Mangsa digantung sekolah selepas dirogol tiga pelajar lelaki



KELUARGA seorang pelajar perempuan berusia 14 tahun di Amerika Syarikat mendakwa anak mereka digantung sekolah selepas mengaku dirogol tiga pelajar lelaki, termasuk salah seorang daripadanya positif HIV.

Pelajar berkenaan membuat aduan tentang kejadian yang berlaku Oktober tahun lalu di tandas Sekolah Tinggi Miami Carol City Senior, Florida, kepada seorang guru.

Namun pengakuan yang dibuat pelajar itu menyebabkan dia digantung persekolahan, menurut laporan saluran berita tempatan, Miami 7 News.

Ibu pelajar yang identitinya dirahsiakan itu memberitahu media, tindakan itu diambil pihak sekolah berdasarkan alasan pelajar perempuan itu tidak menjerit untuk menyelamatkan diri, dan sekolah menganggap ia satu kejadian ‘atas kerelaan bersama’.

“Saya tidak faham dengan situasi ini. Anak saya terpaksa menghadiri sesi terapi dan tidak boleh tidur. Lebih teruk, pegawai penyiasat memberitahu salah seorang pelajar lelaki itu positif HIV.

“Bagaimana anda mahu menenangkan dan menjelaskan kepada seorang gadis remaja yang dia mungkin akan menghidap penyakit yang tiada penawar?” kata ibu pelajar itu sambil mendakwa, pihak jabatan pendidikan juga menyukarkan proses pertukaran anaknya ke sekolah lain.

Pelajar itu telah pun diberi ubat untuk HIV, namun sama ada dia akan dijangkiti penyakit itu hanya akan diketahui dalam tempoh setahun lagi, lapor portal berita tersebut.

Pentadbir sekolah bersama pasukan polis kini menyiasat kes berkenaan dengan teliti, dan maklumat berkenaan kes telah diberikan kepada Pejabat Peguam Negeri serta Jabatan Kanak-Kanak dan Keluarga (DCF), menurut satu kenyataan yang dikeluarkan sekolah itu kepada media.



Source link

read more

Kes doping Rafi digantung dua tahun


ATLET muay Thai, Muhammad Rafi Abdul Manaf, yang gagal ujian doping tahun lalu dijatuhi hukuman penggantungan selama dua tahun.

Dia berdepan penggantungan empat tahun tetapi rayuan yang dikemukakan Persekutuan Muaythai Malaysia (PMM) kepada Jawatankuasa Siasatan Persekutuan Muaythai Amatur Antarabangsa (IFMA) di Bangkok diterima.

Berdasarkan siasatan, Rafi dikesan mengambil pil perangsang seks yang mengandungi bahan terlarang jenis diuretics.

Atlet kelahiran Kelantan itu diuji sebulan sebelum menyertai Sukan SEA Kuala Lumpur yang dijalankan oleh Agensi Anti-Doping Malaysia (ADAMAS).

PMM mengambil masa lebih enam bulan untuk menyelesaikan kes itu kerana tidak mempunyai pengalaman menanganinya.



Source link

read more

Selepas 40 tahun Tok Mat Hasan masih digantung kerana kad merah



SEREMBAN: Meskipun bergelar Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS), namun tidak siapa tahu, Datuk Seri Mohamad Hasan yang juga Menteri Besar Negeri Sembilan pernah digantung seumur hidup daripada bermain bola sepak oleh persatuan itu.

Perkara itu disahkan sendiri oleh beliau yang juga tidak mahu penggantungan itu ditarik balik kerana mengakui kesalahannya dalam insiden berkenaan.

Beliau berkata, ada usul dari Ahli Majlis PBNS kira-kira tujuh atau lapan tahun lalu untuk menamatkan penggantungan berkenaan, namun katanya, ianya tidak perlu dilakukan dan beranggapan dirinya layak dibuang padang atas kesalahan yang dilakukan dan perlu menanggungnya.

Mengimbau semula insiden itu, katanya ia berlaku semasa perlawanan akhir liga tempatan pada tahun 1977 melibatkan pasukannya, NS Malays dengan NS Indians di padang Majlis Perbandaran Seremban.

Dalam perlawanan itu, beliau yang ditugaskan sebagai pemain pertahanan perlu mengawal pemain kebangsaan, G. Torairaju yang ketika itu dikenali sebagai pemain yang cukup bagus dan laju.

Selepas mengasari Torairaju, beliau dilayangkan kad kuning dan bertindak membantah dengan menendang bola sehingga terkena pengadil.

Beliau kemudian sekali lagi dilayangkan kad merah pula, namun dengan berani merampas kad berkenaan dari tangan pengadil sebelum membalingnya ke atas lalu tersangkut di atas pokok.

Ekoran kejadian itu, Mohamad tidak lagi dibenarkan bermain seumur hidup.

“Saya masih digantung. Walaupun saya dah jadi presiden, saya masih digantung. Ada usaha tujuh atau lapan tahun dahulu bawah usul Ahli Majlis (PBNS) untuk menamatkan pergantungan tersebut, tapi saya kata tak perlu lagi lah. Saya memang salah pun. Memang saya harus dibuang padang dan digantung seumur hidup,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat exco di Wisma Negeri Sembilan hari ini.

Mohamad mengulas demikian ketika ditanya mengenai kisah insiden kad merah ‘Tok Mat’ yang kini tular di laman sosial.



Source link

read more

Gara-gara aksi menari Bollywood tular pegawai polis digantung kerja



BAGAIMANAKAH anda berkongsi berita gembira menerima kenaikan pangkat? Belanja makan? Membawa keluarga bercuti? Berkaraoke bersama teman-teman?

Berbeza pula dengan cara meraikan kenaikan pangkat di India, seorang pegawai polis dilihat sedang asyik menari dengan lagu Bollywood telah tular meluas di internet.

Memetik The Indian Express, rakaman video berdurasi hampir satu minit itu merupakan hari terakhir Asisten Sub-Inspektor, Krishna Sadhan Mondal sebelum dipindahkan ke Balai Polis Chittaranjan atas sebab kenaikan pangkat, pada 2 Disember lalu.

Menerusi rakaman video berkenaan, dia dilihat ketika itu sedang berpakaian seragam polis sambil menari mengikuti rentak lagu Bollywood yang mengubah nasibnya.

Sejurus video terbabit tular, kenaikan pangkatnya telah digantung.

Pesuruhjaya Polis Daerah Asansol-Durgapur, Laxmi Narayan Meena berkata satu arahan telah dikeluarkan bagi menyiasat keseluruhan insiden itu.

Sementara itu, portal NDTV melaporkan dua anggota polis telah diarahkan untuk menjelaskan tindakan mereka dan disoal siasat untuk mengetahui sama ada orang luar turut hadir semasa kejadian.



Source link

read more

Susulan digantung atlet Rusia sertai Olimpik Pyeongchang sebagai atlet neutral



KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) memutuskan untuk membenarkan atlet Rusia bersaing di Sukan Olimpik Pyeongchang tahun hadapan sebagai atlet neutral.

Menurut IOC, beberapa atlet Rusia akan dijemput bersaing sebagai ‘Atlet Olimpik Dari Rusia’ (OAR) tanpa bendera negara atau lagu kebangsaan mereka.

Ini berikutan kes doping terancang pada Sukan Sochi 2014, menyaksikan penggantungan ahli IOC dan jawatankuasa Olimpik Rusia Alexander Zhukov, serta mengharamkan Timbalan Perdana Menteri Rusia, Vitaly Mutko dari Sukan Olimpik seumur hidup.

Mutko adalah menteri kesukanan pada 2014 dan juga ketua jawatankuasa penganjur bagi Piala Dunia akan datang.

IOC juga mengenakan denda AS$15 juta untuk Jawatankuasa Olimpik Rusia bagi membayar siasatan ke atas kes berkenaan dan kerja anti-doping di masa depan.

Bagaimanapun, penggantungan terbabit boleh dicabar di Mahkamah Timbang Tara Sukan.

Presiden Rusia Vladimir Putin sebelum ini mengatakan adalah memalukan untuk Rusia bersaing tanpa membawa simbol negara.



Source link

read more

Buaya masuk kampung pengawal keselamatan digantung kerja



KUALA LUMPUR: Kecoh sekampung selepas seekor buaya sepanjang 2.5 meter dengan berat lebih 50 kilogram tersesat dari Sungai Kemaman memasuki kawasan sawah.

Buaya yang dijumpai di Kampung Paya itu kemudian ditangkap oleh kakitangan Perhilitan dan dihantar ke Zoo Kemaman.

Sementara itu, seorang pengawal keselamatan Restoran McDonald’s di Britain digantung kerja selepas bersikap anti Islam.

Mana taknya, dia mengarahkan salah seorang pelanggan yang bertudung untuk menanggalkan tudung sebelum memasuki restoran terbabit.

Saksikan KOMPAK bersama Hilal Azmi untuk butiran lanjut.



Source link

read more

Perkhidmatan tren stesen Joo Koon dan Tuas Link digantung sementara – Nasional


SINGAPURA 16 Nov – Perkhidmatan tren Transit Aliran Massa (MRT) antara stesen Joo Koon dan stesen Tuas Link laluan utara-selatan terpaksa digantung hari ini selepas berlaku kemalangan yang mencederakan 29 penumpang semalam.

Syarikat SMRT Corporation yang mengendalikan perkhidmatan tersebut menerusi laman Twitter bagaimanapun berkata, perkhidmatan bas percuma disediakan di antara stesen berkenaan sepanjang hari.

Masalah teknikal pada ciri perlindungan perisian telah dikenalpasti oleh pihak berkuasa sebagai punca perlanggaran tersebut.-AGENSI



Source link

read more

Guru bergurau rentap tudung pelajar dalam kelas digantung tugas



SEORANG guru di Tennessee, Amerika Syarikat, digantung tugas selepas dengan sengaja menanggalkan hijab salah seorang pelajarnya.

Guru berkenaan, yang identitinya tidak didedahkan, berbuat demikian dalam satu sesi pengajaran dan pembelajaran di New Vision Academy yang terletak di Nashville, minggu lalu.

Video rakaman itu dimuat naik oleh guru tersebut ke Snapchat.

Berdasarkan rakaman, guru itu seolah-olah mahu bergurau dengan pelajar terbabit.

Turut dimuat naik adalah beberapa rangkap kapsyen, antaranya berbunyi ‘Rambut yang cantik tetapi disembunyikan’.

Pelajar terbabit dilihat cuba untuk menutup rambutnya kembali namun tidak berjaya kerana guru itu cuba bermain-main dengan rambutnya.

Ia menaikkan kemarahan ramai terutamanya kumpulan sokongan penganut agama Islam di Amerika, dan meminta guru itu dilucutkan daripada jawatannya.

Menurut laporan portal Tennessean, satu siasatan telah dimulakan oleh sekolah itu, dan guru tersebut digantung tugas tanpa gaji.

“Kami telah menjalankan siasatan kes ini. Buat masa ini tiada keputusan berkenaan tindakan selanjutnya, tetapi kami akan berjumpa dengan guru itu tidak lama lagi untuk berbincang,” kata peguam yang dilantik.



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons