Bursa Malaysia dibuka tinggi | Astro Awani


KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia meneruskan aliran kenaikan semalam untuk dibuka lebih tinggi hari ini susulan minat belian berterusan bagi saham wajaran tinggi terpilih serta seiring dengan prestasi kebanyakan pasaran serantau lainnya, kata peniaga.

Pada 9.10 pagi, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) berada pada 1,828.64 iaitu menokok 0.01 mata berbanding paras penutup 1,828.63 semalam dan dibuka 2.61 mata lebih tinggi kepada 1,824.55.

Sentimen pasaran secara keseluruhannya adalah positif dengan kaunter untung mengatasi rugi iaitu 197 berbanding 116 manakala 234 kaunter tidak berubah, 1,285 tidak didagangkan manakala 32 lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 374.60 juta saham bernilai RM98.52 juta.

Dalam satu nota penyelidikan hari ini, Maybank Investment Bank Research (Maybank IB) berkata bursa tempatan itu dijangka reda hari ini.

“Aliran peningkatan semalaman di pasaran Amerika Syarikat (AS) akan memberi sokongan kepada bursa tempatan, namun selepas mencatat kenaikan selama empat hari berturut-turut, kami percaya FBM KLCI akan mengalami pembetulan teknikal.

“Malah, secara teknikalnya, kami mengunjurkan indeks petunjuk utama itu didagangkan antara 1,820 dan 1,835 hari ini. Paras sokongan menurun pula sekitar 1,812 dan 1,793 mata,” kata firma pelaburan itu.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank dan Public Bank masing-masing susut dua mata kepada RM9.86 dan RM20.86 manakala TNB tidak berubah pada RM15.82 dan Petronas Chemicals naik dua sen kepada RM8.19.

Bagi saham cergas pula, Sumatec untung setengah sen kepada 10.5 sen, UMW O

Indeks FBM Emas naik 5.63 mata kepada 13,197.36, Indeks FBMT 100 menambah 3.50 mata kepada 12,851.87 dan FBM 70 menokok 16.07 mata kepada 16,436.36.

Indeks FBM Emas Shariah menambah 10.19 mata kepada 13,628.70 manakala FBM Ace meningkat 37.65 mata kepada 6,843.83.

Mengikut sektor, Indeks Kewangan naik 11.21 mata kepada 17,257.47, Indeks Perladangan menambah 17.37 mata kepada 8,092.60 namun Indeks Perusahaan merosot 1.75 mata kepada 3,336.60.

— BERNAMA



Source link

read more

Kuil Hindu tidak boleh dibuka ketika fenomena gerhana – MHS


KUALA LUMPUR: Malaysia Hindu Sangam (MHS) mengulangi kenyataan bahawa kuil Hindu tidak boleh dibuka mahupun mengadakan upacara keagamaan semasa berlakunya fenomena gerhana bulan pada sambutan hari Thaipusam, 31 Jan ini.

Presidennya, Datuk RS Mohan Shan berkata masyarakat Hindu di seluruh dunia secara amnya berpegang teguh kepada ritual sebegini sejak dahulu kala, memandangkan impak negatif fenomena gerhana kepada mereka.

“Kebiasaannya, kuil tidak akan dibuka sepanjang tempoh gerhana dan masyarakat Hindu juga tidak digalakkan keluar rumah, bimbang akan ‘gelombang negatif’ yang wujud akibat gerhana,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Beliau berkata gerhana bulan dijangka berlaku sekitar jam 7.48 malam dan berakhir 11.11 malam pada hari tersebut.

Beliau berkata demikian ketika mengulas keputusan Kuil Devasthanam Sri Maha Mariamman pada Jumaat bahawa upacara keagamaan di Kuil Sri Subramaniar di Batu Caves pada hari Thaipusam akan diteruskan, termasuk pada tempoh gerhana bulan.

Pengerusinya Tan Sri R. Nadarajah, dalam satu sidang media berkata masyarakat Hindu tidak perlu berasa was-was bagi menunaikan nazar atau sembahyang pada waktu gerhana bulan, pada hari Thaipusam itu, memandangkan satu upacara khas (parigara pooja) akan diadakan pada malam 31 Jan selepas gerhana bulan itu.

“Kebanyakan masyarakat Hindu tidak akan keluar rumah dan kebiasaannya kuil akan ditutup ketika berlakunya gerhana, namun disebabkan terdapat ramai penganut yang akan menunaikan nazar pada hari Thaipusam, kita mengambil alternatif ini,” katanya.

“Parigara pooja akan dijalankan pada jam11.30 malam. Pihak pengurusan kuil telah mendapatkan nasihat daripada agamawan Hindu sebelum mengambil keputusan ini, dan diberitahu upacara keagamaan boleh dijalankan seperti biasa,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata perarakan pedati emas dan perak akan bermula dari Kuil Sri Maha Mariamman, Jalan Tun H.S.Lee, di sini pada jam 10 malam, 29 Jan dan dijangka tiba di di Batu Caves pada jam 2 petang hari berikutnya.

“Perarakan pulang pedati (perak sahaja) dari Batu Caves adalah pada 1 Feb dan akan tiba di Kuil Sri Maha Mariamman pada tengah malam hari yang sama,” katanya.

Dalam pada itu, Mohan Shah menasihatkan penganut menunaikan nazar atau menjalankan upacara keagamaan sebelum jam 7.30 malam ataupun selepas 11.30 malam pada hari berkenaan, sambil menyatakan pihaknya tidak melarang penganut ke Batu Caves semasa berlakunya gerhana bulan.

Beliau berkata dua lagi lokasi utama sambutan Thaipusam di negara ini iaitu Kuil Balathandayuthapani di Goerge Town, Pulau Pinang dan Kuil Sri Subramaniya Swami di Sungai Petani, Kedah, dilaporkan akan ditutup semasa waktu gerhana bulan itu.

“Malah kuil di Singapura dan India juga dilaporkan akan mengambil langkah sama,” katanya. — Bernama



Source link

read more

Bursa Malaysia dibuka rendah berikutan sentimen lemah


KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini berikutan sentimen lemah dan kurang minat belian, kata para peniaga.

Pada 9.20 pagi, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) berada pada 1,821.74, turun 1.18 mata daripada 1,822.92 pada sesi penutup semalam dan selepas dibuka 0.9 mata lebih rendah pada 1,822.02.

Seorang peniaga berkata peserta pasaran tidak bersedia untuk membeli secara agresif berikutan risiko tinggi sekarang dan kurang ganjaran selepas mencatatkan 107 mata keuntungan dalam 13 hari pasaran, diukur daripada paras rendah 1,732 pada 19 Dis tahun lepas dan paras tinggi 1,840.35 pada 9 Jan tahun ini.

“Analisis keseluruhan tindakan pasaran semalam mendedahkan kuasa beli lebih lemah berbanding tekanan jualan dan justeru itu, FBM KLCI dijangka diniagakan di bawah paras 1,821.27 pada Khamis,” katanya.

Keseluruhan suasana pasaran positif dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 226 berbanding 199, 286 kaunter tidak berubah, 1,092 tidak diniagakan dan 23 yang lain digantung.

Jumlah dagangan berjumlah 515.14 juta saham bernilai RM186.33 juta.

Dalam kalangan kaunter wajaran tinggi, Maybank, Public Bank, Petronas Chemicals dan CIMB tidak berubah masing-masing pada RM9.48, RM20.84, RM8.11 dan RM6.74, manakala TNB susut dua sen kepada RM15.84.

Dalam kalangan kaunter cergas, MWAG dan Fintec menokok satu sen setiap satu masing-masing kepada 22 sen dan 17 sen, manakala Sapura Energy susut 1.5 sen kepada 89 sen.

UMW OG dan PUC tidak berubah masing-masing pada 41 sen dan 32 sen. 

Saham HLT Global akan digantung sepanjang hari dagangan hari ini bagi membolehkan syarikat itu membuat satu pengumuman penting.

Indeks FBM Emas turun 7.17 mata kepada 13,222.7, Indeks FBMT 100 susut 7.7 mata kepada 12,858.43 dan FBM 70 jatuh 7.859 mata kepada 16,629.64.

Indeks FBM Emas Shariah berkurangan 9.65 mata kepada 13,723.5 dan FBM Ace turun 9.21 mata kepada 7,031.82.

Mengikut sektor, Indeks Kewangan meningkat 26.01 mata kepada 17,148.29 dan Indeks Perladangan naik 1.92 mata kepada 8,099.92, manakala Indeks Perusahaan turun 3.44 mata kepada 3,397.14.

— BERNAMA



Source link

read more

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar US


KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka rendah berbanding dolar US pagi ini, dengan dolar mengukuh ekoran jangkaan kenaikan kadar faedah Amerika Syarikat pada Mac.

Pada 9 pagi, unit tempatan mencatatkan paras 4.0020/0050 berbanding dolar daripada 3.9950/9990 pada penutupan semalam.

Seorang peniaga berkata dolar mula mengukuh, disokong oleh unjuran bahawa akan berlaku tiga kenaikan kadar faedah tahun ini, selain penyusutan nilai euro apabila pelabur membuat keuntungan selepas rali baru-baru ini.

Beliau berkata ringgit berehat hari ini selepas mengukuh berbanding dolar US sejak kebelakangan ini, namun sentimen ke atas mata wang tempatan itu kekal positif susulan kenaikan harga minyak mentah, sentimen pelaburan yang lebih baik dalam pasaran tempatan selain unjuran kenaikan Kadar Semalaman oleh Bank Negara Malaysia tahun ini.

Sementara itu ringgit didagangkan kebanyakannya rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ia menyusut berbanding dolar Singapura kepada 3.0038/0072 daripada 3.0008/0043 pada Isnin dan rendah berbanding yen kepada 3.5372/5402 daripada 3.5298/5342,

Ringgit juga rendah berbanding euro kepada 4.7904/7948 daripada 4.7896/7952 semalam dan rendah berbanding pound British pada 5.4295/4340 daripada 5.4036/4106 sebelumnya.

— BERNAMA



Source link

read more

Sebuah lagi PPS dibuka di Kluang – Nahas & Bencana


JOHOR BAHRU 4 Jan. – Sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Kluang menjadikan tujuh PPS dibuka di negeri ini bagi menempatkan 388 mangsa daripada 107 keluarga akibat banjir sejak Ahad lalu.



AYUB RAHMAT

AYUB RAHMAT

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan negeri, Datuk Ayub Rahmat berkata, sebuah PPS lagi dibuka akibat banjir kilat pada pukul 8 malam semalam bagi menempatkan lapan mangsa daripada dua keluarga dari Kampung Parit Hassan. 


Katanya, setakat pukul 8 pagi ini, enam PPS di Mersing masih lagi dibuka di Balairaya Taman Nakhoda, Sekolah Kebangsaan (SK) Air Papan, SK Tenglu, Balai Raya Serbaguna Kampung Benaung, PPK Endau, Sekolah Agama Pengkalan Batu dan Balai Raya Kampung Air Merah yang menempatkan 380 mangsa melibqtkan 105 keluarga. 


“Sebuah PPS di Mersing, iaitu di Balai Raya Taman Nakhoda sudah ditutup pukul 12 tengah hari semalam. Kesemua tujuh mangsa daripada tiga keluarga sudah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.


“Sementara itu, dua PPS di Kota Tinggi, iaitu di Surau Sungai Buntu dan SK Telok Ramunia ditutup semalam dan kesemua mangsa banjir di daerah itu sudah pulang ke rumah masing-masing,” katanya dalam satu kenyataan di sini sebentar tadi.


Katanya, pemantauan banjir dilakukan berterusan melibatkan pelbagai agensi, antaranya Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan Jabatan Pengairan dan Saliran. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

9 pusat pemindahan banjir dibuka di Pahang – Nahas & Bencana


KUANTAN 2 Jan. – Hujan berterusan kadangkala lebat sejak semalam menyebabkan berapa kawasan di daerah ini dan Rompin dinaiki air.

Menurut portal info bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), sehingga pukul 9 pagi ini, sebanyak sembilan pusat pemindahan sementara banjir dibuka di negeri ini.

Pusat-pusat pemindahan sementara itu menempatkan 489 mangsa daripada 162 keluarga.

Jumlah penduduk dipindahkan dijangka meningkat berikutan kedaaan cuaca yang masih tidak menentu. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Puncak Bukit Bendera dibuka semula kepada pelancong bermula hari ini – Nasional


PULAU PINANG 30 Dis. – Selepas hampir dua bulan ditutup kerana bencana tanah runtuh dan pokok tumbang, pusat pelancongan popular Bukit Bendera di sini dibuka semula kepada orang ramai bermula hari ini.

Pengurus Besar Perbadanan Bukit Bendera Pulau Pinang (PBBPP), Cheok Lay Leng berkata, operasi kereta api kabel atau funikular Bukit Bendera kini beroperasi semula selepas kerja-kerja pembersihan akibat bencana itu selesai sepenuhnya.

Menurut beliau, perkhidmatan funikular itu terpaksa dihentikan selepas kawasan berkenaan diklasifikasikan sebagai ‘zon merah’ akibat kejadian tanah runtuh dan pokok tumbang ketika bencana banjir besar melanda negeri ini 5 November lalu.

“Kita bekerjasama dengan pelbagai agensi berkaitan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi membersihkan kesan-kesan tanah runtuh dan pokok tumbang yang menyebabkan semua akses ke puncak Bukit Bendera terhalang,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas perasmian pengoperasian semula perkhidmatan itu di Bukit Bendera, di sini hari ini.

Sekurang-kurangnya 194 kejadian tanah runtuh dan pokok tumbang dilaporkan berlaku di Bukit Bendera dan kawasan sekitarnya dalam kejadian banjir besar 5 November lalu sekali gus menyebabkan puncak bukit berkenaan terputus hubungan sepenuhnya. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

[VIDEO] Jambatan Sultan Yusuf dibuka untuk kenderaan ringan esok – Terkini


IPOH 30 Dis. – Jambatan Sultan Yusuf di Batu 5 dekat Teluk Intan akan dibuka kepada semua kenderaan ringan dengan ketinggian maksimum 2.5 meter berkuat kuasa esok.

Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrastruktur, Tenaga Dan Air negeri, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin berkata, perjalanan kenderaan berat bagaimanapun masih lagi berpandukan kepada laluan alternatif seperti dimaklumkan sebelum ini.

“Sepanjang tempoh pembukaan kepada kenderaan ringan ini, Jabatan Kerja Raya (JKR) akan melakukan pemantauan rapi demi keselamatan pengguna jalan raya.

“Papan tanda jalan alternatif juga telah diletakkan bermula dari Taman Desa Aman (Teluk Intan FT005) sementara dari Sitiawan akan diletakkan di persimpangan Felda Changkat Lada (A266),” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah beliau, pengguna juga diminta terus bersabar serta mematuhi papan tanda arah keselamatan yang disediakan kerana kesulitan dihadapi hari ini adalah demi kesenangan pada masa depan. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

10000 orang guna Monorel Melaka sejak dibuka semula



MELAKA: Perkhidmatan Monorel Melaka di Jalan Tun Ali di sini, berjaya menarik hampir 10,000 pelancong tempatan dan asing sejak dibuka semula pada 4 Dis lepas, kata Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron.

Produk pelancongan itu digantung perkhidmatannya pada 2013 akibat masalah teknikal.

Beliau berkata pengendali perkhidmatan itu, Monorail Theme Park and Studios Sdn Bhd, turut mengunjurkan keuntungan kasar tahunan produk pelancongan terbaharu itu berjumlah kira-kira RM1.2 juta dengan kerajaan negeri menikmati pulangan sebanyak 5.0 peratus setahun.

“Pembukaan semula operasi monorel itu membabitkan peruntukan daripada Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan sebanyak RM13.2 juta selain peruntukan tambahan MBMB (Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah) sebanyak RM8.7 juta.

“Aspek penyelenggaraan perlu diutamakan bagi mengelak sebarang masalah teknikal yang boleh menjejaskan operasi dan merugikan pelaburan terbabit,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan operasi ‘Monorel Tour Ride’ di stesen Tun Ali, hari ini.

Turut hadir Timbalan Exco Pelancongan, Pembangunan Sungai, Pantai dan Pulau-Pulau Melaka Datuk Ghazale Muhamad dan Datuk Bandar MBMB Datuk Zainal Hussin.

Mengulas selanjutnya, Idris berkata, setakat ini perkhidmatan monorel itu beroperasi secara sehala dengan tiga gerabak membawa kira-kira 650 penumpang sehari.

Jumlah itu bagaimanapun dijangka meningkat susulan pertambahan gerabak baharu pada Januari ini.

Penumpang perkhidmatan itu berpeluang menyaksikan pelbagai tarikan pelancongan di sepanjang laluan sejauh tiga kilometer itu seperti Sungai Melaka, Melaka River Cruise dan Kampung Morten dalam masa 25 minit.

— BERNAMA



Source link

read more

Jejambat Bukit Tumbuh dibuka – Terengganu


KUALA TERENGGANU 21 Dis. – Jejambat Bukit Tumbuh yang dbina bagi melancarkan aliran trafik ke pusa bandar raya dan Seberang Takir melaui jambatan Sultan Mahmud mula dibuka petang tadi.

Kemudahan itu sekali gus diharap dapat mengurangkan kesesakan dan risiko kemalangan di atas jambatan tersebut yang merupakan laluan penghubung ke Lapangan Terbang Sultan Mahmud.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman berkata, jejambat sepanjang 350 meter yang mula dibina pada penghujung 2015 menelan kos hampir RM25 juta itu bakal memberikan kelegaan kepada pengguna dengan kelicinan pergerakan ke susur Seberang Takir.

Katanya, kemudahan itu secara tidak langsung dapat menggalakkan lebih ramai pengguna untuk menggunakan laluan berkenaan sebagai alternatif ke lapangan terbang sekali gus merancakkan lagi ekonomi setempat.

“Ini adalah jejambat pertama yang melibatkan susur keluar dan akan menjadi penanda aras serta pemangkin kepada beberapa lagi keperluan jejambat yang perlu dipohon peruntukannya daripada kerajaan Pusat.

“Keadaan di Terengganu dari semasa ke semasa berlaku peningkatan penggunaan kenderaan, dan kerana itu kita sedang membuat persediaan bukan sahaja di sini bahkan di Jalan di Durian Burung, Teluk Pasu, Batu Enam, Tepoh ke susur Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) untuk membangunkan jalan empat laluan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis pelepasan trafik di Jejambat Bukit Tumbuh, di sini hari ini.

Yang hadir sama, Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Wan Nawawi Wan Ismail dan Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Tenaga dan Teknologi Hijau negeri, Ir. Rosli Othman.

Menurut Ahmad Razif, kerajaan negeri turut berhasrat untuk membangunkan jejambat dari kediaman Seri Iman di sini ke Jambatan Sultan Mahmud melibatkan kos RM500 juta sebagaimana yang dicadangkan pihak Jabatan Kerja Raya (JKR).

Katanya, permohonan berkenaan sudah dihantar namun pembinaannya bukan keutamaan di peringkat Pusat kerana tumpuan pembangunan di Terengganu lebih kepada projek hospital dan mitigasi banjir. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons