Daripada 45kg kini 19kg Arif derita kanser tisu rayu bantuan


KUALA LUMPUR: Pening dan kabur penglihatan. Itu gejala awal kepada derita yang ditanggung Arif Mohd Nor Hafis, 9 tahun yang menghidap kanser tisu berpunca daripada ketumbuhan di kepalanya.

Bermula awal 2017, gejala yang dialami Arif semakin kritikal apabila ketumbuhan itu membesar sekaligus menolak bebola mata kiri anak sulung daripada empat beradik ini.

Arif seperti kanak-kanak biasa yang periang, aktif bersukan dan gemar bermain drum. - Foto FACEBOOK / Khairul Azar Omar

Kisah Arif tular di media sosial apabila perkongsian Khairul Azar Omar di laman Facebooknya, mendapat lebih 20,000 perkongsian sejak dimuat naik tengah hari tadi. “Beliau seorang yang periang, aktif bersukan dan gemar bermain dram. Beratnya 45kg. Kini berat Adik Arif hanya tinggal 19kg,” memetik status tersebut.

Jelasnya, sejak tahap kesihatan Arif semakin meruncing, dia tidak mampu menjamah makanan sebaliknya bergantung kepada susu.

Foto Facebook

Difahamkan, selain menerima bantuan Jabatan Kebajian Masyarakat (JKM) sebanyak RM250 sebulan, keluarga itu turut menerima bantuan daripada Zakat Selangor yang membayar sewa bulanan kediaman mereka di Klang, Selangor.

Malah, Mohd Norhafis terpaksa membuat keputusan yang sukar bagi dirinya apabila terpaksa berhenti kerja sebagai pemandu lori lantaran perlu memberi perhatian khusus kepada Arif.

Selain menerima bantuan Jabatan Kebajian Masyarakat (JKM) sebanyak RM250 sebulan, keluarga itu turut menerima bantuan daripada Zakat Selangor yang membayar sewa bulanan kediaman mereka di Klang, Selangor. - Foto FACEBOOK / Khairul Azar Omar

Sebarang sumbangan atau bantuan kewangan boleh disalurkan kepada akaun tertera:

Bank: Maybank
No. Akaun: 1628 4306 6209
Nama: Mohd Nor Hafis Abd Aziz

Bank: CIMB Bank
No. Akaun: 7063 3635 84
Nama: Mohd Nor Hafis Abd A



Source link

read more

Solange Knowles batal persembahan di Afropunk derita gangguan saraf otonom



SOLANGE KNOWLES membatalkan persembahannya di Afropunk Fest pada malam tahun baharu atas sebab kesihatan.

Menurut pos di laman instagramnya, Solange berkata beliau menghidapi gangguan sistem saraf otonom dan berjuang menentang penyakit itu selama beberapa bulan secara rahsia.

Wrote, deleted and re wrote this like 5 times… Still not sure what exactly or how much I want to share… However it’s so important to me for the people in South Africa, a place that has tremendous meaning to me and that has given me SO SO MUCH, to know why I won’t be performing at Afro Punk this NYE. The past five months I have been quietly treating, and working through an Autonomic Disorder. It been a journey that hasn’t been easy on me… Sometimes I feel cool, and other times not so cool at all. It’s a complicated diagnoses , and I’m still learning so much myself, but right now, my doctors are not clearing me for such an extended lengthy flight, and doing a rigorous show right after. I can’t put into words how saddened and sorry I am that I am unable to perform for you guys this NYE, there is simply no other place I wanted to be than there with my family to bring in 2018 with you…….but I give you my ABSOLUTE WORD I will come back with AfroPunk and deliver this performance…..as it is so extremely important to me to connect with the people who have so closely inspired me in so many ways. I can’t thank Afro Punk enough for their support, and to all of the other festivals this past summer/fall who have known about my health, kept it confidential, and gone out of their way to make me feel supported while doing these shows. As a part of the self care that I’ve tried to encourage this past year, it needs to start with myself, and I’m looking forward to doing a better job of this 2018. This past year has been one of the most fulfilling of my life… Performing this record and experiencing the energy exchange with you guys has been astounding, and I’m so excited about continuing to do the work I feel so absolutely humbled and appreciative to be doing next year. It gives me life.

A post shared by Solange (@saintrecords) on

Adik kepada penyanyi pop popular, Beyonce itu meminta maaf kepada rakyat Afrika Selatan kerana terpaksa membatalkan persembahannya atas arahan doktor.

Kata Solange, beliau mendapat rawatan sejak lima bulan lalu tetapi penyakitnya sangat rumit.

Bagaimanapun, Solange berkata akan kembali ke Afropunk tahun berikutnya bagi peminat-peminat setia.

Gangguan sistem saraf otonom boleh menyebabkan pengsan, isu tekanan darah dan beberapa simptom lain.



Source link

read more

Lelaki Jawa derita penyakit misteri kaki membesar dan menanah



JAWA TIMUR: Pergerakan Tasmuni, 28, tidak seperti orang lain.

Untuk berjalan, dia harus menyeret kaki kirinya susulan benjolan yang tumbuh hingga 60 kilogram menyebabkan dia sukar untuk bergerak.

Ketika mula menyedari bonjalan berkenaan, Tasmuni dari Jawa Timur itu berkata pada mulanya benjolan itu seperti berisi air tetapi lama kelamaan, ia semakin besar hingga menutupi seluruh kakinya, dari lutut hingga ke buku lali.

Keadaan itu menyebabkan dia tidak dapat berkasut sejak sekolah rendah.

“Saya hanya belajar sehingga sekolah rendah kerana ibu bapa saya tidak mempunyai wang yang mencukupi. Kami saya juga sakit ketika mahu berjalan,” ujarnya.

Menurut laporan portal Kompas.com, terdapat kesan luka dan nanah di kaki kirinya akibat terkena objek tajam ketika berjalan.

“Kadang-kadang terkena kayu, batu dan lain-lain sehingga terluka. Selalunya kalau luka seperti ini saya akan cuci semasa mandi,” jelasnya.

Tasmuni menambah, masalah melibatkan kakinya sudah dirujuk ke Hospital Surabaya.

Begitupun, hasil pemeriksaan doktor mendapati ketumbuhan di kaki kirinya itu bukan kanser.

“Saya pasrah, yang penting saya mahu sihat. Kalau hendak dipotong (kaki) saya tidak mahu. Biar sahaja seperti ini.”



Source link

read more

Larangan bertudung Lelaki Sikh berturban juga derita dalam senyap – Nazri



KUALA LUMPUR: Bukan hanya wanita Islam bertudung, malah lelaki beragama Sikh yang memakai turban turut mengalami nasib sama apabila turut dilarang menganuti dan mengamalkan ajaran agama yang dianutinya.

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata ia merupakan antara contoh diskriminasi yang dihadapi rakyat Malaysia yang memohon pekerjaan di kaunter hadapan sektor perhotelan.

“Ini bukan soal (permasalahan) kepada orang Islam sahaja. Yang Berhormat pernah tengok tak lelaki beragama Sikh kerja di kaunter yang pakai serban (turban)?

“Ada tak? Tidak ada. Saya percaya mereka menderita dalam senyap. Ini juga satu syarat yang mungkin dikenakan kepada orang Sikh.

“Anda hendak kerja di kaunter, tak boleh pakai serban, boleh ke saya kata begitu?’ Tak boleh,” katanya semasa sesi penggulungan perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan (Bajet 2018) bagi kementeriannya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menyifatkan berlaku pelanggaran kepada Perkara 3, Perkara 8 (2) dan Perkara 11 (1) Perlembagaan Persekutuan di mana ia secara tidak langsung telah menafikan hak individu di negara ini.

Mohamed Nazri pada masa sama melahirkan kekesalan kepada Persatuan Hotel Malaysia (MAH) yang gagal memberi penerangan kepada rangkaian hotel antarabangsa dalam isu ini.

“Dia (pengusaha hotel antarabangsa) datang negara kita, dia tidak tahu (Perlembagaan), mungkin dia tak faham budaya tetapi jadi tanggungjawab kita sebagai rakyat Malaysia untuk bagi tahu kepada mereka bahawa apa yang kamu laksanakan dan yang kamu nak kami laksanakan di negara ini tidak boleh.

“Tidak boleh buat. Perlembagaan tidak membenarkan. Takkan itu pun kita sebagai rakyat Malaysia tak boleh bagi tahu? Ia tidak berpelembagaan,” ujarnya.



Source link

read more

Derita buah zakar sebesar kelapa warga emas rayu bantuan



KUALA NERANG: “Berat mata memandang berat lagi bahu memikul”. Itulah perumpamaan yang sesuai bagi seorang warga emas, Abdullah Yunus, 71, yang dikatakan menderitai penyakit misteri iaitu ‘buah zakarnya membesar sebesar buah kelapa’.

Lelaki itu berkata dia mula mengalami penyakit itu selepas dia demam panas 30 tahun lalu dan pelbagai usaha dilakukan untuk mengubatinya namun sehingga ke hari ini masih menemui jalan buntu.

Katanya, pada peringkat awal dahulu doktor Hospital Besar Alor Setar (HBAS) memintanya membuat pembedahan tetapi dia tidak berbuat demikian atas faktor kesempitan hidup.

Doktor yang merawatnya pernah memberitahu bahawa penyakit itu adalah berpunca daripada masalah darah yang masih belum ada penawarnya, kata bapa kepada tiga anak itu kepada Bernama ketika ditemui di rumahnya di sini, hari ini.

Katanya sejak itu dia tidak mampu menoreh getah dan hanya mengharapkan bantuan orang ramai dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM400 sebulan.

“Walaupun saya sudah tidak boleh melakukan pembedahan lagi kerana faktor usia, tetapi saya masih berusaha untuk mengubatinya… saya sangat-sangat mengalu-alukan pihak yang boleh mengubati penyakit saya ini supaya dapatlah saya menjalani kehidupan seperti orang lain,” katanya.

Bagi sesiapa yang ingin menghulurkan bantuan kepada Abdullah boleh berbuat demikian di akaun Agro Bank (atas nama Abdullah) nombor 200-5061-00007093-4 atau menghubungi anak lelakinya Ishak di talian 010-817 3904.

— BERNAMA



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons