora



Source link

read more

Semakin Ramai Melakukan Pembedahan Plastik Untuk Kelihatan Menarik Dalam Swafoto – Amanz


Sekiranya anda gemar menggunakan aplikasi laman media sosial, anda tidak boleh lari dari melihat ribuan swafoto yang dimuat naik. Trend swafoto masih belum menunjukkan akan berakhir malahan semakin meningkat sehingga pengeluar peranti menggunakan sensor lebih besar pada kamera hadapan. Kamera yang lebih baik akan menghasilkan swafoto yang lebih menarik.

Menurut pungutan suara yang dilakukan oleh The American Academy of Facial Plastic and Reconstructive Surgery (AAFPRS) tahun lalu, semakin ramai melakukan pembedahan plastik untuk kelihatan menarik di dalam swafoto. Sebanyak 55% responden mengakui menjalani prosedur kecantikan berbanding hanya 13% pada tahun 2016. Peningkatan yang mendadak ini adalah kerana wajah yang menarik di media sosial kini boleh membuka pintu kepada kepopularan, menjana pendapatan dan menjadikan diri terkenal.

Kerjaya sebagai influencer kini tidak lagi dipandang ringan dengan pendapatan boleh mencecah jutaan ringgit dengan hanya mengiklankan produk. Di dalam pasaran yang dipenuhi ribuan individu yang cantik mata dipandang, mengekalkan kecantikan wajah adalah penting.

Prosedur kosmetik yang paling popular masih lagi suntingan Botox diikuti oleh penggunaan filler. Di Malaysia stigma melakukan pembedahan plastik kini semakin berkurangan dan dianggap normal dengan selebriti mengakui melakukan prosedur kosmetik. Adakah anda sanggup melakukan pembedahan plastik untuk kelihatan cantik?

Sumber AAFPRS menerusi Harper’s Bazaar



Source link

read more

Google Kini Hadir Dengan Ciri Menyunting Dan Berkongsi Screenshot Terbina Di Dalam Aplikasi Google – Amanz


Mengambil screenshot  dengan peranti Android merupakan sesuatu yang biasa sahaja. Tidak seperti iOS, ciri pengambilan screenshot Android tidak membenarkan para pengguna mengedit ataupun berkongsi imej tersebut dengan mudah.

Semua itu bakal berubah tidak lama lagi kerana Google baru sahaja mengumumkan bahawa mereka akan menambahkan ciri mengedit dan berkongsi screenshot di dalam aplikasi Google seperti Google Feed, Google Search dan Chrome Custom Tabs.

 

Apabila diaktifkan melalui menu tetapan Google, setiap kali anda mengambil screenshot pada aplikasi-aplikasi Google yang dinyatakan sebelum ini, sebuah menu akan keluar dari bawah, memberikan anda pilihan untuk samada mengedit screenshot tersebut ataupun kongsikannya melalui emel ataupun media sosial.

Ciri edit ini membenarkan anda memotong screenshot yang diambil, disamping menconteng dan menyorokkan butiran yang hadir pada gambar tersebut. Gambar yang sudahpun diedit ini kemudiannya boleh dilihat pada folder Screenshot didalam peranti anda.

Ciri ini baru sahaja hadir melalui aplikasi Google versi 7.21 yang kini berada di dalam beta, dan sesiapa sahaja yang ingin mencuba ciri ini boleh ke laman web penguji beta Google untuk mendaftar sebagai seorang penguji beta Google.



Source link

read more

Puluhan rakyat Syria terbunuh dalam serangan bom di Damsyik



GHOUTA: Puluhan rakyat Syria terbunuh dalam serangan bom oleh tentera kerajaan Syria yang diketuai puak pemberontak di timur Ghouta di luar kawasan Damsyik.

Dalam serangan tersebut, sekurang-kurangya 77 rakyat Syria terbunuh termasuk 20 kanak-kanak selepas serangan bom dan kebakaran roket pada Isnin, kata Pemerhati Hak Asasi Syria.

Tentera tersebut dikatakan sedang mempersiapkan serangan darat.

Selain itu, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN) cuba meleraikan kekecohan yang berlaku tetapi keadaan menjadi tidak terkawal ketika itu.

Kira-kira 400,000 orang yang tinggal di Timur Ghouta yang telah dikepung sejak 2013 di mana pernah menjadi kubu pembangkang.

Terdahulu, kerajaan Syria pimpinan Presiden Bashar Al Assad telah menyekat bantuan misi kemanusiaan dari masuk ke kawasan tersebut.

BACA: Krisis kemanusiaan di Damsyik semakin meruncing



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons