11Street Malaysia Menerima Suntikan Pelaburan Sebanyak RM90 Juta Daripada PUC – Amanz


11Street merupakan salah satu syarikat penyedia platform e-dagang tempatan, dan merupakan antara yang popular selain Lazada dan Shopee. Terkini, selepas menyambut ulang-tahun ke-3 baru-baru ini, hari ini 11Street mengumumkan penerimaan pelaburan sebanyak RM90 juta daripada PUC Berhad.

Dengan suntikan pelaburan baru ini, ia sekaligus menjadikan 11Street Malaysia bernilai sekitar RM375 juta.

PUC dikatakan bakal melabur secara berperingkat, dimana untuk fasa pertama, sebanyak RM40 juta akan dilaburkan dalam empat bahagian antara sekarang sehingga penghujung Julai.

Seterusnya, baki RM50 juta akan dilabur selepas menerima pengesahan daripada para pemegang saham – dimana pengesahan berkenaan dijangka diterima pada Ogos kelak.

Dengan pelaburan baru ini, PUC akan menerima pegangan sebanyak 24%, sementara Axiata Digital sebanyak 37% dan SK Planet sebanyak 39%. Dengan pelaburan ini juga, ia sekaligus akan membolehkan 11Street Malaysia terus mengukuhkan kedudukan mereka dalam arena e-dagang tempatan dan terus bersaing dengan penyedia laman e-dagang yang lain di pasaran.



Source link

read more

Red Magic Diperkenalkan – Telefon Pintar Memfokuskan Permainan Daripada Nubia – Amanz


Akhir-akhir ini, peranti memfokuskan permua (permainan mudah-alih) dilihat semakin popular. Selepas Razer Phone dan juga Black Shark, kini hari ini jenama subsidiari ZTE, iaitu Nubia telah pun memperkenalkan telefon pintar mereka tersendiri dinamakan Red Magic.

Red Magic

Red Magic hadir dengan skrin 6-inci dengan paparan HD+ pada nisbah 18:9, dilengkapi cip pemprosesan Snapdragon 835, memori 8GB RAM, dan storan 128GB UFS 2.1.

Untuk rakaman gambar, ia hadir dengan kamera belakang 24-megapixel pada bahagian belakang, selain kamera hadapan 8-megapixel. Ia turut dilengkapi dengan bateri berkapasiti 3800mAh.

Dengan fokus terhadap permua, pihak Nubia turut menyertakan rekaan yang unik untuk Red Magic ini, dan turut mengatakan ia menawarkan sistem penyejukkan yang unik bagi membolehkan pengguna menikmati permua untuk tempoh yang lama.

Red Magic ini juga menyertakan sokongan lampu RGB pada kerangka belakang – sekaligus menawarkan elemen seumpama pada komputer permainan pada hari ini. Sebuah perisian khusus turut disertakan bagi membolehkan pemain menikmati kadar FPS yang lebih tinggi dengan mengurangkan aplikasi yang dijalankan di latar.

Red Magic

Red Magic tidak mengumumkan harga akhirnya buat masa ini. Namun, mereka menyatakan yang mana pengguna berminat boleh mendapatkan telefon pintar ini pada harga $399 (~RM1550) melalui kempen IndieGogo, yang mana akan menawarkan kuantiti terhad kepada mereka yang berminat.



Source link

read more

3 Lelaki Larikan RM300,000 Daripada Van Keselamatan – MYNEWSHUB


SHAH ALAM – Sekumpulan tiga lelaki melarikan sebuah beg berisi wang tunai lebih RM300,000 selepas menyamun sebuah van syarikat keselamatan di hadapan sebuah bank di Pekan Kapar, Klang dekat sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Mazelan Paijan berkata dalam kejadian kira-kira pukul 11.30 pagi, van itu berada 10 meter daripada pintu masuk bank untuk menghantar sejumlah wang ke bank berkenaan.

Beliau berkata ketika kejadian, ketiga-tiga suspek itu menaiki kereta jenis Proton Wira berwarna putih lengkap memakai topi keledar dan bersenjatakan pistol.

“Siasatan mendapati penjenayah terbabit turut melarikan selaras senjata api jenis ‘pump gun’ yang dimiliki oleh pekerja syarikat keselamatan tersebut,” katanya dalam kenyataan. – BERNAMA



Source link

read more

Apple Watch Mungkin Menambah Sokongan Untuk Muka-Jam Daripada Pihak Ketiga – Amanz


Apple Watch telah diperkenalkan pada 2015 yang lepas, dan sejak daripada itu, penawaran muka jam hanya terhad kepada penawaran daripada pihak Apple sahaja, tanpa sokongan pihak ketiga seperti beberapa jam tangan pintar yang lain. Namun, perkara ini dijangka berubah tidak lama lagi.

Melalui kod pembangunan yang ditemui oleh <em9to5Mac, ia dilihat Apple mungkin kelak menambah sokongan muka-jam daripada pihak ketiga tidak lama lagi.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah Apple akan memperkenalkannya secara rasmi. Namun, dengan pembangunan sokongan untuknya yang telah mula diintegrasikan, kita mungkin akan dapat melihatnya tidak lama lagi – sekaligus memberikan lebih pilihan kepada pengguna dalam menjadikan paparan jam Apple Watch selari dengan citarasa mereka.



Source link

read more

Televisyen 4K 85-inci Daripada Sony Kini Boleh Dipra-Tempah – Berharga RM23,999 – Amanz


Sony Malaysia kini telah mula mengambil pra-tempahan untuk televisyen 4K mereka yang terbaru berasaskan Android TV, iaitu X90F. Televisyen dengan paparan LED ini hadir dengan panel bersaiz 85-inci.

Sony menekankan kepada kebolehan paparan yang lebih jelas jelas melalui televisyen ini ketika anda menikmati kandungan melaluinya, termasuk melalui penggunaan ciri X-Motion Clarity dan juga 4K HDR Processor X1 Extreme.

Menariknya, untuk tempoh pra-tempahan ini, Sony turut menawarkan berkas PS4 FIFA serta alat kawalan tambahan secara percuma bersama dengannya.

Sony Malaysia dijangka akan menawarkannya bermula 3 Mei 2018 kelak, dan tempoh pra tempahan ini dibuka sehingga 22 April 2018 ini.



Source link

read more

Lebih baik Rafidah tawar dir bertanding daripada kelirukan rakyat


ALOR SETAR  – “Ruang paling baik bagi menutup malu dan aib penipuan ini adalah untuk Rafidah menawarkan diri bertanding dalam PRU ke-14.

“Rafidah berpeluang melihat sendiri bagaimana rakyat akan menolak bekas pemimpin yang gemar menipu dan mengelirukan rakyat,” kata Ketua Pemuda UMNO Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin.

Beliau berkata, cadangan supaya bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu bertanding adalah lebih baik daripada Rafidah terus membuat serangan bertujuan menjatuhkan kerajaan.

Katanya, jawapan diberikan oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein sudah merungkai segala tuduhan dibuat terhadap kerajaan.

“Soalan dan konon-kononnya pendedahan Tan Sri Rafidah sudah dijawab dengan kemas dan tuntas oleh YB Menteri dan Kementerian Pertahanan.

“Tuduhan Rafidah tidak berasas langsung malah layak dianggap sebagai “penipuan fakta” yang sangat ketara,” katanya dipetik daripada portal www.malaysiagazette.com

BACA: http://malaysiagazette.com/v2/blog/2018/04/11/elok-rafidah-juga-masuk-bertanding-pru14/

Shaiful membidas Rafidah sebagai tersepit apabila masih cuba memainkan isu tersebut sebagai modal menghentam kerajaan dan mencabarnya untuk bertanding dalam pilihan raya umjm jika beliau masih mahu menyerang kerajaan.

“Rafidah pada hakikatnya tersepit dan terhimpit dengan penipuan fakta yang beliau ciptakan sendiri. Tidak ada asas yang mewajarkan isu ini diteruskan,” ujarnya.

Menurut Shaiful, kerajaan tidak perlu melayan serangan Rafidah, sebaliknya fokus ke arah menjaga kepentingan rakyat.

Rafidah baru-baru ini mendakwa kerajaan membentangkan rancangan untuk memajak ribuan hektar tanah milik Kementerian Pertahanan dan tentera kepada sebuah syarikat swasta milik 3 individu.

Kementerian Pertahanan menafikan dakwaannya, mengatakan rancangan pembangunan di tanah milik tentera dilaksanakan mengikut prosedur.

Rafidah juga menunjukkan sokongan secara terbuka kepada Tun Dr Mahathir Mohamad, tetapi enggan mengatakan sama ada beliau akan mengikut jejak langkah bos lamanya itu menyertai PPBM, parti serpihan yang ditubuhkan. – theRakyat



Source link

read more

Rizalman bebas daripada dadah – Jenayah


KUALA LUMPUR 7 Mac – Polis mengesahkan Ketua UMNO Bahagian Tun Razak, Datuk Rizalman Mokhtar bebas daripada tuduhan mengambil dadah setelah keputusan ujian air kencingnya disahkan negatif oleh makmal kimia Jabatan Patologi, Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk seri Mazlan Lazim berkata, laporan makmal itu yang disahkan pegawai perubatan membuktikan Rizalman bebas daripada pengambilan dadah.

Menurut beliau, pegawai penyiasat polis Ibu pejabat Polis Dang Wangi telah menghantar sampel saringan awal yang diambil daripada Rizalman sebelum dihantar ke pihak Patologi.

“Memandangkan kes menarik perhatian umum dan melibatkan orang kenamaan, pihak polis telah memohon daripada pihak HKL untuk melakukan ujian air kencing tersebut dengan segera.

“Susulan itu, setelah ujian dilakukan, pihak patalogi mengeluarkan keputusan adalah negatif,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.-UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Pembinaan Pan Borneo di Sarawak, dua peratus lebih cepat daripada jadual – Rosnah


KUALA LUMPUR – Pembinaan Projek Lebuhraya Pan Borneo di Sarawak berada pada tahap kira-kira dua peratus lebih cepat daripada jadual, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Rosnah Rashid Shirlin berkata secara keseluruhan sehingga Mac lepas, kemajuan pembinaannya adalah 14.76 peratus berbanding jadual asal 12.78 peratus.

Beliau berkata projek infrastruktur mega di negeri berkenaan yang bermula dari Telok Melano, Sematan sehingga ke Miri itu terdiri daripada 11 pakej yang dibina secara berperingkat sejak September 2016.

“Kesemua pakej sedang giat dilaksanakan dan dijangka siap sepenuhnya pada bulan Jun 2021,” katanya semasa menjawab soalan Chong Chieng Jen ( DAP-Bandar Kuching) yang ingin tahu status kemajuan semasa projek lebuh raya berkenaan di negeri Sarawak.

Mengulas lanjut, Rosnah berkata kos bagi setiap pakej adalah antara RM580 juta sehingga RM2.11 bilion.- BERNAMA



Source link

read more

Huawei Mate RS Dilaporkan Menggunakan Skrin OLED Daripada LG – Amanz


Skrin OLED yang dihasilkan LG terkenal pada peranti Pixel 2 XL. Selain daripada Pixel 2 XL, peranti Xiaomi turut menggunakan skrin OLED ini. Huawei Mate RS yang baru sahaja dilancarkan pada 27 Mac 2018 yang lepas, dan kini dilaporkan yang mana Mate RS ini turut menggunakan skrin OLED daripada LG ini.

Huawei Mate RS

Huawei Mate RS ini dibangunkan dengan kerjasama Porsche Design dan menawarkan storan bermula sehingga 512GB. Skrin OLED LG yang digunakan adalah 5.8 inci dengan resolusi 1440p dan juga mempunyai pengimbas cap jari terbina di dalam skrin. Tiada sebarang takuk yang hadir pada peranti ini.

Skrin OLED LG ini masih jauh ketinggalan berbanding skrin AMOLED oleh Samsung. Malahan LG sendiri melaporkan mereka mungkin akan masih menggunakan skrin LCD untuk LG G7 mereka. Penggunaan panel skrin OLED ini menawarkan pencahayaan yang baik, selain memudahkan pengguna menggunakannya dengan mudah pada pelbagai keadaan cahaya.

Di Malaysia, Huawei menyasarkan untuk menawarkan telefon pintar Huawei Mate RS ini sekitar bulan Mei kelak.



Source link

read more

Pendapatan negara daripada hasil petroleum dijangka naik


29uushaa.transformed_0MO, 3/4/2018, KUALA LUMPUR: Kerajaan menjangkakan peningkatan pendapatan daripada hasil petroleum berbanding anggaran dalam Bajet 2018, berdasarkan purata harga minyak global semasa.

Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Othman Aziz, berkata bagi tempoh 1 Januari hingga 23 Mac lalu, purata harga minyak mentah dunia berlegar pada kadar AS$66.70 setong.

Katanya, kadar itu lebih tinggi berbanding anggaran dalam Bajet 2018 iaitu sekitar AS$52 setong, dengan anggaran hasil petroleum RM37.80 bilion.

“Secara purata, bagi peningkatan harga minyak mentah dunia AS$1 setong, hasil kerajaan akan meningkat kira-kira RM300 juta setahun, dengan andaian pengeluaran minyak mentah dan nilai tukaran wang asing tidak berubah.

“Bagaimanapun, impak kenaikan purata harga terhadap hasil petroleum bagi tahun ini berbanding Bajet 2018 belum dapat dipastikan kerana masih terlalu awal,” katanya pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Seri Ahmad Hamzah (BN-Jasin) yang bertanya harga ‘threshold’ minyak mentah yang digunakan untuk penyelidikan Bajet 2017 dan Bajet 2018, serta pertambahan hasil kerajaan kesan kenaikan harga minyak mentah dunia pada tahun lalu dan tahun ini.

Othman berkata, purata harga minyak mentah pada 2016 adalah AS$44.10 setong dengan hasil petroleum negara RM31 bilion.

“Kita menganggarkan purata harga minyak mentah dunia dalam Bajet 2017 adalah sekitar AS$50 setong dengan anggaran hasil petroleum negara RM33.60 bilion, namun kedua-duanya meningkat, masing-masing pada AS$54.40 setong dan RM34.60 bilion,” katanya.

Menjawab soalan tambahan Ahmad sama ada kerajaan akan meletakkan had siling bagi harga minyak runcit bagi mengurangkan beban rakyat serta menggunakan lebihan pendapatan untuk membayar hutang, Othman berkata kerajaan akan melaksanakan inisiatif tertentu jika kenaikan harga minyak dunia secara mendadak dan berpanjangan berlaku.

“Bagi purata 52 minggu terakhir ini, harga minyak mentah dunia terendah adalah AS$44 setong dan paling tinggi AS$71 setong. Ketika ini harga minyak berlegar sekitar AS$67 setong.

“Namun, jika berlaku kenaikan harga sekitar AS$70 hingga AS$80 setong dalam jangka masa panjang, kerajaan akan fikirkan langkah yang patut dilaksanakan supaya ia tak memberi kesan pada pengguna, khususnya pihak industri,” katanya.

Othman berkata, kerajaan boleh menggunakan lebihan pendapatan hasil peningkatan harga minyak dunia untuk membayar hutang negara, dengan anggaran RM1 bilion bersamaan lima peratus peningkatan bayaran hutang.

Bagaimanapun, katanya, kerajaan akan mempertimbangkan keutamaan dalam membelanjakan lebihan pendapatan, sama ada membayar hutang atau untuk projek pembangunan yang memiliki kesan berganda.



Source link

read more