Apple Dilaporkan Akan Membeli Bekalan Kobalt Terus Dari Lombong Bagi Mengawal Kos Menghasilkan Peranti – Amanz


Logam Kobalt ialah bahan mentah yang penting dalam penghasilan bateri untuk peranti mudah alih. Sejak setahun setengah yang lalu, harga jualan Kobalt telang meningkat tiga kali ganda. Ini adalah kerana permintaan tinggi dari pengeluar peranti dan juga kini dari pengeluar kerana elektrik. Harga jualan dijangka akan terus meningkat dalam masa terdekat.

Menurut laporan Bloomberg, Apple kini sedang dalam proses perbincangan untuk membeli terus bekalan kobalt dari pelombong. Dengan pembelian secara terus ini, mereka berharap dapat mengawal kos menghasilkan bateri untuk peranti-peranti keluaran mereka.

Pembelian secara terus ini juga dapat memastikan kobalt diperoleh dari sumber yang mesra alam dan tidak mengeksploitasikan buruh kanak-kanak, Pada tahun 2016,Apple, Samsung dan Sony adalah antara syarikat yang didapati mendapatkan sumber bahan mentah dari lombong yang menggunakan buruh kanak-kanak oleh Amnesty International.



Source link

read more

Kakitangan Di Apple Park Dilaporkan Tercedera Kerana Kerap Terlanggar Dinding Kaca – Amanz


Apple Park ialah bangunan markas baru Apple dengan rekaan seakan sebuah piring terbang. Bangunan yang direka oleh Sir Norman Foster ini unik kerana penggunaan dinding kaca pada keseluruhan dinding luaran dan dalaman. Ini adalah bagi meningkatkan kerjasama di antara kakitangan dan memudahkan cahaya semula jadi menerangi ruang pejabat.

Namun menurut laporan Time, ramai kakitangan mengalami kecederaan kerana kerap terhantuk pada dinding kaca yang digunakan. Antara cara untuk menyelesaikan masalah ini ialah dengan menampal nota Post It tetapi ia kemudian dicabut kerana mencacatkan pemandangan. Ini adalah satu lagi bukti bahawa rekaan yang cantik tidak semestinya akan menjadi sesuatu yang pratikal dalam kehidupan seharian.



Source link

read more

Samsung Dilaporkan Mempunyai Lambakan Skrin OLED Selepas Apple Mengurangkan Pesanan – Amanz


Samsung dan Apple kerap kali menyaman antara satu sama lain di dalam mahkamah. Tetapi dua gergasi terbesar dunia peranti mudah alih ini sebenarnya memerlukan satu salam lain seakan simbiosis. Apabila Apple mula menjual iPhone X, Samsung dipercayai akan mencatatkan keuntungan $89 bilion kerana pengguna skrin OLED keluaran mereka.

Tetapi kini Samsung berhadapan pula dengan masalah lambakan skrin OLED. Menurut laporan Nikkei Asian Review, lambakan berlaku kerana Apple mengurangkan pesanan untuk skrin sehingga 50% selepas jualan iPhone X lebih rendah dari yang disasarkan. Samsung menghadapi masalah mengurangkan lambakan kerana wujud persaingan dari pengeluar OLED China yang turut meningkatkan produksi skrin untuk syarikat tempatan.



Source link

read more

LG Dilaporkan Akan Hanya Melancarkan Peranti Utama Pada Bulan Jun – Amanz


Seperti HTC, LG juga tidak mempunyai nasib yang baik. Kerana kekurangan sambutan mereka telah menarik diri dari pasaran China. Malahan di Malaysia peranti LG V30 yang menerima banyak pujian tidak pernah dilancarkan secara rasmi. Bagi mereka yang menantikan peranti utama terbaru dari syarikat Korea Selatan ini, mereka perlu menanti sehingga Jun.

Menurut laporan Venture Beat, pelancaran pada bulan Jun berlaku kerana LG dipercayai memulakan semula rekaan peranti yang menggunakan kod nama Judy. Ini ialah peranti yang pada awalnya dipercayai adalah G7 tetapi nama ini mungkin tidak digunakan.

Ura-ura lain yang didengari ialah ia dilengkapi skrin 6.1 inci 18:9 berteknologi MLCD+ yang mampu memberikan keterangan sehingga 800 nits. Pemproses Snapdragon 845 memperkasakan peranti dengan memori sebesar 4GB RAM dan storan 64 GB. Kamera utama pula sebesar 16-Megapixel yang akan menyokong sistem kecerdasan buatan Vision AI.



Source link

read more

Uber Sekali Lagi Dilaporkan Ingin Menjual Perniagaan Asia Tenggara Kepada Grab – Amanz


Pada bulan Januari lepas, kita telah mendengar laporan awal mengatakan Grab mungkin mengambil-alih operasi Uber di Asia Tenggara. Namun, pihak Uber bergerak pantas dan menyangkal laporan berkenaan – selain menyatakan mereka komited untuk pengguna di rantau ini.

Hari ini, CNBC melaporkan perkara sama sekali lagi, mengatakan Uber dalam persediaan untuk menjual bahagian operasi Asia Tenggara mereka kepada Grab. Sebagai ganti untuknya, Uber dikatakan akan mengambil sejumlah pegangan besar pada syarikat Grab.

CNBC turut melaporkan yang mana tiada sebarang kata putus telah dicapai buat masa ini.

Sekiranya hal ini benar, maka kita akan melihat startegi yang lebih kurang sama seperti berlaku di China. Sebelum ini, Uber telah menarik diri dengan menjual operasi Uber di China kepada Didi – dan sebagai ganti, menerima pegangan sebanyak 20% dalam Didi. Langkah ini juga sekaligus mengurangkan kerugian Uber di sesuatu pasaran kerana tidak lagi perlu bersaing dengan syarikat lain.

Seperti biasa, buat masa ini, laporan ini hanya dikategorikan sebagai desas-desus sahaja.



Source link

read more

HTC Dilaporkan Akan Menggabungkan Perniagaan Realiti Maya Dan Telefon Pintar – Amanz


Berita yang agak mengejutkan minggu ini ialah peletakan jawatan  Chialin Chang yang merupakan Presiden bahagian telefon pintar dan peranti berhubung HTC. Sehingga kini pengganti beliau masih belum diumumkan. Menurut laporan Road To VR, kini terdapat petanda perniagaan realiti maya HTC akan digabungkan dengan perniagaan telefon pintar.

Lima pengurus besar dari bahagian realiti maya dilaporkan akan dipindahkan ke bahagian telefon pintar HTC. Ini mungkin petanda awal fokus HTC mungkin akan berubah perniagaan peranti realiti maya dan bukan lagi kepada telefon pintar.

Selepas sepuluh suku berturut-turut bahagian telefon pintar mencatatkan kerugian, tidak mengejutkan jika HTC berubah haluan. Tahun lalu mereka menjual pasukan yang bertanggungjawab menghasilkan Pixel kepada Google dengan nilai $1 bilion. Sekiranya HTC berhenti menghasilkan telefon pintar adakah anda akan merindu mereka?



Source link

read more

Jualan Nokia Dilaporkan Lebih Tinggi Berbanding HTC, Sony, Google Dan OnePlus Pada Suku Ke-Empat 2017 – Amanz


Tahun 2017 ialah tahun kelahiran semula Nokia dari debu kebakaran platform minyak Microsoft yang dinakhodai oleh Stephen Elop. Peranti Nokia yang dihasilkan oleh HMD Global mula menggunakan sistem operasi Android dan menggabungkannya dengan rekaan yang kemas. Tetapi adakah kembalinya gergasi dunia peranti ini mendapat sambutan dari pengguna?

Menurut tweet yang dihantar oleh Neil Shah yang bertugas di firma Counterpoint, pada suku ke-empat 2017, lebih banyak peranti Nokia terjual berbanding HTC, Sony, Google, Alcatel, Lenovo, Meizu, Gionee, Coolpad, Asus dan OnePlus. Kejayaan Nokia memintas jumlah jualan syarikat-syarikat ini boleh dianggap membanggakan bagi syarikat yang baru sahaja kembali semula ke arena peranti pintar.



Source link

read more

Foxconn Dilaporkan Bekerjasama Dengan RED Untuk Kamera 8K Lebih Mampu-Milik – Amanz


RED merupakan salah satu jenama kamera premium yang menawarkan pelbagai sistem kamera menarik, termasuk dengan keupayaan merakamkan video pada resolusi 8K. Terkini, hadir laporan baru mengatakan Foxconn – pengeluar dari China yang popular dengan pengeluaran iPhone akan turut bekerjasama dengan RED untuk menghasilkan kamera 8K yang lebih mampu-milik.

Melalui kerjasama kedua-dua pihak ini, mereka menyasarkan untuk hadir dengan kamera bersaiz lebih kecik dan ditawarkan pada harga yang jauh lebih mampu-milik berbanding hari ini.

Seperti biasa, untuk menjayakannya, kamera baru ini akan memerlukan sensor rakaman yang baik, selain mampu memproses dengan pantas untuk menghasilkan rakaman gambar dan video yang cantik.

Foxconn menyasarkan untuk menawarkan kamera baru ini pada harga satu pertiga daripada penawaran RED pada hari ini untuk kamera 8K mereka.

Kita mungkin akan dapat mendengar lanjut mengenai penawaran kamera RED pada harga mampu-milik ini dalam bulan-bulan akan datang.



Source link

read more

Google Dilaporkan Sedang Membangunkan Konsol Dan Perkhidmatan Penstriman Permainan – Amanz


Google pada hari ini sedia menyokong perkhidmatan penstriman langsung yang membolehkan anda menstrim permainan yang sedang dimainkan terus ke YouTube dengan mudah. Kini, selain daripada itu, Google dilaporkan sedang membangunkan beberapa perkhidmatan baru yang memfokuskan kepada para peminat permainan video.

Menurut The Information, Google sedang membangunkan sebuah perkhidmatan penstriman permainan seumpama GeForce Now – yang mana akan membolehkan pemain strim kandungan permainan melalui internet, dan memainkan ia dimana-mana walaupun mempunyai perkakasan dengan spesifikasi rendah. Projek ini dikatakan dikenali dengan nama “Yeti” buat masa ini.

Yeti ini dikatakan telah melalui beberapa fasa pembangunan, termasuk salah satunya dengan sokongan Chromecast bagi memudahkan anda menikmati permainan video.

Disamping itu, melengkapkannya juga adalah Google dijangka menawarkan sebuah konsol khusus yang menyokongnya. Google juga dikatakan sedang berbincang dengan pelbagai pembangun permainan yang lain untuk tujuan penawaran khusus ini.

Dengan industri permainan video yang semakin berkembang pesat, tidak mustahil untuk kita melihat Google turut memfokuskan terhadap arena ini. Google sendiri sebelum ini telah mencuba beberapa projek berkaitan dengannya, termasuk sebelum ini dikatakan telah membangunkan konsol permainan berasaskan Adnroid tetapi dibatalkan pembangunannya.



Source link

read more

Pengeluaran iPhone X Dilaporkan Dipotong 50% Untuk Suku Pertama 2018 – Amanz


Adakah iPhone X peranti yang berjaya atau gagal? Ini bergantung kepada laporan siapakah yang anda rasakan lebih boleh dipercayai. Sebelum ini kami melaporkan iPhone X ialah peranti paling hangat jualannya untuk musim perayaan Krismas. Tetapi pada waktu yang sama wujud juga laporan jualannya lebih rendah dari yang disasarkan oleh Apple.

iPhone XTerkini Nikkei Asian Review melaporkan Apple telah memotong pengeluaran iPhone X sebanyak 50%. Sebelum ini mereka mensasarkan pengeluaran  sebanyak 40 juta unit untuk suku pertama 2018 tetapi kini telah mengurangkannya kepada 20 juta unit sahaja. Ini berikutan pengurangan permintaan dari pasaran US, China dan Eropah. Pengeluaran untuk iPhone 8 dan 8 Plus masih dikekalkan sebanyak 30 juta unit.

Pengeluaran yang dikurangkan ini akan mendatangkan kesan kepada Samsung yang mengeluarkan skrin OLED, Kyocera yang menghasilkan papan logik, Sony yang menghasilkan sensor kamera dan TDK yang menghasilkan bateri untuk Apple. Harga peranti yang mahal sekali lagi dijadikan penyebab mengapa jualan iPhone X sudah semakin perlahan. Di Malaysia ia sudah mula dijual dengan potongan harga sejak beberapa minggu kebelakangan ini.



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons