Tip Elak Kacang Goreng Dari Lemau, Mentah Dan Hangus.. Memang Membantu Sangat!


Nampak macam mudah je bila menggoreng kacang tapi bila makan dengan nasi lemak kacang rasa lemau, tak rangup dan hangus boleh buat mood makan pun terbantut. Tip ini sangat membantu untuk kamu yang suka makan kacang atau goreng untuk makan dengan nasi lemak dan sebagainya. Selamat mencuba.

 

CARA-CARANYA:

Basuh kacang dahulu


Masuk dalam kuali terus


Masukkan minyak sama paras kacang pastu baru buka api kecil je..goreng la smp letup2 manja
Angkat dan toskan minyak..dah sejuk boleh la simpan dlm bekas kedap udara…

Kongsi resipi: Siti Mazura Eiya

Komen anda



Source link

read more

Mahathir pula buat #FakeNews mengenai pengundi hantu dari Bangladesh


Mahathir kini sudah nyanyuk sepenunhnya bila mengulang semula cerita basi mengenai pengundi dari Bangladesh. Entah dia ingat ke tidak, isu pengundi hantu dari Bangladesh ini sudah dinafikan pun oleh pemimpin pemimpin pembangkang.

Namun Mahathir mengulang balik cerita basi itu dalam ceramah di Felda Johol, Negeri Sembilan pada 21 April 2018.

“Jika Pakatan Harapan (HARAPAN) menang dengan 100 atau 200 undi, Najib akan membuat penipuan dan sumbat (kotak undi) dengan undi haram.

“Mungkin orang Bangladesh juga akan mengundi,” kata Mahathir. Anwar dah lama buat pusingan “u turn” pasal isu pengundi Bangla ini.

“Kami telah menyemak di mana ada disebut tentang pendaftaran 40,000 warga Bangladesh dan kami langsung tidak jumpa bila-bila masa saya mendakwa sebegitu” kata Anwar pada 20 November 2013.

Anwar lupa sebelum itu dia pernah tuduh begini “”Ini bermakna 40,000 individu ragu ada dan masih memasuki melalui KLIA, tak termasuk rakyat asing yang melalui jalan darat, pelabuhan dan fasiliti seperti LCCT,” dalam Suara Keadilan, 2 Mei 2013.

Video Anwar Ibrahim bercakap begitu boleh dilihat di pautan ini :
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1736552736439675&id=1122306847864270

Anwar pun sudah kantoi berbohong pasal pengundi Bangla ini, kini Mahathir pula hendak pakai isu yang basi ini. Nampak sangatlah, Mahathir sudah terdesak sungguh.

Maria Chin, Pengerusi Bersih pun sudah mengaku tiada Bangla dan Blackout. Ini yang Maria Chin sebut pada 2013 “Tiada? Tiada “blackout”. Kami juga tidak tahu bagaimana isu pengundi luar ini. Ada beberapa laporan berkaitan tetapi kami tidak nampak ianya berlaku”.

Ong Kian Ming, Ahli Parlimen DAP Serdang juga mengakui tiada kisah pengundi Bangla. “As far as i know, there were no foreign voters and blackouts, so i concur with their (Pemantau) view” kata Ong Kian Ming.

Mahathir nampaknya sudah tertinggal bas. Masih lagi hendak buat #TsunamiPHitnah” terhadap Barisan Nasional. Tiada tsunami Melayu, tiada tsunami Cina tetapi yang ada adalah #TsunamiPHitnah” untuk terus kelirukan rakyat dan pengundi.

#BersamaBN
#HebatkanNegaraku
#DahulukanRakyat
#JomBN

Tulisan :
Beruang Biru
BB881, Isnin
23 April 2018.



Source link

read more

HTC Akan Membuka Pra-Tempah Untuk HTC Desire 12 Dan Desire 12+ – Bermula Dari RM599 – Amanz


HTC dilihat bakal membuka kedai atas talian di Shopee pada 26 April kelak, dan bersama-samanya juga hadir pra-tempah untuk telefon kelas mampu milik mereka, iaitu HTC Desire 12 dan HTC Desire 12+.

Menurut HTC, kedai atas talian mereka akan dibuka pada 26 April kelak pada pukul 9am, dan mereka akan mula membuka pra-tempah eksklusif untuk 1000 unit telefon HTC Desire 12 dan HTC Desire 12+ untuk pasaran tempatan.

HTC Desire 12

Menurut HTC Malaysia, telefon-telefon ini hadir dengan tanda harga asal RM739 untuk HTC Desire 12 dan RM899 untuk telefon HTC Desire 12+, tetapi jika anda menempah telefon-telefon ini melalui Shopee, anda boleh mendapatkan HTC Desire 12 pada harga RM599 dan HTC Desire 12+ pada harga RM729.

HTC Desire 12

Dari segi rekaan warna pula, kedua-dua telefon HTC Desire 12 dan HTC Desire 12+ akan hadir dengan warna Warm Silver dan Cool Black. Buat masa ini, HTC Malaysia masih belum mengumumkan lagi bilakah siri HTC Desire 12 ini akan mula dijual secara rasmi.



Source link

read more

43% Keuntungan Industri Muzik Pada Tahun 2017 Adalah Dari Perkhidmatan Penstriman – Amanz


Di Malaysia kerap kali didengari bahawa industri muzik diancam kepupusan kerana masalah cetak rompak yang serius. Jualan cakera padat adalah di tahap yang amat rendah. Sungguhpun begitu pada tahap global, 2017 ialah tahun yang baik untuk industri muzik kerana mencatatkan peningkatan keuntungan sebanyak 8.5% berbanding 2016.

Statistik paling menarik ialah tahun keuntungan yang dicatatkan ialah $17.4 bilion (~RM 67.8 bilion) dengan $7.4 bilion (~RM 28.8) (43%) datang dari perkhidmatan penstriman muzik. Ini adalah peningkatan sebanyak 39% berbanding 2016. Sungguhpun begitu nilai keuntungan ini masih di belakang nilai keuntungan yang dicatatkan tahun 2008. Tiga syarikat rakaman dengan pegangan pasaran terbesar ialah Universal Music (29.7%), Sony Music (22.1%) dan Warner Music (18%).

Berita baik bagi penggiat seni ialah trend menunjukkan peningkatan jualan untuk industri yang diancam kepupusan kerana cetak rompak menggunakan aplikasi seperti Napster. Masalah cetak rompak masih lagi wujud seperti Spotify yang mempunyai 2 Juta akaun yang melanun perkhidmatan. Tetapi sekurang-kurang tidak seperti dahulu, perkhidmatan penstriman kini lebih mampu milik dan mudah diakses dimana-mana sahaja.



Source link

read more

Kanak-kanak empat tahun maut terjatuh dari tingkat tujuh – Nasional


PORT DICKSON 22 April – Seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun maut selepas terjatuh dari apartmen di tingkat tujuh di Taman Kausar 1 di sini Khamis lalu.

Dalam kejadian pukul 12.30 tengah hari itu, Nurul Syakinah Afiah Muhammad Husin yang merupakan anak seorang anggota tentera dipercayai meninggal dunia di tempat kejadian.

Menurut sumber, ketika kejadian mangsa berada di rumah tersebut bersama bapanya manakala ibunya keluar bekerja.

“Bapa kanak-kanak itu yang berusia 30-an kemudian turun ke bahagian bawah apartmen sembilan tingakat itu untuk membeli barang di sebuah kedai.

“Mangsa yang dipercayai bermain di bahagian dapur terjatuh dari lokasi tersebut ke tingkat bawah dan kejadian itu disedari beberapa penduduk,” katanya di sini hari ini.

Mayat kanak-kanak itu telah dihantar ke Hospital Port Dickson di sini untuk bedah siasat dan telah dikebumikan di kampung keluarganya di Jempol. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Lori Sampah Di Singapura Boleh Angkut Dari Arah Tepi – MYNEWSHUB


UNIK… Mungkin disebabkan faktor geografi dan sumber manusia, lori sampah di Singapura kini dilengkapi mekanisme angkat barang dari arah tepi, terutama untuk sisa boleh dikitar semula.

Ia akan digunakan di estet perumahan awam milik Lembaga Pembangunan Perumahan (HDB) kawasan Ang Mo Kio-Toa Payoh dan Jurong diuji selama setahun dalam usaha pengurangan tenaga manusia bagi proses kutipan.

Barangan untuk dikitar semula di estet HDB dikumpul menggunakan lori pemuat dari belakang. Ia memerlukan hanya seorang pemandu dan dua lagi pekerja lain untuk menolak tong kitar semula berwarna biru ke arah lori itu.

Trak khas dengan pemuat di bahagian tepi itu sebenarnya cuma memerlukan seorang pekerja, iaitu pemandu kenderaan itu sendiri, menurut kenyataan Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) sempena pelancarannya hari ini.

“Penggunaan lori ini beri peluang kepada pekerja untuk pertingkat kemahiran mereka dalam industri perkhidmatan sekitaran dan produktiviti kutipan kitar semula dengan teknologi tinggi,” kata ketua eksekutif NEA, Ronnie Tay.

Percubaan bermula di kawasan Ang Mo Kio-Toa Payoh pada Jumaat dan Jurong pada 2 Mei. Barangan kitar semula dari 223 blok HDB akan terlibat iaitu 90 blok di Ang Mo Kio-Toa Payoh dan 133 blok di Jurong, menurut NEA.

Media tempatan turut melaporkan dengan pelancaran model lori baharu ini, tong kitar semula warna biru yang juga versi baharu dan boleh muat tiga kali ganda jumlah isipadu; berbanding sedia ada hanya 660 liter, mula digunakan.

Sistem pengumpulan dengan lori pemuat dari tepi sebenarnya sudah berjaya digunakan secara luas di negara-negara maju antaranya Itali, Sepanyol dan Australia untuk operasi di kawasan sempit serta jimat tenaga manusia.

Sistem baharu itu adalah sebahagian daripada inisiatif di bawah perancangan transformasi industri perkhidmatan sekitaran republik tersebut yang dilancarkan pemerintah pada Disember tahun lalu. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA



Source link

read more

Natalie Portman tolak anugerah dari Netanyahu



NATALIE Portman telah menolak menerima anugerah dari satu acara Anjuran Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu kerana insiden yang berlaku sejak akhir-akhir ini yang melibatkan negara berkenaan.

Lapor Washington Post, kejadian itu telah memberi kesan kepadanya sehingga dia menolak anugerah Nobel dari Israel dan wang tunai AS$2 juta.

Dalam satu kenyataan, jurucakap Portman memberitahu Yayasan The Genesis Prize bahawa Portman sangat terkesan dengan insiden-insiden yang berlaku di Israel kebelakangan ini dan dia merasakan tidak selesa untuk menyertai sebarang majlis-majlis umum di negara itu.

Portman dilahirkan di Israel tetapi berpindah ke Amerika Syarikat ketika kecil.

Bagaimanapun, pelakon “Star Wars” ini juga masih mempunyai hubungan kuat dengan Israel dan pernah membintangi filem “A Tale Of Love And Darkness” pada tahun 2015 yang diterbitkan oleh negara berkenaan.



Source link

read more

Tin sardin dari China mengandungi cacing mati – Kesihatan


KUALA LUMPUR 20 April – Kementerian Kesihatan mengambil maklum laporan yang tular dalam laman media sosial berkaitan cacing mati yang ditemui dalam produk ikan sardin dalam tin dari negara China.

Laporan tersebut menyatakan pihak Badan Pengawas Obat dan Makanan (BPOM), Indonesia mengarahkan tiga pengimport produk ikan sardin dalam tin untuk menarik balik produknya dari pasaran setelah pemeriksaan menemui cacing mati dalam produk dari negara China.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan sentiasa menjalankan pemantauan ke atas produk makanan import termasuk produk ikan sardin dan ikan mackerel dalam tin yang diimport di semua pintu masuk negara dan di pasaran sekiranya didapati tidak mematuhi Akta Makanan 1983.

“Hasil analisis Kementerian Kesihatan mendapati dua keluaran sardin dari negara China tidak mematuhi Akta Makanan 1983.

“Tin sardin berperisa tomato berjenama TL Tan Lung keluaran syarikat Fujian Yongfa Co. Ltd. dan TLC keluaran syarikat Dongshan Dongyi Food Co. Ltd. tidak mematuhi akta makanan kerana mengandungi bendasing iaitu nematoda (sejenis cacing) daripada Genus Anisakis spp,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Kementerian Kesihatan mengambil tindakan penguatkuasaan yang mana syarikat pengimport terlibat diarah memanggil balik produk tersebut,

“Sekiranya pengguna mempunyai sebarang kemusykilan berhubung sebarang isu keselamatan makanan, sila hubungi Pejabat Kesihatan daerah atau Jabatan Kesihatan negeri terdekat atau hubungi Kementerian Kesihatan melalui laman sesawang http://moh.spab.gov.my atau Facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) www.facebook.com/bkkmhq,” katanya. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

KKM Arah 2 Produk Ikan Sardin Tin Keluaran China Ditarik Balik Dari Pasaran Tempatan.


Kecoh di media sosial mengenai laporan penemuan cacing mati yang ditemui dalam  produk ikan sardin tin yang diimport dari negara China. Kes yang berlaku di Indonesia itu telah menyebabkan pihak Badan Pengawas Obat dan Makanan (BPOM), Indonesia mengarahkan tiga pengimport produk ikan sardin dalam tin untuk menarik balik produk dari pasaran setelah pemeriksaan menunjukkan cacing mati ditemui dalam produk mereka yang diimport dari negara China.

 

Sehubungan dengan itu, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia; Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menerusi kenyataan medianya berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan sentiasa menjalankan pemantauan ke atas produk makanan import termasuk produk ikan sardin dan ikan mackerel dalam tin.

 

Dalam isu ini, hasil analisis mendapati Canned Sardines in Tomato Sauce berjenama TL Tan Lung keluaran syarikat Fujian Yongfa Co. Ltd dan Sardines in Tomato Sauce berjenama TLC keluaran syarikat Dongshan Dongyi Foods Co. Ltd. dari negara China tidak mematuhi Akta Makanan 1983 kerana mengandungi bendasing iaitu nematoda (sejenis cacing) daripada Genus Anisakis spp.

Sehubungan itu menurut beliau lagi, tindakan penguatkuasaan telah diambil oleh KKM di mana syarikat pengimport terlibat telah diarah memanggil balik produk-produk tersebut dari pasaran. 

 

KKM juga akan terus menjalankan pemantauan ke atas produk ikan sardin dan mackerel dalam tin yang diimport di semua pintu masuk negara dan di pasaran dan sekiranya didapati tidak mematuhi Akta Makanan 1983, tindakan penguatkuasaan akan diambil.

 

Sekiranya pengguna mempunyai sebarang kemusykilan berhubung sebarang isu keselamatan makanan, pengguna boleh menghubungi Jabatan Kesihatan Negeri atau Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat atau hubungi KKM melalui laman web http://moh.spab.gov.my atau laman facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan www.facebook.com/bkkmhq jika terdapat sebarang aduan berkaitan kebersihan dan keselamatan makanan.

 

Sumber: Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia

Komen anda



Source link

read more

Cara Simpan Sayur-Sayuran Supaya Segar Walau Dah Beli Lebih Dari Seminggu.


Inilah cara Kak Feena simpan sayur dan bahan-bahan lain supaya tahan lama. Maklumlah beli barang dapur 2 minggu sekali. Kak Feena rasa tips ini paling mudah dan bagus.

Setiap kali ke pasar, pastinya geram melihat aneka sayur-sayuran segar yang dijual. Memang ralit memilih. Begitu juga jika pergi ke Cameron Highland. Sayur-sayuran antara yang wajib diborong. Namun bila dah banyak ni, macam mana pula nak pastikan ia boleh kekal segar dalam jangka masa yang lama? Petua dan panduan perkongsian Azlin Safena Azihar ini boleh anda cuba.

 

1. CARA SIMPAN SAYUR SUPAYA TAHAN LAMA

LANGKAH 1: Rendam semua sayur yang kita beli dalam air selama 5-10 minit.

Kalau sayur kangkung atau bayam, anda boleh rendam tapi asingkan dengan sayur lain , sebab bayam atau kangkung dia berpasir kan. Tak perlu potong pun akar dia , potong masa kita nak guna je.

Tapi macam Kak Feena memang dah basuh betul-betul bayam tu dan confident dah tak berpasir, tu yang rendam sekali.

LANGKAH 2: Campur kan sesudu garam / ikut banyak mana sayur kita tu.

tujuan tambah garam dalam air tadi untuk buang bahan kimia pada sayur.

LANGKAH 3: Kemudian, toskan sayur sehingga kering.

LANGKAH 4: Boleh simpan sayur dalam bekas kedap udara/ziplock bag.

 

2. SERAI, LENGKUAS, HALIA & KUNYIT

Untuk lengkuas dan serai, boleh simpan dalam balang yang diisi air. Caranya:

i. Isi je air penuh-penuh, kemudian rendam lengkuas/serai dalamnya. Pastikan tutup balang dengan rapat tau. 

ii. Boleh gak buat cara yang sama untuk halia dan kunyit hidup. 

iii. Tak perlu tukar air tiap hari , tukar 2 minggu sekali pun okay.

 

3. DAUN SUP

Untuk daun sup, simpan dalam botol air je. Boleh juga guna botol mineral yang dipotong dan letak air sikit je. Pastikan hujung akar je yang kena air. Kalau batang dia kena air, nanti cepat lembik dan rosak. Letak kat peti sejuk tau. Cara ini boleh bertahan sampai sebulan.

 

4. BAWANG

Jangan simpan bawang bersama ubi kentang kerana ia akan merosakkan bawang dengan cepat. Gas yang dihasilkan oleh keduanya akan saling menjadikannya cepat rosak. Jika bawang disimpan di tempat yang kering, ia akan bertahan hingga 2-3 bulan.

 

5. TOMATO

Bahagian tangkai tomato,kawasan yang paling sensitif. Bahagian ini adalah bahagian yang akan mula rosak. Nak simpan tomato supaya tahan lama, bahagian tersebut menghala ke atas tau. Jangan nak main golek-golek je, tu yang cepat rosak atau lembik.

 

6. UBI KENTANG


Ubi kentang tak elok kena matahari secara terus sebab ia akan cepat rosak.Jadi untuk menyimpannya, letakkan di tempat yang tak panas atau simpan sekali dengan epal. Kentang akan lebih tahan lama bila dia disimpan bersama epal tau. Tak percaya? Cubalah.

 

7. CILI

Sebelum simpan cili merah dan cili hijau dalam peti ais, cabut tangkainya terlebih dahulu. Ini kerana tangkai selalu akan rosak dulu dan menyebabkan semua cili rosak. Jadi lepas patahkan tangkai, bungkus cili dalam tisu atau surat khabar. Masukkan bawang putih untuk cili lagi tahan lama.

Kalau Kak Feena nak guna cili, Kak Feena akan ambil beberapa batang je yang lebih akak akan lap semula untuk pastikan dia sentiasa kering.

 

Komen anda



Source link

read more