Farid Kamil direman empat hari


13faridff.transformedMO, 12/1/2018, KUALA LUMPUR – Pelakon dan pengarah filem, Datuk Farid Kamil Zahari yang dipercayai menampar seorang anggota polis trafik dan menendang dua orang awam, ditahan reman selama empat hari, bermula hari ini.

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan Majistret Zaki Asyraf Zubir terhadap pelakon berusia 37 tahun itu, bagi membolehkan siasatan dibuat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan; Seksyen 90 Akta Polis; Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 353 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, Farid yang memakai baju lokap ungu tiba di Kompleks Mahkamah Petaling Jaya dengan menaiki trak polis kira-kira jam 10 pagi, sebelum diiiringi anggota polis ke kamar mahkamah pada jam 10.35 pagi untuk prosiding reman.

Kira-kira 15 minit kemudian, suami kepada pelakon, Datin Diana Danielle, 27, dibawa keluar dari kamar mahkamah pada jam 10.50 pagi.

Turut kelihatan berada di kompleks mahkamah, adiknya, Fadzil Zahari yang juga suami kepada pelakon Yana Samsudin.

Dalam kejadian pada jam 1.20 tengah hari semalam, pelakon terbabit dilaporkan ke balai polis berkenaan untuk membuat laporan berkaitan kemalangan jalan raya.

Ketika berurusan di kaunter terbabit, pelakon berkenaan secara tiba-tiba menampar muka petugas lelaki yang menerima aduan itu, disaksikan beberapa anggota lain dan orang awam.

Selain mencederakan polis yang berusia 24 tahun, dia dipercayai menendang dua orang awam di tempat sama.

Difahamkan, sebelum kejadian tercetus di balai polis itu, beliau dikatakan menahan sebuah kereta yang dinaiki oleh seorang lelaki berusia 34 tahun, di tepi jalan berhampiran pusat beli-belah Tropicana di sini, kira-kira jam 12.30 tengah hari.



Source link

read more

Rasuah : Jurulatih bola sepak direman lima hari – Mahkamah


RASAH 6 Jan. – Seorang jurulatih bola sepak ditahan reman selama lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes mengatur satu perlawanan dalam Liga Bola Sepak Rakyat (LBR) pada November tahun lalu.

Perintah reman dikeluarkan Majistret Mahkamah Khas Reman, Rahimah Rahim selepas menerima permohonan Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Mohd. Khairi Abdul Karim di sini pagi ini. 


Lelaki berusia 40 tahun itu tiba mahkamah pada pukul 10 pagi dan diwakili peguam, Aina Nadirah Mohd. Yusof. 


Lelaki iti ditahan di pejabat SPRM negeri di Seremban selepas hadir memberi keterangan pada pukul 3 petang semalam. 


Akhbar hari ini melaporkan seorang jurulatih pasukan dari Tampin ditahan selepas disyaki memberi wang kepada 18 pemain dan tujuh kakitangan pasukan kendaliannya supaya tewas dalam perlawanan dengan pasukan Kuala Pilah TGI United dalam LBR pada 25 November lalu. 


Kes disiasat di bawah Seksyen 16 (b) (A) Akta SPRM 2009. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Pemandu lori terbabit kemalangan maut lima kenderaan akan direman



PORT DICKSON: Pemandu lori yang terlibat dalam kemalangan maut membabitkan lima kenderaan di simpang tiga Jalan Lukut-Sepang di sini pada Rabu akan direman pagi ini.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Supt Zainudin Ahmad berkata pemandu berusia 54 tahun itu akan direman di Mahkamah Majistret Port Dickson.

“Lelaki berkenaan telah hadir menyerah diri di bahagian trafik IPD (Ibu Pejabat Polis Daerah) Port Dickson,” katanya.

Dalam kejadian pada 2.30 petang semalam, empat warga Singapura maut dan lima cedera dalam kemalangan membabitkan tiga kereta, sebuah lori dan sebuah motosikal.

Menurut Zainudin, empat yang maut ialah penumpang kereta jenis Honda Stream dikenal pasti sebagai Rosli Samad, 54, Maimunah Sapari, 51,  Dayana Sarah Rosli, 18 dan Nor Amalina Rosli, 21.

“Kesemua mangsa beralamat di Singapura. Bedah  siasat akan dilakukan esok,” katanya.

Katanya, siasatan awal mendapati lori dari arah Sepang itu telah melanggar sebuah motosikal sebelum terbabas ke laluan bertentangan dan merempuh tiga lagi kenderaan iaitu Honda Stream, Mercedes dan Perodua Myvi.

“Lima yang cedera ialah pemandu tiga kereta, penunggang motosikal dan pemandu lori berkenaan,” katanya.

Beliau berkata kesemua mangsa yang maut dan cedera dihantar ke Hospital Port Dickson untuk bedah siasat dan rawatan.



Source link

read more

Kes tikam langgar Tiga wanita antara lapan direman



JOHOR BAHRU: Tiga wanita antara lapan suspek yang direman hari ini di Mahkamah Majistret Johor Bahru bagi membantu siasatan kes pembunuhan seorang ahli kongsi gelap di sebuah stesen minyak Taman Pelangi , Ahad lalu.

Kesemua suspek ditahan reman selama tujuh hari, selepas Penolong Kanan Pendaftar, Mohd Farid Nazzrin Ahmad membenarkan permohonan polis.

Ia sekali gus menjadikan jumlah suspek yang ditahan reman bagi disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan sehingga kini, seramai 14 orang.

Semalam Mahkamah Majistret di sini turut membenarkan permohonan reman selama tujuh hari terhadap enam suspek termasuk seorang wanita bagi membantu siasatan kes terbabit.



Source link

read more

Seminggu dijadikan hamba seks tujuh suspek direman



SUNGAI PETANI: Tujuh suspek telah direman bagi membantu siasatan kes culik, kurung dan rogol melibatkan seorang remaja perempuan berusia 17 tahun di sebuah rumah di Kuala Sungai Yan, Kedah pada Khamis.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, SAC Mior Farid Al Atrash Wahid berkata, suspek utama berusia 50-an itu direman seminggu sehingga 28 Disember ini manakala enam lagi lelaki berusia 20-an direman empat hari sehingga 25 Disember ini.

Menurutnya, siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 343 Kanun Keseksaan dan 376 akta sama.

Remaja perempuan berkenaan dipercayai telah diculik, dikurung dan dirogol sejak seminggu lalu sebelum berjaya diselamatkan polis, kira-kira jam 6 pagi semalam.

BACA: Diculik, dikurung, dirogol selama seminggu

Mangsa telah dikurung di sebuah stor di rumah itu selama seminggu dan hasil temubual dengan remaja terbabit mendapati dia turut dirogol suspek utama beberapa kali.

Menurut polis, suspek utama juga memiliki 33 rekod jenayah lampau dan merupakan orang dikehendaki bagi kes samun, kurungan salah, dadah, memiliki senjata berbahaya dan ugutan jenayah.



Source link

read more

Suspek pukul pemandu ambulans direman



TAIPING: Tiga suspek lelaki yang dipercayai membelasah seorang pemandu ambulans Isnin lalu telah ditahan direman bermula hari ini sehingga 22 Dis.

Pemangku Ketua Polis Daerah Taiping, Supt Razlam Ab Hamid berkata, ketiga-tiga suspek berusia di antara 17 hingga 20 tahun itu diserahkan oleh keluarga mereka di Ibu Pejabat Daerah Polis di sini pada lewat malam semalam.

“Dua suspek bekerja dan seorang lagi merupakan pelajar sekolah di Bagan Serai.

“Kita masih lagi dalam tindakan untuk mengesan suspek lain dan siasatan lanjut akan dilaksanakan,” ujarnya.

Dalam kejadian awal pagi Isnin itu, seorang pemandu ambulans menerima empat jahitan di bahagian kening selepas dibelasah sekumpulan mat rempit berdekatan Plaza Tol Kamunting arah utara.

Ia dipercayai mangsa dipukul gara-gara menegur sekumpulan remaja terbabit yang berlumba di lebuhraya PLUS.

Kes disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan.

BACA: Tiga mat rempit belasah pemandu ambulans dikenal pasti – Polis



Source link

read more

Jamal Yunos direman dua hari



KUALA LUMPUR: Ketua UMNO Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Yunos ditahan reman dua hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung dakwaan mengancam ahli DAP, Datuk Zaid Ibrahim.

Perintah reman itu diberikan oleh Majistret Umzarul An Nur Umar, di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, selepas mendapatkan permohonan dari pihak polis.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Shaharuddin Abdullah mengesahkan penahanan reman itu.

Pengerusi Gabungan NGO Malaysia itu disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja mengaibkan dengan niat hendak memecahkan keamanan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil.

Jamal ditahan kira-kira 9 malam oleh sepasukan pegawai polis dari Polis Kontinjen Kuala Lumpur selepas selesai ucapan pengulungan Perhimpunan Agung UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).



Source link

read more

Bekas Ketua Polis Daerah direman bantu siasatan kes rasuah – Jenayah


IPOH 8 Dis. – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Perak menahan reman bekas Ketua Polis Daerah Taiping berpangkat Asisten Komisioner bagi membantu siasatan menyalahgunakan kedudukan serta menerima rasuah sebanyak RM70,000 daripada seorang ahli perniagaan wanita untuk majlis perkahwinan anaknya pada Februari lalu.

Pegawai polis berusia 59 tahun yang kini bertugas di Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak, ditahan di pejabat SPRM Perak kira-kira pukul 7.30 malam ini ketika hadir untuk memberikan keterangan.

Turut ditahan ialah isterinya berusia 54 tahun dan ahli perniagaan tersebut berusia 34 tahun.

Menurut sumber, ahli perniagaan berkenaan yang disyaki mempunyai kepentingan dengan pegawai polis tersebut, telah memasukkan wang melalui dua transaksi iaitu RM20,000 dan RM50,000 melalui akaun bank milik isterinya.

Susulan tangkapan itu, penggeledahan telah dibuat di rumah pegawai polis tersebut dan pasukan penyiasat SPRM telah menemukan wang tunai berjumlah hampir RM1 juta dalam kotak kasut dan peti besi beserta barang kemas.

Pengarah Kanan Jabatan Siasatan SPRM, Datuk Simi Abdul Ghani ketika dihubungi mengesahkan tangkapan berkenaan.

Menurutnya, ketiga-tiga suspek direman selama lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 16 (a) (A) Akta SPRM 2009. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Lombong pasir haram Anak saudara pemimpin parti politik antara 4 direman



PUTRAJAYA : Empat individu termasuk anak saudara kepada timbalan presiden sebuah parti politik direman tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung kegiatan perlombongan pasir dan batu haram di Kajang, Selangor pada 2014.

Perintah reman dikeluarkan Majistret Ainna Sherina Saipolamin bermula hari ini sehingga 6 Disember bagi membolehkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melakukan siastan lanjut.

Mereka yang direman membabitkan dua pengarah syarikat, seorang pekerja syarikat pengiklanan dan seorang pengurus tapak.

Difahamkan, syarikat perlombongan itu dikatakan memberi rasuah terhadap penguat kuasa tempatan supaya tidak mengambil tindakan terhadap kegiatan terbabit.

SPRM turut membekukan beberapa akaun syarikat bernilai RM4 juta. 

Semalam, SPRM menahan empat individu selepas mendapat maklumat daripada orang awam berhubung kegiatan curi pasir di kawasan berkenaan sejak beberapa tahun lalu.

Sementara itu, pejabat Menteri Besar Selangor dalam kenyataan memaklumkan pihaknya mengalu-alukan siasatan yang mengikut lunas undang-undang tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak tertinggi yang berkepentingan.

“Kerajaan negeri Selangor tuntas berpegang kepada prinsip kebertanggungjawaban dan ketelusan dalam semua proses perolehan kerajaan bagi menjamin kepentingan rakyat dan negeri Selangor,” kata kenyataan itu.



Source link

read more

Suspek baling bom molotov di surau Damansara Damai direman



PETALING JAYA: Dua lelaki yang dipercayai membaling bom petrol atau ‘molotov cocktail’ ke dalam kawasan surau di Damansara Damai, Petaling Jaya, Ahad lalu ditahan reman selama seminggu bermula hari ini.

Perintah reman itu dikeluarkan Mahkamah Majistret Petaling Jaya tengah hari tadi.

Terdahulu kedua-dua suspek itu ditangkap oleh polis pada jam 3 pagi tadi.

Suspek direman bagi membolehkan siasatan lanjut dilakukan mengikut seksyen 435 Kanun Keseksaan.

Dalam kejadian 6.50 pagi Ahad lepas, jemaah Surau Al-Huda gempar apabila pintu masuk surau berkenaan terbakar dipercayai akibat dilontar bom petrol.

Ketika itu, terdapat 20 jemaah baru selesai menunaikan solat subuh, sebelum menyedari pintu masuk surau itu dijilat api.

Ahli jawatankuasa surau berkata, kejadian disedari seorang jemaah yang ingin pulang ke rumah selepas selesai bersolat.

Saksi itu kemudian memanggil jemaah lain sebelum memadamkan kebakaran.

Bom petrol yang dibaling bagaimanpun tidak meletup.



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons