Sindiket Penipuan Tiga rakyat Malaysia seorang warga Taiwan ditahan di Bangkok



BANGKOK: Tiga suspek rakyat Malaysia dan seorang warga Taiwan yang mempunyai kaitan dengan sindiket penipuan pusat panggilan rentas sempadan ditahan di sini hari ini berikutan serbuan bersama oleh Polis Thailand dan Kemboja di negara Indo China itu.

Polis Thailand percaya ketiga-tiga rakyat Malaysia termasuk wanita berusia 20 tahun, dan warga Taiwan itu diupah oleh sindiket tersebut untuk mengeluarkan wang daripada dua mangsa rakyat tempatan.

“Kami menemukan dua kad ATM milik kedua-dua mangsa yang membuat laporan polis baru-baru ini kerana mendakwa mereka ditipu dan mengalami kerugian berjumlah sehingga 6.19 juta Baht (RM793,000),” kata ketua pasukan petugas Thailand anti penipuan elektronik, Jen Thanisak Teerasawat hari ini.

Menurut beliau, polis juga menemukan lapan lagi kad ATM, wang tunai 232,000 Baht (RM29,743) dan beberapa mata wang asing yang lain serta lima kad SIM dari dua lelaki dan seorang wanita rakyat Malaysia masing-masing berusia 19 dan 20 tahun serta warga Taiwan berusia 34 tahun.

Empat rakyat asing itu ditahan sebagai sebahagian daripada operasi susulan operasi bersama melibatkan Polis Thailand dan Kemboja di Phnom Penh dan Sihanoukville minggu lepas apabila 26 rakyat Thailand, enam warga Taiwan dan lima rakyat Kemboja ditahan oleh pihak berkuasa.

Menurut pegawai polis Thailand berpangkat tinggi minggu lepas, 37 suspek tersebut adalah sebahagian daripada sindiket penipuan pusat panggilan yang bertanggungjawab menipu pelbagai mangsa rakyat Thailand membabitkan hampir 100 juta Baht (RM12.8 juta).

Mereka percaya sindiket penipuan rentas sempadan itu didalangi oleh rakyat Thailand, Malaysia dan Taiwan tetapi berpusat di Kemboja.

Sementara itu, Thanisak berkata, dalam tempoh dari 8 Dis tahun lepas sehingga semalam, Polis Thailand telah menahan 231 suspek yang dikehendaki kerana terlibat dalam penipuan pusat panggilan membabitkan kerugian kewangan sehingga 187 juta Baht (RM24 juta).

— BERNAMA



Source link

read more

Penghantar surat ditahan hina polis – Jenayah


KUALA LUMPUR 17 Feb. – Gara-gara tidak berpuas hati selepas disaman pihak polis, seorang penghantar surat ditahan kerana memuat naik status di laman sosial Facebook dengan tujuan menghina polis yang sedang bertugas.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner R. Munusamy berkata, suspek berusia 21 tahun itu melakukan perbuatan tersebut menerusi satu akaun Facebook yang didaftarkan atas nama ‘Amaru Din’ dan satu laporan polis telah dibuat anggota polis tersebut.

“Pengadu (anggota polis) ketika itu membuat rondaan di Pasar Borong Kuala Lumpur bersama seorang lagi anggota polis pada pukul 6.30 petang dan ternampak suspek bersama rakannya menunggang motosikal tanpa memakai topi keledar.

“Satu saman dikeluarkan pengadu dan sekitar pukul 11.45 malam, rakan pengadu memberitahu gambarnya ketika bertugas telah tular di laman sosial Facebook dengan status berbaur hinaan,” katanya.

Suspek memuat naik status tersebut dan menularkannya di laman sosial Facebook Penduduk Batu Caves/Selayang/Gombak.

Tambah R.Munusamy, susulan laporan itu, polis menahan suspek di rumahnya di Bandar Baru Selayang, Selangor kira-kira pukul 2.10 pagi tadi.

Selain tangkapan, jelasnya, polis turut merampas sebuah telefon bimbit milik suspek.

“Menerusi siasatan awal, suspek mengaku mengambil gambar semasa dia disaman dan memuat naik status di akaun Facebook miliknya kerana berasa marah dan tidak berpuas hati,” jelasnya.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Dua lelaki miliki dadah bernilai RM7,250 ditahan – Jenayah


BUKIT MERTAJAM 17 Feb. – Dua lelaki ditahan di lokasi berasingan oleh Polis Seberang Perai Tengah (SPT) kerana memiliki dadah semalam dan awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah SPT, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab. Hamid berkata, tangkapan pertama pukul 10.30 malam tadi melibatkan seorang pemandu lori berusia 49 tahun di Seberang Jaya di sini.

Katanya, lelaki itu ditahan di hadapan sebuah rumah kerana berada dalam keadaan mencurigakan dan pemeriksaan tubuh yang dilakukan anggotanya menemukan 26 plastik lutsinar disyaki ganja dan tiga papan aluminium foil disyaki Erimin 5.

“Pemeriksaan lanjut di dalam rumah suspek pula menemukan 13 papan aluminium foil disyaki Erimin 5 yang disorokkan di dalam kabinet televisyen,” katanya di sini hari ini.

Beliau memberitahu, semakan mendapati suspek memiliki tiga rekod lampau berkaitan dadah manakala jumlah keseluruhan rampasan dianggarkan bernilai RM3,150.

Sementara itu, katanya, dalam pemeriksaan rutin berhampiran Plaza Tol Perai di sini kia -kira pukul 12.05 tengah hari tadi, polis menahan seorang lelaki berusia 36 tahun yang menaiki kereta Proton Perdana.

Tambahnya, pemeriksaan badan lelaki itu tidak menemukan sebarang objek meragukan namun siasatan lanjut di dalam kereta menjumpai satu bungkusan plastk hitam mengandungi satu paket plastik lutsinar dadah disyaki heroin seberat 230.4 gram dianggarkan bernilai RM4,100.

“Sehubungan itu suspek yang memiliki lima rekod silam berkaitan dadah dan dua rekod jenayah ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya.

Beliau memberitahu, kedua -dua kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Penuntut IPT warga Yaman ditahan miliki kanabis – Jenayah


PARIT 16 Feb. – Seorang penuntut tahun akhir kejuruteraan kimia warganegara Yaman di sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) di sini ditahan kerana disyaki memiliki dadah jenis kanabis seberat 14.95 gram dalam serbuan di sebuah rumah di Bandar Universiti, Seri Iskandar dekat sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintenden Mohamad Zainal Abdullah berkata, dalam serbuan kira-kira pukul 1.35 pagi, polis merampas satu kotak rokok yang mengandungi sepeket plastik terdiri daripada ketulan mampat tumbuhan kering serta satu balutan rokok berisi daun kering disyaki dadah jenis kanabis.

Menurutnya, turut ditemukan ialah satu peralatan berbentuk bulat dan berwarna merah yang dipercayai merupakan alat untuk mengisar daun.

“Hasil ujian air kencing ke atas penuntut berusia 26 tahun itu pula mendapati suspek positif dadah jenis tetrahydrocannabinol (THC),” katanya.

Beliau berkata, suspek tidak memiliki sebarang rekod jenayah lampau dan kes disiasat di bawah Seksyen 6 dan 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Bekas Presiden Guatemala ditahan atas skandal rasuah



GUATEMALA CITY: Bekas Presiden Guatemala Alvaro Colom dan hampir seluruh bekas menteri kabinetnya ditahan, termasuk pengerusi Oxfam International, atas tuduhan berkaitan skandal rasuah melibatkan konsesi bas.

Perkara itu disahkan pendakwa raya pada Selasa.

Colom yang memegang tampuk pemerintahan dari 2008 hingga 2012 merupakan bekas presiden terbaharu yang terlibat dengan masalah undang-undang.

Pendakwa raya khas Juan Francisco Sandoval berkata, pihaknya kini sedang mempersoal dan meneliti pembelian bas awam yang diguna untuk Guatemala City.

Sandoval berkata, mereka yang ditahan berdepan dengan tuduhan penipuan dan penyelewengan.

Turut ditahan ialah bekas menteri dalam negeri dan bekas menteri kewangan, pertahanan, ekonomi, pendidikan, buruh, persekitaran, kesihatan dan sukan dan kebudayaan.

Kes kini tertumpu kepada sebuah syarikat bas awam yang dikenali sebagai Transurbano.

Kerajaan telah melelong konsesi selama 25 tahun untuk laluan bas Guatemala City dan syarikat swasta yang memenangi kontrak tersebut kemudiannya dikecualikan daripada pembayaran cukai.

Bagaimanapun, pihak pendakwaan mendakwa wujud keraguan dan ketirisan dalam proses tersebut.

Pendakwaan kes ini turut disertai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang terlibat dengan misi anti rasuah di Guatemala.



Source link

read more

Denggi dan demam panas Zarina Zainuddin ditahan di wad



PELAKON Zarina Zainuddin telah ditahan di hospital kerana mengalami demam panas yang agak tinggi semalam.

Menerusi entri di Instagram (IG), Zarina berkongsi beberapa keping gambar ketika berada di hospital.

“Malam tadi Azal temankan ibu dalam ward, ibu bangun pegi toilet dia bawakan dan dia tunggu lepas subuh baru dia tidur balik. Terima kasih Azal,” tulisnya.

Rata-rata peminat dan pengikut Instagram Zarina turut mendoakan agar dia kembali sihat dan mendapat rehat yang cukup.

“@bilis.cious: Zarina you work too hard. Jaga diri nak pakai lama. Kalau Zarina sakit seluruh keluarga akan rasainya. Ambil masa rehat semoga segera sembuh.”

“@maryana.ahmad: Penat sangat tu, rehat dulu semoga segera diberikan kesembuhan. Amin.”

“@maryk_seri: Semoga cepat sembuh dan kembali sihat seperti biasa.”

“@rozaa65nurul: Ya Allah. Apasal ni? Moga Allah permudahkan segala urusan. Mungkin dah tiba masanya untuk Zarina Zainuddin berehat sekejap. Recharge balik energy tu. Apa pun semoga  cepat sembuh ye.”

“@alongd763892: Semoga cepat sembuh dan dipermudahkan segala urusan serta dikurniakan kesihatan yang baik.”



Source link

read more

Lima ditahan dalam Op Judi Online – Jenayah


KUALA LUMPUR 10 Feb. – Polis Selangor menahan empat warga asing dan seorang lelaki tempatan dalam Op Judi Online di Seri Kembangan, Selangor.

Serbuan ke atas premis tanpa lesen pada pukul 7.50 malam itu dijalankan pasukan pegawai dan anggota Bahagian Anti Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Ibu pejabat Polis Kontinjen Selangor.

Pegawai Turus D7 Selangor, Deputi Superintenden Norhizam Bahaman berkata, dua warga asing yang ditahan adalah penjaga premis manakala tiga lagi pemain judi.

“Selain tangkapan, kita turut merampas lima unit telefon bimbit beserta wang tunai berjumlah RM67,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Norhizam, kesemua yang ditahan dibawa ke balai berdekatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 4B(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan 6(1) Akta Imigresen. – UTUSAN ONLINE

 



Source link

read more

Suami dan saudara lelaki jual buah pinggang isteri ditahan



SEORANG lelaki dan saudaranya ditahan kerana disyaki menjual buah pinggang kanan isterinya ekoran kegagalan keluarga wanita itu membayar mas kahwin berjumlah Rs 2 Lakh (RM12,000).

Pengadu yang juga isteri kepada lelaki itu, Rita Sarkar, 28 tahun dikatakan sering disiksa akibat mas kahwin selain suaminya dikatakan mengambil kesempatan atas masalah apendiks untuk mencuri buah pinggang miliknya.

“Sekitar dua tahun lalu, saya mula mengalami masalah sakit perut. Suami membawa saya ke hospital swasta di Kolkata yang mana dia dan beberapa pegawai perubatan memberitahu saya akan kembali sihat selepas membuang apendiks menerusi pembedahan,” katanya.

Namun, keadaan bertambah teruk apabila kesakitan Rita berterusan dan suaminya juga melarang wanita itu mendedahkan kepada sesiapa mengenai pembedahan di Kalkota.

“Saya juga merayu supaya membawa saya bertemu doktor bagi merawat kesakitan ini tetapi suami saya mengendahkannya,” katanya.

Bagaimanapun Rita dibawa ke Pusat Perubatan Bengal Utara oleh keluarganya kira-kira tiga bulan lalu dan terkejut apabila doktor memaklumkan buah pinggang sebelah kanannya telah ‘hilang’.

“Kini saya sedar kenapa suami melarang saya memberitahu mengenai pembedahan di Kalkota itu dan dia (suami) menjual buah pinggang saya kerana keluarga saya tidak dapat memenuhi bayaran mas kahwin,” katanya.

Rita kemudian membuat laporan polis di Balai polis Farakka di utara Bengal, suami yang merupakan seorang peniaga kain dari Lalgola.

Ekoran itu, suaminya, Biswajit Sarkar dan saudara lelakinya, Shyamal ditahan polis pada Isnin, kata Inspektor Udayshankar Roy.

Mereka didakwa di bawah Seksyen 19 dan Seksyen 21 Akta Pemerdagangan Organ Manusia dan cubaan membunuh.

Hasil soal siasat mendapati, suami mangsa mengaku menjual buah pinggang wanita itu kepada ahli perniagaan di Chhattisgarh.



Source link

read more

Parlimen ditutup dua wakil rakyat pembangkang Maldives ditahan



MALE: Pasukan keselamatan Maldives telah menutup dan mengepung Parlimen serta menahan dua wakil rakyat pembangkang negara itu susulan krisis politik melibatkan Presiden Abdulla Yameen.

Penutupan Parlimen terbabit dibuat selepas anggota pembangkang menghantar petisyen bagi mendesak pemecatan Peguam Negara dan Pendakwaraya Negara yang disifatkan bersekongkol dengan Abdulla Yameen.

Selain itu, Abdulla Yameen dikatakan telah menyalahgunakan kuasanya sebagai presiden dengan menyekat kebebasan bersuara ahli Parlimen pembangkang yang mendesak pembebasan sembilan ahli politik pembangkang yang dipenjarakan.

Dua ahli Parlimen terbabit yang ditahan pada Ahad ketika tiba di lapangan terbang Maldives adalah Abdulla Sinan dan Ilham Ahmed.

Kedua-duanya didakwa atas pertuduhan rasuah.

Sementara itu, ketua pembangkang Ibrahim Mohamed Solih, menyeru pihak polis agar segera melepaskan ahli-ahli Parlimen terbabit dan berhenti mengikuti perintah yang menyalahi undang-undang yang dibuat Abdulla Yameen.



Source link

read more

82 anggota Daesh ditahan di Turki – Luar Negara


ISTANBUL 3 Feb. – Polis Turki menahan 82 orang disyaki menjadi anggota kumpulan pengganas Daesh, 77 daripadanya adalah warga asing dalam operasi serbuan besar-besaran di sekitar ibu kota negara ini.

Menurut agensi berita tempatan, Anadolu, skuad polis antikeganasan menyasarkan suspek yang bertindak bagi pihak Daesh, pergi ke zon konflik di Syria dan Iraq serta merancang serangan di Turki.

Tambah Anadolu, serbuan polis tersebut dijalankan serentak di 16 alamat di 10 daerah ibu kota.

Bahan bukti berbentuk digital dan dokumen turut dirampas dalam serbuan berkenaan. – REUTERS



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons