Pedati diraja teruk mahkota ini boleh buat patah tengkuk – Ratu Elizabeth luah emosi


LONDON: Buat kali pertama membuka cerita tentang upacara kemahkotaan baginda pada 65 tahun lalu, Ratu Elizabeth mendedahkan betapa tidak selesa berada dalam pedati diraja, dan betapa memakai mahkota diraja berisiko ‘patah tengkuk’.

Monarki Britain paling lama yang bertakhta itu telah ditabal sebagai ratu pada 2 Jun 1953 di Westminster Abbey, London, dalam satu istiadat mewah yang membawa tradisi seusang 1,000 tahun.

Reuters melaporkan, dalam satu edisi dokumentari BBC yang bakal ke udara pada Ahad, Ratu Elizabeth bercakap secara berseloroh tentang istiadat tersebut dan mahkota yang membawa peranan simbolik dalam upacara gilang-gemilang berkenaan.

“Teruk,” kata baginda mengenai perjalanan di dalam pedati emas seberat 4 tan dari Istana Buckingham ke Westminster Abbey, iaitu tempat raja-raja monarki Inggeris dimahkotakan sejak tahun 1066.

“Ia hanya berlapik material kulit, sangat tidak selesa,” kata baginda.

Elizabeth, kini 91 tahun, cuma berumur 25 tahun ketika menjadi ratu, setelah kemangkatan ayahandanya George VI pada 1952. Kemahkotaan tersebut berlangsung pada tahun berikutnya.

“Ia suatu permulaan kehidupan seseorang yang berdaulat. Ia seperti satu pertunjukan kesatriaan yang dilakukan mengikut istiadat lama. Saya pernah menyaksikan istiadat seumpamanya (ayahanda baginda pada 1937), dan saya pula dimahkotakan dalam satu istiadat lain. Itu luar biasa,” kata Elizabeth.

Menyingkap memori peribadi baginda, Elizabeth juga mendedahkan betapa baginda bersusah-payah menyarungkan persalinan diraja, yang diperbuat daripada sutera bersulamkan mutiara, serta benag emas dan perak.

“Saya teringat pada satu masa ketika hendak berjalan atas permaidani, saya tidak boleh bergerak langsung!”

Ratu Elizabeth membuka cerita tentang pengalaman baginda dimahkotakan sebagai Ratu. - Reuters

Putera Charles sebelum ini pernah bercerita tentang pengalaman bondanya berlatih memakai Mahkota St. Edward yang seberat 2.2 kilogram tersebut ketika memandikan Charles.

Elizabeth memakai dua mahkota dalam istiadat itu – Mahkota St Edward, dan juga Mahkota Diraja ‘Imperial State’ yang bertatahkan berlian, seperti yang dikenakan ketika ke upacara rasmi seperti pembukaan Parlimen atau ketika membacakan ucapan dasar-dasar negara.

“Anda tidak boleh memandang ke bawah untuk membaca ucapan, anda perlu meninggikan kertas ucapan. Kerana jika anda berbuat demikian, tengkuk boleh patah dan mahkota akan tertanggal.

“Maka, ada beberapa kelemahan jika memakai mahkota. Namun selain daripada itu, ia adalah sesuatu yang penting,” kata Elizabeth tersenyum.

Elizabeth sebelum ini tidak pernah bersetuju untuk membuat temu bual rasmi sepanjang baginda bertakhta. Dalam dokumentari eksklusif BBC itu, baginda menceritakan pengalaman baginda di hadapan pakar istiadat kemahkotaan, Alastair Bruce.



Source link

read more

Meghan Markle jadi tarikan sambutan Krismas keluarga diraja Britain


SANDRINGHAM: Ratu Elizabeth II dan keluarga diraja Britain menghadiri sambutan Krismas di gereja berdekatan Sandringham House di Norfolk.

Turut hadir dan tentunya mendapat perhatian penduduk tempatan adalah tunang Putera Harry, Meghan Markle.

Markle turut mengambil peluang untuk bertemu dan beramah mesra dengan penduduk tempatan selepas selesai sambutan tersebut.

Sandringham House adalah kediaman yang selalu menjadi tumpuan keluarga diraja Britain untuk menyambut Krismas.

Keluarga diraja UK termasuk tunang Putera Harry, Meghan Markle turut hadir ke sambutan Krismas di gereja berdekatan Sandringham House (foto: AP Photo/Alastair Grant)
Ratu Elizabeth II ditemani Putera Philip dan keluarga diraja lain termasuk Duke dan Duchess of Cambridge, Putera William dan isteri, Catherine, yang hamil dengan anak ketiga.

Agensi berita The Associated Press melaporkan lebih ramai penduduk tempatan keluar untuk menyambut keluarga diraja Britain itu pada tahun ini.

Ratu Elizabeth II dan Putera Philip tidak hadir ke sambutan di gereja itu pada tahun lepas susulan demam.

Keluarga diraja UK termasuk tunang Putera Harry, Meghan Markle turut hadir ke sambutan Krismas di gereja berdekatan Sandringham House (foto: AP Photo/Alastair Grant)
Dalam ucapan hari Krismas tahun ini, Ratu Elizabeth II memuji semangat yang ditunjukkan mangsa yang terselamat dalam serangan pengganas di Manchester, bangunan parlimen UK di London dan London Bridge.



Source link

read more

Perkahwinan diraja Britain Siapa pengapit Meghan Markle



MAJLIS perkahwinan diraja yang ditunggu-tunggu bagi mengikat tali percintaan di antara Putera Harry dan pasangan pilihannya, aktres Amerika Syarikat, Meghan Markle bakal berlangsung tahun depan.

Menurut sumber yang dipetik E! News, Harry dikatakan sudah memohon kebenaran agar abangnya Putera William, menjadi pengapitnya pada majlis yang dijadual berlangsung pada Mei tahun hadapan di Istana Windsor.

Selain William dan isterinya Kate Middleton, anak-anak mereka Putera George dan Puteri Charlotte juga dikatakan akan menjadi individu penting pada majlis itu nanti.

Persoalannya, siapa pula yang bakal menjadi pengapit pengantin perempuan?

Apa yang pasti, Middleton bukan calon yang sesuai. 

Memandangkan Duchess of Cambridge itu sudah berkahwin, ia menjadikan beliau kurang sesuai ekoran tugasan sebagai pengapit, secara tradisinya, khusus buat wanita bujang.

Selain itu, Middleton yang juga sedang hamil anak ketiga bakal melahirkan anak pada April depan, beberapa minggu sebelum upacara perkahwinan diraja itu.

Justeru, pengapit Markle masih menjadi tanda tanya.

Namun, ada spekulasi yang mengatakan kemungkinan bintang tenis dunia, Serena Williams, pelakon Bollywoood, Priyanka Chopra, atau rakan-rakan pelakon Hollywood lain, malah Puteri Charlotte sendiri boleh jadi pengapit Markle.



Source link

read more

Mangsa sindiket guna nama persatuan kerabat diraja diminta lapor polis – Jenayah


KUALA LUMPUR 22 Nov. – Presiden Persatuan Kerabat Perdana Malaysia, Tunku Maulay Idris Hussain Tunku Faisal meminta mereka yang pernah menjadi mangsa sindiket yang menggunakan nama persatuan tersebut supaya tampil membuat laporan polis.

Beliau yang hanya mengetahui kewujudan sindiket tersebut pada September lalu berkata, walaupun laporan polis dari pihaknya telah dibuat, namun mangsa yang ditipu perlu tampil bagi membantu pihak polis melengkapkan siasatan.

“Saya telah membuat laporan polis pada 6 September lalu di Seremban, dan sekarang mangsa juga perlu bertindak sama supaya tindakan dapat diambil terhadap sindiket tersebut.

“Kita tidak mahu mereka (sindiket) ini berterusan menipu orang ramai dengan menggunakan nama persatuan ini,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Terdahulu, akhbar The Star melaporkan seorang lelaki yang mendakwa dirinya pembantu kepada Ahli Parlimen Batu, Tian Chua dipercayai menggunakan nama NGO tersebut untuk mengeluarkan surat kuasa palsu bertujuan untuk mengaut keuntungan dengan menjual keahlian dan lambang palsu.

Menurut akhbar tersebut, lelaki itu mengedarkan kad nama yang menggambarkan dirinya sebagai pembantu Tian Chua dan juga bekas pembantu Menteri Besar Selangor.

Bagaimanapun, Tian Chua menafikan dakwaan lelaki itu.

Tunku Maulay menegaskan, beliau tidak pernah mengeluarkan apa-apa surat kuasa kepada mana-mana pihak lebih-lebih lagi bagi mengutip ‘yuran pendaftaran’ seperti dilakukan sindiket tersebut. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Muzium Hidup Sarawak gamit pasangan diraja Britain



KUCHING: Ketenangan suasana nyaman dan damai di Kampung Budaya Sarawak (SCV) berubah berbanding hari biasa apabila ‘Muzium Hidup’ di kaki bukit Gunung Santubong itu buat julung kali menerima kunjungan tetamu yang sangat istimewa dari Britain.

Pasangan diraja, Putera Charles dan isteri baginda, Camilla dapat melihat kepelbagaian etnik Sarawak secara dekat apabila menjejak kaki di perkampungan yang terletak kira-kira 35km dari sini, hari ini.

Suasana amat berbeza sekali bagi warga SCV apabila Putera Wales dan Duchess of Cornwall, diiringi oleh Menteri Pengiring, Datuk Seri S.K. Devamany, yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana, dan Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah tiba pada jam 2.30 petang.

Sebaik tiba, rombongan diraja Britain itu disambut oleh Pengerusi Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC), Tan Sri Abdul Aziz Hussain, Pengurus Besar SCV, Jane Lian Labang sebelum disajikan dengan persembahan tarian oleh penari SCV yang berpakaian tradisional berwarna-warni.

Pasangan diraja itu kemudian berjalan di laluan kayu untuk menerokai landskap kampung yang ditawarkan di situ dengan harapan baginda berdua dapat berkongsi pengalaman Sarawak dengan dunia luar dengan semuanya dalam tempoh sehari.

Persinggahan pertama baginda berdua adalah Rumah Iban atau rumah panjang Iban bagi mengamati suasana pemandangan dalaman rumah tradisional suku etnik terbesar di Bumi Kenyalang.

Keunikan kediaman rumah panjang dan menjadi adat untuk pengunjung disambut oleh gadis dan pemuda rumah panjang melakukan tarian tradisional serta memainkan alat muzik ‘gong’ sebagai tanda ‘selamat datang’ ke kediaman mereka.

Putera Charles kemudian mengadakan sesi dialog tertutup dengan enam pemimpin komuniti dari suku kaum Bidayuh, Iban, Orang Ulu, Melanau, Cina dan Melayu di Persada Alam manakala Camilla pergi ke Dewan Lagenda untuk menyaksikan pameran kraftangan tempatan.

Sesi tersebut memakan masa 15 minit sebelum pasangan diraja itu pergi ke Rumah Penan dengan Putera Charles begitu teruja apabila mencuba kemahiran baginda menggunakan sumpitan.

Baginda berdua kemudian dibawa ke tasik berhampiran di tengah-tengah perkampungan itu untuk pengalaman menaiki rakit buluh yang menjadi mod pengangkutan harian bagi penduduk di kawasan terpencil di negeri itu.

Pasangan diraja itu kemudian meninggalkan SCV pada jam 3.40 petang untuk meneruskan lawatan di bandaraya Kuching sebelum berlepas ke Pulau Pinang.

— BERNAMA



Source link

read more

Wujud unsur dakyah perlekeh insitusi Diraja – Zambry



KUALA KANGSAR: Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir hari ini berkata wujud unsur dakyah yang memperlekehkan keutuhan institusi kesultanan di negara ini.

Beliau berkata berkata penghinaan yang dibuat terhadap institusi kesultanan itu dibayangi dan diwarnai siasah yang melampau dalam cubaan untuk memansuhkan institusi raja-raja daripada pemerintahan.

“Sehubungan itu, pentadbiran patik serta seluruh jajarannya akan mempertahankan kemuliaan dan pemerintahan Perak Darul Ridzuan yang bersultan sesuai dengan pegangan Negeri Bersultan, Rakyat Beraja,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sembah ucapan bersempena ulang tahun Hari Keputeraan ke-61 Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah di Istana Iskandariah di sini, pada Ahad.

Dalam ucapannya, Zambry berkata sepanjang lima tahun kebelakangan ini, pelbagai pencapaian dan pembangunan ikthisas berjaya diraih seiring dengan pertumbuhan negeri iaitu pada kadar 4.1 peratus bagi tahun 2016.

Beliau berkata antara pencapaian itu termasuk pembangunan 40,000 unit rumah mampu milik melalui kerajaan dan swasta, peluang pekerjaan kepada anak negeri melalui program pemadanan kerja Pusat Kerjaya Amanjaya (PeKA) dan program dermasiswa yang membantu golongan berpendapatan rendah melanjutkan pelajaran di peringkat lebih tinggi.

“Pertama kali juga dalam sejarah pentadbiran negeri ini, apabila 15 daripada 20 agensi negeri dikurniakan taraf lima bintang, iaitu tahap kecekapan pentadbiran tertinggi dalam perkhidmatan awam.

Bagi memastikan prinsip keterangkuman dilaksanakan dalam negeri, Dewan Belia Negeri dan Majlis Perundingan Mahasiswa menjadi pentas buat anak muda mencerna idea dan melontarkan cadangan untuk memperkasakan negeri.

“Selain itu, melalui Dialog Pangkor juga, kalangan ilmuan dan berkepakaran dihimpunkan Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) sebagai antara forum yang membicarakan Matlamat Pembangunan Mapan di dunia,” katanya

– BERNAMA



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons