Disaman penonton mahkamah arah David Copperfield dedah helah silap mata



AHLI silap mata terkenal, David Copperfield diminta mahkamah untuk mendedahkan rahsia di sebalik helah silap matanya yang paling terkenal iaitu ‘Lucky #13’.

Lapor New York Post, ahli silap mata berusia 61 tahun itu disaman lelaki Britain yang mendakwa mengalami kecederaan serius semasa mengambil bahagian dalam persembahan Copperfield di MGM Grand Hotel pada tahun 2013.

Penerbit Eksekutif Copperfield, Chris Kenner bagaimanapun bertindak mendedahkan bagaimana helah “Lucky # 13” dilakukan.

Mengulas dari awal hingga akhir, beliau menjelaskan bagaimana Copperfield memilih 13 orang penonton secara rawak dan kemudian membawa mereka ke atas pentas dan duduk di sebuah platform.

Copperfield kemudian menutupi mereka dengan kain hitam dan akhirnya membuat kumpulan itu hilang.

Beberapa saat kemudian, Copperfield mengarahkan penonton untuk melihat ke belakang yang menunjukkan bahawa 13 penonton tadi berada di dalam cermin ilusi.

Perbuatan melenyapkan 13 penonton terpilih itu dilakukan dengan bantuan panggung, yang mana mereka dibawa melalui satu jalan tersembunyi setelah tirai dinaikkan.

Mereka kemudian dibawa melalui terowong rahsia MGM dengan bantuan lampu suluh dan akhirnya dibawa kembali ke teater melalui jalan belakang.

Bagaimanapun, peserta lelaki, Gavin Cox yang dipilih ketika itu mendakwa tercedera setelah terjatuh ketika melalui laluan sembunyi berkenaan sehingga mengalami kecederaan otak.

Dia mendakwa bahawa laluan yang dilalui dipenuhi dengan habuk tapak pembinaan dan debu menjadikan mereka sukar untuk bergerak.

Cox, bekas tukang masak untuk Keluarga Diraja Britain, mendakwa bil perubatannya berjumlah lebih AS$400,000 – dan kecederaannya mungkin akan kekal sepanjang hayatnya.

Perbicaraan sivil Copperfield dijangka diteruskan minggu hadapan.



Source link

read more

Khloe Kardashian dedah nama anak



BINTANG reality Khloe Kardashian nampaknya meneruskan tradisi keluarganya dengan memilih nama lain daripada yang lain untuk anak perempuannya.

Dalam entri terbarunya di Instagram, Khloe mengumumkan kepada pengikutnya bahawa nama ‘True Thompson’ dipilih untuk anak hasil hubungan dengan teman lelakinya, Tristan Thompson.

Ramai mengetahui True lahir ketika hubungan Khloe dan Tristan sedang goyah dilanda laporan skandal Tristan.

Rata-rata netizen menganggap nama True dipilih sebagai sinikal kepada perlakuan Tristan yang curang kepada Khloe ketika dia hamil.

Bagaimanapun, Ibunya, Kris Jenner dalam post terbaru di Instagramnya berkata bahawa nama True adalah bersempena nama bapa dan datuk Kris.

Terdahulu, adik tiri Khloe, Kylie Jenner menamakan anaknya perempuannya Stormi, manakala Kim Kardashian memilih North, Saint dan Chicago untuk anak masing-masing. 



Source link

read more

Anggap dakwaan kahwin di Thailand kelakar Bienda dedah lokasi sebenar majlis pernikahan



Selepas lapan tahun, Bienda akhirnya mendedahkan punca dia berkahwin dalam diam sehingga kini mempunyai dua cahaya mata.

Penyanyi yang pernah popular menerusi lagu Penantian ini memberitahu dia bersama suami berusaha kumpul duit sendiri untuk bernikah pada tahun 2009 sebelum mengadakan resepsi setahun selepas itu.

“Masa itu apabila orang tanya kenapa nikah gantung, takkan saya nak cakap tiada duit. Walaupun saya anak perempuan tapi saya tidak mahu menyusahkan mak, ayah atau suami,” katanya kepada Astro Gempak.

Jelasnya, pada masa itu dia tidak menafikan mahupun menidakkan berita dia sudah berkahwin.

“Tujuan saya dengan suami tak nak susahkan keluarga. Jadi, kami sama-sama ‘struggle’ masa nikah awal-awal.

“Saya berniaga di Downtown Cheras jual tudung kemudian kami simpan duit pada setiap tahun untuk akad nikah pada tahun pertama dan tahun kedua untuk majlis persandingan,” katanya.

Sebagai persediaan masa depan, penyanyi berusia 33 tahun ini mengambil keputusan membeli rumah selepas berkahwin.

“Ada cerita kelakar saya berkahwin di Thailand tapi sebenarnya di Gombak dekat rumah mak. Untuk kehidupan Bienda, suami adalah orang yang sangat penting yang banyak menyokong saya.

“Pada semua yang ada perancangan nak berkahwin tak payah membazir, dahulukan yang wajib, simpan duit beli rumah,” katanya.



Source link

read more

Nur Shahida dedah buka akaun Instagram kerana nak stalk Aliff Syukri



USAHAWAN kosmetik yang juga merupakan bekas penyanyi kumpulan Solehah, Datin Seri Nur Shahida mendedahkan tujuan asalnya membuka akaun laman sosial Instagram adalah untuk memantau aktiviti suaminya, Datuk Seri Aliff Syukri.

Shahida membuat pendedahan tersebut menerusi salah sebuah entri terbaru di laman Instagram miliknya,
@shahidadherbs.

Menerusi entri tersebut, Shahida berterima kasih kepada semua pengguna laman Instagram yang mengikutinya sehingga jumlah ‘followers’ mencecah angka satu juta.

“Terima kasih semua yang sudi follow saya. Dah satu juta followers rasa macam tak percaya sebab mula-mula buat Instagram ni nak stalk @aliffsyukriterlajaklaris je,” tulis Shahida.
Sementara itu, Aliff turut menyakat isterinya menerusi salah sebuah entri di laman Instagram miliknya, @aliffsyukriterlajaklaris.

“Wow satu juta penyokong di Instagram isteri saya @shahidadherbs. Tahniah walaupun you hanya buat untuk stalk I dan jenuh paksa untuk buat update foto dan video. Ni akhirnya you ada satu juta followers. Macam artis sangat hahaha,” tulis Aliff.

Aliff yang merupakan pelakon utama filem Badang kini mempunyai 2.5 juta pengikut di laman Instagram.



Source link

read more

Polis UK dedah video malam kejadian Trafalgar Square beri ganjaran kepada saksi



LONDON: Selepas tragedi yang meragut nyawa Trafalgar Square, London, pihak Polis Metropolitan akhirnya mendedahkan video malam kejadian menerusi platform Twitter mereka.

Video tersebut jelas menunjukkan mangsa, Desmond O’Beirne, 51 tahun, diserang secara rambang oleh dua individu dan kemudiannya ditinggalkan di tengah-tengah tempat kejadian pada malam 3 Jun 2017 itu.

Pihak polis kini sedang giat mencari saksi terbabit dan akan memberi wang ganjaran sebanyak £20,000 (RM109,841) kepada sesiapa sahaja yang tampil dengan bukti yang sahih.

Terdahulu, pada malam kejadian, Desmond dilaporkan keluar bersama rakan-rakannya sebelum diserang dan dipukul oleh suspek.

Selepas kejadian, dia dibawa ke hospital dan berada dalam keadaan koma sehinggalah dia menghembuskan nafas terakhir pada Disember lepas.

Menurut Detektif Cif Inspektor, Noel McHugh, kejadian tersebut berlaku sebelum insiden serangan London Bridge, meskipun pada hari yang sama.

“Untuk sesiapa yang berada di London pada waktu itu dan mempunyai gambar atau video pada hari kejadian sila tampil ke hadapan kerana bantuan anda amat diperlukan,” katanya seperti dipetik dalam laporan portal The Telegraph.

Sementara itu, Vivienne Folan, yang merupakan kakak kepada mangsa, berkata pelaku harus dibawa ke muka pengadilan kerana telah mengakibat kematian adiknya.

“Saya berharap sesiapa yang mempunyai bukti untuk bantu menyelesaikan kes ini kerana Desmond merupakan seorang adik yang bertanggungjawab dalam hidupnya,” jelasnya.



Source link

read more

Najib, Musa dedah pengkhianatan Mohd. Shafie


SEMPORNA – Didepan lebih 14,000 penduduk Semporna, Datuk Seri Najib Razak dan Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman hari ini menceritakan buat kali pertama bagaimana persahabatan mereka dikhianati oleh Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal.

Kata Perdana Menteri, yang menganggap Mohd. Shafie yang juga bekas Naib Presiden UMNO itu sebagai sahabat karibnya, kedudukan bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah itu dalam UMNO tidak akan meningkat jika tidak kerana pertolongannya.

“Saya tolong dia lebih banyak daripada apa yang saya lakukan untuk (Ketua Menteri Sabah) Tan Sri Musa Aman. Musa sudah menjadi ketua menteri apabila saya menjadi perdana menteri.

“Saya membantu Shafie menjadi Naib Presiden UMNO dari Sabah, yang tidak pernah dilakukan sebelum ini. Ia adalah peluang luar biasa yang diberikan kepadanya. Sekiranya saya tidak berkempen untuknya, dia tidak akan menang,” kata Najib yang dipetik dari portal Agendadaily, hari ini.

Selain itu, kata Najib, beliau melantik Mohd. Shafie sebagai menteri yang menjaga pembangunan luar bandar kerana percaya portfolio itu akan membantu merangsang kemajuan Sabah.

Berucap di hadapan penduduk Semporna dan penyokong Barisan Nasional (BN) pada majlis pelancaran Hab Pelancongan di sini, Najib berkata, namun Shafie memilih untuk tidak melakukan kerja dengan tekun dan enggan bekerjasama dengan orang lain.

“Saya telah beri nasihat kepada Shafie, berulang kali, untuk dia bekerja dengan Musa, tetapi dia (Shafie) tidak dengar. Saya kecewa dalam keadaan tertentu dia tikam saya dari belakang… pedih rasanya apabila sahabat karib berbuat demikian,” kata Perdana Menteri.

“Saya masih boleh terima jika anda tidak suka saya, saya tidak meminta anda untuk menjadi setia kepada saya sebagai individu, tetapi setia kepada kepimpinan parti serta kerajaan,” ujarnya.

Menurut Najib yang juga Pengerusi BN itu, beliau tidak boleh bercakap lebih lanjut mengenai Mohd. Shafie kerana terasa sakit apabila bercakap mengenainya.

Mohd. Shafie meninggalkan UMNO selepas dia digantung dari jawatannya berikutan serangan yang dilakukan terhadap kepimpinan parti dan kini memimpin Parti Warisan di Sabah.

Sementara itu, Musa pula menceritakan, bagaimana beliau sendiri diminta oleh ahli UMNO untuk bertanding jawatan Naib Presiden UMNO tetapi memberi laluan kepada Mohd. Shafie untuk mengelakkan dua calon dari Sabah mencari kedudukan yang sama.

“Sebelum itu, pada tahun 2003, semasa pemilihan Majlis Tertinggi, kami berdua bertanding dan saya menduduki tempat keempat dengan 1,837 undi manakala Shafie diletakkan pada kedudukan kelapan dengan 1,672 undi – saya boleh bertanding sebagai jawatan naib presiden (2009), tetapi saya memberi jalan kepadanya.

“Dia minta saya membantunya (dalam berkempen), saya berkata baik dan saya memanggil semua ketua bahagian di seluruh Sabah untuk sarapan bersama Shafie, saya meminta semua orang menyokongnya sebagai calon tunggal dari Sabah,” katanya.

Kata Musa, selepas menang, bekas Naib Presiden UMNO itu langsung tidak mengucapkan terima kasih, malah menuduhnya cuba mensabotaj beliau.

“Apabila beliau menang (Naib Presiden), Perdana Menteri melantiknya jawatan penting yang tidak pernah dipegang seorang pemimpin Sabah iaitu Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah,” katanya.

Musa berkata, Shafie tidak pernah melawatnya selepas menjadi menteri yang dilantik setiap kali dia kembali ke Sabah, tidak seperti menteri Persekutuan lain yang datang dari Sabah.

“Saya menganggapnya sebagai abang dan kawan… Kita berdua rakyat Sabah, kenapa tidak datang (dan memberitahu) Musa ini peruntukan saya (kementerian), kita membincangkan apa yang kita boleh buat di Sabah, itulah yang saya harapkan, tetapi tidak pernah berlaku.

“Jika dia mahu saya datang ke Kuala Lumpur dan berjumpa dengannya di sana, saya pergi, tetapi saya tidak pernah mendapat jemputan… walaupun pintu saya sentiasa dibuka,” kata Musa.

Musa berkata, lebih mengecewakan apabila Mohd. Shafie menentang Najib dan mengkhianatinya.

Beliau menambah, Najib memberikan sokongan kuat kepada Shafie sehingga ramai yang menganggap mereka sebagai saudara.

“Pada masa itu Perdana Menteri lebihkan Shafie berbanding saya, tetapi saya tidak kecewa kerana saya tahu Shafie adalah timbalannya (Najib) di Kementerian Pertahanan (sebelum ini). Jadi, bagaimana dia sanggup ‘menikam’ Najib,” katanya. – theRakyat



Source link

read more

Bintang filem lucah Stormy Daniels ada video bogel Trump bakal dedah malam ini



NEW YORK : Pelakon filem lucah Amerika Syarikat, Stormy Daniels bakal mendedahkan kisah hubungan sulitnya dengan presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dalam rancangan bual bicara CBS “60 Minutes” hari ini.

Ini termasuk video bersama Presiden Amerika Syarikat itu yang mungkin akan didedahkan Daniels.

Peguam Daniels, Michael Avenatti menerusi Twitternya memuat naik gambar menunjukkan sekeping DVD dengan kapsyen: “Jika gambar menceritakan seribu perkataan, agaknya gambar ini bernilai berapa perkataan????”

Tweet misteri itu membayangkan anak guamnya itu ada rakaman ‘bersama’ Presiden AS itu.
Skandal seks Trump menjadi bualan hangat apabila seorang lagi wanita dikaitkan dengan Presiden AS itu.

Terbaharu, bekas model majalah Playboy, Karen McDougal 47, mendakwa menjalin hubungan selama sembilan bulan ketika tempoh awal perkahwinan Trump dengan Melania.

BACA: Donald Trump ‘hadiahkan’ saya wang selepas kami bersama – Model Playboy dedah hubungan terlarang

BACA: Melania tahu tentang skandal seks Trump



Source link

read more

Donald Trump hadiahkan saya wang selepas kami bersama – Model Playboy dedah hubungan terlarang



BERITA mengenai skandal seks melibatkan Presiden Amerika Syarikat nampaknya masih belum reda.

Bekas model majalah Playboy, Karen McDougal terus mendedahkan perangai ‘jijik’ presiden Amerika Syarikat yang ke-45 itu.

Namun, menerusi satu temu bual eksklusif bersama Anderson Cooper di saluran CNN, McDougal mendedahkan Trump sering kali ingin ‘menghadiahkannya’ wang selepas melakukan hubungan seks bersama.

“Selepas kami melakukan hubungan seks, Trump cuba membayar saya, namun saya tidak tahu bagaimana ingin menerima wang tersebut,” katanya.

McDougal muncul di saluran CNN untuk menceritakan mengenai hubungan terlarangnya bersama suami orang iaitu Trump yang dijalin sepuluh tahun lalu. Kejadian itu nyata memberikan tekanan terhadapnya.

Wanita berusia 47 tahun ini turut meminta maaf kepada Melania Trump hubungan terlarang tersebut terjalin ketika tempoh awal perkahwinan Presiden AS itu dengan Melania.

“Apa yang boleh saya katakan selain memohon maaf kepada Melania, saya juga tidak mahu perkara ini berlaku kepada diri saya,” tambahnya.

Menurut McDougal lagi, dia dan Trump akan bertemu sekurang-kurangnya lima kali sebulan serta kerap menjalin hubungan seks bersama.

Satu lagi pendedahan yang mengejutkan apabila bekas model Playboy ini menambah bahawa Trump tidak pernah menggunakan sebarang bentuk perlindungan sewaktu mereka bersama.

Dakwaan hubungan sulit itu bagaimanapun dinafikan oleh White House.

Tambahnya lagi, dia yang turut mengundi Trump ketika pilihan raya presiden, selain faham tindakan Trump menafikan perkara tersebut.

Selain itu, McDougal turut tampil buat pertama kali di televisyen selepas memfailkan saman terhadap American Media Inc yang merupakan sebuah anak syarikat The National Enquirer awal minggu lalu.

Jurucakap korporat kepada American Media Inc pada Selasa turut mengeluarkan kenyataan kepada CNN bahawa McDougal bebas memberikan sebarang kenyataan mengenai skandal tersebut dan pihak mereka tidak pernah melarangnya berbuat demikian.



Source link

read more

Dua bulan bersalin Jihan belum dedah wajah anak



DALAM pada keterujaan peminat meraikan kelahiran cahaya mata sulung penyanyi Datuk Siti Nurhaliza dan Datuk Khalid Muhamad Jiwa Isnin lalu, ramai juga yang terntanya-tanya tentang perkembangan terkini Jihan Muse selepas bergelar ibu.

Apatah lagi, Jihan sehingga kini masih belum berkongsi wajah putera sulung mereka, biarpun sudah hampir dua bulan dilahirkan.

Malah, pelawak dan pengacara Gegar Vaganza yang kini masih dalam proses berpantang itu juga belum berkongsi nama penuh cahaya mata hasil perkongsian hidupnya dengan pelakon Ungku Hariz, sebaliknya hanya memanggilnya dengan gelaran Baby Ninja.

Menerusi Instagram peribadinya, Jihan telah memuat naik gambar persandingannya bersama suami dengan bersempena sambutan ulangtahun kedua perkahwinannya.

Pada kapsyen gambar tersebut, Jihan telah memohon agar para peminat mendoakan kebahagiannya sekeluarga

“Wahai sekalian rakyat siber!! Sempena hari ulang tahun perkahwinan yang kedua ini, beta titahkan semua rakyat bergembira dan senyum sepanjang hari. Maafkan semua orang, bersihkan hati dan hidup dengan bahagia.

“Kalau sakit hati sangat, simpan sambung esok. Harini off segala badmood. Badvibes. badmouth. Marilah jadi citizen of net yang baik.

“Jangan lupa selit doa untuk kebahagiaan kami sekeluarga juga ya. Sekian dari balairung sewa. Assalamualaikum,” tulisnya dalam nada jenaka.

Berikutan itu, para peminat dan pengikut Jihan turut mengambil kesempatan bertanya tentang cahaya mata mereka berdua dan meminta agar Jihan segera memperkenalkan kepada umum.

Semestinya ramai peminat Jihan yang sudah tidak sabar untuk  melihat wajah cahaya mata pasangan ini selepas melihat beberapa selebriti lain telah mendedahkan wajah anak mereka kepada umum.

Bagimanapun, Jihan dan suami tentunya mempunyai alasan mereka yang tersendiri untuk menunggu masa yang paling sesuai bagi memperkenalkan putera sulung mereka itu.



Source link

read more

Snapchat bayar Kylie Jenner dedah gambar anak



SEBELUM ini kecoh di media sosial apabila personaliti popular Kylie Jenner mengambil keputusan untuk tidak lagi menggunakan aplikasi Snapchat.

Susulan pengumuman di Twitter pada 22 Februari itu, Snapchat dikatakan menanggung kerugian $1.3 bilion.

Namun baru-baru ini adik kepada Kim Kardashian ini memuat naik gambar muka anaknya, Stormi Webster di aplikasi itu.

Disebabkan gambar terbaharu itu, ramai yang mendakwa pihak Snapchat telah membayar Kylie untuk berbuat demikian.

Menerusi laporan Irish Mirror yang memetik laporan gosip blogger terkenal, Perez Hilton, Kylie mungkin dibayar oleh syarikat gergasi tersebut untuk mendedahkan wajah bayi perempuannya itu.

Namun pihak Snapchat menafikan dakwaan tersebut kepada Mirror Online.

Beberapa bulan lalu, Kylie dan keluarganya telah berdiam diri sepanjang kehamilannya dan memilih untuk tidak mendedahkan berita berkenaan.



Source link

read more