Isu terowong dasar laut Pulau Pinang Lebih banyak serbuan akan dilakukan – SPRM


KAJANG: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan melakukan beberapa serbuan lagi bagi membantu siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang.

Menurut Timbalan Pesuruhjaya Operasinya, Datuk Seri Azam Baki perincian kes itu akan dimaklumkan selepas siasatan selesai.

Beliau memaklumkan siasatan berhubung projek terowong dasar laut Pulau Pinang masih berjalan dan pihaknya belum bersedia membuat sebarang pendedahan.

“Setakat ini, masih terlalu awal untuk saya kongsi hasil siasatan. Siasatan yang dijalankan adalah menyeluruh, dan semua dakwaan yang dibangkitkan akan disiasat dengan teliti,” katanya ketika ditemui di program Gerakan Revolusi Anti Rasuah atau GERAH, di sini, hari ini.

Projek terowong dasar laut Pulau Pinang sepanjang 7.2 kilometer itu didakwa dilaksana dengan kos kajian kebolehlaksanaan yang terlalu tinggi, selain kaedah pembayaran yang membabitkan pertukaran tanah kerajaan negeri.

Setakat ini pasukan penyiasat telah merekod keterangan 20 individu bagi melengkapkan kertas siasatan kes berkenaan.

Mereka terdiri daripada pegawai-pegawai pejabat kewangan negeri, pejabat perancangan ekonomi negeri, pejabat JKR, pejabat PTG dan pengarah urusan sebuah syarikat.

Rabu lalu SPRM telah menahan reman pengerusi dan timbalan pengerusi syarikat pembangunan hartanah berpangkat Datuk selama enam hari bagi membantu siasatan kes berkenaan.



Source link

read more

Exco Pulau Pinang jelaskan bayaran bagi projek jalan terowong dasar laut


GEORGE TOWN: Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Utiliti dan Pengangkutan Pulau Pinang Lim Hock Seng telah menjelaskan mengenai pembayaran bagi projek melibatkan tiga jalan utama dan projek terowong dasar laut berikutan permintaan oleh Barisan Nasional untuk butiran pembayaran projek itu.

Mengenai pelbagai kenyataan oleh Pengerusi Gerakan/BN Pulau Pinang, Teng Chang Yeow berhubung pembayaran kepada Consortium Zenith Construction Sdn. Bhd, beliau berkata kerajaan negeri telah membayar RM31.269 juta bagi Kos Kebolehlaksanaan dan RM177.485 juta bagi Kos Reka Bentuk Terperinci projek tersebut melibatkan tiga jalan utama.

Bagi projek terowong dasar laut, kos kajian kebolehlaksanaan ialah RM20 juta sementara kos bagi kajian reka bentuk terperinci ialah RM76.248 juta, kata beliau dalam satu kenyataan di sini hari ini.

“Setakat ini, Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah membayar RM208 juta melalui pertukaran tanah bagi kajian kebolehlaksanaan dan reka bentuk terperinci ketiga-tiga jalan utama.

“Bayaran untuk laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar dimasukkan dalam RM208 juta itu,” kata Lim.

— BERNAMA



Source link

read more

Terowong dasar laut: SPRM rakam percakapan 11 lagi saksi – Jenayah


KUALA LUMPUR 13 Jan. – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini merakam percakapan 11 lagi saksi bagi membantu siasatan berhubung projek terowong dasar laut yang dirancang kerajaan DAP Pulau Pinang.



Azam Baki

Azam Baki

Jumlah itu menjadikan sebanyak 31 saksi telah dipanggil setakat ini.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi), Datuk Seri Azam Baki berkata, pihaknya akan menyiasat kes ini daripada semua aspek dan secara adil. 



Beliau bagaimanapun enggan mengulas sama ada pasukan siasatan telah menemui bukti-bukti baharu dalam proses siasatan.



“Biarlah kami jalankan siasatan secara terperinci dan mengenal pasti sama ada wujud elemen rasuah dan salah guna kuasa seperti yang didakwa,” ujarnya.-UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Isu terowong dasar laut Siasatan SPRM tumpu pada pembayaran RM305 juta


KUALA LUMPUR: Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung pelaksanaan kajian terowong dasar laut di Pulau Pinang kini menjurus kepada pembayaran RM305 juta kepada syarikat-syarikat yang dilantik untuk membuat kajian tersebut oleh kerajaan negeri Pulau Pinang.

Menurut sumber, pasukan penyiasat kini sedang merakam percakapan saksi-saksi dalam syarikat-syarikat yang dilantik itu bagi mengenal pasti proses pembayaran untuk kajian kebolehlaksanaan tersebut.

Kata sumber itu lagi, menerusi penelitian dokumen-dokumen yang dirampas dalam proses siasatan, maka dipercayai dapat membantu untuk mengenal pasti sama ada bayaran tersebut (RM305 juta) adalah nilai sebenar atau yang telah dinaikkan.

Selain itu, SPRM juga sedang menyiasat sama ada syarikat-syarikat tersebut mempunyai pengiktirafan untuk menjalankan kajian kebolehlaksanaan terowong dasar laut.

“Kita juga perlu lihat sama ada pakar-pakar yang dilantik untuk membuat kajian tersebut mempunyai kepakaran khusus dalam membuat kajian kebolehlaksanaan terowong dasar laut.”

“Tidak kira sama ada pakar-pakar yang dilantik itu adalah terdiri daripada kerajaan mahupun pihak swasta, apa yang penting mereka perlu mempunyai kepakaran untuk menjalan kajian terowong dasar laut,” katanya ketika dihubungi di sini.

Difahamkan, kerajaan telah menetapkan piawaian kepakaran untuk menjalankan semua kajian kebolehlaksanaan termasuk kajian kebolehlaksanaan terowong dasar laut.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki ketika dihubungi berkata pihaknya sedang membuat siasatan secara terperinci berhubung pembayaran penganugerahan pelaksanaan kajian terowong dasar laut tersebut.

BACA: Terowong dasar laut Pulau-Pinang: SPRM ambil keterangan 12 saksi

Menurut beliau, ini kerana ia melibatkan aspek-aspek teknikal yang perlu dilihat secara mendalam, justeru pasukan penyiasat memerlukan masa bagi menyiasat kes tersebut.

Azam meminta semua pihak memberikan ruang dan peluang kepada SPRM untuk menjalankan siasatan dan pihaknya masih dalam proses merakam percakapan saksi-saksi penting yang dipercayai dapat membantu melengkapkan siasatan ini.

“Kita akan panggil beberapa individu penting dalam masa terdekat untuk merakam percakapan,” ujarnya lagi.

Pada hari ini, SPRM juga telah merakam percakapan lapan individu termasuk setiausaha syarikat, penasihat dan perunding-perunding syarikat serta menggeledah sembilan syarikat di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur bagi membantu siasatan .



Source link

read more

Terowong dasar laut Pulau-Pinang SPRM ambil keterangan 12 saksi


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memaklumkan telah merekodkan keterangan saksi berhubung siasatan terhadap dakwaan salah guna kuasa dan penyelewengan projek terowong dasar laut di Pulau Pinang.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya ( Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki ketika dihubungi Astro AWANI berkata, pasukan penyiasat telah merekod keterangan 12 individu bagi melengkapkan kertas siasatan kes berkenaan.

Mereka terdiri daripada pegawai-pegawai Pejabat Kewangan Negeri, Pejabat Perancangan Ekonomi Negeri, Pejabat JKR, Pejabat PTG dan pengarah urusan sebuah syarikat.

Rakaman percakapan mereka dibuat di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur hari ini.

Beliau berkata setakat ini tidak ada tangkapan  lain dibuat dan pasukan penyiasat dalam proses merakam percakapan saksi-saksi untuk memperoleh lebih maklumat berhubung kejadian tersebut.

Dalam pada itu, ditanya sama ada, pihak SPRM akan memanggil Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan anggota Exco negeri, Azam berkata, tiada keperluan untuk berbuat demikian buat masa ini .

Azam juga mengesahkan pasukan penyiasat telah ke Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Pulau Pinang hari ini untuk mengambil dokumen tambahan berkaitan siasatan yang sedang dijalankan.

Katanya, pasukan penyiasat kini dalam proses mengkaji dokumen-dokumen berkaitan kontrak perjanjian pelaksanaan kajian terowong dasar laut berkenaan.

Dokumen itu perlu dikaji dengan teliti kerana perjanjian itu dilihat amat meragukan dan nilai kajian kebolehlaksanaan projek mega itu tidak mencecah jumlah RM305 juta seperti yang diumumkan kerajaan Pulau Pinang.

Dipercayai nilai kajian itu berkemungkinan tidak selari dengan nilai pertukaran Tanah yang dibuat antara kerajaan negeri dan syarikat yang dilantik untuk membayar kajian kebolehlaksanaan itu.

SPRM pada Rabu telah menahan reman Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Syarikat Pembangunan Hartanah berpangkat Datuk selama enam hari bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Pada Selasa, SPRM menyerbu pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, Tanah dan Galian serta Jabatan Penilaian di KOMTAR dan Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri di Jalan Sungai Pinang .

Serbuan dan tangkapan dibuat berdasarkan bukti baru berkaitan projek pembinaan terowong dasar laut yang dikemukakan kepada SPRM.

Sabtu lalu, Parti Cinta Malaysia (PCM) membuat laporan kedua dan mengemukakan bukti baharu kepada SPRM berhubung projek terowong dasar laut dirangka kerajaan DAP Pulau Pinang.

Projek terowong dasar laut sepanjang 7.2 kilometer, yang menghubungkan Persiaran Gurney ke Bagan Ajam di Seberang Perai dan tiga jalan utama itu dianugerahkan kepada Konsortium Zenith BUCG Sdn Bhd, yang terdiri daripada beberapa syarikat.

Sebelum ini, projek itu mencetuskan pelbagai kontroversi, termasuk kos kajian kebolehlaksanaannya yang terlalu tinggi, selain kaedah pembayaran membabitkan pertukaran tanah kerajaan negeri.



Source link

read more

Isu projek terowong dasar laut SPRM serbu Komtar


KUALA LUMPUR: Beberapa pejabat agensi kerajaan negeri di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar), Pulau Pinang serta syarikat berkaitan projek mega pembinaan terowong dasar laut menghubungkan Persiaran Gurney dengan Bagan Ajam, Seberang Perai Utara, diserbu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.

Menurut Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki, beberapa dokumen berkaitan dirampas dan akan diteliti pihaknya, susulan dakwaan mengatakan wujud salah laku dalam projek tersebut.

Antara yang diserbu adalah pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, Tanah dan Galian serta Jabatan Penilaian di KOMTAR dan Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri di Jalan Sungai Pinang, juga pejabat syarikat pemaju Ewin-Zenith Sdn Bhd, 555 Capital Sdn Bhd dan Konsortium Zenith di sekitar negeri.

Serbuan dibuat berdasarkan bukti baharu berkaitan projek pembinaan terowong dasar laut yang dikemukakan Parti Cinta Malaysia (PCM) kepada SPRM pada Sabtu.

Projek terowong dasar laut sepanjang 7.2 kilometer itu didakwa dilaksana dengan kos kajian kebolehlaksanaan yang terlalu tinggi, selain kaedah pembayaran yang membabitkan pertukaran tanah kerajaan negeri.

Penduduk turut membantah pembinaannya kerana risau akan kesannya kepada ekonomi, sosial dan alam sekitar.

Pada Oktober tahun lalu, kerajaan DAP Pulau Pinang mengakui gagal menyerahkan laporan kajian kebolehlaksanaan terowong dasar laut kepada Kementerian Kerja Raya, dengan alasan jangkaan pelaksanaan projek terbabit masih lambat, iaitu pada 2023.



Source link

read more

Dasar Rumah Negara 2.0 bakal siap – Noh Omar



KUALA LUMPUR: Dasar Rumah Negara (DRN) 2.0 bagi tempoh 2018 hingga 2022 kini dalam fasa akhir penyediaan, persidangan Dewan Negara diberitahu pada Selasa.

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tan Sri Noh Omar berkata DRN 2.0 merupakan kesinambungan DRN sedia ada bagi tempoh 2013 hingga 2017.

“DRN 2.0 digubal secara lebih komprehensif dengan mengambil kira penambahbaikan, antaranya cabaran baharu industri perumahan seperti penyediaan rumah transit untuk golongan belia kategori M40, reka bentuk dan kawal selia harga perumahan terkini,” katanya ketika menggulung Rang Undang-undang Perbekalan 2018 peringkat dasar bagi kementeriannya di sini.

Noh berkata DRN 2.0 akan melibatkan kerjasama Khazanah Research Institute dan kerajaan-kerajaan negeri.

Dalam pada itu, Noh berkata kementerian juga sedang di peringkat akhir pembangunan portal Sistem Bank Data Perumahan yang dijangka boleh diakses mulai tahun depan.

Menerusi portal berkenaan, orang ramai dapat melihat stok dan penjualan rumah di bawah kategori unit rumah kuota bumiputera yang terdapat dalam pasaran hartanah semasa, katanya.

— BERNAMA



Source link

read more

Pindaan Dasar Dadah Negara Orang ramai digesa beri pendapat



NILAI: Orang ramai digesa memberi pandangan untuk pindaan Dasar Dadah Negara menerusi laman sesawang Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) bermula hari ini sehingga 30 Nov, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed.

Beliau berkata pindaan terhadap dasar itu yang telah dipersetujui dalam mesyuarat jemaah menteri pada 10 Mac lepas akan menjadi panduan utama dalam usaha memerangi dadah di negara ini.

“(Pindaan) Dasar itu adalah usaha bagi menangani masalah berkaitan dadah secara holistik dan komprehensif yang merangkumi lima teras utama iaitu pencegahan, rawatan dan pemulihan; penguatkuasaan; pengurangan kemudaratan dan kerjasama antarabangsa.

“Justeru kita memerlukan penglibatan orang ramai untuk beri maklumat atau pandangan mereka berhubung dasar ini yang mungkin boleh diambil kira dan dirumuskan AADK, sebelum ia (Dasar Dadah Negara (Pindaan) dilancarkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Menteri Dalam Negeri dalam masa terdekat,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata demikan selepas majlis perasmian Konvensyen Penyelidikan Dadah Kebangsaan dan Seminar Masyarakat Pemangkin Kepulihan di Universiti Islam Sains Malaysia.

Nur Jazlan berkata pindaan Dasar Dadah Negara dirangka lebih komprehensif, antara lain melibatkan pengkhususan penguatkuasaan antara pihak polis dan AADK.

“Kalau dahulu aktiviti penguatkuasaan dadah ada dua laluan, satu laluan polis di mana penagih dadah itu ditangkap, didakwa dan masuk penjara manakala AADK terlibat dengan aktiviti tangkap dan pemulihan melalui Klinik Cure.

“Namun untuk dasar yang baharu ini (pindaan), polis akan memberi tumpuan kepada aktiviti pengedaran manakala AADK lebih kepada aktiviti pemulihan penagih sehingga mereka kelak dapat dikembalikan semula ke pangkuan masyarakat,” katanya.

Nur Jazlan berkata dijangkakan kadar pengangguran pada masa akan datang akan meningkat disebabkan penggunaan teknologi dan robot dalam sektor pekerjaan yang akan mengubah sosio-ekonomi keluarga.

“Bila sektor pekerjaan diambil alih oleh teknologi dan robot maka generasi akan datang sama ada yang berpendidikan mahupun tidak mereka tiada kerja serta mengalami tekanan seterusnya bersikap eskapisme dan keadaan ini berpotensi mendedahkan mereka untuk mengambil dadah. Justeru, langkah-langkah yang berkaitan perlulah digerakkan dari sekarang,” katanya.

Mengikut statistik terkini ADDK, sebanyak 11,733 orang dikesan terlibat dengan aktiviti penyalahgunaan dadah dari Januari hingga Jun tahun ini.

Daripada jumlah itu, golongan belia berumur 19 hingga 39 tahun direkodkan sebagai penagih tertinggi dengan sejumlah 8,510 diikuti golongan dewasa berusia 40 tahun ke atas sebanyak 2,980 dan golongan remaja berusia 13 hingga 18 tahun sebanyak 243.

— BERNAMA



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons