METMalaysia nafi suhu terendah 17 darjah Celsius yang ditularkan


KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia hari ini menafikan mengeluarkan maklumat berhubung penurunan suhu sehingga 17 darjah Celsius yang kini tular menerusi media sosial.

Dalam satu kenyataan di sini, jabatan itu berkata suhu minimum yang direkodkan hari ini ialah 21 darjah Celsius di Mersing dan Kuala Pilah manakala kawasan-kawasan lain merekodkan suhu minimum sekitar 22 darjah Celsius yang lazim berlaku pada awal pagi.

“Keadaan ini berlaku berikutan cuaca mendung, hujan berterusan dan pergerakan angin sejuk monsun timur laut yang dijangka berterusan sehingga Ahad (esok),” demikian menurut kenyataan itu.

Jabatan tersebut turut menasihati orang ramai mendapatkan maklumat sahih berkaitan cuaca menerusi laman sesawangnya di www.met.gov.my atau aplikasi mudah alih (myCuaca), laman Facebook malaysiamet, Twitter @malaysianmet dan talian 1 300 22 1MET (1638).

Maklumat yang tular itu antara lain mendakwa berdasarkan ‘Info Cuaca Jabatan Meteorologi Malaysia’ seluruh negara mengalami penurunan suhu dengan Tawau mencatatkan suhu terendah pada 17.6 darjah Celsius serta menasihati orang ramai memakai baju tebal pada malam ini bagi mengelakkan suhu badan turun secara mendadak dan seterusnya membawa demam panas.

–BERNAMA



Source link

read more

20 darjah Celsius bukan luar biasa – MetMalaysia


81450150032_HeavyRainMO, 12/1/2018, KUALA LUMPUR – Aplikasi ramalan cuaca Malaysia, Met Office, baru-baru ini telah memaparkan cuaca di Lembah Klang turun sekitar 22 darjah Celsius.

Adakah ini bermakna Malaysia bakal dilanda cuaca sejuk yang melampau?

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) bagaimanapun menafikan ramalan tersebut.

Menurut Ketua Pengarahnya, Alui Bahari, cuaca di sebelah utara Semenanjung Malaysia memang agak sejuk memandangkan berlakunya hujan berterusan sejak Khamis.

Beliau menjangkakan cuaca mungkin boleh mencecah 20 darjah Celsius pada waktu subuh pada Jumaat (12 Jan), namun akan kembali kepada suhu biasa keesokan harinya.

“Pada masa ini, cuaca memang agak sejuk di sebelah utara Semenanjung kerana berlakunya hujan berterusan pada hari ini (Khamis) dan hujan ini dijangka akan berterusan sehingga tengah malam.

“Dan esok (Jumaat), kami jangkakan suhu akan kembali seperti biasa,” katanya kepada Astro AWANI.

Tambah Alui, penurunan suhu hingga ke 20 darjah Celsius bukan sesuatu yang luar biasa.

Malah, jelas beliau, cuaca pernah mencecah 15.7 darjah Celsius pada beberapa tahun yang lepas.

“Pernah berlaku beberapa tahun lalu di Perlis, Kedah dan Kuala Krai, Kelantan di mana suhu menurun kepada 18 darjah Celsius disebabkan oleh tiupan angin dari utara.

“Lazimnya, ia berlaku pada bulan Januari dan bulan Februari di mana angin Timur Laut bertiup,” jelas beliau lagi.

Berikut merupakan suhu kawasan yang pernah mencatatkan suhu terendah pada 2014:

3 Februari 2014
Kota Bharu, Kelantan: 17.8°C
Gong Kedak, Terengganu: 17.6°C
Kuala Krai, Kelantan: 15.7°C

4 Februari 2014
Chuping, Perlis: 16.1°C
Butterworth, P. Pinang: 19.0°C
Kuala Kangsar, Perak: 17.2°C

 

-Astro AWANI



Source link

read more

20 darjah Celsius bukan luar biasa – MetMalaysia


KUALA LUMPUR: Aplikasi ramalan cuaca Malaysia, Met Office, baru-baru ini telah memaparkan cuaca di Lembah Klang turun sekitar 22 darjah Celsius.

Adakah ini bermakna Malaysia bakal dilanda cuaca sejuk yang melampau?

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) bagaimanapun menafikan ramalan tersebut.

Menurut Ketua Pengarahnya, Alui Bahari, cuaca di sebelah utara Semenanjung Malaysia memang agak sejuk memandangkan berlakunya hujan berterusan sejak Khamis.

BACA: Kompilasi ekstrem: Cuaca dunia semakin aneh dan tidak menentu

Beliau menjangkakan cuaca mungkin boleh mencecah 20 darjah Celsius pada waktu subuh pada Jumaat (12 Jan), namun akan kembali kepada suhu biasa keesokan harinya.

“Pada masa ini, cuaca memang agak sejuk di sebelah utara Semenanjung kerana berlakunya hujan berterusan pada hari ini (Khamis) dan hujan ini dijangka akan berterusan sehingga tengah malam.

“Dan esok (Jumaat), kami jangkakan suhu akan kembali seperti biasa,” katanya kepada Astro AWANI.

Tambah Alui, penurunan suhu hingga ke 20 darjah Celsius bukan sesuatu yang luar biasa.

Malah, jelas beliau, cuaca pernah mencecah 15.7 darjah Celsius pada beberapa tahun yang lepas.

“Pernah berlaku beberapa tahun lalu di Perlis, Kedah dan Kuala Krai, Kelantan di mana suhu menurun kepada 18 darjah Celsius disebabkan oleh tiupan angin dari utara.

“Lazimnya, ia berlaku pada bulan Januari dan bulan Februari di mana angin Timur Laut bertiup,” jelas beliau lagi.

Berikut merupakan suhu kawasan yang pernah mencatatkan suhu terendah pada 2014:

3 Februari 2014
Kota Bharu, Kelantan: 17.8°C
Gong Kedak, Terengganu: 17.6°C
Kuala Krai, Kelantan: 15.7°C

4 Februari 2014
Chuping, Perlis: 16.1°C
Butterworth, P. Pinang: 19.0°C
Kuala Kangsar, Perak: 17.2°C



Source link

read more

Pengalaman ini tiada di bilik darjah – Ibu bapa berhenti kerja bawa anak mengembara



PASANGAN suami isteri sanggup berkorban menjual segala aset yang dimiliki dan membawa dua anak perempuannya menerokai dunia dengan bajet yang kecil.

Menurut laporan portal Mirror.uk, Chris dan Donna Jackson dari Hertfordshire berkata, keputusan berani itu dibuat kerana merasakan jarang menghabiskan masa dengan kedua anak perempuan mereka ekoran tuntutan kerja.

Pasangan itu dan anak perempuan mereka Ellie, lapan tahun, dan Miley enam tahun, hanya membawa satu beg pakaian untuk memuatkan semua kelengkapan pengembaraan mereka.

Keluarga itu memulakan pengembaraan sejak Julai tahun lalu dan telah pergi ke lima negara selain berkongsi dengan kira-kira 100,000 pengikut di laman Instagram.

Lebih mengujakan apabila keluarga ini yang hidup dalam serba kekurangan akan menyiarkan gambar mereka menetapkan di sesuatu hotel di laman sosial sebagai imbuhan tinggal di hotel tersebut.

Chris, 35 tahun yang merupakan bekas paramedik di London berkata, kedua-dua anaknya mempelajari lebih daripada apa yang diajar di sekolah.

Sebagai contoh, ketika melawati Costa Rica, keluarga ini telah berdepan dengan pengalaman gunung berapi aktif.

Malah, Chris turut membangkitkan persoalan sebagai “berapa kerap anda belajar mengenai gunung berapi di dalam kelas jika dibandingkan anda melihat sendiri di depan mata?.

“Ini satu pengalaman seumur hidup,” katanya.

Selain itu, menjelaskan mengenai tindakannya itu, Chris berkata, dia jarang bertemu dengan isterinya yang merupakan jururawat kanak-kanak selain tiada masa untuk bersama kedua-dua anaknya.

Bagi Donna, 34 tahun pula berkata, dalam dunia kebendaan sekarang, masyarakat lebih cenderung memberikan anak-anak mereka gajet seperti iPads.

“Perkara itu menjauhkan hubungan ibu bapa memandangkan mereka akan menghabiskan masa beberapa jam dengan iPads selain tidak mengajar mereka apa yang mereka perlu tahu,” katanya.

Tindakan pasangan itu juga mendapat sokongan positif daripada sekolah anak-anaknya di Borehamwood.



Source link

read more

Gabung kelas Ingat semua darjah satu pandai baca kira – MPN



KUALA LUMPUR: Murid cemerlang dan lemah perlu diasingkan bagi mengelak tahap perkembangan pelajar terjejas, kata Prof Datuk Raduan Che Rose.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Profesor Negara (MPN) itu menegaskan jurang pendidikan yang berbeza di negara ini akan menyukarkan penerimaan dalam kalangan murid, terutama tahap satu.

“Pelaksanaan pengasingan kelas sebelum ini bukannya ada arahan atau apa-apa. Cuma ia sebagai satu amalan untuk memudahkan guru membimbing murid ikut prestasi akademik masing-masing.

“Di Malaysia, ada yang masuk tahun satu belum kenal huruf, manakala ada pula yang sudah pandai membaca dan mengira.

“Kalau kita lambakkan semua sekali gus semua pelajar dalam satu kelas tetapi tahap pencapaian mereka sangat berbeza, ini menyukarkan proses pengajaran dan pembelajaran.

“Yang paling pandai dan yang paling lemah perlu diasingkan, sekali gus perlu ada cara serta amalan yang sesuai untuk dilaksanakan,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI, di sini, hari ini.

BACA: Apa guna gabung kelas tapi 40 murid satu kelas? – PAGE

BACA: Gabung kelas: ‘Takkan nak biar murid melompat?’ – Luahan guru terbeban

Malah, beliau mempersoal tujuan utama Kementerian Pendidikan mengeluarkan arahan penghentian pengasingan kelas mengikut prestasi akademik murid. 

“Penggabungan kelas ini, apa yang kita nak sebenarnya? Bila kita tidak mengadakan pengasingan ini, kita mengandaikan semua pelajar-pelajar mempunyai taraf pencapaian akademik yang sama.

“Salah satu syarat mesti ada guru terlatih kerana mereka perlu melakukan penilaian di peringkat sekolah,” katanya.

BACA: Kerajaan takut wujudkan sekolah satu aliran – MPN

Mengambil contoh di Finland, Raduan berkata guru-guru di negara itu mempunyai sarjana pendidikan (pedagogi).

Justeru, beliau berharap supaya pelaksanaan penggabungan kelas tanpa menilai prestasi akademik murid diteliti bagi mengelak murid terus tercicir tanpa sistem perkhidmatan perguruan yang inklusif.



Source link

read more

Remaja pusing kepala 180 darjah demi menyara keluarga



SEORANG remaja berusia 14 tahun dari Pakistan, Muhammad Sameer, digelar ‘burung hantu manusia’ kerana kemampuannya memutar kepalanya sehingga 180 darjah.

Memetik laporan portal Daily Mail, Sameer yang berasal dari Karachi, Pakistan menggunakan ‘kebolehannya’ itu untuk menyara keluarga selepas ayahnya jatuh sakit.

Dengan menggunakan tangan untuk memusing kepala, Sameer membuat persembahan bersama kumpulannya, Dangerous Boys.

Sameer kini berharap dengan kebolehan yang luar biasa itu, dia akan mendapat peluang untuk berlakon dalam filem Bollywood.

“Ketika saya berusia enam atau tujuh tahun, saya melihat seorang pelakon filem seram Bollywood memusing kepalanya untuk melihat ke belakang.

“Saya tertarik dengan kebolehan itu. Sejak hari itu, saya sering berlatih berbuat demikian dan selepas beberapa bulan, saya boleh melakukannya,” dia dilaporkan berkata.

Bagaimanapun, ibunya tidak menyokong tindakan anaknya itu kerana bimbang akan keselamatan Sameer.

Menurut remaja itu, ibunya pernah menampar dia apabila melihat dia memusingkan kepala.

“(Bagaimanapun) dia kemudian sedar itu adalah kebolehan istimewa saya,” katanya.

Sameer kemudiannya berhenti sekolah dan menubuhkan Dangerous Boys, sebuah kumpulan penari, bersama tujuh lagi rakannya, dan mereka melakukan persembahan di seluruh Karachi.

Bagi setiap persembahan, Sameer menerima bayaran sebanyak Rs600 (RM38) hingga Rs1,000 (RM64) membolehkan dia mendapat sehingga RM665 sebulan.

 



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons