Guru ini paksa pelajar lakukan hubungan seks jika mahu dapat gred bagus



SEORANG guru membawa erti ‘sesi interaktif bersama para pelajar’ ke tahap yang aneh dan menjijikkan!

Itulah yang terjadi di sebuah sekolah menengah di Colombia, apabila seorang guru wanita berusia 40 tahun memaksa para pelajar untuk melakukan hubungan seks dengannya dengan alasan untuk membolehkan mereka mendapat gred bagus dalam pelajaran dan peperiksaan, lapor portal berita Daily Mail.

Guru bernama Yokasta M, itu selama ini memperdaya para pelajarnya menggunakan ugutan seksual di sebuah sekolah yang tidak didedahkan namanya di Medellin, Colombia.

Yokasta yang juga sudah berumahtangga itu ditahan selepas seorang pelajar mengadukan hal tersebut  kepada ibu bapanya.

Dia kini berdepan hukuman penjara 40 tahun atas perbuatannya.

Dalam siri insiden yang berlaku antara Januari dan April 2016 itu, Yokasta mendekati para pelajar yang berusia 16 dan 17 di media sosial, selain meminta nombor telefon mereka dengan helah untuk ‘membimbing pelajaran’ mereka.

Dia dilaporkan mempengaruhi remaja lelaki yang disasarkan untuk datang ke flatnya, sebelum memaksa mereka melakukan hubungan seks.

Jika mereka menolak, Yokasta akan mengugut untuk menggagalkan mereka dalam peperiksaan.

Perbuatan jijik guru itu turut terbongkar apabila bapa kepada salah seorang mangsanya, telah memeriksa isi kandungan telefon bimbit anaknya.

Akibat pendedahan itu, bukan sahaja Yokasta berdepan perbicaraan yang membawa hukuman penjara, malah suaminya sudah membuat tuntutan perceraian.

Selepas cerita penangkapannya tersebar, Yokasta dimalukan lagi di ruang maya, apabila salah seorang pelajarnya memuat naik gambar-gambar seksi yang pernah dikirimkan untuk menggoda mangsanya.

Siri gambar itu disiarkan bersama kapsyen: “Inilah Cikgu Yokasta, yang akan menggagalkan kita sekiranya tidak melakukan seks dengannya.”



Source link

read more

Syarikat dapat projek kerajaan diminta sediakan kad laporan



KUALA LUMPUR: Syarikat yang mendapat projek-projek kerajaan akan diminta menyediakan kad laporan bagi melihat pembabitan mereka dalam membantu rangkaian syarikat bumiputera.

Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata ini bagi membolehkan kerajaan menilai sejauh mana syarikat berkenaan membantu menjadi katalis kepada pembangunan ekonomi bumiputera.

“Paling tidaknya ada sebahagian daripada kerja-kerja untuk menyiapkan projek (kerajaan) tersebut diagihkan kepada syarikat kontraktor bumiputera,” katanya kepada pemberita di luar Konvensyen Pemerkasaan Agenda Ummah 3.0 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), hari ini.

Katanya, kad laporan berkenaan telah dilaksanakan oleh syarikat-syarikat berkaitan kerajaan pada masa ini.

Terdahulu, ketika berucap pada konvensyen berkenaan, Johari berkata kerajaan sentiasa membantu pembangunan usahawan bumiputera yang kebanyakannya terlibat dalam industri perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Sebagai contoh, katanya melalui pembentangan Bajet 2018, pelbagai insentif disediakan kerajaan kepada PKS termasuk RM200 juta bagi program latihan, geran dan pinjaman mudah PKS di bawah SME Corp serta RM500 juta untuk Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga.

Beliau berkata PKS memberi sumbangan besar kepada ekonomi negara termasuk menyediakan tujuh juta peluang pekerjaan selain menyumbang hampir 37 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

— BERNAMA



Source link

read more

Amazon dapat hak terbit The Lord of The Rings versi TV



AMAZON Studios telah berjaya mendapatkan hak penerbitan siri televisyen The Lord Of The Rings, namun ia mungkin tidak mengikut jalan cerita dari filem asal.

Adaptasi naskhah fantasi JRR Tolkien itu akan diterbitkan dalam beberapa musim.

Bagaimanapun nama pelakon dan bila siri berkenaan akan dilancarkan belum lagi diumumkan.

Mengikut kenyataan media dari Amazon, versi televisyen ini akan memberi tumpuan kepada jalan cerita berbeza berbanding versi filem.

Tiga filemnya yang diarahkan Peter Jackson telah mendapat kutipan US$6 bilian dolar di serata dunia.

Novel The Lord Of The Rings pula telah dinamakan sebagai buku kegemaran millennium pada 1999 oleh pelanggan Amazon.



Source link

read more

GUAN ENG MEROYAN PULAK TAK DAPAT BANTUAN!!! ~ SEMUT HITAM


Heh! Pandai pulak Si Lim Guan Eng ni berlakon kononnya Rejim DAPigs pimpinannya tak mendapat sebarang bantuan dari Kerajaan Barisan Nasional yang dituduh zalim dan sebagainya.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan semalam, Si Lim Guan Eng tu mendakwa Kerajaan Pusat tidak menghulurkan sebarang bantuan kepada Pulau Pinang bagi mengatasi masalah banjir.

“Selepas kunjungan beliau, beliau langsung tidak umumkan apa-apa untuk rakyat, baik dari segi projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Fasa III Lembangan Sungai Pinang, mahu pun bantuan secara langsung kepada mangsa banjir.

“Saya harap beliau dapat umum secepat mungkin kerana setakat ini, belum ada sebarang bantuan (daripada kerajaan Pusat) kepada Pulau Pinang. Kita semua masih tunggu,” katanya pada sidang media di Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, hari ini.

Soalnya, salah siapa yang menyebabkan diorang tak dapat bantuan tersebut jika bukan salah mereka sendiri? Siapa suruh diorang berlagak sombong tak tentu arah sewaktu rakyat dilanda musibah?

Kalau tengok dari kenyataan salah seorang pemimpin Rejim DAPigs Pulau Pinang tu sebelum ini, nampak sangat yang diorang tidak menghargai bantuan yang telah diberikan kepada mereka.

Salah satu contohnya ialah apabila pemimpin Rejim DAPigs itu dengan penuh rasa bongkak menyatakan bahawa mereka juga mampu untuk menyediakan bantuan sebanyak RM 150 juta.

Yang peliknya, kalau dah diorang mampu untuk menyediakan bantuan sebanyak itu, buat apa Si Lim Guan Eng tu merayu bantuan dari YAB Timbalan Perdana Menteri pada jam 3.30 pagi?

Tambah menghairankan ialah apabila orang yang sama membuat dakwaan kononnya mereka terpaksa tunggu 3 hari untuk tidur diatas tilam Najib Razak. Tidakkah itu sombong namanya?

Bahkan sebelum ini DAPigs cukup bangga apabila mereka mampu meraih kutipan derma sebanyak RM 5 juta untuk disalurkan kepada mangsa banjir di Pulau Pinang. Kalau dah mampu keluar belanja sebanyak itu, suruh la Lim Guan Eng tu beli tilam sendiri!!!




Source link

read more

121 premis hiburan dapat lesen PBT P. Pinang sejak 2008 – Politik


PULAU PINANG 10 Nov. – Wakil rakyat Barisan Nasional (BN) mempersoalkan peranan Kerajaan DAP Pulau Pinang dalam membasmi masalah sosial di negeri ini kerana 121 pusat hiburan keluarga, karaoke, snuker dan rumah urut dilaporkan mendapat lesen pihak berkuasa tempatan (PBT) sejak 2008 hingga tahun ini.

Lebih mengejutkan apabila kesemua premis berkenaan mendapat kelulusan daripada PBT tanpa sokongan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Ketua Pembangkang, Datuk Jahara Hamid berkata, pihaknya kesal kerana kerajaan negeri meluluskan 1,279 premis itu melalui Majlis Bandaraya Pulau Pinang dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) selain 842 premis tidak berlesen masih beroperasi.

“Daripada jawapan Chow Kon Yeow (DAP-Padang Kota), beliau mendedahkan 664 premis diluluskan MBPP manakala 635 premis mendapat lesen MPSP. Beliau juga memaklumlan terdapat 97 premis di bawah MBPP dan 745 premis di bawah MPSP beroperasi tanpa lesen.

“Kita tahu ada serbuan dibuat tetapi kerajaan negeri dipercayai tidak memperhalusi pengeluaran lesen baharu selain tidak mengenakan tindakan ke atas premis yang beroperasi secara haram,” katanya dalam sidang akhbar di Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.

Yang turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Betong, Datuk Dr. Muhammad Farid Saad dan ADUN Sungai Acheh, Datuk Mahmud Zakaria.

Dalam masa sama, Jahara berkata, pihaknya turut mempersoalkan tindakan kerajaan negeri yang sewenang-wenangnya melakukan pengezonan semula tanah pertanian dan tanah bukit tanpa kelulusan pihak berwajib seperti Jabatan Pertanian.

“Dalam Laporan Jawatankuasa Kira-kira (PAC), kerajaan negeri dilihat mengetepikan pandangan agensi kerajaan dalam membuat semua keputusan berkenaan.

“Ini akan menyebabkan kita menghadapi masalah kekurangan tanah pertanian subur sekali gus memberi risiko kekurangan makanan dan ikan serta perlu mengimportnya dari luar,” jelasnya.

Dalam perkembangan sama, Muhammad Farid menyelar kerajaan negeri yang seolah-olah tidak mahu menerima pandangan pakar daripada agensi kerajaan sebaliknya menggunakan kuasa mereka dalam menjadi pembuat keputusan yang terakhir. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Harith Iskander teruja dapat bertemu Putera Charles



PELAWAK Harith Iskander berkongsi perasaan terujanya apabila dapat bertemu dengan Prince of Wales dan isterinya, Duchess of Cornwall baru-baru ini.

Harith menerusi entri di Instagram (IG) menyifatkan pertemuan selama satu minit itu sebagai sesuatu yang amat berharga dan berbangga dapat bertemu Putera Charles.

Di IGnya Harith berkongsi momen ketika Putera Charles datang kepadanya dan bertanya tentang industri komedi selain berkongsi pandangan mengenai kumpulan komedi kegemaran mereka, Monty Python.

Tambah Haris lagi, Putera Charles sempat berbual dengan isterinya tentang stem cells dan ijazah doktor falsafah (PhD) dimiliki Jezamine.

 

Harith turut berterima kasih kepada Kedutaan Kedutaan British kerana sudi mengundangnya dan isteri ke Majlis Malam Gala Diraja tersebut.

Foto: Instagram Harith Iskander



Source link

read more

Selepas 3 minggu baru saya dapat rentak jiwai watak Helena – Neelofa



PENGACARA rancangan MeleTOP, Neelofa mengakui sukar untuk dirinya membawakan watak Helena dalam drama bersiri Red Velvet.

Menerusi drama bersiri arahan Hadith Omar ini, Neelofa atau nama sebenarnya, Noor Neelofa Mohd Noor, 28, menghidupkan karakter seorang gadis berusia 22 tahun dan bergandingan bersama Alif Satar yang membawa watak Izzat.

“Watak Helena berbeza dengan karakter sebenar saya. Helena seorang remaja yang sedikit ‘lost’.

“Pada minggu pertama penggambaran, saya akui saya belum mendapat ‘feel’ yang sebenarnya untuk membawakan watak Helena,” kata Neelofa.

Selepas banyak berbincang dengan pengarah dan Alif, Neelofa mula menemui rentak.

“Saya banyak berbincang dengan Hadith dan Alif mengenai cara untuk menghidupkan Helena.

“Syukur Alhamdulillah, selepas masuk minggu ketiga, saya mula mendapat rentak yang dikehendaki dan berjaya menjiwai Helena,” katanya lagi.

Sama-sama kita saksikan drama bersiri Red Velvet yang bersiaran setiap Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).

Untuk berinteraksi mengenai drama bersiri ini di laman sosial, jangan lupa sertakan hashtag #RedVelvetDrama #RedVelvet.

Teks oleh: Kamaruddin Razal
Foto: Instagram @neelofa

 



Source link

read more

Mangsa banjir tidak berpindah terkilan gagal dapat bantuan



GEORGE TOWN: Ketika mangsa banjir di pusat penempatan sementara di Pulau Pinang menerima limpahan bantuan, lain pula nasib yang terpaksa dihadapi oleh sebahagian mangsa banjir yang tidak berpindah.

Penduduk dari Kampung Nyior Sebatang mendakwa ada dalam kalangan mereka diberitahu, bahawa mereka tidak dapat menerima bantuan kerana tidak ke pusat pemindahan.

Salah seorang penduduk, Rosmawati Hussin mendakwa, dia tidak dapat berpindah ke pusat pemindahan yang disediakan kerana pusat yang disediakan itu hampir penuh.

“Memang ada tapi payah nak pergi. Lagipun laluan ke tempat pemindahan terputus. Macam mana kereta hendak lalu?

“Kenapa tak boleh datang tengok mangsa? Pada Sabtu, air cuma naik sedikit, tapi sampai hari ini tak ada sesiapa beri bantuan. Jika adapun, diberi secara berasingan mengikut bahagian.

Kampung terkepung

Turut berdepan masalah sama, seorang penduduk yang hanya mahu dikenali dengan nama Tasya, memaklumkan keluarganya tidak mendapat bantuan sewajarnya dan berharap pihak berkaitan akan lebih peka dengan masalah mangsa yang bukan sengaja tidak mahu berpindah.

“Kami tidak dapat bantuan langsung kerana kampung kami terkepung. Tidak ada pengangkutan. Hanya lori besar yang boleh (mengharung banjir) untuk ke pusat pemindahan.

“Orang tua pula tak boleh (bergerak). Harap amanah (yang disalur) kepada JKKK dapat disampaikan kepada mangsa yang sebenar,” ujarnya.

Bagi seorang lagi mangsa banjir, Rosliza Yusof, dia dan keluarganya tidak berpindah ke pusat pemindahan dan tidak menerima bantuan kerana sudahpun mencuba mendaftar tetapi sudah tidak ada tempat.

Segera daftar

Sementara itu, Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) Datuk Abd Rashid Harun menasihatkan semua mangsa banjir yang tidak berpindah ke pusat pemindahan sementara banjir supaya segera mendaftar dengan Pejabat Daerah Dan Tanah didaerah masing-masing bagi memudahkan proses penyaluran bantuan.

Katanya, sukar untuk pihak berkaitan untuk menyalurkan bantuan jika tiada maklumat daripada mangsa kerana bantuan kebiasaannya tertumpu kepada mangsa yang berdaftar dan berpindah ke pusat pemindahan yang disediakan.

Mengulas lanjut, Abd Rashid berkata, bantuan berkaitan boleh disalurkan kepada semua mangsa dengan syarat mereka perlulah memaklumkan kepada pihak bertanggungjawab seperti pejabat daerah dan tanah serta jawatankuasa bencana.

Selaras bantuan

Katanya, segala bantuan dapat diselaraskan Pengerusi Jawatankuasa Bencana negeri sekiranya mereka mendapat maklumat daripada mangsa yang tidak berpindah seterusnya menguruskan menyelaras bantuan bagi mereka yang tidak berpindah.

“Jika mereka betul-betul tidak dapat berpindah disebabkan keadaan (tertentu), maka perlu laporkan juga (kepada) pegawai daerah dan pengerusi jawatankuasa bencana (agar boleh diberikan) bantuan. Kalau tak ada sesiapa maklumkan, maka akan tergendala.

“Kita tidak abaikan mangsa yang terperangkap di kawasan tertentu. JIka ada apa-apa, maklumkan pada pegawai daerah yang menyelaraskan (bantuan) mangsa,” ujar Abd Rashid.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai rungutan sebahagian besar mangsa banjir di Kampong Nyior Sebatang yang mendakwa mereka dipinggirkan dan tidak menerima bantuan selepas tidak berpindah ke pusat pemindahan yang disediakan.



Source link

read more

Kewangan Islam dapat manfaat daripada teknologi – Penolong Gabenor BNM



PETALING JAYA: Kewangan Islam akan mendapat manfaat besar daripada teknologi kerana ia bertindak sebagai penyama yang hebat, kata Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Ahmad Hizzad Baharuddin.

Beliau berkata, dengan penguasaan pasaran yang agak besar, iaitu lebih 28 peratus daripada jumlah aset kewangan, sudah tiba masanya untuk industri kewangan Islam untuk bersaing dengan kewangan konvensional.

“Industri itu boleh mengeksploit pelbagai peluang yang dibawa teknologi kewangan untuk kekal relevan dan berdaya saing, berikutan pelbagai cabaran yang akan ditempoh di masa depan,” katanya kepada pemberita di Forum Fintech Syariah 2017 di sini, hari ini.

Ahmad Hizzad berkata, teknologi adalah alat agnostik yang boleh menjadi perubah penting untuk industri kewangan Islam.

“Teknologi boleh membantu kewangan Islam merealisasikan janjinya dalam perkongsian risiko dan sokongan untuk aktiviti ekonomi yang tulen lagi produktif.

“Dengan peningkatan keusahawanan, teknologi boleh memainkan peranan pemudahan dalam memperluaskan ruang pembiayaan bagi perniagaan kecil dan sederhana,” katanya.

Menurutnya, teknologi adalah alat yang berkuasa yang boleh memperluaskan akses dan jangkauan instrumen pembiayaan sosial seperti zakat, wakaf dan sedekah.

“Pendigitan pengumpulan dan pembayaran hasil boleh memulihkan semula instrumen pembiayaan sosial ini,” katanya.

Semasa forum tersebut, Persatuan Penasihat Syariah, yang juga penganjur acara itu, telah melancarkan Program Penasihat Syariah Bertauliah (CSA) dan Pengamal Syariah Bertauliah (CSP).

Program CSA itu terbuka kepada mereka yang mempunyai latar belakang undung-undang Syariah manakala program CSP pula terbuka kepada mereka yang mempunyai kelayakan pendidikan tinggi atau profesional berkaitan kewangan Islam atau mempunyai dua tahun pengalaman bekerja berkaitan kewangan Islam.

— BERNAMA



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons