Pengkorporatan kastam ditangguh – KP JKDM – Nasional


KUBANG PASU 13 Jan. – Keputusan untuk mengkorporatkan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) yang sepatutnya dilaksanakan pada bulan ini ditangguhkan sementara menanti hasil kajian yang sedang dijalankan pengurusan tertingginya.



Penswastaan kastam ditangguh - KP JKDM

Subromaniam Tholasy 

Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Subromaniam Tholasy berkata, penangguhan itu dibuat bagi memastikan sebarang tindakan diambil selepas ini benar-benar memberi manfaat kepada JKDM, rakyat serta negara.

“Setakat ini masih belum ada sebarang perubahan terhadap JKDM sehingga satu tarikh yang akan diberitahu kelak. Kami masih melakukan penilaian berhubung perkara tertentu dan melihat kesesuaian untuk melaksanakan perkara tersebut.

“Untuk itu kami akan mengunjungi beberapa negara antaranya Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia, Singapura dan Afrika Selatan bagi tujuan penilaian dan rujukan. Setelah semuanya selesai, kami akan sediakan kertas Kabinet dan kita tunggulah nanti apa hasilnya,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menyempurnakan Majlis Penganugerahan Diploma Eksekutif Pengurusan Perniagaan Ke-12 di Universiti Utara Malaysia (UUM) di sini hari ini.

Pada majlis itu seramai 50 pegawai dan kakitangan JKDM menerima diploma berkenaan yang julung-julung kali disertai oleh warga agensi kerajaan tersebut.

Mengulas lanjut katanya, pihaknya tidak mahu terburu-buru dalam melaksanakan perkara itu kerana terlalu banyak perkara yang perlu diperhalusi.

“Di Amerika Syarikat contohnya, selepas kejadian 11 September 2001, pihak kastam mereka berpecah kepada dua iaitu Perlindungan Sempadan dan Kastam (CBP) serta Agensi Penguatkuasaan Imigresen dan Kastam Persekutuan (ICE). Jadi kita sendiri perlu buat penelitian sebaik mungkin bagi mendapatkan model terbaik mengikut kesesuaian semasa.

“Sebelum ini apabila cadangan pengkorporatan kastam diumumkan, banyak cakap-cakap tidak betul mengenainya tersebar. Apa yang diperkatakan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli dalam videonya baru-baru ini mengenai pengkorporatan kastam juga semua tidak betul,” katanya.



Source link

read more

Gagal kemuka laporan perubatan, kes Cikgu Idzahril pukul murid ditangguh


WhatsApp_Image_2018-01-09_at_10.06.13_(1).jpeg.transformedMO, 9/1/2018, NIBONG TEBAL – Mahkamah Majistret Jawi di sini, hari ini, menetapkan 19 Februari depan sebagai tarikh sebutan akhir bagi kes seorang guru, Noor Idzahril Ahmad, 52, yang didakwa memukul seorang murid, pada Ogos lalu.

Majistret Hizween Azleena Othman Kamal menetapkan tarikh itu selepas pihak pendakwaan gagal mengemukakan laporan perubatan yang sepatutnya diserahkan hari ini.

Peguam Mohd Fadhly Yaacob yang mewakili Noor Idzahril berkata, pihaknya memohon kes dilepas tanpa dibebaskan berikutan pihak pendakwaan gagal menyerahkan laporan perubatan pada sebutan semula kes kali ketiga.

“Asas permohonan kami adalah Seksyen 323 Kanun Keseksaan perlu ada elemen kecederaan tetapi sehingga sekarang, pihak pendakwaan masih gagal menyerahkan laporan perubatan.

“Ini bermakna pertuduhan adalah pramatang. Justeru, kami mohon Noor Idzahril dibebas dan dilepaskan daripada pertuduhan,” katanya di perkarangan mahkamah, di sini.

Noor Idzahril yang juga guru Bahasa Inggeris di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Acheh, dihadapkan di Mahkamah Majistret Jawi pada 11 Disember lalu kerana didakwa memukul seorang murid Tahun Tiga SK Sri Sentosa pada 2 Ogos lalu.

Mengikut fakta kes, Noor Idzahril didakwa memukul murid berkenaan selepas dia berbuat bising ketika Noor Idzahril sedang mengajar di kelas bersebelahan.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan boleh dipenjara maksimum setahun atau denda sehingga RM2,000, atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Uzair Abd Munir.

Sementara itu, lebih 100 penyokong Noor Idzahril termasuk beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berhimpun secara aman di perkarangan mahkamah bagi memberikan sokongan moral kepada beliau.

Turut hadir, Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja di Dalam Perkhidmatan Awam Malaysia (CUEPACS), Datuk Azih Muda.

Azih ketika ditemui berkata, CUEPACS akan sentiasa bersama perjuangan guru untuk membela dan mendidik pelajar.

“Ini cabaran kecil yang perlu dihadapi pada era pendidikan moden. Kita harap perkara seperti ini tidak melunturkan semangat guru,” katanya.

Kisah Cikgu Noor Idzahril mendapat perhatian netizen sejak beberapa minggu lalu, termasuk Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) dan sokongan disampaikan menerusi tanda pagar #pray4cikguidzahril.



Source link

read more

Syarat ketat usaha perluas insurans perlindungan Kampungku terpaksa ditangguh



DUNGUN: Usaha memperluas insurans bencana perlindungan banjir Kampungku yang diperkenalkan di Kemaman ke seluruh negara terpaksa ditangguhkan berikutan tindakan syarikat insurans menetapkan syarat ketat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, kerajaan akan terus berunding untuk mencapai kata sepakat bagi memastikan mangsa banjir di negara ini mendapat pelindungan sewajarnya.

Menurutnya caruman insurans yang dicadangkan kerajaan menumpukan kepada kawasan berisiko demi kepentingan mangsa banjir.

Manakala katanya, syarikat insurans menetapkan beberapa syarat dengan kuota antara 50 hingga 100,000 pencarum.

“Mereka hanya bayar RM10… yang lain akan ditanggung oleh kerajaan kira-kira RM67. Kerajaan akan tanggung semua tetapi kita tidak dapat kerana syarat ketat syarikat insurans,” katanya.

Beliau ditemui selepas melawat Pusat Pemindahan Sementara Banjir di Pasir Raja, Hulu Dungun pada Selasa.

Tambah Shahidan, selain usaha memberi perlindungan insurans, kerajaan turut menyediakan bayaran wang ehsan kepada mangsa banjir dalam kadar segera.

Selain itu kata beliau, bantuan akan teris diperkasa bukan sahaja sebelum dan ketika bencana malah membabitkan tempoh pasca banjir melalui peranan kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pelbagai agensi penguat kuasa.



Source link

read more

Pelaksanaan caj VEP bagi kenderaan asing masuk ke negara ini ditangguh



KLUANG: Caj Permit Masuk Kenderaan (VEP) yang dijadual dilaksana bermula Januari depan ditangguhkan bagi penyeragaman pelaksanaan di laluan Malaysia-Singapura dan Malaysia-Thailand.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata terdapat beberapa perkara sedang diperincikan yang memerlukan sedikit masa sebelum caj bagi ken­deraan a­sing masuk ke negara ini dilaksanakan di selatan dan utara tanah air.

“VEP masih memerlukan sedikit masa kerana kita mahu pelaksanaan ini (VEP) diseragamkan di selatan dan utara. 

“Kita masih dalam usaha memastikan sempadan kita mempunyai sistem yang selari. Kita tidak mahu VEP hanya di laluan ke Singapura tetapi tidak dilaksana di laluan ke Thailand,” katanya.

Beliau yang juga Presiden MCA berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri program bersama masyarakat Paloh pada Ahad

Liow berkata VEP diyakini akan dilaksana tahun depan dan beliau akan mengumumkan tarikh pelaksanaan sistem itu selepas beberapa perkara dimuktamadkan.

— BERNAMA



Source link

read more

Blake Lively cedera penggambaran The Rhythm Section ditangguh



KUALA LUMPUR: Aktres jelita Blake Lively mengalami kecederaan di tangan di set ‘The Rhythm Section’. Perkara itu memaksa pihak produksi menghentikan seketika penggambaran filem penyiasatan itu.

Penggantungan sementara penggambaran itu diumumkan penerbit Michael G. Wilson dan Barbara Broccoli bagi pihak Paramount Pictures dan Global Road.

Lively cedera ketika melakonkan babak aksi dan kecederaannya dilaporkan serius dengan salah satu daripada jarinya patah.

Bagaimanapun, pasangan kepada pelakon Ryan Reynolds ini dijangka mampu meneruskan penggambaran dalam masa terdekat.

‘The Rhythm Section’ adalah siri pertama daripada novel Stephanie Patrick, hasil tulisan Mark Burnell.

Ia mengisahkan usaha seorang wanita membongkar kebenaran di sebalik nahas kapal terbang yang mengorbankan anggota keluarganya.

Filem arahan Reed Morano ini turut menampikan Jude Law dan dijadual ditayangkan pada 22 Februari 2019.



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons