Kadar jangka pendek dijangka stabil dengan campur tangan BNM


KUALA LUMPUR: Kadar jangka pendek diunjurkan kekal stabil hari ini, dengan campur tangan Bank Negara Malaysia (BNM) untuk mengurangkan lebihan mudah tunai dalam sistem kewangan.

BNM menganggarkan mudah tunai hari ini sebanyak RM34.99 bilion dalam sistem konvensional dan RM12.68 bilion dalam dana Islam.

Bank pusat akan menawarkan lima tender merangkumi tender lelongan matang pelbagai RM8 bilion bagi dua hingga 34 hari; tender repo RM100 juta bagi 34 hari; tender lelongan matang pelbagai Islam RM2.52 bilion bagi tujuh hingga 30 hari dan tender Komoditi Murabahah RM100 juta bagi 30 hari.

Selain itu, ia juga akan mengendalikan Bil Antara Bank Bank Negara RM1 bilion bagi 32 hari.

Pada 4 petang, BNM akan menawarkan tender semalaman konvensional sehingga RM26.9 bilion dan tender Qard semalaman bagi RM10.1 bilion. — Bernama



Source link

read more

Tolak dijodohkan dengan pilihan keluarga bakal pengantin nekad bunuh diri



BOJONEGORO: Seorang bakal pengantin di Daerah Bojonegoro, Jawa Timur, ditemukan mati tergantung beberapa jam sebelum acara akad nikah.

Kematian tragis lelaki berusia 22 tahun itu dipercayai akibat membunuh diri kerana enggan dijodohkan dengan calon isteri pilihan keluarga.

Mangsa Angga Febriyanto yang tinggal bersama ibu dan bapanya, Tasam, 68 tahun, dan Sripah, 60 tahun, di Desa Sonorejo, Kecamatan Padangan, daerah Bojonegoro nekad menggantung diri di sebuah bilik di kediamannya.

Dalam kejadian pada Ahad sekitar jam 5.30 pagi waktu tempatan itu, ayah mangsa cuba mengejutkan anaknya untuk bersiap ke majlis akad nikah di rumah calon isteri, namun mangsa ketika itu ditemukan sudah tidak bernyawa.

Menurut laporan itu lagi, mangsa dipercayai sudah mempunyai kekasih dan enggan dijodohkan dengan gadis pilihan orang tuanya.

Polis, dalam pada itu, mengesahkan kejadian dan siasatan awal menunjukkan hanya kesan jerutan pada leher ditemukan tanpa kecederaan lain pada tubuh mangsa.

Mangsa, menurut laporan media yang memetik kata-kata seorang rakan mangsa, ialah seorang yang pendiam dan jarang bertegur sapa dengan jiran dan juga rakan.

Dia juga dikatakan suka menyendiri dan tidak mahu menceritakan masalah yang dihadapi.

Mayat mangsa diserahkan kepada keluarga untuk dikebumikan.



Source link

read more

40 tanah dengan tunggakan cukai lebih RM400000 bakal disita


KULIM: Sebanyak 40 pemilikan tanah dengan nilai tunggakan cukai berjumlah lebih RM400,000 di sekitar Kulim bakal disita selepas pemiliknya gagal membayar cukai tanah sejak 2003 hingga 2017, kata Pegawai Daerah Kulim Mohamad Che Nai.

Mohamad berkata kadar cukai setiap satu tanah yang disita itu bernilai RM1,200 setahun dengan anggaran tunggakan berjumlah lebih RM10,000 sepanjang tempoh lebih 10 tahun itu.

“Daripada jumlah tersebut, sebanyak empat tanah yang dijadikan stesen jana kuasa elektrik di kawasan perumahan sudah disita.

“Selain di Taman Seni Lunas ini, kita sudah mengambil tindakan menyita tanah di Padang Serai, Mukim Padang Cina dan Kulim,” katanya kepada pemberita selepas Operasi Sitaan Tanah Kerajaan di Taman Seni, Lunas, di sini pada Ahad.

Katanya, pihaknya sudah mengeluarkan beberapa notis termasuk Borang 2A serta sudah memanggil pemaju dan syarikat bekalan elektrik tersebut untuk berbincang namun tiada respons.

“Kemudian kita keluarkan borang 6A dan bagi masa tiga bulan namun masih tiada maklum balas.

“Untuk itu, kami ambil langkah akhir iaitu mengeluarkan borang 8A untuk lakukan sitaan. Jadi, kita akan dakwa mereka sebagai menceroboh tanah kerajaan jika mereka masuk ke tanah berkenaan,” katanya.

Dalam pada itu, Mohamad juga menjelaskan sehingga kini, sebanyak RM20 juta nilai tunggakan cukai tanah masih belum dijelaskan pemilik tanah di daerah ini.

“Tahun lepas kita berjaya kutip cukai semasa tanah sebanyak RM37 juta namun tunggakan cukai masih ada iaitu sebanyak RM20 juta. Jadi saya ingin mengingatkan pemilik tanah yang belum membuat bayaran agar segera tunaikan tanggungjawab bagi mengelakkan pelucutan hak tanah,” katanya.

— BERNAMA



Source link

read more

Kesali kerjasama dengan Woody Allen Rebecca Hall derma gaji kepada Times Up



PELAKON Hollywood, Rebecca Hall, akan mendermakan bayaran gaji dari filem terbarunya bersama pengarah Woody Allen, kepada pertubuhan Time’s Up.

Hall menerusi sebuah entri di laman Instagram miliknya berkata, dia sebelum ini bersetuju berlakon dalam filem Allen, ‘A Rainy Day in New York’, tetapi kini menyesali keputusannya untuk bekerja bersama pengarah tersebut.

Katanya, ini berikutan tuduhan anak Allen, Dylan Farrow, bahawa bapanya didakwa pernah mencabulinya semasa dia berusia 7 tahun.

Bagaimanapun, Allen menafikan dakwaan tersebut.

Hall sebelum ini pernah berlakon dalam filem ‘Vicky Cristina Barcelona’ arahan Allen pada 2008.

Pelakon terkenal itu bagaimanapun tidak menyatakan jumlah yang akan diberikan kepada organisasi yang baru ditubuhkan tahun ini itu sebagai bantahan terhadap kes serangan seksual.

Time’s Up juga ditubuhkan bagi mengumpul dana untuk membantu mereka yang pernah menjadi mangsa serangan seksual di tempat kerja.



Source link

read more

Malaysia mampu bersaing dengan negara Arab – Bola Sepak


CHANGSHU, China 13 Jan. – Selepas berjaya membantu skuad bawah 23 (B-23) negara mengutip satu mata berharga dengan mengikat Jordan 1-1, Safawi Rasid menegaskan sudah tiba masanya untuk lawan dari negara Arab tidak memandang rendah terhadap kemampuan negara.

Penyerang skuad B-23 itu menyempurnakan sepakan penalti untuk memastikan satu mata berharga menjadi milik Malaysia dalam aksi kedua Kumpulan C Kejuaraan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) (B-23) di Stadium Changshu hari ini.

Safawi yang sudah meledak dua gol dalam dua perlawanan peringkat kumpulan berkata dia berbangga apabila berjaya membantu pasukan untuk mencatat keputusan positif dan membuka mata lawan terhadap kemampuan Malaysia.

“Saya bersyukur kerana kami semua dapat memberikan yang terbaik untuk membantu Malaysia mencatat keputusan positif. Ini semua adalah hasil sokongan rakan sepasukan, peminat dan tunjuk ajar jurulatih dalam sesi latihan. Keputusan untuk mengambil penalti diambil oleh saya sendiri kerana saya berkeyakinan untuk mengambilnya.

“Mungkin dengan mencatat keputusan seri menentang Jordan saya percaya pasukan lawan terutamanya dari negara Arab tidak lagi memandang rendah terhadap kemampuan Malaysia kerana sebelum ini memang mereka memandang rendah.

“Apabila diletakkan dalam kumpulan sukar dengan ketiga-tiga lawan dari negara Arab saya berasa sangat berbangga kerana dapat membantu pasukan untuk mencatat keputusan positif,” katanya kepada pemberita di Stadium Changshu selepas perlawanan di sini hari ini.

Dalam aksi tersebut, skuad kendalian Iain Richard Brunskill terlebih dahulu berada di depan menerusi jaringan Ward Helal Khalid pada minit ke-16 sebelum Safawi menyempurnakan penalti pada minit ke-43.

Bercakap mengenai pertemuan terakhir Malaysia di peringkat kumpulan menentang Arab Saudi di Stadium Kunshan pada 16 Januari ini, Safawi tanpa berselindung memberitahu dia memasang impian untuk ke peringkat suku akhir.

“Sama ada saya menjaringkan gol lagi untuk pertemuan Arab Saudi bukan menjadi soal utama kerana yang penting adalah kami perlu menang,” katanya. -UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Ugut letupkan rakan kongsi dengan bom tangan


KUALA LUMPUR: Gara-gara bimbang syarikat diisytihar muflis, seorang lelaki bertindak mengugut rakan kongsinya untuk meletupkan mereka berdua menggunakan bom tangan.

Suspek bagaimanapun ditahan polis selepas mangsa membuat laporan berhubung ugutan berkenaan.

Suspek berusia lingkungan 30-an ditahan itu di sebuah kondominuim dekat Jalan Kuchai Lama, di sini hasil risikan anggota polis.

Polis turut merampas sebuah objek dipercayai bom tangan.

Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Roslan Khalid berkata, polis belum memastikan sama ada bom tersebut palsu ataupun tidak.

“Bom itu pun kita belum pasti lagi sama ada bom palsu ataupun tidak dan kita sedang menjalankan siasatan.

“Buat masa ini, untuk makluman semasa kejadian kita dah tutup semua blok (kondominium) ini supaya jangan ambil risiko. Jadi sekarang ini unit bom dan unit K9 sudah memeriksa kawasan tersebut dan ia didapati selamat,” katanya.

Objek dipercayai bom tangan itu ditemui tertanam di perkarangan kondominum terbabit.

Setakat ini, motif sebenar masih dalam siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 7 Akta Senjata Api.

Bagaimanapun, polis menolak andaian ia membabitkan kegiatan pengganas.



Source link

read more

Saya tak rasa kekok dengan Laudya Cynthia Bella – Erra Fazira



PELAKON dan penyanyi Erra Fazira menjelaskan dirinya tidak kekok dengan Laudya Cynthia Bella, isteri kepada bekas suaminya, Engku Emran.

Kemesraan antara Erra dan Bella menarik perhatian netizen serta peminat Malaysia dan Indonesia.

“Sejujurnya, saya tiada masalah dengan Bella. Saya dan Emran berpisah dengan baik. Saya selalu mendoakan agar Emran bertemu dengan jodoh yang baik.

“Alhamdulillah, dia bertemu dengan Bella. Saya tak ada masalah dengan Bella kerana kami saling menghormati. Secara jujur, saya juga rasa tak kekok dengan Bella,” kata Erra.

Tambah Erra, dia juga ikhlas menerima Bella sebagai ibu kepada Engku Aleesya.

“Saya ada buat aktiviti bersama Bella seperti zumba dan melepak bersama. Saya ikhlas terima Bella sebagai ibu Aleesya.

“Aleesya sering bercerita mengenai Bella kepada saya. Kami juga sering berhubung dan membincangkan mengenai Bella. 

“Bella sangat baik dengan saya, takkan saya mahu bersikap sebaliknya pula? Semuanya baik-baik sahaja, Insya-Allah,” katanya lagi.

Dalam perkembangan terbaru, Erra baru sahaja menyertai syarikat pengurusan MindOrder.

MindOrder turut menguruskan nama-nama lain seperti Fasha Sandha, Eyka Farhana, Nazrief Nazri dan ramai lagi.

Teks oleh: Kamaruddin Razal



Source link

read more

Peter dibebaskan dengan jaminan RM55,000


DTTjBo4UQAARnBKMO, 12/1/2018, KOTA KINABALU – Mahkamah Majistret hari ini membebaskan Naib Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Peter Anthony yang ditahan reman sejak Sabtu lalu berhubung kes pembelian tanah ladang sawit bernilai RM155 juta di Tongod, Sabah.

Proses pembebasan dibuat di hadapan Majistret Afiq Agoes di Mahkamah Majistret, Kota Kinabalu, jam 10 pagi.

Mahkamah membenarkan jaminan RM55,000 dengan seorang penjamin tempatan.

Suruhanjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diwakili Pegawai Pendakwaannya, Mohd Faliq Basiruddin manakala Peter diwakili peguam Martin Tommy.

Peter disambung reman empat hari, sejak Selasa lalu selepas tempoh tahanan reman tiga hari dikeluarkan mahkamah sama, pada Sabtu lalu berakhir.

Terdahulu Peter ditahan ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Sabah, Jumaat lalu, iaitu antara dua individu yang dipanggil untuk membantu siasatan berhubung kes urusan pembelian tanah berkenaan.

Pada awal bulan ini, mereka diberi tempoh 48 jam untuk menyerah diri di pejabat SPRM Kota Kinabalu bagi membantu siasatan berkaitan kes berkenaan.

Peter juga antara 13 individu yang disiasat SPRM berhubung kes penyelewengan dana awam berjumlah kira-kira RM1.5 bilion yang disalurkan untuk pembangunan luar bandar di Sabah antara 2009 hingga 2015.

Sementara itu, Peter ketika bercakap kepada pemberita memaklumkan beliau kurang sihat dan muntah malam tadi.

“Saya akan terus ke Hospital KPJ Damai untuk pemeriksaan,” katanya.

Faliq berkata, Peter akan dibawa ke Hospital KPJ Damai selepas mengadu tidak sihat.



Source link

read more

Dua remaja Palestin terbunuh pertempuran dengan tentera Israel



DEIR AL-BALAH: Dua remaja Palestin berusia 16 tahun terbunuh dalam pertempuran dengan tentera Israel dalam dua insiden berasingan di Tebing Barat dan Gaza pada Khamis.

Pegawai kesihatan Palestin mengesahkan mangsa pertama Amir Abu Musaed terkorban kerana ditembak di bahagian dada dalam pertempuran di Gaza.

Manakala mangsa kedua Ali Omar terkorban setelah ditembak di bahagian kepala dalam pertempuran berhampiran bandar Nablus di Tebing Barat.

Tentera Israel berkata berlaku rusuhan ganas sepanjang sempadan dan pihaknya melepaskan tembakan ke atas tiga penunjuk perasaan yang dikhuatiri mendatangkan ancaman kepada anggotanya.

Pertempuran di Palestin masih berterusan sehingga ke hari ini berikutan pengiktirafan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel oleh Presiden Amerika Syarikat Donald Trump pada Disember tahun lalu.



Source link

read more

YouTube putus hubungan dengan Logan Paul



PLATFORM langganan dari Amerika Syarikat, YouTube telah mengeluarkan surat terbuka kepada pelanggan dan pelayar tentang tindakan Logan Paul pada 2 Januari lalu.

Sebelum ini, netizen berasa kecewa terhadap YouTube kerana tidak menghukum Logan Paul dengan segera selepas menyiarkan video kontroversi dia yang mendapat lebih 6.3 juta jumlah tontonan.

Bukan itu sahaja, YouTube juga mempromosikan video tersebut sebagai video trend pada masa itu yang telah menimbulkan perasaan marah dalam kalangan netizen seluruh dunia.

BACA: Bintang YouTube dikecam kerana bergurau sebelah mayat mangsa bunuh diri

Semalam, YouTube akhirnya mengeluarkan surat terbuka untuk mengendalikan kejadian tersebut dengan menggunakan laman web sosial Twitter.

YouTube turut menjelaskan bahawa kes bunuh diri bukanlah jenaka dan tidak boleh digunakan sebagai faktor untuk menarik perhatian penonton dan menjana pendapatan.

YouTube juga membatalkan kedua-dua projek di laman langganan, YouTube Red Logan Paul sebagai hukumannya.



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons