Ringgit rises strongly against greenback on solid economic data


WANG

MO,12/1/2018, KUALA LUMPUR: The ringgit was significantly higher against the US dollar this morning, touching a level it had not seen since July 2016, as sentiment towards the local unit improved on the back of the country’s solid economic growth. At 9.16 am, the local unit stood at 3.9750/9780 against the greenback from 3.9850/9900 at the close yesterday.   A dealer said the ringgit has been undervalued for quite some time and given the release of promising economic data recently, it had started to trade towards its fair value.

Meanwhile, Kenanga Research said Malaysia’s industrial production index (IPI) registered a convincing growth of five per cent year-on-year in November, which surpassed its expectation of 4.3 per cent and Bloomberg’s median consensus of 4.6 per cent. “With the upbeat IPI data in November, we might see a relatively strong fourth quarter 2017 gross domestic product (GDP) growth. We therefore maintain our GDP forecast of 5.5 per cent for Q4 and 5.8 per cent for the full year of 2017.

“The higher-than-expected IPI growth may suggest that the economic growth trajectory could remain well above its potential or more than five per cent in Q4, bolstering the case for Bank Negara Malaysia to raise the overnight policy rate by 25 basis points as early as the first quarter 2018,” it said in a note here today. Meanwhile, the ringgit traded lower against a basket of major currencies.

It was lower against the Singapore dollar at 2.9928/9953 from 2.9886/9926 at the close yesterday and declined against the yen to 3.5734/5770 from 3.5695/5749.
The ringgit fell against the British pound to 5.3873/3918 from 5.3738/3821 and depreciated against the euro to 4.7915/7955 from 4.7605/7681. – Bernama



Source link

read more

Jualan produk kecantikan kanak-kanak di Korea Selatan meningkat data



SEOUL: Jualan produk kecantikan kanak-kanak di Korea Selatan pada tahun lepas meningkat, sekaligus menunjukkan semakin ramai mula menggunakan mekap pada usia terlalu muda, lapor agensi berita Yonhap.

Data dikumpulkan SK Planet Co., sebuah pengendali platform e-dagang tempatan mendedahkan, penjualan produk kecantikan di laman webnya meningkat 29 peratus pada 2017.

Bagaimanapun, syarikat berkenaan enggan memberikan angka jualan sebenar. Jualan gincu kanak-kanak misalnya meningkat dengan drastik iaitu sebanyak 549 peratus.

Menurut syarikat itu, data turut menunjukkan, penjualan kosmetik kanak-kanak dalam talian meningkat sejak beberapa tahun kebelakangan ini, mencatatkan pertumbuhan sebanyak 94 peratus dan 251 peratus masing-masing pada 2015 dan 2016.

“Populariti kosmetik yang selama ini dianggap hanya untuk wanita, kini turut digunakan oleh golongan lelaki dan juga kanak-kanak,” kata pegawai SK Planet.

Satu kajian yang dimuatnaik di laman web Korea Citation Index, menunjukkan 42.4 peratus pelajar sekolah rendah memakai alat solek dan 43.4 peratus responden mengatakan mereka mula bersolek pada gred kelima.

Kajian yang dijalankan bermula 14 November hingga 9 Disember 2016 itu, membabitkan 288 remaja perempuan gred empat, lima dan enam di sekolah rendah di Seoul, Incheon dan bandar perindustrian di tenggara Ulsan.   

Kerajaan Korea Selatan sedang mengkaji sama ada terdapat keperluan untuk memantau produk kosmetik kanak-kanak, dengan menambahkan kategori berasingan terhadap label bahan, termasuk bahan yang boleh menyebabkan alahan.

“Terdapat pandangan berbeza mengenai sama ada perlu membuat kategori berasingan untuk kosmetik kanak-kanak. Kami kini di peringkat mengumpulkan pendapat,” kata seorang pegawai kerajaan.

— BERNAMA



Source link

read more

Data banci pertama Rohingya menerusi projek global



KUALA LUMPUR: Sekumpulan aktivis Rohingya mengambil inisiatif melaksanakan Projek Rohingya iaitu program banci global bagi mengenal pasti etnik tanpa negara itu di seluruh dunia.

Pengasas bersama projek itu Muhammad Noor berkata menerusi projek banci pertama itu, yang akan dimulakan tahun depan, mereka menyasarkan untuk mendaftar kira-kira 3.5 juta Rohingya di seluruh dunia.

“Selepas didaftar, etnik Rohingya akan diberi kad pengenalan rasmi yang mengandungi maklumat diri mereka.

“Dengan adanya kad pengenalan diri itu, kita berharap ia akan membuka lembaran baru kehidupan bagi semua Rohingya di seluruh dunia,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Projek Rohingya peringkat Malaysia di sini, hari ini.

Buat permulaan, katanya, projek itu berharap untuk membanci 1,000 Rohingya di beberapa negara termasuk Malaysia.

Muhammad berkata semua maklumat itu akan disimpan dalam satu sistem data digital yang boleh diakses secara global.

Dalam pada itu, beliau berkata kumpulannya berharap untuk mendapat sokongan orang ramai dalam menangani isu etnik Rohingya, yang kini dianggap sebagai tiada negara selain dihimpit masalah kewangan.

Kumpulan itu juga berharap dengan adanya identiti rasmi menerusi projek bancian itu, etnik Rohingya berpeluang mengikuti latihan vokasional, keusahawanan selain mudah mendapat pekerjaan di mana jua mereka berada.

— BERNAMA



Source link

read more

Kebocoran data peribadi Alamat IP terlibat dikesan di dua lagi negara



KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengenal pasti dua lagi alamat Protokol Internet (IP) masing-masing di Belanda dan Hong Kong dalam usahanya mencari punca kebocoran data peribadi 46.2 juta pelanggan nombor telefon mudah alih di negara ini, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.

Penemuan terbaharu ini menjadikan jumlah alamat IP yang terlibat dalam kes ini sebanyak tiga, dengan yang pertama dikenal pasti di Oman pada bulan lepas.

“Sekarang polis sedang berusaha lengkapkan siasatan dan mengalami kesukaran untuk kesan e-mel (pemilik),” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penutup Kejohanan Tenis dan Silat Piala Ketua Polis Negara 2017 di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur, di sini, hari ini.

IP adalah urutan nombor unik yang diperuntukan bagi setiap peranti yang disambungkan kepada rangkaian komputer. Alamat IP ini merupakan kod identiti dan ia membolehkan komputer menerima dan menghantar data melalui rangkaian komunikasi.

Ditanya adakah polis akan meminta bantuan pihak berkuasa negara lain, beliau berkata buat masa ini ianya tidak perlu.

“Buat masa ini siasatan sedang dilakukan bersama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC),” katanya.

Pada 1 Nov lepas, Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak dilaporkan berkata pihaknya telah mengenal pasti sumber yang mungkin menjadi punca kebocoran data peribadi 46.2 juta pelanggan nombor telefon mudah alih di negara ini.

BACA: 46 juta data peribadi bocor: Polis kenal pasti sumber

Salleh berkata siasatan sedang dilakukan MCMC dengan kerjasama polis agar tindakan segera dapat diambil untuk menyelesaikan isu itu.

Pada awal Nov, laman Lowyat.net menyiarkan artikel berhubung kecurian data berkaitan maklumat peribadi besar-besaran untuk dijual, melibatkan 50 juta data daripada syarikat telekomunikasi dan 17 juta data daripada laman mencari kerja.

— BERNAMA



Source link

read more

KelGov JPS sediakan data tepat taburan hujan, paras air sungai – Jenayah


KOTA BHARU 27 Nov. – Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Kelantan hari ini melancarkan KelGov JPS, iaitu aplikasi mudah alih bagi membolehkan orang ramai memantau situasi banjir di seluruh negeri ini.

Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri, Kamal Mustapha berkata, aplikasi itu boleh dimuat turun secara percuma oleh semua pengguna telefon pintar, android atau ios.

Kata beliau, antara data penting disediakan menerusi aplikasi tersebut ialah taburan hujan dan situasi terkini paras air sungai di Kelantan yang dikemas kini setiap sejam.

“Kita minta masyarakat jangan hanya tengok khabar angin tular, atau dengar cakap-cakap orang kampung sahaja. Sebaliknya, teliti data yang kita sediakan menerusi KelGov JPS dan nilaikan sendiri keadaan tersebut.

“Sebagai contoh, taburan hujan mencecah 100 mm iaitu sangat lebat, manakala hari ini paras air sungai naik melebihi paras bahaya 9 meter. Maknanya, kalau rumah anda di kawasan rendah, bersiap sedialah berdepan dengan banjir,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas perasmian Karnival JPS Kelantan 2017 dan pelancaran KelGov JPS yang disempurnakan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd. Faudzi Che Mamat, di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Ceritalah ASEAN – Data isnt everything


I RECENTLY gave a talk at the Communications ASEAN Summit in Kuala Lumpur. There I was, a tukang cerita (or storyteller) among techies, start-up founders and data evangelists. The message of the multiple speakers was loud and clear: Goodbye subjectivity, the 21st Century is the age of Big Data (i.e. the ability to process huge data sets – quintillions of bytes of information)

But is it really?

Last year, at the height of US elections, I was in Houston, Texas spending some time with the Vidanas, two Mexican-American brothers living in the suburbs of the oil-rich city. The two gun-loving conservatives were staunch Donald Trump supporters despite their Latino heritage. This was puzzling to me: the Orange One had threatened to build a wall and kick out people like them!

But after spending a few days with them, hanging around local taquerias (taco joints), marvelling at their little gun shop, speaking to their parents (and cousins and grandparents and so on), I got a sense of why they might look up to Trump.

Sitting in their backyard – where a drug dealer had left bullet holes in their fence – I could feel their frustration with the status quo, their desperation for change that no survey asking to rate their disappointment on a scale from 1 to 10 could really capture.

On polling day, The New York Times posted a prediction that there was an 85% chance for a Clinton victory. After weeks of speaking face-to-face with ordinary people from different walks of life all over the United States, I wasn’t so sure.

That night, while sitting in a hotel in semi-rural Michigan (as it happened, the epicentre of the pro-Trump wave), I had a sinking feeling that the “former” reality TV star would come out on top.

Much to my dismay, he did. The pundits were devastated and have probably not recovered from the blow.

In the end, a naïve reliance on data-alone failed us.

Don’t get me wrong: it’s important. GDP growth, inflation, unemployment rates, gross revenue—all these facts and figures form the backbone of any proper analysis.

But in a world drowning in data, knowing the numbers just isn’t enough. 

The New York Times predicts that there was an 85 per cent chance of a Clinton victory. - Karim Raslan Photo

Facebook collects information on every post you like, Google records every search you make and Instagram remembers every photo you uploaded. We sign away our privacy and allow Big Brother to know the minutiae of our lives, sometimes even more than our closest friends and family. This deluge of data has brought customized conveniences such as Apple’s Siri, but at what cost?

Recently, it was revealed that there was a massive leak of 46 million mobile users’ information in Malaysia, exposing home addresses, national identity card numbers and in some cases, medical records. Some have had unknown mobile numbers signed up on their behalf. The incident revealed the dark side of data—more information can mean more risk.

At the same time, we must be cautious of turning data into a fetish. The past few years have seen pollsters, riding on a wave of Big Data enthusiasm, rise to rock-star status within the political punditry circuit—only to be smacked in the face with their dead-wrong predictions.

Too many polls failed to see the ascendancy of Trump, Brexit and the emergence of ethno-nationalist movements across Europe.

In her book “Weapons of Math Destruction”, Harvard-trained mathematician Cathy O’Neil warns of the dangers of blind faith in big data. She argues that “objectivity” is a “marketing trick”, demonstrating that opaque algorithms riddled with faulty assumptions in fact reinforce human bias.

The Vidana brothers are Mexican-Americans living in the suburbs of Houston, Texas and staunch Trump supporters. Karim Raslan Photo

Sometimes, sticking to the data we know can trap us in history. After all, there is no data for new and untested ideas.

All this goes to show that data is not destiny.

But neither should we blindly follow our instincts.

Instead, human insight coupled with information is the way forward.

We need to be data-informed, not data-driven. There is a difference.

In September, a survey by research institute Social Weather Stations (SWS) reported a 15-point drop in Philippine President Rodrigo Duterte’s trust ratings. Opposition groups and the media were quick to jump on the bandwagon, heralding the end of the controversial leader’s “honeymoon”. 

 Donald Trump shakes hands with Rodrigo Duterte at the ASEAN Summit held in Manila in November 2017. REUTERS

I flew to the Philippines and interviewed several Duterte supporters to see what had driven the change.

One of them was Manuel S. Abad, a 49-year-old sales manager living in Metro Manila. He acknowledged concerns about the casualties of the drug war, but ultimately remained firm on his support for the president.

“Duterte has brought tangible results, and my life has improved in very important ways since he took office. People can feel that.”

READ: In La Loma, Duterte’s Still The Man 

Days after the SWS survey, another study by rival firm Pulse Asia showed only a 1% drop in the president’s trust ratings—within the margin of error.

In the face of conflicting data, there’s no substitute for being on the ground.

The devil is in the details, and often, numbers can’t capture the nuances of human sentiment.

On surveys, voters are loath to reveal their inner conflict, and try to boil down complex feelings into simple dichotomies: Yes or No.

The space between “Yes” and “No” is where kings are made.

At the end of the day, data is like the words of any work of literature—you need to interpret them.

As much as the scientists among us wish for a world without biases, we are still human—and that means unpredictability.

And while sometimes I may grumble at the irrationality, the contradictions and the chaos that is human nature, at the end of the day, I wouldn’t change a thing.

Southeast Asia – and human beings – are all the more fascinating for it.



Source link

read more

Pemantauan aktiviti militan tidak ganggu data peribadi pengguna



IPOH: Pemantauan aktiviti militan dan berbaur keganasan akan dilaksanakan secara teliti tanpa mengganggu privasi serta data peribadi pengguna media sosial.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata pihaknya giat melaksanakan pemantauan dan tindak balas terhadap pesanan atau kenyataan yang mempunyai elemen keganasan di media sosial.

Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri menegaskan orang ramai tidak perlu bimbang mengenai tindakan pemantauan itu kerana tiada pencerobohan maklumat peribadi mereka berlaku.

“Jangan khuatir, kita tidak akan pernah mengusik data peribadi atau lain-lain maklumat peribadi tetapi kita akan gunakan kaedah tertentu untuk melakukan pemantauan terhadap aktiviti mana-mana rakyat Malaysia atau ‘pejuang luar’ yang terlibat di dalam mempromosikan Daish, Jemaah Islamiyah (JI), ataupun mana-mana organisasi militan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penutupan Persidangan Pemikiran dan Tamadun Islam Dunia edisi keempat pada petang Isnin.

Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk berkata Malaysia dikenali sebagai negara yang berpengalaman dalam mengendalikan radikalisasi dan pengganas serta komunis selama ini.

Jelasnya, sebelum ini usaha tersebut juga telah mencapai kejayaan dari segi ideologi dan psikologi setinggi 97.5 peratus.

Katanya, usaha itu dilaksanakan apabila pihak pertahanan negara berdepan kumpulan militan terutamanya mereka yang terdiri daripada pelbagai kumpulan pengganas yang sebelum ini ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan kini di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012(SOSMA).

“Mereka ditempatkan di satu tempat khas dan kami telah melakukan pengubahsuaian di Kem Tahanan Kamunting sebagai pusat pemulihan untuk mereka yang ditahan atas faktor keganasan,” ujarnya lagi.

Timbalan Perdana Menteri berkata, sebelum ini satu resolusi pada persidangan itu bersetuju akan membentuk jalinan kerjasama di antara Unit Keganasan bukit Aman, Pusat Keamanan Raja Salman serta Pusat Keamanan Sejagat dan Anti Keganasan ASEAN.

Katanya, ketiga institusi itu akan meletakkan Malaysia di peta dunia atas sumbangan negara berdepan dan menangani masalah keganasan, militan serta extremisme.



Source link

read more

Uber sembunyikan kebocoran data libatkan 57 juta pengguna



SYARIKAT khidmat pengangkutan atas talian, Uber hari ini mengesahkan telah menyembunyikan kebocoran data yang menjejaskan 57 juta penumpang dan pemandu seluruh dunia pada 2016.

Menurut laporan Bloomberg, syarikat tersebut juga telah membayar USD$100,000 (RM413,770) kepada penggodam untuk memadamkan data-data tersebut.

Bekas ketua pegawai eksekutif Uber, Travis Kalanick memaklumkan beliau menyedari perkara tersebut sejak tahun lalu.

Uber turut memberitahu, para penggodam menemui 57 juta nama, alamat dan nombor telefon penumpang dan pemandu.

Dari jumlah itu, 600,000 identiti pemandu termasuk butiran lesen mereka terdedah.

Halaman sumber bagi membantu mereka yang terjejas turut dibuat.

Setakat ini hanya pemandu ditawarkan perlindungan pemantauan kredit secara percuma.



Source link

read more

Siasatan kehilangan data masih diteruskan – KL & Putrajaya


KUALA LUMPUR 17 Nov. – CIMB Group Holdings Bhd berkata siasatan berhubung kehilangan pita magnetik yang mengandungi data sokongan pelanggan, masih diteruskan.

“Pada peringkat ini masih terlalu awal untuk bank membuat kenyataan lanjut mengenainya.

“Namun, kami yakin langkah-langkah keselamatan yang dipertingkat dan pengukuhan proses dalaman, akan menjamin keselamatan ‘transaksi’ pelanggan,” katanya dalam satu kenyataan sebagai respon kepada kenyataan Ketua Polis Negara (IGP), Mohamad Fuzi Harun pada Khamis bahawa kehilangan itu berpunca daripada kecuaian petugas bank.

IGP juga berkata, tidak wujud sebarang elemen sabotaj.

“Kami menegaskan bahawa data kesahihan pelanggan seperti nombor pengenalan peribadi, kata laluan, atau nombor nilai pengesan kad kredit juga selamat,” kata CIMB Group.

Pada 10.10 pagi, saham CIMB meningkat lapan sen kepada kepada RM6. – BERNAMA



Source link

read more

Pita data CIMB hilang Polis buka kertas siasatan kemungkinan cuai



KUALA LUMPUR: Polis membuka kertas siasatan berhubung kehilangan pita data sokongan CIMB Bank yang hilang pada 13 November lalu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata siasatan awal polis mendapati kecuaian menjadi punca kehilangan pita tersebut.

“Kita telah buka kertas siasatan dan menjalankan siasatan. Setakat yang kita tahu berdasarkan siasatan, kita belum terima apa-apa petunjuk lagi.

“Mungkin ada sedikit unsur kecuaian melibatkan kakitangan yang mengendalikan pita data tersebut,” katanya pada sidang media selepas program Perhimpunan Pegawai Awam Ke-11 bersama Ketua Polis Negara di Maktab PDRM Kuala Lumpur, Cheras hari ini.

BACA: Pita data sokongan hilang, CIMB tingkatkan langkah keselamatan

Beliau pada masa sama menafikan sebarang unsur sabotaj dalam kes itu.

Ujarnya, orang awam tidak perlu khuatir akan kes tersebut kerana ia tidak mendatangkan masalah kepada pelanggan.

Tambahnya, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri.

Kes dikendalikan Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya.



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons