CCTV hanya akan dipasang di sekolah bermasalah disiplin


PADANG TERAP: Pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) hanya akan dipasang di sekolah yang dikenal pasti mempunyai rekod masalah disiplin, kata Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Beliau berkata kementeriannya menyambut baik usaha pemasangan CCTV di sekolah kerana ia kini dilihat sebagai satu keperluan dalam usaha menghadapi pelbagai kemungkinan namun ia tidak akan melibatkan kesemua sekolah di negara ini.

“(Namun) CCTV ini tidak akan dipasang di keseluruhan kawasan sekolah sebaliknya hanya di tempat tertentu sahaja manakala pihak Jabatan Pendidikan Negeri atau Pejabat Pelajaran Daerah boleh berperanan dalam menentukan sekolah mana yang terlibat terutamanya yang dikenal pasti berisiko serta terdedah dengan pelbagai masalah,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan sumbangan pada Program Hari Keluarga di Kampung Baru Lembah Permai di Kuala Nerang di sini hari ini.

Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) sebelum ini menyambut baik usaha memasang kamera litar tertutup (CCTV) di sekolah namun berharap tindakan itu tidak mengganggu privasi pelajar dan guru.

Mahdzir turut mengesyorkan supaya elemen CCTV itu terkandung dalam skop kerja Perkhidmatan Kawalan Keselamatan yang terdapat di bawah kementeriannya ketika ini.

“Sebenarnya pemasangan CCTV ini boleh dilakukan tanpa perlu mengeluarkan peruntukan yang banyak kerana setiap sekolah sudah mempunyai peruntukan untuk kawalan keselamatan di sekolah.

Jadi saya berharap pemasangan CCTV ini boleh dimasukkan dalam bajet Perkhidmatan Kawalan Keselamatan supaya ianya boleh dilaksanakan tanpa perlu mengeluarkan bajet yang baharu,” katanya.

— BERNAMA



Source link

read more

Kumar miliki disiplin baik – Mirnawan



BEKAS pemain hoki negara, Datuk Mirnawan Nawawi, tidak menyangka S. Kumar didapati positif sibutramine ketika Piala Asia di Dhaka, Banglasesh, Oktober lalu.

Selain menunjukkan aksi cemerlang ketika bersama pasukan, katanya, penjaga gol skuad kebangsaan itu memiliki disiplin yang baik selama ini.

BACA: Penjaga gol hoki kebangsaan S. Kumar positif ujian doping

“Bukan saya sahaja tetapi peminat-peminat hoki tanah air turut terkejut dengan berita itu.

“Ia kerana kita tahu Kumar seorang pemain yang begitu berdisiplin, mempunyai komitmen yang tinggi, berdedikasi dan sentiasa memberi aksi terbaik semasa menyarung jersi pasukan kebangsaan,” katanya ketika dihubungi Nadi Arena, sebentar tadi.

Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (KHM), Datuk Seri Subahan Kamal, hari ini mengumumkan perkara itu sambil menjelaskan Kumar berdepan penggantungan dua tahun selepas menerima surat daripada Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH) pada Selasa lalu.

Kumar dan badan induk hoki negara itu mencapai kata sepakat untuk menerima keputusan tersebut dan menolak peluang kedua menerusi ujian sampel B, sebaliknya memilih sesi pendengaran sebagai usaha untuk membela diri.

Ditanya adakah ia keputusan tepat, Mirnawan berkata: “Mungkin dia mempunyai sebab tertentu untuk menolak ujian sampel B kerana tahun depan, skuad negara memiliki tiga kejohanan penting, iaitu Sukan Komanwel, Piala Dunia dan Sukan Asia.

“Mungkin ada nasihat diberikan bagaimana untuk menangani situasi ini. Bagi saya, saya menyokong apa sahaja keputusan yang dibuat Kumar kerana saya pasti ia untuk dirinya dan kepentingan skuad negara,” katanya.

Mirnawan turut menyeru semua pihak agar tidak membuat spekulasi, sebaliknya memberikan sokongan kepada penjaga gol itu.

“Harapan saya, kita rakyat Malaysia, terutama peminat sukan hoki, agar tidak membuat spekulasi tetapi terus menyokong Kumar untuk skuad negara,” ujarnya.



Source link

read more

ADUN DAPigs BIADAP, TAKDE DISIPLIN!!! ~ SEMUT HITAM


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Pinji dari DAP, Howard Lee Chuan How diarah keluar dewan oleh Speaker DUN Perak, Datuk S Thangasvari kerana gagal mematuhi Perintah Tetap 44 (2) DUN Perak. 

Berikutan itu, Chuan How turut digantung daripada menghadiri Sidang DUN Perak sehingga persidangan tamat petang ini. 

Thangasvari berkata, Chuan How tidak menghormati dan mengikuti arahannya ketika DUN bersidang dan menimbulkan kekecohan. 

Kekecohan berlaku selepas Chuan How mengusulkan supaya Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib (BN-Slim) dihadapkan ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan selepas didakwa mengeluarkan kata-kata kesat kepadanya ketika sesi perbahasan pada 24 November lalu. 

Selepas berbalas hujah antara ADUN BN dan pembangkang selama kira-kira 30 minit, Thangasvari kemudian memutuskan supaya Chuan How diarahkan keluar dewan. 

Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid (BN-Kamunting) turut bangun dan mengusulkan Perintah Tetap 44 (3) supaya Chuan How digantung perkhidmatannya sebagai ahli dewan sehingga dewan tamat bersidang hari ini. 

Usul berkenaan kemudian dipersetujui wakil kerajaan dan Chuan How kemudian diiringi Bentara Dewan untuk keluar dewan dan diikuti oleh semua ADUN pembangkang kecuali empat ADUN PAS.




Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons