Gara-gara lubang najis AU desak Trump mohon maaf


WASHINGTON: Kesatuan Afrika (AU) yang mewakili negara-negara benua Afrika mendesak permohonan maaf daripada Presiden Donald Trump, kerana gelaran ‘lubang najis’.

Pejabat kesatuan itu yang berpangkalan di Washington menyatakan ia terkejut, kecewa dan marah gelaran berkenaan dan menyifatkan pentadbiran Trump mempunyai anggapan yang salah terhadap negara di benua Afrika.

“Kenyataan berbaur perkauman oleh Trump, menghina warga Amerika Syarikat yang menghormati kepelbagaian martabat manusia.

“Kesatuan Afrika percaya wujud salah faham besar terhadap negara-negara di dalam blok kami, oleh pentadbiran White House ketika ini,” jelas AU dalam satu kenyataan.

Kenyataan celupar Trump terhadap pendatang asing di negara itu dibuat ketika satu mesyuarat bersama anggota Kongres.

Beliau mempersoalkan kenapa negara Uncle Sam itu menerima pendatang daripada negara yang dilabelkannya sebagai ‘lubang najis’.

BACA: Kenapa terima pendatang dari negara lubang najis? – Donald Trump

Sehari selepas membuat kenyataan itu, Trump tampil buat penafian, menerusi akaun Twitternya.

BACA: Presiden Trump nafi terlepas cakap

Kesatuan Afrika mewakili 55 anggota negara di seluruh benua.



Source link

read more

Perjanjian nuklear Iran Negara Eropah desak AS tidak tarik diri



BRUSSELS: Negara-negara Eropah mendesak Amerika Syarikat supaya mengekalkan perjanjian nuklear dengan Iran.

Perjanjian itu yang menghadkan program nuklear Iran, disifatkan mampu menjadikan dunia tempat yang lebih selamat.

Desakan dinyatakan Setiausaha Luar Britain, Boris Johnson selepas pertemuan dengan rakan sejawatannya dari Iran, Perancis, Jerman dan negara Kesatuan Eropah (EU) di Brussels.

Johnson turut mendesak Presiden Donald Trump untuk memperkenalkan alternatif lebih baik, sekiranya mahu meminda atau membatalkan perjanjian nuklear tersebut.

Oktober lalu, Trump enggan mengesahkan perjanjian tersebut kerana mendakwa Iran tidak memenuhi kewajipannya seperti yang dipersetujui sebelum ini.

Sementara itu, Ketua Dasar Luar EU, Federica Mogherini menegaskan blok itu melihat perjanjian berkenaan sebagai mencapai sasaran, dengan kemampuan dunia untuk memantau rapat program nuklear Tehran.

Ia juga mengelak potensi perlumbaan menghasilkan senjata nuklear di rantau berkenaan.



Source link

read more

AS desak PBB adakan mesyuarat tergempar bincang tunjuk perasaan Iran



NEW YORK : Amerika Syarikat (AS) mendesak agar satu mesyuarat tergempar Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) diadakan bagi menangani tunjuk perasaan yang semakin memuncak di Iran.

Duta negara itu ke PBB, Nikki Haley mendesak pertubuhan antarabangsa itu untuk bersuara bagi menegakkan kebebasan manusia sejagat.

“Demonstrasi berlaku secara spontan di hampir semua bandar di Iran. Ini adalah gambaran sebenar rakyat yang tertindas selama ini, kini mereka bangkit menentang pemimpin kuku besi.”

“Masyarakat antarabangsa perlu memainkan peranan dalam hal ini. PBB mesti bersuara. Dalam beberapa hari ini kita akan memanggil mesyuarat tergempar di New York dan di Majlis Hak Asasi Manusia di Geneva. Kita tidak boleh berdiam diri,” katanya. 

Terdahulu, Pemimpin Agung Iran Ayatollah Ali Khamenei menerusi kenyataan di televisyen negara, menyalahkan ‘musuh-musuh’ Iran atas pergolakan yang melanda negara itu.

Seramai 21 orang telah terkorban, manakala ratusan yang lain ditahan dalam pergolakan yang berlarutan sehingga lima hari di seluruh negara.

Tunjuk perasaan sebagai memberi tekanan kepada para pemimpin yang berkuasa semenjak Revolusi Islam 1979, serta Presiden Hassan Rouhani yang membuat kenyataan bahawa Iran berhak mengkritik tetapi tidak boleh menyebabkan kerusuhan.



Source link

read more

Erdogan bawa resolusi desak AS tarik balik pengiktirafan Baitulmaqdis ke UNGA



ISTANBUL: Turki akan membawa resolusi untuk menggesa Amerika Syarikat (AS) menarik semula pengiktirafan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel ke Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNGA).

Presidennya Recep Tayyip Erdogan berkata sokongan dua pertiga di Perhimpunan Agung memberi isyarat bahawa keputusan yang dibuat Majlis Keselamatan ditolak.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media selepas mengadakan pertemuan dengan Presiden Djibouti, Ismail Omar Guelleh.

BACA: AS veto draf resolusi PBB berkaitan Baitulmaqdis

Tiada negara yang memegang kuasa veto dalam perhimpunan berkenaan, tidak seperti Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNSC) yang menyaksikan Britain, China, Perancis, Russia dan AS mempunyai kuasa untuk menyekat sebarang resolusi.

Resolusi untuk mendesak AS menarik semula pengiktirafan tersebut di UNSC dikemukakan oleh Mesir. 

Namun, AS menggunakan kuasa veto untuk menolak draf resolusi walaupun 14 negara lain menyokong resolusi tersebut.



Source link

read more

Dakwaan penghapusan etnik Rohingya Pesuruhjaya PBB mengenai Hak Asasi Manusia desak inkuiri



KUALA LUMPUR: Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa Bersatu bagi Hak Asasi Manusia menggesa siasatan jenayah antarabangsa diadakan terhadap serangan kejam ke atas etnik Islam Rohingya di Myanmar.

Tindakan yang boleh dianggap sebagai penghapusan etnik itu menyebabkan lebih 600,000 umat Islam terpaksa melarikan diri ke Bangladesh sejak Ogos.

Zeid Ra’ad Al Hussein berkata, etnik Rohingya di Myanmar sejak berdekad menghadapi situasi tidak bernegara, mangsa diskriminasi dan pemisahan, selain keganasan dan penderaan yang dahsyat.

“Dan yang memburukkan lagi, mereka mengalami kemusnahan kampung, rumah dan harta benda serta kehidupan. 

“Berdasarkan semua ini, bolehkah sesiapa menolak kewujudan elemen-elemen ‘genosid’,” katanya ketika berucap pada sesi khas Majlis Hak Asasi Manusia (HRC) pada Selasa yang diadakan berikutan perkembangan yang menyaksikan ratusan ribu etnik Rohingya melarikan diri dari Myanmar ke Bangladesh.

Sesi khas mengenai  situasi hak asasi manusia masyarakat Islam Rohingya dan minoriti lain di Rakhine, Myanmar, diadakan atas permintaan Bangladesh dan Arab Saudi serta disokong oleh beberapa negara anggota HRC.

Zeid berkata beliau telah melaporkan kepada HRC dan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNSC) mengenai dakwaan serius pencabulan hak asasi manusia oleh pasukan keselamatan.

Bagaimanapun, pendakwaan atas tindakan keganasan yang dikatakan dilakukan ke atas etnik Rohingya  termasuk keganasan seksual, sama ada dilakukan oleh pasukan keselamatan atau orang awam amat jarang dijalankan.



Source link

read more

DAPigs DESAK NAMA JALAN DALAM TULISAN CINA!!! ~ SEMUT HITAM


Teresa Kok pernah pertikai nama jalan dalam tulisan Jawi.
Sekarang ADUN DAPigs Bilut nak nama jalan ditulis dalam bahasa Cina pulak???

ADUN DAPigs Bilut, Chow Yu Hui hari ini tampil membuat cadangan yang tak masuk akal sewaktu perbahasan sidang DUN Pahang dengan meminta agar nama jalan di Bentong ditulis dalam bahasa Cina.

Dari satu sudut, tak salah dia nak letak bahasa Cina tu pada papan tanda tersebut. Tapi apa yang jelas, tindakan yang dilakukan itu secara tidak lansung membuktikan dasar Chauvinist DAPigs.

Sedangkan diatas pentas Politik, sibuk pulak pemimpin DAPigs mendakwa kononnya diorang nak memperjuangkan semua kaum. Jadi, kenapa hanya tulisan Cina je yang diperjuangkan?

Pokok pangkalnya, tak tahu la sama ada ADUN DAPigs ni faham atau pun tidak tugas sebagai seorang ADUN. Kalau setakat minta tukar papan tanda jalan, baik tak payah jadi ADUN.

Sepatutnya, sidang DUN itu menjadi tempat dimana semua wakil rakyat membangkitkan isu – isu yang ada kaitan dengan rakyat dikawasannya. Bukan untuk kepentingan Politik parti dia semat – mata.

Lagi pun, bahasa rasmi Malaysia adalah bahasa Malaysia. Jadi sudah pasti nama jalan juga akan ditulis dalam bahasa Malaysia. Lagipun sejak bila pulak rakyat Bentong peduli soal nama jalan?

Malah kalau ditanya kepada masyarakat Cina di Bentong tu pun, mereka sendiri tak kenal siapa dia Loke Yew tu. Jadi apa kepentingan nama jalan itu sehingga nak letak dalam tulisan Cina?

Dan yang pastinya, penduduk di Bentong tu pun bukan majoritinya Cina. Sebaliknya, ramai lagi bangsa lain yang duduk di Bentong tu. Kenapa tidak semua bahasa dari bangsa itu diletak menjadi tulisan pada papan tanda jalan?

Kalau nak cerita soal sejarah, Bentong dibuka oleh orang Melayu, bukannya orang Cina. Cina hanya datang selepas wujud lombong bijih timah. Orang Melayu keturunan Minang, Rawa dan Kerinchi yang sampai dan teroka Bentong ini sebenarnya!!!




Source link

read more

AHLI PPBM PAHANG DESAK PARTI DIHARAMKAN!!! ~ SEMUT HITAM


Bukan orang UMNO, bukan orang PAS dan bukan juga dari kalangan mereka yang tak setuju dengan perjuangan peribadi yang menjadi tunjang penubuhan PPBM yang buat desakan ini.

Tapi sebaliknya desakan agar RoS mengharamkan pendaftaran PPBM datangnya dari kalangan ahli parti itu sendiri. Ianya dibuat secara terang – terangan dan bukannya berselindung.

Jika sebelum ini, ramai yang berpendapat agar PPBM itu dimansuhkan dan semua ahli parti itu boleh menyertai DAPigs, PAN atau PKR sekiranya benar mereka mahu berjuang demi rakyat.

Kali ini, dikalangan ahli parti itu sendiri yang tampil membuat desakan agar RoS membatalkan pendaftaran PPBM kerana didakwa telah menipu ahli diperingkat akar umbi secara terbuka.

Katanya, ahli – ahli diperingkat akar umbi khususnya golongan muda berasa tertipu dan diperbodohkan tentang kewujudan sayap Bersatu yang tidak wujud dalam perlembagaan parti tersebut.

Selain itu, ahli – ahli akar umbi PPBM juga turut hilang keyakinan kepada kepimpinan parti itu juga mendesak Ketua Armada PPBM, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman meletakkan jawatan.

“Tun Dr Mahathir Mohammad selaku Pengerusi Bersatu dan Ketua Armada, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kena bertanggungjawab penuh atas penipuan besar ini yang mana selama lebih setahun kami menyokong perjuangan ini atas dasar percaya tetapi kini kamu sedar dipermainkan.

“Kami diakar umbi diperbodohkan dengan begitu mudah dan kami mendesak ROS supaya membatalkan pendaftaran Bersatu kerana mereka penipu danTun Dr Mahathir dan Syed Saddiq kena meletak jawatan,” katanya pada  sidang media di sini, hari ini.

Jelas salah seorang ahlinya berkata, ahli akar umbi berasa diperdaya oleh kepimpinan parti berkenaan yang dilihat tidak menjalankan tanggungjawab  dengan baik dalam membela mereka.

Bahkan katanya, tindakan pengharaman parti itu oleh ROS adalah amat wajar dalam memberi pengajaran kepada kepimpinan parti berkenaan supaya bersikap bertanggungjawab.

“Kami ahli-ahli Armada Pahang bersepakat menyatakan kami ditipu hidup-hidup oleh Tun Dr. Mahathir dan Syed Saddiq, kononnya Armada ini wujud sedangkan hakikatnya sayap imi haram dan tidak wujud di sisi ROS.

“Kami secara jujur dengan rasa tertekan mendesak ROS supaya membatalkan terus pendaftaran parti Bersatu sebagai pengajaran,” katanya.

Tindakan itu dibuat ekoran pendedahan RoS berhubung status sayap pemuda PPBM, Armada yang dikatakan tidak termaktub didalam perlembagaan parti dan tidak sah penubuhannya mengikut akta Pendaftaran Pertubuhan.




Source link

read more

Hina Bugis :Kit Siang dicabar desak Tun Mahathir mohon maaf – Politik


KUALA LUMPUR 8 Nov.- Penasihat DAP, Lim Kit Siang dicabar supaya mendesak Tun Dr. Mahathir Mohamad memohon maaf atas kata-kata penghinaan yang melabel etnik Bugis sebagai lanun semasa berucap di Padang Timur, Petaling Jaya, Oktober lalu.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan dalam satu kenyataan berkata, sikap Kit Siang yang tidak menyatakan pendiriannya dan berdiam diri berhubung isu ini sebaliknya menjadi persoalan.

Katanya, sebagai pemimpin yang mengisytiharkan dirinya ketua semua kaum dan mengikut dasar kesamaan bangsa, Kit Siang sepatutnya meminta bekas Perdana Menteri itu memohon maaf.

“Kenyataan menghina Dr. Mahathir kepada etnik Bugis sangat memalukan Malaysia. Pemimpin Indonesia, Jusuf kalla kini turut meminta Dr. Mahathir memohon maaf. Saya baru pulang dari Sabah dan bertemu pemimpin masyarakat Bugis tempatan di sana. Mereka menyatakan kekecewaan dan kemarahan mereka mengenai kenyataan yang dibuat sebelum ini.

“Kit Siang harus menegur Dr. Mahathir untuk meminta maaf. Sekiranya dia tidak berbuat demikian maka dia akan dianggap sebagai perkauman oleh orang lain dan dengan sikap berdiam diri, dia sebenarnya mengkhianati mantera politiknya persamaan kaum demi kepentingan politik,” katanya.-UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Hina Bugis Jusuf Kalla desak Tun Mahathir mohon maaf



JAKARTA: Wakil Presiden Indonesia Jusuf Kalla hari ini mendesak bekas perdana menteri Malaysia Mahathir Mohamad memohon maaf atas kata-kata penghinaan terhadap suku Bugis  seperti yang disebut dalam satu ceramah politik pada 14 Oktober lalu.

Portal berita Republika melaporkan, Jusuf terkejut apabila ceramah Mahathir diselitkan dengan kenyataan menghina yang mengaitkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai lanun kerana berasal dari suku Bugis.

“Pertama, sebagai orang Bugis, saya membantah (kenyataan itu). Maka, Mahathir harus minta maaf. Kerana orang Bugis itu bukan hanya ada di Sulawesi Selatan, tapi di seluruh Indonesia, bahkan di Malaysia,” kata Jusuf  di Jakarta, pada Selasa.

Tambahnya, Mahathir perlu menarik balik kenyataannya yang dianggap telah melukai seluruh orang Bugis.

“Mahathir harus perbetulkan. Jangan lagi dikaitkan soal suku,” tegasnya.

Selain mencetuskan kemarahan di Indonesia, kata-kata Mahathir juga telah mendapat bantahan daripada Persatuan Perpaduan Rumpun Bugis Melayu Malaysia (PPRBMM) di Yayasan Kepemimpinan Perdana pada 18 Oktober lalu.



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons