Dibunuh sebelum dibakar mayat pengasuh rentung ditemui di taman



SEORANG pereka dan pasangannya mengaku bersalah membakar mayat seorang pengasuh warga Perancis.

Bagaimanapun kedua-dua suspek mengaku tidak bersalah atas dakwaan membunuh wanita terbabit.

Mayat itu ditemui dalam keadaan mengerikan di sebuah taman di sebuah rumah di Southfields, barat daya London, pada 20 September tahun lalu.

Polis berdepan kesukaran bagi mengenal pasti identiti mangsa kerana keadaan mayat yang rentung.

Bagaimanapun polis akhirnya berjaya mengesahkan mangsa sebagai Sophie Lionnet, 21 tahun, berasal dari Troyes, timur laut Perancis.

Memetik sumber SkyNews, Suspek Sabrina Kuider, 34, dan pasangannya Oissem Medouni, 40, dari Wimbledon Park Road, Wandsworth, selatan London mengaku membakar mayat wanita malang itu.

Kedua-duanya mengaku bersalah pada sesi pendengaran kes di Mahkamah Old Bailey pada Jumaat terhadap dakwaan cuba melupuskan mayat Lionnet dengan cara membakarnya.

Bagaimanapun kedua dua tertuduh mengaku tidak bersalah atas dakwaan membunuh pada atau sebelum tarikh mayat itu ditemui.

Kedua dua defendan bakal dibicarakan selama lima minggu bermula 19 Mac depan.



Source link

read more

Kejam Bayi 14 bulan dibunuh bapa sendiri dengan racun tikus


CIREBON: Seorang bayi berusia 14 bulan terbunuh setelah dipercayai diracun bapa kandungnya sendiri.

Dalam kejadian di sini pada Ahad, lelaki itu bertindak demikian selepas gagal mendapatkan wang untuk membeli susu formula daripada isterinya yang bekerja di Batam.

Bayi tersebut, Kaisar Alfikar meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Waled Kabupaten Cirebon pada Ahad, lapor portal berita tempatan.

Menurut polis, bapa bayi tersebut M Taufik, 27 tahun, yang bekerja sebagai buruh bertindak membunuh anak kandungnya dengan memberikannya susu formula yang dicampur racun tikus.

Sumber: Official NET News

“Kejadian itu berlaku apabila Taufik gagal mendapatkan wang daripada isterinya selepas pertelingkahan yang berlaku di antara mereka melalui pesanan ringkas.

“Pada mulanya suspek hanya mengugut isterinya, namun selepas ugutannya tidak diendahkan, suspek sanggup melakukan perkara terkutuk tersebut.

Menurut polis, selepas meracun anaknya, suspek cuba membunuh diri dengan minum campuran susu sama namun gagal.

Suspek yang masih belum stabil kini ditahan untuk membantu siasatan. 

Sementara itu, jenazah Kaisar disemadikan di Kampung Cijambe, Jawa Barat pada malam Ahad.



Source link

read more

Suami dibunuh isteri selepas kantoi ada hubungan sulit dengan adik ipar



SEORANG lelaki dibunuh isterinya selepas ‘kantoi’ mempunyai hubungan sulit dengan adik iparnya di sebuah rumah di Jalan Sekata, Medan, Sumatera Utara, kelmarin.

Mangsa yang dikenali sebagai Hendra, 34 tahun itu maut akibat ditikam isterinya, Hajijah di bahagian kemaluan.

Menurut portal Pos Kota News, kejadian berlaku selepas Hajijah mendapati suaminya mempunyai hubungan sulit dengan wanita itu yang juga janda.

Berlaku pertengkaran antara Hajijah dengan Hendra sebelum wanita itu melulu ke dapur mengambil pisau lalu menghunus ke bahagian kemaluan hingga mangsa mengalami pendarahan teruk

“Adik iparnya yang dikenali sebagai An itu dikatakan hidup membujang selepas kematian suami selain tinggal bersebelahan rumah Hajijah,” katanya seorang jiran yang dikenali sebagai Novi.

Ketika Hendra menjerit kesakitan, Hajijah turut mengambil tindakan sama dengan menjerit meminta tolong jiran tetangga.

Hendra dilaporkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.

Polis Sektor Medan Barat, Revi Nurvelani berkata masih menyiasat motif sebenar pembunuhan itu dengan mengambil keterangan saksi kejadian.



Source link

read more

Anak pura-pura mati elak dibunuh ayah sendiri



LUMAJANG: Seorang kanak-kanak berusia 12 tahun hampir menjadi mangsa amukan ayahnya sendiri dalam insiden bunuh di sebuah rumah di Lumajang, Indonesia pada Sabtu malam.

Kanak-kanak itu, Khoiriyah, terselamat setelah dia pura-pura mati walaupun mengalami luka parah di perut setelah dilibas ayahnya dengan parang.

Namun, nasib tidak menyebelahi ibu kanak-kanak ini, Kholihaf, 35 tahun, apabila menjadi mangsa korban suaminya sendiri yang tiba-tiba mengamuk dalam kejadian menyayat hati itu, malam tadi.

Lelaki tersebut, Mujiano, 40 tahun, kemudian bertindak membunuh diri menggunakan parang sama yang digunakan untuk membunuh dan mencederakan isteri dan anaknya.

Khoriyah yang berjaya keluar dari rumah pagi Ahad meminta pertolongan penduduk berdekatan sebelum dikejarkan ke hospital untuk rawatan.

Menurut laporan portal Indonesia, Mujiano dipercayai sudah lama mengalami gangguan jiwa, namun tidak diketahui punca yang menyebabkan dia bertindak demikian terhadap anak dan isterinya.

Penduduk yang berkejar ke rumah Mujiono menemukan dua jasad bersimbah darah dengan kesan luka di tubuh.

Sementara itu, Khoiriyah dilaporkan masih trauma namun berada dalam keadaan stabil setelah menerima 15 jahitan di perutnya.



Source link

read more

Bapa saudara antara tiga ditahan kes remaja dibunuh di Krubong



AYER KEROH: Bapa saudara dan dua lagi individu ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kematian seorang remaja tingkatan empat di Krubong, Melaka pada 7 Disember lalu.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner, Afzanizar Ahmad berkata, berdasarkan siasatan awal, ketiga-tiga suspek yang ditahan itu dikatakan memukul remaja lelaki terbabit sebagai satu pengajaran kerana mencuri wang datuknya.

Bagaimanapun, menurutnya, bapa saudara mangsa dan dua lagi suspek tidak menyangka tindakan mereka memukul remaja terbabit bertukar tragedi pembunuhan.

“Berdasarkan pengakuan lisan awal daripada ketiga-tiga suspek, mereka mengaku terlibat memukul remaja berkenaan sehingga maut.

“Siasatan awal mendapati mereka tidak berpuas hati dengan mangsa yang dipercayai telah mengambil wang datuknya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan latihan amal percubaan bagi persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) Ayer Keroh, di sini pada Jumaat.

Tambah Afzanizar, laporan media yang mendakwa dua orang awam yang membawa remaja malang itu ke hospital selepas ditinggalkan di sebuah Hentian Bas di Ayer Keroh merupakan antara tiga suspek yang ditahan pihaknya.

Sementara itu, mengulas mengenai latihan amal berkenaan, beliau berharap orang ramai tidak perlu gusar sekiranya terserempak dengan situasi berkenaan.



Source link

read more

Warga asing dijumpai mati di ladang betik dipercayai dibunuh rakan sekerja



KAMPAR: Seorang lelaki warga Myanmar ditemukan mati dipercayai dibunuh rakan sekerja dalam kejadian di kebun betik di Kampung Tanjung Bangkong, Malim Nawar di sini, pagi Isnin.

Dalam kejadian sekitar 10.30 pagi itu, mangsa, SP Biak Sang Nawl, 35, yang bekerja di kebun tersebut ditemui majikannya dalam keadaan terbaring dan berlumuran darah di atas katil di sebuah rumah di kebun itu.

Ketua Polis Daerah Kampar, Supt Ng Kong Soon berkata, soal siasat terhadap majikan mendapati mangsa tinggal di rumah tersebut bersama seorang lagi rakan senegaranya yang turut bekerja di lokasi sama.

“Pemeriksaan mendapati mangsa ditemui dengan beberapa kesan luka pada muka dipercayai dipukul dengan objek tumpul.

“Polis turut menemui sebatang kayu dengan kesan darah dipercayai senjata yang digunakan suspek di bawah katil mangsa,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi kejadian.

Tambah Kong Soon, pihaknya percaya suspek berusia 50-an itu telah melarikan diri dan pemeriksaan lanjut polis menemui telefon bimbit serta dompet mangsa di kawasan itu selain tin arak.

“Mangsa dipercayai dibunuh dalam tempoh kurang 12 jam sebelum mayatnya ditemui dan proses bedah siasat akan dilakukan di Hospital Kampar.

“Polis masih menyiasat motif pembunuhan dan siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengesan suspek,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.



Source link

read more

Lelaki Myanmar dibunuh rakan sekerja – Terkini


KAMPAR 11 Dis. – Seorang lelaki warga Myanmar ditemuikan mati dipercayai dibunuh oleh rakan sekerjanya di kebun betik di Kampung Tanjung Bangkong, Malim Nawar di sini hari ini.

 

Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Ng. Kong Soon berkata, mayat mangsa, SP. Biak Sang Nawl, 35, ditemukan oleh majikannya pada kira-kira pukul 10.30 pagi dalam keadaan terbaring dan berlumuran darah di atas katil di dalam rumah di kebun tersebut.

Menurutnya, pemeriksaan pada mayat mangsa menemukan beberapa kesan luka pada muka dipercayai dipukul dengan objek tumpul.

“Polis turut menemui sebatang kayu dengan kesan darah dipercayai senjata yang digunakan suspek di bawah katil mangsa,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian hari ini.

Menurut Kong Soon, suspek berusia 50an yang merupakan rakan senegara mangsa telah melarikan diri.

Katanya, pemeriksaan lanjut polis menemui telefon bimbit serta dompet mangsa di kawasan kebun selain tin arak.

Jelasnya, mangsa dipercayai dibunuh kurang 12 jam dan mayat dihantar ke Hospital Kampar untuk bedah siasat.

“Polis masih menyiasat motif pembunuhan dan siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengesan suspek. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Wanita ditemukan mati dibunuh – Jenayah


KAMPAR 1 Dis. – Seorang wanita ditemukan mati dibunuh di sebuah ladang kelapa sawit di Taman Permai, Mambang Di Awan di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Kampar, Superintenden Ng Kong Soon, berkata, mayat S. Lethumi, 28, dijumpai oleh seorang lelaki berusia 60 tahun yang sedang mencari cendawan di kawasan tersebut pada kira-kira pukul 1 petang.

Menurutnya, siasatan mendapati, terdapat kesan jerutan di bahagian leher mangsa dan kecederaan di kepala dipercayai dipukul dengan objek tumpul.

“Mangsa dipercayai dibunuh di lokasi lain dan ditinggalkan di ladang kelapa sawit. Polis turut menemui kunci motosikal dan topi keledar berhampiran lokasi mangsa ditemui.

“Berdasarkan kunci tersebut, polis berjaya menjumpai motosikal mangsa yang diletakkan di sebuah restoran di Bandar Baru Kampar dekat sini,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian hari ini.

Menurut Kong Soon, polis juga percaya tiada unsur jenayah rompakan sebelum mangsa dibunuh berikutan gelang emas milik mangsa masih berada di tangannya sewaktu mayat mangsa ditemui.

Katanya, siasatan awal terhadap mayat mangsa dipercayai dibunuh kurang dari 24 jam.

“Polis menghubungi keluarga mangsa dan kini menjalankan siasatan untuk mengesan suspek terlibat,” katanya.

Menurutnya, polis masih menyiasat motif pembunuhan dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Kampar untuk dibedah siasat.

Katanya, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Tiga sekeluarga maut dibunuh menggunakan pisau tukul



KOTA BHARU: Tiga sekeluarga ditemui mati dibunuh di kediaman mereka dekat Taman Bahagia, Wakaf Mek Zainab, Kota Bharu pukul 1.30 petang, Rabu.

Pasangan suami isteri itu masing-masing berusia 42 dan 37 tahun serta anak lelaki mereka berusia 13 tahun maut ditikam menggunakan pisau dan dihentak dengan tukul.

Motif pembunuhan dipercayai akibat dendam.

Bagaimanapun, anak perempuan pasangan itu yang berusia 15 tahun mengalami cedera parah.

Timbalan Ketua Polis Negeri, Datuk Din Ahmad berkata, pihak polis menerima maklumat tentang kejadian itu daripada jiran mangsa pada pukul 2.30 petang.

Menurut beliau, polis percaya suspek merupakan pekerja kepada pasangan suami isteri itu yang menjalankan perniagaan perkakas rumah.

Suspek lelaki kini menghilangkan diri dengan van milik mangsa.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons