Penduduk berpesta di Harare, Mugabe akhirnya letak jawatan – Luar Negara


Harare 22 Nov. – Hon kereta dibunyikan sepanjang jalan, begitu juga orang ramai yang berpesta di Harare iaitu ibu negara Zimbabwe selepas Presiden Robert Mugabe meletakkan jawatan selepas 37 tahun memerintah.

Pemimpin berusia 93 tahun itu akhirnya meletakkan jawatan selepas menghadapi pelbagai tekanan termasuk rampasan kuasa oleh tentera dan undi tidak percaya di parlimen.

“Kami sangat gembira akhirnya perubahan bakal berlaku,” kata Togo Ndhlalambi berusia 32 tahun.

“Kami bangun setiap pagi mengharapkan detik ini. Negara ini telah melalui situasi sangat getir.”

Selepas krisis politik yang berlarutan selama seminggu rakyat Zimbabwe meluahkan perasaan dengan pelbagai cara termasuk menarik di jalan-jalan.

“Saya gembira Mugabe letak jawatan selepas 37 pemerintahan kuku besi,” kata Tinashe Chakanetsa, 18.

Beliau berharap negara berkenaan tidak lagi ditadbir oleh seorang individu seperti sebelum ini.

“Kami memerlukan pemimpin yang dipilih rakyat. Saya berharap akan memperoleh pekerjaan selepas ekonomi negara ini pulih.” – AFP



Source link

read more

Pahang tolak beraksi di AFC – Bola Sepak


KUANTAN 21 Nov. – Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) membuat keputusan mengejut untuk tidak menyertai pertandingan Piala Konfederasi Asia (AFC) musim depan.

PBNP dalam kenyataannya berkata, keputusan tersebut dibuat kerana ingin memberi sepenuh perhatian terhadap saingan Liga Malaysia 2018.

“PBNP ada menerima tawaran untuk menyertai Piala AFC 2018 melalui surat daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bertarikh 9 November.

“Bagaimanapun, PBNP menolak untuk menyertai Piala AFC 2018 melalui surat bertarikh 14 November 2017. Ia adalah untuk memberi sepenuh perhatian kepada liga domestik,” kata kenyataan itu di sini hari ini.

Sebelum ini, Pahang dilaporkan memperoleh ‘rezeki terpijak’ apabila bakal menggantikan Kedah beraksi dalam saingan Piala AFC musim depan.

Keputusan itu dibuat ekoran kegagalan Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) melepasi syarat pelesenan yang ditetapkan AFC.

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd. Amin dalam kenyataan bersama Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP) berkata, keputusan tersebut dibuat selepas KFA gagal mengemukakan penyata kewangan beraudit. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Tragedi bot karam Lenggong Sahabatku tenanglah bersemadi di sana



KUALA KANGSAR: Muhamad Irsham Mohd Nasri, 32, masih tidak dapat menerima hakikat bahawa sahabat karibnya merupakan salah seorang mangsa tragedi bot karam di Sungai Kampung Kelantan, Tasik Raban, Lenggong.

Irsham berkata, arwah Muhammad Faliq Fadzil, 26, merupakan seorang insan yang rapat dengannya dan pemergiannya begitu mengejutkan beliau.

“Kami terkejut bila dapat tahu kawan kami lemas. Sampai sekarang kami masih lagi terasa kehilangannya, dia memang seorang sahabat yang baik,” ujarnya.

Menurutnya, arwah merupakan seorang yang tidak pernah menolak untuk membantu kawan lain dalam kesusahan justeru membuatkannya disenangi ramai.

Ujarnya lagi, dia dan rakan terkejut mendengar perkhabaran bot karam itu dan berdoa agar rakannya selamat namun ternyata Allah lebih menyayangi mereka.

“Memang dari kecil saya kenal arwah (Muhammad Faliq). Bila dapat tahu kes ini, saya dan rakan-rakan arwah pergi ke Tasik Raban untuk sama-sama membantu operasi mencari,” katanya lagi.

Difahamkan, Irsham dan rakan-rakannya turut berada di sekitar kawasan Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) sejak Sabtu lepas dengan harapan menemui rakannya.

“Hari pertama tak jumpa apa-apa sebab operasi mencari dilakukan di dasar tasik. Hari ini, (Isnin),  barulah jumpa jenazah arwah. Arwah pandai berenang tapi mungkin ia terjadi atas kehendak Allah.

“Orang memang kenal dia sebagai seorang yang ceria. Kalau tanya ‘orang Kuala’, memang ramai kenal dia sebab dia memang peramah,” katanya.

Tambahnya, arwah memang minat memancing sejak dari kecil dan kehilangannya pasti dirasai bukan sahaja untuk kaki pancing malah sahabatnya yang lain yang akan merindui gelak tawanya.

Sebelum ini, Astro AWANI melaporkan penemuan dua mangsa tragedi bot karam di Sungai Kampung Kelantan, Tasik Raban.

Mayat pertama, Amirul Asyraf Abdullah, 24, ditemukan pada Ahad pada jam 10.10 pagi kira-kira 5 meter dari lokasi mangsa dipercayai terjatuh manakala mayat Muhammad Faliq pula ditemukan pagi ini.

Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Ismail Che Isa memgesahkan maklumat tersebut dan memaklumkan operasi mencari dan menyelamat di Jeti Tasik Raban dihentikan pada 9.30 pagi Isnin.

Dalam pada itu, seramai 73 orang termasuk 20 orang kampung terlibat dalam operasi mencari mangsa diketuai Jabatan Bomba dan Penyelamat Lenggong.

Difahamkan, hasrat kedua-dua sahabat untuk menghabiskan masa cuti dengan memancing bertukar tragedi apabila bot dinaiki mereka karam kerana terlanggar tunggul kayu di Tasik Raban.



Source link

read more

Sindiket edar dadah di pusat hiburan tumpas – Jenayah


KLANG 21 Nov.- Polis Klang Selatan hari ini berjaya menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah di pusat hiburan dengan tertangkapnya dua lelaki warga tempatan dalam dua serbuan serentak di dua buah rumah di Jalan Tepi Sungai, di sini Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, kedua-dua lelaki berusia 31 dan 34 tahun yang baharu berjinak-jinak dengan sindiket pengedaran dadah itu menjadikan rumah terbabit sebagai stor penyimpanan.

“Menerusi tangkapan ini kita berjaya merampas 2,900 biji pil ecstasy dan 27,000 biji pil eramin yang dianggarkan bernilai RM500,000.

“Kedua-dua suspek kini ditahan reman sehingga Khamis ini bagi membantu siasatan,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Pengurus projek agensi kerajaan di Melaka ditahan SPRM



KUALA LUMPUR: Seorang pengurus projek sebuah agensi kerajaan di Melaka ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana dipercayai terlibat dalam penyelewengan Skim Baja Padi Kerajaan Persekutuan bernilai RM2.54 juta, hari ini.

Suspek lelaki berusia 38 tahun itu ditahan pada jam 3 petang di pejabatnya di Melaka kerana melakukan kesalahan itu sejak awal tahun lalu.

Menurut sumber, suspek telah membuat sebanyak 23 tuntutan palsu berjumlah kira-kira RM2.54 juta melibatkan 56,700 kampit baja sepanjang tahun lalu yang tidak pernah diluluskan.

“Baja-baja itu sepatutnya dituntut oleh Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) berkenaan bagi pihak petani di sektor penanaman padi yang menyertai skim tersebut serta diagihkan kepada mereka.

“Bagaimanapun, suspek dipercayai telah menjual semula baja-baja tersebut bagi mendapatkan keuntungan peribadi,” katanya kepada Astro AWANI di sini.

Sumber berkata, daripada jumlah tuntutan tersebut, kerajaan telah membayar sebanyak kira-kira RM1.33 juta manakala selebihnya belum dibayar namun baja-baja terbabit telah dibekalkan serta diterima oleh suspek sendiri.

Sementara itu, Pengarah Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Simi Abdul Ghani ketika dihubungi mengesahkan mengenai penangkapan tersebut dan memberitahu siasatan lanjut sedang dijalankan.



Source link

read more

Macau Scam akibatkan kerugian RM7.2 juta di Selangor



PETALING JAYA: Sebanyak 228 kes yang berkait dengan penipuan ‘Macau Scam’ dicatatkan membabitkan kerugian kira-kira RM7.2 juta di Selangor dari Januari hingga November ini.

Ketua Polis Selangor Datuk Mazlan Mansor berkata walaupun pihak berkuasa telah mengeluarkan banyak peringatan kepada orang ramai namun kes berkaitan penipuan seumpama ini masih berlaku melibatkan pelbagai latar belakang mangsa termasuk golongan profesional.

“Masyarakat harus berhati-hati dalam melakukan sebarang transaksi melibatkan kad kredit dan jangan mudah panik serta terpedaya dengan sindiket ini,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Pelupusan Barang Kes Judi Dalam Talian di Balai Polis Ara Damansara, di sini, hari ini.

Jenayah ‘Macau Scam’ ini kebiasaannya melibatkan penipuan menggunakan panggilan palsu daripada talian antarabangsa yang memperdaya mangsa untuk mendedahkan nombor akaun bank, nombor pengeluaran wang otomatik (ATM) atau kad kredit .

Orang ramai boleh melayari portal rasmi Bank Negara Malaysia untuk mendapatkan maklumat dan modus operandi anggota sindiket yang licik menipu rakyat negara ini.

Mazlan berkata sepanjang tahun lepas sebanyak 213 kes berkaitan penipuan itu telah direkodkan melibatkan kerugian yang dianggarkan lebih RM17.3juta.

Beliau berkata anggota sindiket itu juga dikesan menyamar sebagai pegawai bank dan menawarkan bantuan kononnya untuk mengelakkan wang mangsa dirampas atau dibekukan sebelum meminta mangsa memindahkan wang ke akaun lain yang dibekalkan oleh sindiket.

“Sekiranya sesiapa menerima panggilan yang mengatakan daripada pihak polis atau bank, jangan takut…orang ramai boleh terus datang ke balai polis yang berdekatan untuk mendapatkan maklumat lanjut,” katanya.

Sementara itu, Mazlan berkata sebanyak 3,885 barang kes melibatkan kesalahan mesin judi dalam talian yang dikendalikan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, bernilai RM2.3 juta akan dilupuskan.

Beliau berkata, tahun ini sehingga Oktober sebanyak 628 serbuan telah dibuat IPD Petaling Jaya terhadap premis judi dalam talian.

Beliau berkata, dalam serbuan itu sebanyak 609 individu terdiri daripada penjaga dan pelanggan telah ditahan manakala 7,834 unit mesin judi dirampas.

Katanya, setakat ini aktiviti perjudian itu masih terkawal dan berharap orang ramai dapat berperanan lebih aktif bagi menyalurkan maklumat berkaitan kegiatan itu kepada polis.- BERNAMA



Source link

read more

Pegawai polis tembak teman wanita di muka sebelum bunuh diri



PARIS: SEORANG pegawai polis di Perancis menembak mati tiga orang awam dan mencederakan teman wanitanya dalam kejadian di bandar Sarcelles, dekat sini, pada Ahad.

Arnaud Martin, 31, sebelum itu dipercayai bertemu teman wanitanya selepas tamat syif untuk memutuskan hubungan mereka.

Namun, pertengkaran tercetus di antara mereka sebelum Martin menembak teman wanitanya di bahagian muka.

Dua orang awam yang cuba meleraikan pergaduhan mati ditembak oleh Martin.

Martin kemudian menuju ke rumah keluarga teman wanitanya sebelum bertindak menembak mati bapa wanita itu dan mencederakan ahli keluarga yang lain.

Laporan portal berita tempatan, The Local, menyebut ibu wanita itu cedera parah manakala kakaknya pula ditembak di bahagian kaki.

Martin ditemukan mati di belakang rumah dipercayai menembak diri sendiri di bahagian kepala.

Teman wanita Martin yang tidak didedahkan identitinya itu bagaimanapun selamat dan sedang dirawat di hospital.



Source link

read more

20 etnik Uighur loloskan diri dari pusat tahanan di Selatan Thai



SONGKLA: Sejumlah 20 orang dari etnik Uighur meloloskan diri daripada sebuah pusat tahanan Imigresen di Sadao, wilayah Songkla awal pagi tadi.

Timbalan Ketua Imigresen Sadao Kapt Surasak Siripan berkata kejadian berlaku kira-kira 2 pagi (waktu tempatan) setelah mereka memecahkan dinding bilik tahanan.

“Kesemua mereka sedang dalam proses penghantaran semula ke negara asal,” katanya kepada pemberita hari ini dan menambah, kesemua etnik Uighur itu ditahan pihak berkuasa Thailand pada 2014.

Lima orang lagi etnik Uighur yang turut berada dalam pusat tahanan itu tidak melarikan diri.

Surasak berkata, pihak berkuasa selatan Thailand telah mengerahkan anggota keselamatan untuk memburu mereka yang melarikan diri itu, di kawasan hutan di sempadan Malaysia-Thailand termasuk menggunakan anjing pengesan.

— BERNAMA



Source link

read more

Izara Aishah anggun di majlis resepsi


Selepas diijabkabulkan pada 17 November lalu, pasangan Izara Aisah dan Adib Khalid diraikan dalam satu majlis resepsi semalam.

Majlis yang cukup indah dan meriah itu diadakan di Hotel Mandarin Oriental, Kuala Lumpur.

Izara sekali lagi memukau tetamu dan peminat dengan penampilannya yang cantik bak bidadari.

Busana pengantin berona putih dengan percikkan warna perak dibahu dan gaun yang meleret itu direka khas oleh pereka fesyen Rizman Ruzaini.

Tidak memakai sebarang veil sebaliknya hanya mengenakan mahkota yang ringkas di kepalanya, gayanya sangat cantik dan sempurna di samping Adib yang turut memakai sut putih.

Selain kejelitaan wajah Izara, ramai turut terpesona dengan hiasan pelamin yang tampak mewah.

Majlis itu turut diserikan dengan kehadiran, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa selaku ahli keluarga serta beberapa orang tetamu kenamaan seperti Nurul Zahid dan suami.

Selebriti yang turut hadir seperti Neelofa dan Farah Nabilah dan ramai lagi.

Berikut merupakan foto yang dikongsikan menggunakan hashtag #Adibizara sempena majlis tersebut:


 

 



Source link

read more

Gempa bumi di Pasifik Selatan tsunami kecil dikesan



SYDNEY: Beberapa tsunami kecil dikesan susulan gempa bumi kuat berukuran 7 magnitud melanda bahagian timur Loyalty Islands, New Caledonia di Pasifik Selatan pada Isnin.

Pusat Amaran Tsunami Pasifik di Hawaii telah pun mengeluarkan amaran tsunami bagi garis pantai berjarak 300 kilometer dari pusat gempa itu.

Arahan bersiap sedia untuk berpindah juga telah dikeluarkan bagi pengunjung-pengunjung yang berada di sekitar hotel berdekatan pantai.

Ketinggian gelombang juga dikatakkan berubah-ubah bergantung pada garis pantai dan gelombang awal.

Tsunami kecil yang telah dikesan diramalkan akan naik ke ketinggian satu meter (tiga kaki) di atas paras air pasang dan melanda bahagian-bahagian New Caledonia manakala ombak lebih kecil dijangka melanda Vanuatu.

“Kami agak terkejut dengan kejadian gempa bumi malam tadi dan hari ini gempa yang agak besar telah berlaku,” kata pengurus perhubungan Hotel Nengone Village, Wayan Rigault.

Menurut Rigault, tiada sebarang kerosakan yang berlaku, namun para tetamu telah bersedia jika ada amaran pemindahan rasmi dikeluarkan.

Pejabat Pengurusan Bencana Nasional Vanuatu menasihatkan penghuni di wilayah selatan untuk mengosongkan kawasan pesisir pantai dan pergi ke kawasan yang lebih tinggi.

Ini merupakan gempa kedua di kawasan berkenaan dalam masa 12 jam.



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons