Polis siasat insiden 11 gereja dibakar



HUITAG: Pihak berkuasa Chile masih lagi giat melakukan siasatan berkenaan beberapa gereja yang dipercayai dibakar oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

Terbaharu sebuah Gereja Katolik yang terletak di Panguipulii kira-kira 830 kilometer di selatan Santiago menjadi mangsa.

Ini adalah gereja yang ke sebelas dibakar setakat ini dalam tempoh kurang seminggu.

Menurut Ketua Umum Diego Olate kejadian dipercayai berlaku pada awal pagi rabu selain siasatan forensik sedang dilakukan.

Selain itu beberapa helikopter yang diletakkan berhampiran gereja terbabit turut musnah dibakar dipercayai akibat perbuatan khianat.

Bagaimanapun insiden ini berlaku ketika sebahagian penduduk asli Mapuche mendesak pemerintah agar mengembalikan tanah luhur mereka dan mengiktiraf bahasa ibunda mereka.



Source link

read more

Dibunuh sebelum dibakar mayat pengasuh rentung ditemui di taman



SEORANG pereka dan pasangannya mengaku bersalah membakar mayat seorang pengasuh warga Perancis.

Bagaimanapun kedua-dua suspek mengaku tidak bersalah atas dakwaan membunuh wanita terbabit.

Mayat itu ditemui dalam keadaan mengerikan di sebuah taman di sebuah rumah di Southfields, barat daya London, pada 20 September tahun lalu.

Polis berdepan kesukaran bagi mengenal pasti identiti mangsa kerana keadaan mayat yang rentung.

Bagaimanapun polis akhirnya berjaya mengesahkan mangsa sebagai Sophie Lionnet, 21 tahun, berasal dari Troyes, timur laut Perancis.

Memetik sumber SkyNews, Suspek Sabrina Kuider, 34, dan pasangannya Oissem Medouni, 40, dari Wimbledon Park Road, Wandsworth, selatan London mengaku membakar mayat wanita malang itu.

Kedua-duanya mengaku bersalah pada sesi pendengaran kes di Mahkamah Old Bailey pada Jumaat terhadap dakwaan cuba melupuskan mayat Lionnet dengan cara membakarnya.

Bagaimanapun kedua dua tertuduh mengaku tidak bersalah atas dakwaan membunuh pada atau sebelum tarikh mayat itu ditemui.

Kedua dua defendan bakal dibicarakan selama lima minggu bermula 19 Mac depan.



Source link

read more

Mayat sudah dibakar tetapi nelayan yang disangka mati kembali ke rumah



SEORANG lelaki mengejutkan keluarganya apabila pulang ke rumah sedangkan dia disangka sudah mati.

Lebih mengejutkan, keluarganya sendiri telah menjalankan upacara pembakaran ‘mayatnya’.

Menurut laporan portal Mirror, Sakorn Sacheewa dikatakan meninggal dunia Mei lalu akibat masalah pencernaan, namun pada 17 Disember, dia telah kembali ke rumahnya di Ban Lao Fai, Thailand.

Abang tiri Sacheewa memberitahu media, dia menerima panggilan daripada pihak polis tentang kematian Sacheewa yang tinggal bersendirian di rumah sewa, dan mereka sekeluarga telah ke hospital untuk proses pengecaman mayat.

Biarpun terhadap keraguan pada rekod pergigian mayat tersebut yang berada dalam keadaan teruk kerana lama terbiar, keluarga itu tetap membawa ia pulang dan seterusnya melakukan upacara pembakaran mayat.

“Semua orang terkejut melihat saya. Kata mereka, saya hantu.

“Saya bekerja sebagai nelayan dan telah berada dalam bot penangkap ikan sejak Januari 2016, dan ini kali pertama saya pulang,” kata Sacheewa.

Sacheewa mendakwa, kad pengenalannya yang ditinggalkan di rumah sebelum turun ke laut, telah dicuri.

Sehingga kini belum dapat dipastikan identiti mayat yang dibakar keluarga Sacheewa.

Portal berita Bangkok Post pula melaporkan, Sacheewa telahpun berurusan dengan pejabat daerah Non Khun untuk ‘menghidupkan’ semula identiti dirinya dalam rekod kerajaan.



Source link

read more

Hanya kerana tolak lamaran wanita ini dibakar hidup-hidup



SEORANG wanita berusia 24 tahun didakwa disimbah minyak tanah dan dibakar hingga mati selepas menolak lamaran seorang lelaki.

Menurut laporan Mirror.co.uk, wanita berkenaan Sandhya Rani sedang dalam perjalanan pulang dari kerja ketika didatangi oleh seorang lelaki bernama Karthik Vanga, 25 tahun.

Kartik, bekas rakan sekerja Sandhiya yang dikatakan sangat obses kepada mangsa telah mengekorinya menggunakan motosikal.

Mengikut laporan polis, Kartik mendesak mangsa memberitahu mengapa lamarannya ditolak sebelum menyimbah petrol kepada mangsa.

Walaupun mangsa sempat melarikan diri, tetapi menurut saksi kejadian, kejadian itu berlaku begitu pantas dan mangsa tidak menyedari yang dirinya terkena nyalaan api dari suspek.

Orang ramai yang ada di situ cuba menyelamatkan mangsa, tetapi mangsa mengalami kesan melecur lebih 60 peratus di badannya dan meninggal dunia sebaik sahaja tiba di Hospital Ghandi.

Kartik, pernah bekerja di firma yang sama dengan mangsa dua tahun yang lalu tetapi telah dibuang kerja.

Dia didakwa sering mengejar dan mengganggu mangsa selama berbulan-bulan. 

Suspek kini dipercayai berada dalam tahanan.



Source link

read more

India: wanita mati dibakar gara-gara pergaduhan – Luar Negara


HYDERABAD 22 Dis. – Polis menahan seorang lelaki kerana dipercayai membakar seorang wanita hingga mati dalam satu pergaduhan di sini.

Portal BBC melaporkan, mangsa, Sandhya Rani, 25, sebelum itu telah telah diserang oleh suspek ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya.

Orang ramai yang kebetulan berada di tempat kejadian cuba membantunya, namun, Sandhya disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.

Difahamkan, suspek yang dikenali sebagai Karthik Vanga, 28, merupakan bekas rakan sekerja Sandhya dan pernah melamar mangsa kira-kira dua tahun lalu.

Bagaimanapun, wanita itu dikatakan menolak lamaran berkenaan hingga menyebabkan suspek menyimpan dendam.



Source link

read more

Kompleks Mahkamah dibakar di Greece dipercayai ada unsur khianat



KUALA LUMPUR: Satu letupan dilaporkan berlaku di kompleks mahkamah di Athens, Greece, pada awal pagi Jumaat, memecahkan tingkap dan merosakkan dinding bangunan itu.

Kejadian berlaku beberapa jam selepas Parlimen mengundi untuk mengenakan hukuman terhadap individu yang mengadakan tunjuk perasaan di luar mahkamah terbabit sebelum ini.

Laporan awal polis menyebut penyerang telah melepaskan tembakan ke arah polis yang berkawal sebelum letupan berlaku.

Bagaimanapun, tiada sebarang kecederaan dilaporkan berlaku.

Pemeriksaan lanjut polis menemui sebuah van yang digunakan penyerang tidak jauh dari lokasi kejadian.

Buat masa ini, belum ada pihak yang mengaku bertanggungjawab.

Sidang Parlimen pada Khamis meluluskan perintah baharu yang membolehkan penalti dikenakan ke atas individu penunjuk perasaan yang sering berkumpul di luar kompleks mahkamah.

Bagi penunjuk perasaan, lelongan rumah yang dibuat mahkamah tidak memihak kepada pemilik yang berdepan masalah kewangan.



Source link

read more

Lelaki maut ditikam di dada kereta dibakar



SUNGAI PETANI: Seorang lelaki ditemukan mati dengan kesan tikaman di bahagian dada dalam satu kejadian lewat petang Isnin, di lorong belakang Taman Arked, di sini.

Pada masa sama, sebuah Perodua Axia yang terbakar juga ditemukan di dalam semak tidak jauh dari lokasi mayat berkenaan. 

Mangsa, Liu Chee Wei, 25, dijumpai berlumuran darah oleh penduduk selepas mendengar suara orang mengerang kesakitan di lorong belakang taman perumahan itu.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Muda, ACP Saifi Abdul Hamid, pihaknya menerima maklumat daripada orang awam pada 3 petang dan terus ke lokasi kejadian.

“Mangsa ada kesan tikam di bahagian kiri dada dan juga tangan. Mungkin ada pergelutan di dalam kereta sebelum dia lari keluar,” kata Saifi, sambil menambah, mangsa dipercayai berasal dari Nibong Tebal, Pulau Pinang. 

Katanya, motif pembunuhan masih dalam siasatan dan polis menolak kejadian bermotifkan samun kerana barangan kemas seperti cincin, subang dan jam tangan masih ada pada badan mangsa.

Siasatan awal menerusi pendaftaran kenderaan polis mendapati, kereta itu adalah milik rakan mangsa namun polis sedang menyiasat latar belakang mangsa termasuk pekerjaannya.

Katanya, suspek berkemungkinan membawa lari kereta itu ke dalam kawasan semak terbabit sebelum dibakar.

Mayat dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar untuk bedah siasat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.



Source link

read more

Tikus dipaksa teguk wain dibakar sampai mati kerana mencuri



SEEKOR tikus dipaksa meneguk wain kemudian disiram alkohol dan dibakar kerana dipercayai mencuri sekeping roti oleh seorang lelaki di China.

Lelaki yang hanya dikenali sebagai Mr. Shi, mengikat tikus berkenaan dan turut merakam perbuatan kejam tersebut.

Menurut laporan Mirror.co.uk, video berdurasi 20 saat itu dirakam dengan jelas menunjukkan dia bergelak ketawa bersama rakannya sewaktu mendera tikus itu.

Mr. Shi kemudiannya menggunakan pemetik api untuk membakar tikus itu sehingga mati.

Trend mengikat, mendera dan membakar tikus yang ditangkap kerana mencuri telah menjadi tular sejak kebelakangan ini.

Awal bulan ini, seorang lagi lelaki dipercayai mengikat dan memukul tikus menggunakan kayu pemukul kerana mencuri nasi.



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons