Diana selak rambut Farid, lihat kesan luka


PETALING JAYA 15 JANUARI 2018. Pelakon dan pengarah filem, Datuk Farid Kamil Zahari yang menampar seorang anggota polis trafik dan menendang dua orang awam ditemani isteri, Diana Danielle memasuki Mahkamah Majistret 1, di Kompleks Mahkamah Petaling. NSTP/EIZAIRI SHAMSUDIN

MO, 16/1/2018, PETALING JAYA: Pelakon, Datin Diana Daniella, 26, yang dilihat hadir pada hari keputusan pendakwaan Datuk Farid Kamil Zahari di Mahkamah Majistret Petaling Jaya, di sini, enggan memberi sebarang maklum balas berhubung isu membabitkan suaminya itu.

Walaupun diasak media, Diana yang hadir mengenakan baju kurung kapas berbunga tanpa secalit mekap itu hanya mendiamkan diri dan sekadar membalas setiap soalan dengan senyuman.

“Maaf. Saya tak boleh bagi kenyataan. Terima kasih sebab sudi datang,” katanya hanya yang menunggu di dalam kamar mahkamah selepas melihat ramai wakil media menunggunya di pintu hadapan.

Sebelum itu, Diana yang berpeluang mendekati suaminya dilihat menyelak rambut Farid untuk melihat kesan luka yang terdapat pada dahinya.

Begitupun, kedua-duanya tidak kedengaran bercakap sebaliknya hanya memandang satu sama lain.

Ini kali adalah kali pertama ibu kepada dua cahaya mata itu dilihat hadir ke mahkamah sejak Farid ditahan Khamis lalu.

Turut berada di mahkamah ialah dua adik aktor terbabit, iaitu Fadzil Zahari dan Dr Anis Anwar.

Pelakon filem Tombiruo sebelum ini sudah menjalani tempoh reman selama empat hari bermula Jumaat lalu dan berakhir pada Isnin, namun disambung sehari sehingga Selasa (hari ini).

Terdahulu, Farid ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 90 Akta Polis 1967 kerana berkelakuan tidak senonoh di balai polis serta Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana perlakuan yang menyebabkan kecederaan.

Sementara itu, usaha mendapatkan kenyataan lanjut daripada Diana terus gagal apabila dia meninggalkan kompleks mahkamah menaiki kenderaan yang dipandu pembantu peribadinya kira- kira jam 12.30 tengah hari.



Source link

read more

Saya rindukan anak-anak memang harap Diana datang- Farid Kamil



PELAKON Datuk Farid Kamil gembira selepas melihat isterinya, Diana Danielle hadir di kompleks Mahkamah Petaling Jaya, pagi tadi.

“Saya rindukan anak-anak dan memang harapkan Diana datang,” katanya kepada media.

Farid berkata kepada Metro Online, sepanjang berada dalam tahanan dia berada dalam keadaan baik dan sihat.

“Alhamdulillah, saya okey. Semuanya baik-baik saja. Saya gembira isteri dan keluarga hadir hari ini. Saya mengharapkan sokongan mereka.

BACA: Tahanan reman pelakon berpangkat Datuk dilanjut sehari lagi bermula hari ini

“Pesan saya untuk isteri, I love you. Terima kasih kepada semua peminat yang sentiasa memberi sokongan,” katanya lagi.

BACA: Pelakon Farid Kamil mengaku tidak bersalah sebabkan kecederaan dan guna kekerasan

Farid Kamil didakwa di Mahkamah Majistret Petaling Jaya hari ini, atas empat tuduhan iaitu menyebabkan kecederaan, berkelakuan tidak senonoh dan mengganggu penjawat awam di Balai Kota Damansara, Khamis minggu lalu.

Farid sebelum ini dibawa semula ke Kompleks Mahkamah Petaling Jaya 10.57 pagi ini.

Pelakon berusia 37 tahun itu tamat reman pada hari ini selepas ditahan selama lima hari sejak Jumaat lalu bagi membantu siasatan berhubung kes menampar polis dan menendang dua orang awam di Balai Polis Kota Damansara, Khamis lalu.
 

Video: Instagram Official Hlive



Source link

read more

Rakan artis beri sokongan buat Farid dan Diana – Hiburan


KUALA LUMPUR 13 Jan. – Selepas beberapa hari mendiamkan diri di laman sosial, pelakon Datin Diana Danielle kini mula berkongsi rasa hati di laman Instagram miliknya.

Bagaimanapun tidak tahu makna sebenar perkongsian itu memandangkan tiada kapsyen yang ditulis.

“Balance” dan “Growth” adalah dua gambar yang dimuat naik Diana sejak 13 jam lalu.

Sebelum itu Diana terus diburu media selepas suaminya Datuk Farid Kamil ditahan reman pada Jumaat bagi membantu siasatan berhubung kes mengamuk dan menyerang seorang anggota polis serta dua orang awam di Balai Polis Trafik Kota Damansara pada Khamis lalu.

Menerusi kenyataan Fadzil Zahari yang juga adik Farid, dia memberitahu, kemungkinan abangnya itu berada dalam keadaan tertekan kerana tidak dapat berjumpa dengan dua orang anaknya.

Diana bagaimanapun menyangkal kenyataan tersebut dan memberitahu kenyataan adik iparnya itu sama sekali tidak benar.

Sementara itu ketika netizen terus ‘membelasah’ Farid nampaknya rakan artis lain memberi sokongan buat pasangan tersebut.

Menerusi beberapa status yang dimuat naik di laman Instagram selebriti seperti Fizo Omar, Rozita Che Wan, Lisa Surihani, Zul Ariffin dan Izara Aishah, selain memuat naik gambar Farid dan Diana, mereka juga turut meminta peminat agar mendoakan semoga keluarga ini kuat dalam mengharungi dugaan yang sedang dihadapi. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Kereta kami tak bergerak pun bodoh – Kerana pangku anak Diana Danielle berbalah dengan netizen



PELAKON Diana Danielle hilang sabar dengan tindakan netizen yang membuat provokasi di Instagramnya semalam.

Diana yang memuat naik beberapa keping gambar ‘selfie’ bersama dua anaknya, Muhammad dan Aurora serta suaminya, Datuk Farid Kamil dikecam kerana mengabaikan keselamatan anak-anaknya.

Diana dilihat memangku Aurora di depan tanpa memakai tali pinggang keselamatan.

“Anak-anak yang comel! Tapi jangan letak mereka di bahagian tempat duduk hadapan kerana anak kecil perlu diletakkan dalam kerusi bayi! Kalau kemalangan? Tiada lagi anak comel!” tulis salah seorang pengguna Instagram.

Pelakon filem Kami Histeria itu kemudiannya membalas komen berkenaan. Tulisnya; “Kereta kami tak bergerak pun bodoh.”
 



Source link

read more

Amaran mendiang Puteri Diana kepada Meghan Markle



PASANGAN kembar psikik di Amerika Syarikat, Terry dan Linda Jamison yang terkenal dengan ramalan masa depan tampil dengan satu berita menggemparkan. 

Terbaharu, pasangan ini menyampaikan ‘amaran’ daripada mendiang Puteri Diana kepada bakal isteri Putera Harry, Meghan Markle. 

Terry dan Linda mengakui tubuh mereka mudah dirasuk oleh semangat tertentu yang mengawal tangan mereka untuk menyampaikan pesanan kepada orang yang masih hidup.

Menurut Daily Star Online yang dipetik Mirror.uk, Diana ingin menyampaikan pesanan kepada Meghan bahawa dia akan menderita dengan perkahwinan monogami.

Pasangan kembar yang digelar “Nostradamus dengan kasut tumit tinggi” ini berkata roh Diana khuatir Putera Harry bakal mengikut jejak bapanya.

Ini kerana Diana sendiri pernah menderita akibat hubungan segi tiga antara dia, Putera Charles dan Camilla Parker yang akhirnya membawa kepada penceraiannya dengan pewaris takhta Britain itu pada Ogos 1996.

Putera Charles kemudiannya berkahwin dengan Camilla pada 9 Ogos 2005 dan menerima gelaran Duchess of Cornwall. 

Selain itu pasangan kembar itu juga mendakwa roh Diana bimbang dengan perhatian yang diberikan oleh pihak media kepada Meghan kelak.

Putera Harry dan Meghan Markle bakal melangsungkan perkahwinan mereka pada Mei 2018. 



Source link

read more

Malu melihat diri sendiri Diana Amir harap lakonan lama tidak disiarkan lagi



PELAKON dan pengacara, Diana Amir mengakui malu apabila menonton semula filem lakonannya dulu.

Menurut Diana, dia berharap supaya pihak stesen televisyen tempatan dapat mempertimbangkan agar tidak menyiarkan lagi filem-filem lama lakonannya.

“Sejujurnya saya memang berasa malu apabila mengenangkan apa yang terjadi dulu dan sebolehnya saya ingin lupakan segalanya.

“Namun saya tidak mempunyai hak untuk menghalang mereka daripada menyiarkan filem-filem itu dan saya berharap agar pihak tersebut dapat mempertimbangkan permintaan saya ini.

“Ada juga peminat yang muda-muda ini terkejut apabila melihat cara pemakaian saya dulu.

“Bagi saya biarlah apa yang berlaku itu menjadi sejarah dalam hidup saya dan mungkin itu adalah kesalahan diri saya pada masa lalu,” katanya kepada Astro Gempak.

Diana berkata demikian ketika ditemui pada sidang media Ikon Muslim Volunteers Malaysia 2018 (MVM), di De Palma Hotel, Shah Alam, pada Isnin.

Pada sidang media tersebut, seramai lapan orang selebriti di umumkan sebagai Ikon Muslim Volunteers Malaysia 2018 (MVM).

Antaranya Datuk Dr. Mohd Fadzilah Kamsah, Puan Dila Mubarak, Lah Ahmad, Datin Alyah, Diana Amir, Mila Jirin, Azmi Saat dan Syamel.

MVM merupakan organisasi yang membantu dan menghubungkan NGO-NGO lain dengan kerajaan, menghantar sukarelawan-sukarelawan yang ada ke NGO-NGO yang memerlukan serta membantu golongan keluarga fakir miskin, anak-anak yatim.

Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi



Source link

read more

Berlian milik Puteri Diana antara 7 fakta menarik hubungan Harry dan Markle


HUBUNGAN yang terjalin sejak setahun lalu pada mulanya dirahsiakan, kini menjadi berita gembira buat para pengikut kerabat diraja Britain.

Adik kepada pewaris kedua takhta Britain bakal melangsungkan perkahwinan bersama wanita pilihannya, Meghan Markle pada musim bunga 2018.

Namun, tahukah anda fakta menarik kedua-dua pasangan ini?

Antara tujuh fakta menarik mengenai kedua-dua pasangan sejoli ini adalah: 

  1. Meghan yang dilahirkan dan dibesarkan di Los Angeles, Amerika Syarikat mempunyai darah kacukan. Ibunya berkacukan Afrika-Amerika, bapanya pula kacukan Belanda-Ireland.
     
  2. Tambahan itu, Meghan merupakan warga Amerika pertama yang akan berkahwin dengan keluarga diraja Britain sejak 1937 selepas Raja Edward VIII berkahwin dengan sosialit Amerika, Wallis Simpson.
     
  3. Meghan dan Harry telah menjalinkan hubungan selama 16 bulan sebelum mengikat tali pertunangan. Ia dikatakan hubungan yang berkembang dengan cepat berbanding Putera William dan Kate Middleton yang memulakan hubungan pada tahun 2003 dan berkahwin pada tahun 2011.

    Meghan dan Harry telah menjalinkan hubungan selama 16 bulan sebelum mengikat tali pertunangan.
     

  4. Walaupun Meghan akan berkahwin bersama Putera Harry, panggilan Puteri dikhuatiri tidak akan digunakan olehnya. Ini kerana sesetengah pihak mendakwa dia adalah warganegara Amerika dan protokol menyatakan seseorang itu perlu menetap di United Kingdom selama lima tahun bagi mendapatkan warga negara Britain.
     
  5. Antara lain yang menarik adalah, cincin pertunangan Meghan yang bertatahkan tiga berlian telah direka khas oleh Putera Harry. Dua berlian tersebut adalah milik Puteri Diana. Satu yang lain adalah dari Botswana, Afrika (dibeli semasa mereka berdua bercuti di sana).

    Cincin pertunanangan Meghan yang bertatahkan tiga berlian telah direka khas oleh Putera Harry.
     

  6. Selain itu, Meghan pernah berkahwin sebelum ini bersama pelakon dan produser Trevor Engelson pada 2011 dan bercerai pada tahun 2013.
     
  7. Meghan akan melepaskan watak Rachel Zane yang dipegangnya selama tujuh musim dalam drama bersiri Suits.



Source link

read more

Comelnya anak Diana Rafar dan Zamarul Hisham



MAJLIS berendoi anak kepada pasangan Diana Rafar dan Zamarul Hisham, Kayla Resha diadakan dengan meriah semalam.

Kemeriahan majlis itu dikongsi pasangan berkenaan di laman sosial Instagram (IG).

Pasangan ini dan anak perempuannya cantik sedondon berbaju putih salju.

Kayla juga comel dengan mengenakan gaun putih berbunga mawar.

Menerusi foto yang dikongsi, majlis itu turut dihadiri oleh ahli keluarga masing-masing.

Antara artis yang hadir Linda Rafar, Faezah Elai dan ramai lagi.

Berikut merupakan foto-foto sepanjang majlis itu berlangsung:

 



Source link

read more

Mainan anak rosak, Diana Danielle lapor KPDNKK – Hiburan


KUALA LUMPUR 18 Nov. – Pelakon Diana Danielle mengambil tindakan dengan menghantar laporan kepada pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) berikutan barangan mainan yang dibeli di sebuah kedai yang terletak dalam pusat membeli-belah Paradigm Mall rosak dalam masa dua jam.

Ketika dihubungi UTUSAN ONLINE, Diana berkata laporan tersebut dihantar menerusi e-mel dan belum mendapat sebarang respon daripada pihak berkenaan.

“Saya tidak mahu perkara yang sama terkena kepada orang lain. Saya menyuarakan kejadian ini agar ada pihak yang mendengar dan mengambil tindakan sewajarnya bagi membantu kami sebagai pengguna.

“Ramai yang menasihatkan saya supaya melaporkan perkara ini kepada pihak KPDNKK sebagai susulan daripada kenyataan saya di akaun Instagram.

“Buat masa ini belum ada sebarang tindak balas daripada pihak berkenaan memandangkan saya baru sahaja menghantar laporan tersebut malam tadi,” katanya.

Sebelum itu, Diana memuat naik gambar serta kapsyen yang meluahkan rasa kesal dan kecewa apabila barang mainan anak perempuannya, Nur Aurora mengalami kerosakan selepas dua jam dibeli.

Menerusi kapsyen tersebut, Diana juga menyatakan bahawa pemilik kedai enggan memulangkan wang sebaliknya hanya dapat menukar barang permainan tersebut.- UTUSAN ONLINE



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons