Trump buka mulut lagi kali ini cadang guru sekolah diberi senjata



WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mencadangkan guru sekolah dilengkapi senjata bagi menghalang kes tembakan besar-besaran.

Keputusan itu dicapai Trump selepas bertemu pelajar yang terselamat serta ibu bapa pelajar yang terkorban dalam kejadian tembakan di sekolah Marjory Stoneman Douglas Florida minggu lepas, lapor Reuters.

“Jika kita lengkapkan guru ini dengan senjata, mereka boleh mematahkan serangan dengan pantas,” kata Trump selepas pertemuan di White House.

BACA: Hapuskan NRA! Pelajar laung bantahan di depan Capitol Hill

BACA: ‘Dia baru 14 tahun, kenapa mati cara sebegitu?’

Dalam pertemuan itu Trump menghabiskan masa mendengar rayuan pelajar yang mahu sesuatu dilakukan dan Trump berikrar akan menambahbaik pemeriksaan latar  belakang pembeli senjata.

Minggu lepas sekolah Marjory Stoneman Douglas dikejutkan dengan tembakan rambang seorang pelajar yang mengorbankan 17 orang pelajar serta guru sekaligus menjadikan ia kes tembakan rambang kedua terbesar di sekolah awam AS.

BACA: Suspek Florida setuju mengaku bersalah jika boleh elak hukuman mati

Selain itu Trump berkata pentadbirannya akan turut memberi penekanan kepada pemeriksaan latar belakang tahap kesihatan mental pelajar bagi menjadikan sekolah lebih selamat.



Source link

read more

Cadangan UDA Holdings bangunkan tanah rizab Melayu diberi perhatian – Nasional


KUALA LUMPUR 16 Feb. – Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar mengambil perhatian terhadap cadangan UDA Holdings Bhd. bagi membangunkan tanah rizab Melayu di negara ini.

Menurut kenyataan kementerian tersebut, pihak UDA Holdings baru-baru ini telah mencadangkan supaya kerajaan menilai dan meneliti semua tanah rizab Melayu supaya nilainya dapat dinaikkan.

Cadangan tersebut meliputi perkara memecahkan lot bagi tanah rizab Melayu untuk pertanian supaya pecahan lot boleh dimiliki banyak nama, mewujudkan kelonggaran dari segi syarat pemilikan dan membenarkan tanah rizab Melayu disewakan kepada bukan bumiputera bagi tujuan kebolehpasaran.

“Di bawah Perlembagaan Persekutuan, perundangan berhubung tanah rizab Melayu adalah terletak di bawah bidang kuasa negeri.

“Berdasarkan semakan, Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang mengguna pakai Enakmen Rizab Melayu (FMS Cap 142) sementara Kelantan, Kedah, Perlis, Johor dan Terengganu turut mempunyai Enakmen Rizab Melayu masing-masing. Tiada Enakmen Rizab Melayu di Pulau Pinang dan Melaka,” katanya.

Menurut kenyataan itu lagi, Kanun Tanah Negara 1965 tidak menghalang tanah rizab Melayu kategori pertanian untuk dibangunkan melalui proses pecah bahagi kepada lot-lot yang lebih kecil bagi meningkatkan nilai tanah orang Melayu. Bagaimanapun, ia tertakluk kepada kelulusan pihak berkuasa negeri.

Mengenai cadangan mewujudkan kelonggaran dari segi syarat pemilikan pula, menurut kenyataan itu, Perkara 89 Perlembagaan Persekutuan telah mentakrifkan ‘Tanah Simpanan Melayu’ sebagai tanah yang disimpan untuk diberi hak milik kepada orang Melayu atau kepada anak negeri bagi negeri tempat terletaknya tanah itu.

‘Orang Melayu’ termasuklah mana-mana orang yang di bawah undang-undang negeri tempat dia bermastautin, dikira sebagai orang Melayu bagi maksud perizaban tanah.

“Bagaimanapun, terdapat perbezaan taksiran ‘Melayu’ bagi maksud dalam Enakmen Rizab Melayu Negeri-Negeri. Dalam hal ini, mengenal pasti siapakah yang diiktiraf sebagai ‘Melayu’ dalam setiap Enakmen Rizab Melayu adalah penting bagi mengenal pasti siapakah yang dibenarkan berurusan dengan tanah rizab Melayu ini.

“Kelonggaran juga tertakluk kepada peruntukan yang ada dalam Enakmen Rizab Melayu Negeri masing-masing,” katanya.

Sementara itu menurut kenyataan tersebut, kementerian turut menyambut baik cadangan supaya kerajaan membenarkan tanah rizab Melayu dipajakkan kepada bukan Melayu.

“Bagaimanapun, pada masa ini, perkara tersebut tidak dapat dilaksanakan memandangkan terdapat halangan dalam Enakmen Rizab Melayu Negeri-Negeri yang menyekat sebarang pelupusan sama ada dalam bentuk pajakan atau pindah milik kepada bukan Melayu dan memerlukan pindaan kepada Enakmen Rizab Melayu tersebut.

“Namun begitu, kaedah penyewaan tanah boleh diguna pakai tetapi tertakluk kepada tempoh tidak melebihi tiga tahun selaras peruntukan yang dinyatakan dalam Kanun Tanah Negara 1965 dan peruntukan Enakmen Rizab Melayu Negeri masing-masing,” katanya. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Jacob Zuma diberi tempoh 48 jam untuk letak jawatan



PRETORIA: Kongres Nasional Afrika Selatan (ANC) memberi tempoh 48 jam untuk Presiden Jacob Zuma meletak jawatan sebagai pemimpin negara itu.

Keputusan itu dibuat susulan mensyuarat kepimpinan tertinggi parti ANC yang berlangsung selama lapan jam.

Presiden ANC, Cyril Ramaphosa menyampaikan keputusan itu secara langsung di sekitar kediaman Zuma berhampiran Bangunan Kesatuan di Pretoria setelah tamat mesyuarat parti berkenaan pada jam 10.30 pagi Selasa.

Menurut Ramaphosa, 65 tahun, mesyuarat yang diadakan di sebuah hotel di Pretoria itu menyaksikan pengumpulan segala maklumat dan bahan bukti kes rasuah Zuma, dan maklumat tersebut akan disalurkan kepada semua ahli ANC.

Ramaphosa yang juga Timbalan Presiden Afrika Selatan, berkata beliau telah berbincang secara langsung dengan Zuma berhubung pemindahan kuasa.

Walaupun kepimpinan tertinggi parti mempunyai kuasa untuk perintahkan presidennya untuk mengundurkan diri sebagai ketua negara, spekulasi media tempatan menyatakan Zuma mungkin akan menolak.

Zuma, 76 tahun, diseru untuk mengakhiri pemerintahannya setahun lebih awal selepas Ramaphosa dipilih sebagai Presiden ANC pada Disember lalu selepas menewaskan Nkosazana Dlamini-Zuma, isteri Jacob.

Ramaphosa sebelum ini berjanji untuk menumpukan fokus usahanya terhadap membanteras rasuah serta memulihkan ekonomi negara.

Sejak menjawat jawatan Presiden pada 2009, Zuma dihantui skandal rasuah. Beliau sedang melawan 783 tuduhan rasuah berkenaan perjanjian senjata yang didakwa diatur oleh kerajaan bernilai 30 bilion rand (RM9.8 bilion) pada akhir 1990-an ketika beliau menjadi timbalan presiden.

Zuma juga mungkin akan berdepan undi tidak percaya di Parlimen nanti. Jika beliau berjaya digulingkan, kesemua ahli Kabinetnya juga perlu meletak jawatan.



Source link

read more

Ambil tanah rakyat, diberi kepada syarikat


KUALA LUMPUR – Kira-kira 200 penduduk dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang merayu kepada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali agar tidak mengambil tanah yang diusahakan mereka sejak lebih 30 tahun lalu itu.

Mereka membesar anak-anak dan memperolehi sumber pendapatan untuk menampung kehidupan keluarga melalui tanah itu.

Dengan itu, tidak wajar sama sekali kerajaan negeri menyerahkan kawasan yang diterokai penduduk sejak sekian lama itu kepada syarikat tertentu untuk dimajukan.

Sehubungan itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang, Datuk Sulaiman Razak berkata, beliau amat bersimpati dengan nasib yang menimpa penduduk apabila kerajaan negeri sewenang-wenangnya hendak mengambil semula tanah berkenaan.

Ambil tanah rakyat, diberi kepada syarikat

Datuk Sulaiman Razak

“Rasa simpati saya amat mendalam sekali atas apa yang menimpa penduduk ini. Mereka mengusahakan kawasan ini 30 tahun… ada yang lebih 30 tahun.

“Kawasan ini, tanah ini menjadi sumber pendapatan penduduk, membesarkan anak, mendapat pendapatan untuk membeli beras, makanan dan sebagainya.

“Hari ini, tiba-tiba suasana bertukar, mereka hilang semua haknya,” katanya kepada media di Permatang, dekat sini, semalam.

Menurut Sulaiman, atas apa alasan sebab sekali pun, sebagai wakil rakyat kawasan itu, beliau amat prihatin dan minta kepada menteri besar selaku pentadbir tanah utama negeri Selangor melihat atau mengkaji semula keadaan itu.

“Walauapapun keadaan saya nak minta Menteri Besar bantu rakyat-rakyat ini, bantu pakcik-pakcik, makcik-makcik ini, abang-abang ini dan generasi muda yang telah mengusahakan kawasan ini.

“Saya dimaklumkan kawasan ini masih luas lagi, banyak lagi lot-lot yang boleh digunakan untuk diberikan kepada syarikat berkaitan,” katanya.

Katanya, jika penduduk tidak ada rezeki di atas lot yang diusahakan itu, sepatutnya kerajaan negeri boleh menyediakan lot lain sebagai ganti.

Sulaiman berharap, rintihan suara rakyat itu didengari oleh Mohamed Azmin.

“Dalam zaman Barisan Nasional (BN) memerintah Selangor, kita benarkan penduduk ini usahakan mana-mana kawasan yang sesuai. Sebab pada kita, kalau cara itu boleh memberi pendapatan, kita beri peluang kepada mereka.

“Nanti kalau kerajaan negeri hendak ambil alih kawasan itu kerana ada kepentingan awam, kita akan buat satu rancang yang lain untuk penduduk. Bukan rampas begitu saja,” katanya.

Beliau berkata, rakyat sudah lama menderita dan sewajarnya mereka dibenarkan untuk terus mengusahakan kawasan itu untuk menyara keluarga.

“Saya difahamkan empat buah syarikat akan dapat tanah ini. Ini tidak patut kerana pada saya, sepatutnya rakyatlah diutamakan.

“Sepatutnya penduduk yang usahakan tanah ini, merekalah yang layak dapat hak milik, kerana mereka adalah penduduk tempatan.

“Saya sedihlah dan saya harap kerajaan negeri beri jawaoan yang jelas kepada rakyat. Pejabat Daerah juga perlu beri jawapan yang jelas kenapa ini boleh berlaku,” katanya yang bersedia mengatur perjumpaan atau dialog Mohamed Azmin dengan penduduk. – theRakyat



Source link

read more

Presiden Afrika Selatan Jacob Zuma diberi kata dua berundur atau kami pecat anda



JOHANNESBURG: Parti memerintah Afrika Selatan Kongres Nasional Afrika (ANC) dikatakan sedang berusaha menyelamatkan ‘air muka’ presiden negara itu Jacob Zuma, dengan mencari jalan terbaik untuk menyingkirkan pemimpin yang terpalit dengan kontroversi dan skandal itu.

Lapor saluran televisyen eNCA, Majlis Eksekutif Kebangsaan ANC telah bermesyuarat dan berpendirian untuk memohon Zuma meletakkan jawatan secara baik atau enam anggota tertinggi majlis itu bakal memaksanya berundur.

Namun tidak disebut dari manakah sumber berita itu diperolehi.

BACA: Presiden Afrika Selatan Jacob Zuma mohon maaf seleweng dana untuk kediaman peribadi

BACA: Ceritalah ASEAN – Bayangan Zuma menjangkau Asia Tenggara

Seorang jurucakap wanita ANC, Khusela Diko ketika ditanya enggan mengesahkan laporan itu dan meminta agar wartawan merujuk kepada kenyataan yang dikeluarkan selepas mesyuarat parti itu semalam yang tidak menyentuh langsung mengenai perkara itu.

Bagaimanapun salah seorang anggota majlis itu yang enggan dinamakan mengesahkan keputusan itu adalah sebulat suara.

Penggal presiden Zuma hanya akan tamat pada tahun hadapan.

Kepimpinan parti itu bergolak selepas Zuma dikatakan terpalit dengan dakwaan rasuah dan salah guna kuasa, yang dinafikannya sekeras-kerasnya.

Zuma juga dibidas ekoran ekonomi negara yang tidak memberansangkan.

ANC sebelum ini telah melantik pemimpin baru, Cyril Ramaphosa untuk menggantikan Zuma sebagai pemimpin parti.



Source link

read more

Pengasas Wikileaks diberi taraf kerakyatan Ecuador



QUITO: Ecuador memberi taraf kerakyatan kepada pengasas Wikileaks, Julian Assange.

Menteri Luarnya Maria Fernanda Espinosa memaklumkan kerakyatan diberi kepada Assange, sementara pihaknya mencari kaedah penyelesaian kepada situasi yang dihadapi beliau.

Assange menerima suaka politik dari Ecuador sejak 2012 dan bersembunyi di kedutaan negara itu.

Persembunyian itu adalah untuk mengelak perintah ekstradisi yang dikeluarkan ke atasnya oleh Sweden berhubung siasatan dakwaan seksual.

Kes berkenaan bagaimanapun digugurkan di Sweden.

Namun Assange kekal berlindung di Kedutaan Ecuador di London kerana beliau melarikan diri dari jaminan polis.

Pejabat Setiausaha Luar Britain, pada Khamis menolak permohonan Ecuador untuk memberi status diplomatik kepada Assange, atas alasan beliau dilahirkan di Australia.



Source link

read more

Najib keluarga diberi penghormatan ziarah makam Nabi Muhammad SAW


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan keluarga diberi penghormatan oleh kerajaan Arab Saudi menziarah Makam Nabi Muhammad SAW pada Selasa sempena lawatan kerja lima harinya ke negara itu.

“Alhamdulillah, semalam saya dan keluarga telah melawat Raudhah dan Makam Nabi Muhammad selepas Solat Isya’ di Masjid Nabawi (di Madinah).

“Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al Saud, telah memberi kebenaran untuk saya dan keluarga termasuk Bonda (Tun Rahah Mohammad Noah) memasuki makam Rasulullah.

“Kami bersyukur dapat memasuki makam Nabi Muhammad dan diberi penghormatan berbuat demikian kerana ia hanya diberikan kepada tetamu-tetamu istimewa Kerajaan Arab Saudi sahaja, dan tidak ramai mendapat peluang tersebut,” katanya menerusi akaun Facebook @najibrazak pada Rabu.
Terdahulu, Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan berkata lawatan kerja Perdana Menteri ke Arab Saudi bermula Selasa hingga 12 Jan ini adalah atas jemputan Raja Arab Saudi.

Menurutnya lawatan itu bertujuan membolehkan pemimpin kedua-dua negara berbincang isu-isu dua hala yang telah dipersetujui semasa kunjungan sulung baginda ke Malaysia tahun lalu.

Selain itu, adalah menjadi hasrat perdana menteri untuk menunaikan ibadah umrah semasa lawatan kerja tersebut, kata kenyataan itu.

— BERNAMA



Source link

read more

Tiada Istilah “Abang Besar” Kata DAP! PAN Merayu-rayu Minta tambah kerusi Tapi diberi Amaran Keras!!


 

Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke baru-baru ini memberi jaminan tiada parti pembangkang yang akan mendominasi parti lain dalam Pakatan Harapan. Baca di sini. Kata Anthony Loke,

Dalam Pakatan Harapan tidak ada soal abang sulung atau pun adik bongsu, tak ada siapa yang lebih besar dalam Pakatan. Kami bukan BN 2.0. Dalam BN semua tahu parti paling dominan adalah UMNO, kita tak berniat meniru pendekatan BN.

Hari ini, apabila parti PAN memperbesarkan isu pembahagian kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) akan datang, Setiausaha Agong Parti DAP sudah memberi amaran. Kata Joseph Lim Guan Eng, dipetik Berita Harian, di sini,

Macam mana saya nak jawab soalan ini pun saya tak tahu kerana tidak tahu soalan berpunca dari mana, cakap macam mana nak tuntut. Ini kita sudah umumkan dan itulah struktur pembahagian. Justeru, jangan cuba tokok tambah. Apa yang penting kita mara ke hadapan dengan suatu strategi jelas.

Taukeh sudah marah, khadam ikut sajalah. Kesian PAN di anak tirikan sedangkan mereka lah paling banyak berkorban sehingga sanggup derhaka pada Tok Guru dan Ulamak PAS hanya kerana kuasa. Mungkin ini balasan Allah SWT di dunia.



Source link

read more

Bekas Gabenor Jakarta diberi pengampunan khusus sempena Krismas



JAKARTA: Bekas Gabenor Jakarta, Basuki “Ahok” Tjahaja Purnama yang sedang menjalani hukuman penjara dua tahun diberikan pengampunan khusus untuk berada di luar penjara bagi menyambut perayaan Krismas Isnin lalu.

Peguam Ahok, Teguh Samudera berkata pengampunan selama 15 hari terbabit turut diberikan kepada banduan yang beragama Kristian yang lain.

“Pak Ahok telah diberi kelonggaran selama 15 hari,” jelasnya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Menurut pemangku Ketua Pengarah Kementerian Undang-undang dan Hak Asasi Manusia, Makmun, setakat 18 Disember terdapat 227,446 banduan di negara itu dengan 15,748 daripadanya adalah banduan kristian.

“Kali ini terdapat 9,333 banduan telah diberi kelonggaran bersempena sambutan Krismas,” jelasnya.

Menurutnya, banduan Kristian yang menerima pengampunan khusus dinilai berdasarkan  jenayah yang mereka lakukan.

Sekiranya mereka adalah banduan kes rasuah, mereka dikehendaki berkerjasama dengan pihak berkuasa bagi mendapatkan pengampunan.

Tambah Makmun pengampunan khusus terbabit boleh diberikan dari 15 hari sehingga dua bulan.

Ahok dikenakan hukuman penjara dua tahun selepas disabitkan kesalahan menghina agama Islam.

Sebelum ini peguam Ahok telah memohon mahkamah agar memberikan pengampunan kepada Ahok pada sambutan Krismas atas alasan Ahok telah dipenjarakan selama lebih dari enam bulan serta telah berkelakuan baik.



Source link

read more

Hanya seorang dari 10 kanak-kanak diberi vaksin Pneumococcal – Nasional


KUALA LUMPUR 20 Dis. – Kesedaran kepentingan mengambil suntikan vaksin Pneumococcal (PnD) di negara ini masih rendah sedangkan vaksin tersebut penting bagi mencegah penyakit pneumonia dan beberapa penyakit bahaya lain.

Menurut Presiden Persatuan Pediatrik Malaysia, Prof. Madya Dr. Muhammad Yazid Jalaludin, hanya satu daripada 10 kanak-kanak di negara ini yang mendapat perlindungan vaksin PnD.

“Ini bermakna sembilan daripada 10 kanak-kanak ini tidak diberikan vaksin PnD dan ini boleh menyebabkan bakteria yang mengakibatkan pneumonia mudah tersebar kepada orang di sekeliling mereka.

“Apabila terkena pneumonia, terutamanya kanak-kanak melalui sentuhan secara langsung atau melalui batuk atau bersin, ia akan menyebabkan kepada jangkitan paru-paru yang mampu membawa maut sekiranya tidak dirawat dengan segera,” katanya ketika majlis pelancaran Kempen Hands Up anjuran  Pfizer Malaysia dengan kerjasama Persatuan Pediatrik Malaysia dan juga Perikatan Strategik Asia bagi Penyakit Pneumococcal Disease (ASAP).

Kempen tersebut bertujuan untuk memupuk kesedaran dalam kalangan ibu bapa mengenai kepentingan mengambil vaksin PnD kepada kanak-kanak dan juga warga emas yang berumur 65 tahun ke atas bagi mengurangkan jumlah kematian akibat virus tersebut.-UTUSAN ONLINE



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons