Asus Zenfone Max Pro M1 Dilancarkan Dengan Android Asli, Snapdragon 636 Dan Bateri 5000 mAh – Amanz


Asus Zenfone Max Pro M1 telahpun dilancarkan secara rasmi serentak di India dan Indonesia sebentar tadi. Seperti yang dilaporkan sebelum ini, Zenfone Max Pro M1 dilengkapi skrin 5.99″ IPS LCD FHD+, dijana pemproses Snapdragon 636, memori sebesar 3/4GB RAM dan storan sebesar 32/64GB.

Kemampuan kamera utama pula ialah 13+5 Megapixel f/2.0 dengan kamera swafoto pula sebesar 8-Megapixel f/2.2 dengan flash terbina. Membekalkan kuasa pada peranti ini ialah bateri sebesar 5000 mAh dengan sokongan pengecasan 10W. Menurut Asus tempoh pengecasan mengambi masa 2 jam 42 minit.

Sistem operasi yang digunakan ialah Android 8.1 Oreo asli tanpa pelancar ZenUI seperti peranti Asus yang lain. Kemaskini Android pula akan disokong sehingga Android Q.Peranti menyokong dwi-SIM nano dengan slot berasingan untuk kad mikroSD sehingga 2TB. Terdapat pengimbas cap jari pada bahagian belakang serta sistem imbasan wajah.

Di India ia dijual pada harga INR 10999 (~RM 646) untuk versi 3GB/32GB manakala untuk versi 4GB/64GB pula ialah INR 12999 (~RM 764). Turut diumumkan ialah sebuah lagi versi dengan memori dipertingkatkan ke 6GB RAM, storan 64GB. kamera utama 16+5 Megapixel dan kamera hadapan 16-Megapixel. Model ini pula akan dijual pada harga INR 14999(~RM 881).



Source link

read more

Briged Gempur Pemuda BN Melaka dilancarkan – Politik


MELAKA 21 April – Pergerakan Pemuda Barisan Nasional (BN) negeri hari ini melancarkan Briged Gempur 2314 Pemuda BN bagi memberi tumpuan kepada usaha mempersiapkan jentera parti bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) pada 9 Mei ini dengan lebih bersedia.

Majlis pelancaran briged itu yang dihadiri kira-kira 3,000 ahli Pemuda semua parti komponen dalam BN disempurnakan oleh Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Dr. Idris Haron di pekarangan Stadium Hang Jebat di Krubong di sini.

Idris ketika berucap pada majlis itu mengingatkan jentera BN termasuk ahli Briged Gempur untuk terus berusaha memastikan parti ini terus diberi mandat untuk membantu rakyat pada masa akan datang.

“Selama 61 tahun kita merdeka, lihat…kita dihormati rakan dan lawan kerana komitmen BN membela nasib rakyat.

“Jangan kita berlaku zalim kepada adik-adik kita kerana ini adalah amanah untuk BN terus mentadbir negara selepas PRU-14 nanti,” katanya.

Yang turut hadir, Pengerusi Pemuda BN yang juga Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin; Ketua Pemuda BN Melaka, Datuk Zali Mat Yasin dan pemimpin-pemimpin pergerakan Pemuda UMNO, MCA dan MIC. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Asus Zenfone Max Pro M1 Bakal Dilancarkan Dengan Bateri 5000 mAh Dan Android Asli – Amanz


Masalah utama yang kami sedari sejak menggunakan telefon pintar ialah hayat bateri yang kurang memuaskan. Secara purata peranti-peranti yang kami gunakan mempunyai ketahanan bateri di bawah 24 dengan SOT sekitar 6 jam. Bagi mereka yang mementingkan bateri dari kemampuan memproses,  Asus Zenfone Max Pro M1mungkin peranti yang dinantikan.

Asus Zenfone Max Pro M1 ialah peranti yang akan dilancarkan di India pada 23 April hadapan. Ia dilengkapi skrin 6″, dijana pemproses Snapdragon 636, memori sebesar 6GB RAM, storan 64GB, dwi-kamera utama sehingga 16-Megapixel dan kamera hadapan 16-Megapixel. Spesifikasi paling menarik ialah bateri sebesar 5000 mAh. Ini jauh lebih besar berbanding pesaing yang kebanyakannya dilengkapi bateri besaiz lebih kecil sekitar 3500 mAh.

Selain daripada itu ia turut akan menggunakan “Pure Android”. Ini mungkin adalah Android asli atau Android One.  Bagi mereka yang merasakan Zen UI terlalu berat, Android asli memang terkenal dengan kelancarannya. Buat masa ini Asus Zenfone Max Pro M1 hanya akan dipasarkan di India.



Source link

read more

Honor 10 Dilancarkan Dengan Pemproses Kirin 970 Dan Kamera Dengan Kecerdasan Buatan – Amanz


Honor 10 akhirnya dilancarkan secara rasmi hari. Ini adalah alternatif lebih mampu milik untuk Huawei P20. Dari segi rekaan ia akan dilengkapi skrin 5.84″ IPS FHD+, dijana pemproses Kirin 970, memori 6 GB RAM dan storan 64/128 GB.

Sistem dwi kamera utama menggabungkan sensor 16+24 Megapixel f/1.8 manakala kamera hadapan pula sebesar 24-Megapixel f/2.0. Bateri berkapasiti 3400 mAh membekalkan kuasa kepada peranti yang menggunakan Android 8.1 ini. Terdapat sokongan pengecasan pantas Honor SuperCharge melalui port USB-C. Jadi setakat ini perbezaan Honor 10 dan Huawei P20 terletak pada saiz kamera dan bateri.

Huawei P20 dilengkapi kamera utama sebesar 12+20 Megapixel dan bateri sebesar 3400 mAh. Peranti Honor juga tidak akan menggunakan lensa dengan jenama Leica. Seperti pada P20, Honor 10 akan mempunyai sistem kamera dengan kecerdasan buatan bagi menangkap gambar pada tetapan terbaik bergantung kepada situasi. Ia juga bijak mengenalpasti individu di dalam gambar dan menyusun mereka secara automatik di dalam folder mereka sendiri.

Di China Honor 10 dengan 6GB RAM/64GB dijual pada harga RMB 2599 (~RM 1610) manakala model 6GB RAM/128GB pula dijual pada harga RMB 2999 (~RM 1858) sebuah. Warna yang ditawarkan pula ialah Twilight Blue, Twilight Purple, hitam dan kelabu. Pelancarannya di Malaysia akan berlangsung dalam masa terdekat berdasarkan imej pengolokan yang dikongsi pihak Honor Malaysia tempoh hari.



Source link

read more

Honor Magicbook Dilancarkan – Komputer Riba Dengan Kad Grafik NVIDIA GeForce MX150 – Amanz


Honor ialah subjenama Huawei yang menghasilkan peranti pada harga mampu milik. Di acara pelancaran Honor 10 yang barus sahaja selesai sebentar tadi, komputer riba Honor Magicbook telahpun dilancarkan. Ia dilengkapi skrin 14″ IPS HD penuh, dijana oleh dua pilihan pemproses iaitu Intel Core i7-8550U atau Core i5-8250U.

 Ini dipadankan pula dengan memori sebesar 8GB LPDDR3 RAM dan storan 256 GB SSD SATA. Turut disertakan ialah kad grafik NVIDIA GeForce MX150 dengan 2GB RAM GDDR5.Sebuah bateri sebesar 57.4 Wh membekalkan kuasa dengan pengecasan melalui port USB-C.

Keseluruhan komputer riba diperbuat daripada aluminium. Papan kekunci mempunyai sokongan lampu dan terdapat pengimbas cap jari terbina pada butang kuasa, Sistem operasi yang digunakan pula ialah Windows 10 Home Edition.

Dari segi pilihan I/O terdapat satu port USB-C, satu port USB-A 3.0, satu port USB-A 2.0. bicu audio dan satu port HDMI bersaiz penuh. Sepasang pembesar suara dengan sokongan Dolby Atmos melengkapi spesifikasi Honor Magicbook.

Di China, Honor Magicbook dijual pada harga RMB 4999 (~RM 3096) untuk model dengan Intel Core-i5 dan RMB 5699 (~RM 3530) untuk model dengan pemproses Intel Core i-7.



Source link

read more

Oppo F7 Dilancarkan Secara Rasmi – Dilengkapi Kamera Swafoto 25MP, Skrin Bertakuk, Harga Bermula RM1399 – Amanz


Oppo Malaysia hari ini telah melancarkan telefon pintar terbaru mereka untuk pasaran tempatan, iaitu Oppo F7. Seperti siri-F sebelum-sebelum ini, melalui Oppo F7, pihak Oppo meneruskan fokus terhadap ciri swafoto padanya.

Oppo F7 hadir dengan kamera hadapan 25-megapixel yang turut menyertakan sokongan rakaman HDR melaluinya. Untuk tujuan ini, pihak Oppo menggunakan sensor daripada Sony, selain turut menyertakan ciri tambahan berasaskan kecerdasan buatan untuk menjadikan rakaman swafoto anda lebih baik.

Oppo turut mengatakan mereka telah hadir dengan algoritma khusus yang membolehkan pengecaman pelbagai titik utama pada wajah, sekaligus menjadikan hasil rakaman lebih baik. Selain sokongan mencantikkan wajah perseorangan, melalui Oppo F7, ia turut hadir dengan ciri mencantikkan wajah berkumpulan – dan turut mengenal pasti wajah pengguna lelaki atau perempuan sebelum membuat proses mencantikkan wajah berasaskan jantina.

Selain pada kamera hadapan, Oppo turut menyertakan ciri kecerdasan buatan mereka pada kamera belakang untuk membolehkan pengenal-pastian sekitar 16 objek / persekitaran – sekaligus mengoptimasikan mod rakaman khusus untuknya.

Oppo F7 menggunakan skrin 6.23-inci beresolusi 2280×1080 pixel dengan nisbah skrin 19:9, selain turut menyertakan rekaan bertakuk pada bahagian hadapan. Ia menggunakan cip pemprosesan MediaTek Helio P60, memori 4GB RAM dan storan 64GB. Ia menggunakan kamera belakang 16-megapixel, selain melengkapkan telefon pintar ini dengan bateri berkapasiti 3400mAh. Oppo menyertakan tiga slot pada telefon pintar ini – iaitu dwi-slot untuk SIM, dan satu slot untuk mikro-SD.

Menjana telefon pintar ini juga adalah Color OS 5.0 yang berasaskan kepada Android 8.1 Oreo. Antaramuka pada Color OS diberikan nafas baru melalui versi baru ini, selain memberikan sekuriti tambahan melalui penggunaan folder khusus, selain kawalan akses aplikasi pihak ketiga dengan lebih mudah. Oppo F7 turut menyertakan sokongan nyah-kunci berasaskan wajah pada telefon pintar ini.

Bagi anda yang berminat, boleh mendapatkan Oppo F7 pada harga RM1399. Harga jualan untuk model 6GB RAM masih tidak diumumkan lagi buat masa ini.

Oppo F7



Source link

read more

LS911 Dilancarkan – Kamera Large Format 8X10 Pertama Di Dunia – Amanz


Di zaman awal fotografi, penggunaan kamera Large Format amat menjadi kebiasaan. Kamera dengan rekaan klasik ini masih lagi digunakan oleh peminat fotografi analog tegar. Seperti kamera-kamera berformat lain, kamera Large Format juga mengikut peredaran zaman dengan mula menggunakan sensor digital. LargeSense LS911 ialah kamera digital Large Format 8X10 pertama di dunia yang dijual secara komersial.

Kamera ini dilengkapi sensor hitam putih CMOS bersaiz 9×10 inci dengan saiz pixel sebesar 75 mikron. Sungguhpun begitu gambar diambil hanya sebesar 12-Megapixel tetapi dengan lebih terperinci kerana saiz pixel yang besar. Sebagai perbandingan sensor sebuah iPhone X mempunyai keluasan 0.05 inci persegi manakala LS911 mempunyai keluasan sensor 103 inci persegi.

Kamera ini mengambil gambar di dalam format DNG, TIFF 16 bit, TIFF 32 bit, RAW dan JPEG. Ia turut mampu merakam video hitam putih pada resolusi 4K 26FPS. Terdapat storan sebesar 900GB dengan sokongan kad CD/SD. Bagi yang berminat LargeSense LS911 boleh dimiliki pada harga $106,000 (~RM 412,000) sebuah.



Source link

read more

Google Store Dilancarkan Di Singapura – Menawarkan Pixel 2, Google Homes, Dan Lain-Lain – Amanz


Google kini telah melancarkan Google Store secara rasminya di Singapura, sekaligus membolehkan rakan-rakan kita dinegara jiran untuk mendapatkan pelbagai produk keluaran Google dengan mudah.

Google Store di Singapura menyenaraikan sebanyak 6 buah produk buar masa ini, iaitu Pixel 2, Pixel Buds, Google Home Mini, Google Home, Google Wifi, dan juga Chromecast.

Bagi anda yang berada di Singapura, boleh melakukan pembelian menggunakan mata wang SGD melalui Google Store bermula hari ini. Ia tidak diketahui lagi bilakah Google Store ini akan diperluaskan untuk pasaran Malaysia.

Buat masa ini, pautan Google Store untuk pengguna tempatan hanya sekadar menghubungkan pengguna dengan beberapa produk yang dijual melalui Lazada sahaja.

Layari : Google Singapura



Source link

read more

Xiaomi Mi 6X / Mi A2 Diperlihatkan Melalui Poster Promosi – Bakal Dilancarkan 25 April – Amanz


Xiaomi sebelum ini telah sedia menjadualkan acara pelancaran Xiaomi Mi 6X pada 25 April ini. Kini, lanjutan daripadanya, Xiaomi turut telah mengeluarkan gambar poster promosi untuk telefon pintar berkenaan, sekaligus memperlihatkan rekaan belakang peranti berkenaan.

Xiaomi mi 6X

Mengikut desas-desus sebelum ini, Mi 6X ini dijangka hadir dengan skrin 5.99-inci, dijana Snapdragon 660, dan dilengkapi kamera 20-megapixel pada bahagian hadapan dan serta dwi-kamera belakang. Xiaomi turut dijangka menyertakan ciri rakaman berasaskan kecerdasan buatan pada telefon pintar ini untuk hasil rakaman yang lebih baik.

Xiaomi Mi 6X ini juga dijangka ditawarkan sebagai Xiaomi Mi A2 dibawah inisiatif Android One untuk pasaran global.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan 25 April ini untuk melihat apakah penawaran penuh telefon pintar ini.



Source link

read more

Sony Xperia XZ2 Premium Dilancarkan Dengan Skrin 4K Dan Sistem Dwi-Kamera Utama – Amanz


Peranti keluarga Xperia Premium unik di dalam dunia peranti mudah alih kerana dilengkapi skrin dengan resolusi 4K. Hari ini Sony Xperia XZ2 Premium dilancarkan dan adalah peranti ketiga di Xperia yang dilengkapi skrin dengan resolusi 4K. Ia juga adalah peranti pertama Sony Xperia yang dilengkapi sistem dwi-kamera utama dan memori sebesar 6GB RAM.

Peranti ini dilengkapi skrin 5.8″ IPS LCD 4K (2160 x 3840 pixel), dijana pemproses Snapdragon 845, memori sebesar 6GB RAM, storan sebesar 64GB (sokongan kad MikroSD sehingga 400GB), kamera utama 19+12 Megapixel f/1.8+f/1.6, kamera hadapan 13-Megapixel f/2.0 dan bateri sebesar 3540 mAh. Sistem operasi Android Oreo disokong.

Sistem kamera yang digunakan adalah gabungan sensor RGB dan monokrom. Tiada sokongan zoom optikal dan OIS pada peranti ini. Sebaliknya sistem penstabilan berasaskan perisian SteadyShot digunakan. Ia masih lagi menggunakan G-Lens dan sensor Motion Eye. Terdapat kemampuan rakaman 4K HDR dan gerak perlahan 960FPS 1080P. Mod Bokeh juga disokong namun ini akan hanya hadir melalui kemaskini pada suku ke-tiga 2018.

Fungsi unik XZ Premium ialah kemampuan mengambil gambar dalam gelap pada tetapan ISO 51200 dan vide0 pula pada tetapan ISO 12800. Rekaan tubuh masih lagi mengekalkan rekaan kaca melengkung Ambient Flow Xperia XZ2. Akhir sekali terdapat pengimbas cap jari pada bahagian belakang dan tiada sokongan bicu audio. Tiada maklumat mengenai harga tetapi peranti ini ditawarkan dalam warna chrome black dan chrome silver.



Source link

read more