PEMAIN POLITIK DAPigs SEKADAR NAK SELAMATKAN DIRI!!! ~ SEMUT HITAM


Kesian dengan nasib yang menimpa Si Zaid Al Araki ni apabila dia dibiarkan terhegeh – hegeh keseorangan berlaku biadap terhadap titah yang dikeluarkan oleh KDYMM Sultan Selangor.

Kebiadapan Si Zaid Al Araki itu hanya disambut oleh Pengerusi PPBM apabila bekas Perdana Menteri itu menghina Institusi Raja – Raja Melayu dengan memulangkan pingat kebesaran yang diterimanya.

Tetapi tindakan itu tidak mampu untuk menafikan kebiadapan yang ditonjolkan oleh puak Pakatan Haprak yang jelas tidak menghormati salah satu institusi dalam Perlembagaan Negara.

Namun, apa yang pasti, tindakan pemimpin DAPigs yang mendiamkan diri dari memberikan sebarang komen itu membuktikan bahawa mereka cuba nak selamatkan diri sendiri.

Bahkan pucuk pimpinan parti itu sendiri pun tidak berani bersuara sama ada mereka menyokong atau menentang tindakan yang dilakukan oleh Zaid Al Araki itu secara terang – terangan.

Secara dasarnya, DAPigs takut jika mereka bersuara menyokong kenyataan Zaid yang membantah titah Tuanku Sultan Selangor itu secara terbuka akan membuatkan mereka terperangkap.

Malah, sekiranya tindakan itu dilakukan, sudah pasti mereka yang selama ini dilabel sebagai Anti Melayu akan teruk diserang dan dikecam secara terbuka. Mungkin itu sebab diorang takut nak bersuara.

Walaubagaimana pun, tindakan tidak bersuara itu tidak semestinya menunjukkan yang DAPigs tidak bersetuju dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Zaid Al Araki tu sebelum ini.

Sebaliknya, tidak mustahil jika pemimpin DAPigs menyokong usaha pemimpin Melayu itu dalam diam. Lagi pun, itu la gunanya orang seperti Si Zaid Al Araki tu yang boleh dikudakan oleh puak DAPigs.

Tapi, itu kalau pemimpin dikalangan puak DAPigs. Bagaimana pula pemimpin parti PPBM yang diketuai oleh Tun Mahathir itu sendiri? Kenapa mereka juga tidak berani bersuara secara terbuka?

Walhal, yang menjadi bahan kritikan ialah Pengerusi parti mereka sendiri. Maka, kenapa mereka tidak tampil untuk mempertahankan Pengerusi mereka dari menjadi bahan kritikan?

Tampak jelas tindakan yang dilakukan oleh pemimpin kedua – dua parti itu hanya untuk menjaga kepentingan Politik Peribadi mereka sendiri. Jangan kata diorang nak menjaga kebajikan rakyat. Nak menjaga maruah pemimpin parti sendiri pun diorang kecut buah kerandut!!!




Source link

read more

Individu bawa senjata untuk keselamatan diri boleh dipenjara



KUALA LUMPUR: Ramai yang menyangka menyimpan atau membawa senjata seperti pisau kecil atau kayu untuk tujuan keselamatan adalah perkara biasa tanpa menyedari perbuatan itu boleh menyebabkan mereka merengkok dalam penjara.

Seorang peguam, Faizal Rahman memberitahu Bernama, individu yang memiliki, membawa atau menyimpan senjata walaupun hanya sebilah pisau kecil tanpa sebab sah dan alasan munasabah termasuk alasan untuk melindungi diri, boleh didakwa di bawah Akta Bahan Kakisan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958, yang boleh dipenjara sehingga 10 tahun dan boleh juga disebat, jika didapati bersalah.

Faizal berkata Malaysia bukanlah sebuah negara yang kadar jenayahnya tinggi sehingga memerlukan seseorang individu itu melengkapkan diri dengan senjata apabila keluar rumah.

“Jangan beri alasan bawa senjata untuk keselamatan diri, itu tidak boleh. Negara kita bukan macam sesetengah negara luar yang tidak selamat apabila pistol boleh digunakan sewenang-wenangnya, akses pada pasukan keselamatan juga senang dan banyak, alasan membawa senjata untuk lindungi diri tidak boleh diterima,” katanya.

Faizal mengulas perkara itu susulan pelbagai pandangan umum yang mempersoalkan hukuman penjara ke atas individu yang memiliki senjata walaupun mendakwa ia untuk melindungi diri selain kebimbangan individu seperti pekebun atau tukang rumah yang terpaksa membawa pisau atau parang untuk tujuan pekerjaan.

Terbaru, pada Ogos lepas, seorang pencuci kereta dihukum penjara lima tahun dan satu sebatan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur selepas mengaku bersalah memiliki sebilah pisau pemotong daging berukuran 25 sentimeter tanpa kebenaran.

Faizal menjelaskan akta tersebut adalah perlu bagi mencegah kes jenayah bersenjata termasuk pecah rumah, samun, rompakan, peras ugut dan aktiviti kumpulan kongsi gelap.

“Namun tindakan penguatkuasaan atau sebarang penahanan individu perlu dilakukan dengan teliti agar tiada penganiayaan berlaku kepada individu yang tidak bersalah,” katanya.

Mengulas lanjut perkara itu, seorang timbalan pendakwa raya di Jabatan Peguam Negara berkata masih ramai yang tidak memahami perkara itu dan menyifatkan pihak polis dan pihak pendakwaan bertindak sewenang-wenangnya dengan menahan seseorang individu yang memiliki pisau atau senjata lain dan mendakwanya di mahkamah.

“Pihak pendakwaan tidak sewenang-wenangnya mendakwa mereka yang ada pisau atau apa-apa senjata sekiranya terdapat penjelasan yang munasabah. Sebagai contoh, seorang lelaki ditahan pada jam 3 pagi, dengan pisau rambo atau parang di hadapan Dataran Maybank.

“Sewaktu tangkapan, lelaki itu mendakwa senjata tersebut digunakan untuk ke kebun di Rawang.

“Persoalannya, apa yang lelaki itu buat di Dataran Maybank dengan pisau atau parang tersebut pada jam 3 pagi sedangkan dia sepatutnya ke Rawang?,” katanya.

Timbalan Pendakwa Raya itu berkata seseorang individu yang memiliki apa-apa senjata yang disenaraikan sebagai senjata berjadual seperti pisau, parang, pedang, kerambit, tombak, buku lima, kapak kecil dan sebagainya tanpa sebab yang sah boleh didakwa di bawah akta tersebut.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang awam untuk membawa senjata dengan tujuan yang betul dan juga tidak memberi alasan membawa senjata kononnya untuk keselamatan diri.

“Bawalah senjata dengan tujuan. Kalau kata nak pergi ke kebun hari ini barulah bawa senjata itu masuk ke dalam kereta hari ini. Bukan nak pergi kebun hari Sabtu tetapi hari Isnin sebelumnya dah simpan dalam kereta, ia boleh menimbulkan curiga kepada pihak berkuasa,” katanya.

— BERNAMA



Source link

read more

Saya takut kenapa jadi begini – Siti Sarah cuak Shuib undur diri dari Sinar.fm



MALAM ketika Siti Sarah dimasukkan ke hospital, suaminya pula, Shuib mengundurkan diri daripada stesen radio Sinar.fm serentak hari sama.

Sedih atas kejadian yang berlaku, kata Sarah dia juga terkejut apabila suaminya membuat keputusan untuk meninggalkan kerjaya yang paling disukainya.

“Saya pernah tanya Shuib, apa yang dia paling suka lakukan? Jawabnya menjadi deejay!

“Namun, tiba-tiba dia memaklumkan mahu berhenti daripada Sinar.fm. Sejujurnya ketika itu saya takut, kenapa jadi begini?

“Mesti ada something wrong somewhere…,” cerita Sarah ketika ditemui pada majlis pelancaran produk penjagaan rambut Sugardoll by NN di Flora Terrace, Kuala Lumpur baru-baru ini.

BACA: Shuib menangis, sebak umum tinggalkan Sinar.fm

Namun, Shuib menjelaskan kepada Sarah tindakan yang dilakukan demi memberikan fokus kepada bidang perniagaan yang sedang giat diceburinya.

“Keputusan yang dilakukan Shuib benar-benar mengubah dirinya. Saya lihat dia lebih bersemangat dalam Sepahtu Reunion setiap minggu kualiti kerjaya sangat memberangsangkan.

“Jadi, saya sebagai seorang isteri menyokong sahaja keputusan yang Shuib pilih dan percayakan dia sepenuhnya,” katanya.

Shuib berada di Sinar.fm untuk segmen Sepahtu Sinar bersama Jep dan Rahim sejak 30 Nov 2015 hingga 29 Nov 2017.

Teks oleh: Amri Hassan



Source link

read more

ZAID AL ARAKI NI JENIS MANUSIA TAK SEDAR DIRI!!! ~ SEMUT HITAM


Jika selama hari ini, bila DAPigs dilabelkan sebagai sebuah parti chauvanist yang Anti Islam dan Anti Ketuanan Melayu, ramai dikalangan puak Pakatan Haprak tu cuba untuk menafikannya.

Sedangkan buktinya sudah cukup jelas. Memang DAPigs parti yang tidak menerima sistem ketuanan Melayu dan mereka tidak menghormati institusi Raja – Raja Melayu secara terbuka.

Sehari selepas protes ahli UMNO yang mengutuk Zaid Ibrahim sebagai biadab, ahli DAPigs itu hari ini menjadi sasaran Sultan Selangor, yang mendakwa kenyataannya mengenai Tun Dr Mahathir Mohamad sengaja dijadikan bahan politik.

“Dia duduk di Selangor, baliklah Kelantan kalau tak setuju, buat rumah besar-besar dan tolong rakyat Kelantan. Jangan cari rezeki di Selangor.

“Saya minta Zaid Ibrahim baca dengan teliti ke­nyataan saya dan dapatkan fakta yang betul sebelum buka mulut,” tambahnya merujuk komen Zaid di Twitter,” titah Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam wawancara bersama Utusan Malaysia.

Sebelum ini, Dr Mahathir dalam ucapan di perhimpunan anjuran Pakatan Harapan di Petaling Jaya pada Oktober lalu dilihat menyindir keturunan Bugis.

Dr Mahathir dilaporkan menggelar Datuk Seri Najib Razak dengan gelaran “lanun Bugis”, sebagai menyindir perdana menteri itu yang menggelar dirinya pahlawan Bugis. Kerabat diraja Selangor merupakan keturunan Bugis.

Ia disusuli dengan kenyataan Sultan Selangor yang menggesa agar bekas Perdana Menteri yang juga merupakan pengerusi PPBM itu disiasat di bawah Undang-Undang Akta Hasutan 1948.

Dalam wawancara baru-baru ini, Sultan Selangor sekali lagi mengkritik Dr Mahathir dengan menyifatkannya pemimpin dengan “sifat inferiority complex” serta “diselubungi perasaan kebencian”.

Tiga hari lalu, Zaid dalam kiriman Twitter berkata Sultan Selangor “seharusnya lebih berhati-hati dengan kata-katanya. Tidak ada sesiapa yang kebal apabila negara terbakar,” kata Zaid.

Dalam wawancara hari ini, Sultan Sharafuddin berkata Zaid tidak perlu mengajarnya dan teguran ke atas Dr Mahathir dibuat atas kapasiti sebagai raja.

“Saya sedar, Zaid selalu mengeluarkan komen yang tidak benar dan tidak tepat mengenai saya, dari dulu. Zaid adalah seorang ahli politik serta bekas menteri dan saya faham dari dulu lagi Zaid kuat menentang institusi raja.

“Nasihat saya kepada Zaid satu sahaja, janganlah kita jadi seperti kacang lupakan kulit dan janganlah musnahkan orang Melayu. Saya percaya Zaid tahu apa yang saya maksudkan,” katanya.

Terdahulu, ahli DAPigs itu juga tampil memberikan kritikan secara terbuka terhadap cadangan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kuantan berkaitan dengan isu solat zohor secara berjemaah.

Antara lain, ahli DAPigs itu mendakwa cadangan tersebut sebagai satu langkah yang bodoh dan menganggap solat secara berjemaah ini hanya sekadar Ritual Keagamaan yang tidak mendatangkan faedah.




Source link

read more

Pelajar ditemui tidak sedarkan diri dengan kesan lebam dan birat – Polis



MELAKA: Polis sedang menyiasat punca kematian seorang pelajar lelaki tingkatan empat selepas ditemui tidak sedarkan diri di hentian bas di Ayer Keroh, Melaka, Isnin lalu.

Remaja berkenaan disahkan meninggal dunia selepas dikejarkan ke Hospital Melaka.

Sebelum ini, sebuah video tular di media sosial berhubung kejadian seorang pelajar di sebuah sekolah di Tangkak, Johor didakwa dipukul oleh bapa saudaranya kerana disyaki mencuri wang milik datuknya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka Asisten Komisioner Kamaluddin Kassim berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan berhubung kematian pelajar berkenaan bagi mengenal pasti motif kejadian.

“Pemeriksaan oleh pegawai perubatan mengesan kesan lebam dan birat di beberapa bahagian badan dan tangan mangsa.

“Ketika ditemui, mangsa lengkap berpakaian tetapi tiada pengenalan diri ditemui padanya,” katanya.

Menurutnya, kaitan video yang tular itu dengan kematian pelajar berkenaan juga dalam siasatan polis.

“Kami juga meminta kerjasama perakam video berkenaan untuk tampil bagi membantu polis dalam siasatan kes berkenaan,” katanya lagi.

Katanya, kes itu disiasat mengikut Akta 302 Kanun Keseksaan dan orang ramai diminta supaya berhenti daripada menularkan video berkenaan kerana ia masih dalam siasatan polis.

Pada Isnin lalu, seorang remaja lelaki berusia 16 tahun dihantar ke Hospital Melaka oleh dua orang awam untuk menerima rawatan kira-kira 9.45 malam.

Kedua-dua individu itu mendakwa menemui remaja malang itu dalam keadaan tidak sedarkan diri di sebuah perhentian bas, sebelum membawanya ke hospital.



Source link

read more

Wanita kanak-kanak antara 6 terbunuh dalam serangan pengebom bunuh diri



JALALABAD: Seorang pengebom bunuh diri telah menyebabkan sekurang-kurangnya enam terbunuh di Jalalabad pada Ahad, sehari selepas bandar raya Afghanistan itu digegarkan oleh letupan di stesen televisyen yang meragut dua nyawa.

Seorang wanita dan kanak-kanak adalah antara yang terkorban apabila pengebom tersebut meletupkan dirinya di atas motosikal, kata pegawai tempatan.

Sementara itu, lapan lagi cedera dalam kejadian yang berlaku di luar stadium bola sepak itu selepas berakhirnya perhimpunan penyokong Presiden Ashraf Ghani.

Tiada siapa mengaku bertanggungjawab atas serangan itu yang berlaku sehari selepas insiden pengeboman yang membunuh dua anggota agensi perisikan Afghanistan di wilayah Nangarhar, Jalalabad.

Pada Sabtu, militan melancarkan serangan roket ke atas stesen TV swasta yang mencederakan 10 orang termasuk anggota tentera.

Kumpulan militan Daish mengaku bertanggungjawab atas serangan tersebut.



Source link

read more

Bapa letup diri pada perbicaraan kes bunuh anak



NIKOPOL: Seorang bapa meletupkan diri pada perbicaraan kes bunuh anaknya di Ukraine pada Khamis.

Insiden yang berlaku di sebuah mahkamah di bandar Nikopol itu meragut dua nyawa termasuk salah seorang defendan yang dituduh membunuh anak lelaki tersebut.

Sembilan yang cedera terdiri daripada tiga defendan lain, pegawai konvoi, petugas mahkamah dan orang awam.

Kesemua mereka dikejarkan ke hospital dan dilapor berada dalam keadaan stabil.


YouTube Организация Прихист

Dalam kejadian itu, lelaki tersebut masuk ke dalam dewan ketika perbicaraan berlangsung dan menarik pin pada dua bom tangan lalu meletupkannya.

Anak kepada lelaki tersebut serta rakannya didakwa ditembak oleh defendan menggunakan senjata automatik pada 2016.

Polis wilayah Dnipropetrovsk mengeluarkan kenyataan berhubung insiden dan berkata kejadian sedang disiasat.



Source link

read more

Penjenayah perang Bosnia bunuh diri minum racun di bilik mahkamah



THE HAGUE: Seorang penjenayah perang Croat Bosnia meninggal dunia selepas menelan racun semasa perbicaraan rayuan di The Hague.

Slobodan Praljak, 72, meninggal dunia di hospital dan kawasan bilik perbicaraan kini telah diisytiharkan sebagai tempat kejadian jenayah.

Semasa kejadian bekas komander tentera Croat Bosnia itu bangun dari tempat duduknya dan menjerit dia bukan seorang penjenayah sebelum meminum cecair daripada sebuah botol.

“Saya telah minum racun,” katanya

Ini susulan keputusan mahkamah yang mengekalkan hukuman penjara 20 tahun ke atasnya.

Hakim Carmel Agius terus menggantung perbicaraan tersebut dan ambulans dipanggil.

“Jangan ambil botol itu keluar daripada bilik ini,” arah hakim itu.

Praljak dikejarkan ke hospital berdekatan dan disytiharkan telah meninggal dunia dan siasatan kini dijalankan.

Praljak dihukum penjara pada 2013 berikutan keganasan di bandar Mostar semasa perang Bosnia yang berlaku dari 1992 hingga 1995.

Dia merupakan antara enam bekas pemimpin dan ketua tentera Croat Bosnia yang dihadapkan ke Tribunal Jenayah Antarabangsa untuk bekas Yugoslavia (ICTY).

Kesemua mereka sedang menghadiri keputusan rayuan terakhir oleh mahkamah tersebut.



Source link

read more

‘Jangan tarik diri kerana saya’ – Bola Sepak


KUALA LUMPUR 29 Nov. – Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyeru pihak penaja agar tidak berhenti daripada membantu bola sepak negara sekali pun jika beliau berundur suatu hari nanti.

Menurut Tunku Mahkota Johor (TMJ) itu, mereka sepatutnya menaja demi ‘kepentingan nasional’, sambil menegaskan bola sepak adalah lebih besar berbanding dirinya.

“Saya tidak bersetuju jika saya tiada, maka penaja hendak menarik diri.

“Walaupun saya faham mana-mana individu atau syarikat yang hendak menaja, mereka mahukan ‘financial security’ (keselamatan kewangan) tetapi semua penaja perlu faham iaitu penajaan kepada bola sepak negara adalah demi ‘National Interest’ (kepentingan nasional).

“Oleh itu, walau saya ada atau tidak, mereka patut teruskan sumbangan dan membantu bola sepak tanah air. Ini kerana bola sepak tanah air adalah lebih besar dan lebih mustahak daripada saya. Ia adalah untuk rakyat.

“Apa yang kita cuba lakukan sekarang adalah memberikan semula sukan bola sepak ini kepada rakyat. Semudah itu sahaja. Tiada sifat kroni dan tiada kepentingan diri sendiri. Oleh itu, saya tidak mahu FAM mengambil satu sen pun tetapi memberi kesemua hak penyiaran kepada seluruh pasukan yang bertanding dalam negara,” katanya yang dipetik dalam Facebook rasmi FAM hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai merujuk kepada hasrat Pengerusi Ampersand Sports Sdn. Bhd., Tan Sri Vincent Lee untuk menarik diri sekiranya Tunku Ismail melepaskan jawatan Presiden FAM.

Dalam sidang akhbar di Johor Bahru semalam, Vincent secara terbuka menyuarakan hasrat untuk menarik diri sebagai agensi yang memegang hak eksklusif mencari penajaan bagi saingan Liga Malaysia seandainya TMJ melepaskan jawatannya dalam badan induk itu.

Menurut Vincent, pembabitan syarikat berkenaan untuk membantu Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP) adalah kerana yakin dengan kredibiliti dan visi TMJ yang bersungguh-sungguh mahu memajukan bola sepak tempatan.

Tunku Ismail juga menyeru semua persatuan, kelab serta penyokong bola sepak tanah air agar bersatu untuk membangunkan bola sepak negara serta skuad kebangsaan demi mencapai sasaran.

“Jika kita bersatu dan ada perpaduan, Insya-Allah kita dapat mencapai sasaran kita. Tetapi jika kita berpecah dan suka bergaduh antara satu sama lain, bola sepak negara tidak akan ke mana. Percayalah, jika kita ada perpaduan dan bersatu, banyak perkara yang akan kita capai,” katanya lagi. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Tehran gesa Arab Saudi cermin diri sebelum mahu jadikan Iran kambing hitam



TEHRAN: Iran dakwa Arab Saudi cuba menutup keburukan Riyadh dengan menimbulkan kekeruhan dalam kalangan negara-negara Arab.

Presiden Iran, Hassan Rouhani berkata Riyadh juga telah gagal dalam usahanya di Yaman dan di beberapa negara rantau itu.

Hassan berkata dengan menjadikan Iran sebagai ‘kambing hitam’ dalam segala permasalahan bukan jalan penyelesaian terbaik buat Riyadh.

“Arab Saudi perlu terlebih dahulu berusaha untuk menyelesaikan dua masalah itu sebelum mencari alasan untuk menjadikan Iran sebagai ‘kambing hitam’.

“Pertama Riyadh perlu menyedari kesilapan yang dilakukan di Qatar, Iraq, Syria dan baru-baru ini di Lubnan.

“Kedua, masalah dalam negerinya, Arab Saudi sedang menghadapi masalah dalaman,jadi mereka perlu meyelesaikan isu terbabit sebelum mencampurinya dengan urusan luar,” jelas Hassan Rouhani dalam satu temubual yang disiarkan di televisyen pada rabu.

Sebaliknya Arab Saudi digesa menyelesaikan dua isu utama itu terlebih dahulu sebelum menjadikan Iran sebagai seteru.

Kedua-dua negara kuasa besar terbabit telah bertelingkah sejak sekian lama terutama isu yang melibatkan fahaman sunni dan syiah hingga membawa kepada kemudaratan seperti di Qatar, Yaman, Syria dan Lubnan.



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons