Remaja suspek utama kes rogol ditemui mati



HARYANA: Remaja lelaki yang dinamakan suspek utama kes rogol dan bunuh di daerah Haryana, India ditemui mati.

Polis melancarkan misi pencarian besar-besaran mengesannya selepas ibu bapa mangsa rogol berusia 15 tahun mendakwa anak mereka diculik suspek.

Pencarian bagaimanapun berakhir dengan penemuan mayat suspek berusia 19 tahun dalam keadaan reput dengan beberapa kesan kecederaan di badan.

Identiti suspek disahkan ibu bapanya berdasarkan tatu di lengan.

Suspek didakwa menculik mangsa ketika dalam perjalanan pulang dari kelas tambahan.

Mayat mangsa ditemui dalam keadaan separuh bogel pada Sabtu, berhampiran tebing terusan di sebuah kampung di daerah Jind selepas dilaporkan hilang pada 9 Januari.

Pemeriksaan mendapati mangsa dirogol sehingga menyebabkan bahagian sulitnya cedera teruk, manakala beberapa organ penting badan mangsa pecah.

Polis percaya jenayah berkenaan melibatkan lebih daripada seorang suspek.

Namun penemuan satu-satunya suspek menyebabkan siasatan kes berkenaan kini buntu.

Insiden cetus kemarahan di seluruh negara, dan mengimbau semula kes rogol dan bunuh pelajar berusia 23 tahun pada 2012.

Jyoti Singh, meninggal dunia 11 hari selepas diserang enam lelaki di atas sebuah bas, susulan kecederaan teruk yang dialaminya.

Bulan lalu, satu lagi kes rogol dan bunuh melibatkan kanak-kanak berusia enam tahun berlaku di daerah Hisar, Haryana.



Source link

read more

Dibunuh sebelum dibakar mayat pengasuh rentung ditemui di taman



SEORANG pereka dan pasangannya mengaku bersalah membakar mayat seorang pengasuh warga Perancis.

Bagaimanapun kedua-dua suspek mengaku tidak bersalah atas dakwaan membunuh wanita terbabit.

Mayat itu ditemui dalam keadaan mengerikan di sebuah taman di sebuah rumah di Southfields, barat daya London, pada 20 September tahun lalu.

Polis berdepan kesukaran bagi mengenal pasti identiti mangsa kerana keadaan mayat yang rentung.

Bagaimanapun polis akhirnya berjaya mengesahkan mangsa sebagai Sophie Lionnet, 21 tahun, berasal dari Troyes, timur laut Perancis.

Memetik sumber SkyNews, Suspek Sabrina Kuider, 34, dan pasangannya Oissem Medouni, 40, dari Wimbledon Park Road, Wandsworth, selatan London mengaku membakar mayat wanita malang itu.

Kedua-duanya mengaku bersalah pada sesi pendengaran kes di Mahkamah Old Bailey pada Jumaat terhadap dakwaan cuba melupuskan mayat Lionnet dengan cara membakarnya.

Bagaimanapun kedua dua tertuduh mengaku tidak bersalah atas dakwaan membunuh pada atau sebelum tarikh mayat itu ditemui.

Kedua dua defendan bakal dibicarakan selama lima minggu bermula 19 Mac depan.



Source link

read more

Hilang pergi mengaji Zainab ditemui mati dirogol dan dibuang dalam tong sampah



MISTERI kehilangan seorang kanak-kanak perempuan berusia 7 tahun di Kasur, Pakistan terungkai selepas mayatnya ditemui dalam timbunan sampah Selasa lalu.

Paling menyedihkan apabila terdapat tanda-tanda mangsa dirogol, dicekik hingga mati sebelum jasadnya yang tidak lagi bernyawa dihumban dalam timbunan sampah.

Mangsa, dikenali sebagai Zainab Ansari hilang ketika dalam perjalanan mengaji al-Quran. Mayatnya ditemui dua kilometer daripada rumahnya.

Ini bukan pertama kerakusan sedemikian dilaporkan berlaku di Pakistan dalam tempoh tedekat. Pihak polis Kasur mengesahkan 12 kes pembunuhan hampir sama direkodkan dalam tempoh dua tahun.

Lima daripadanya disyaki dilakukan suspek yang sama yang masih gagal ditahan sehingga kini. Sampel DNA juga telah diambil daripada 90 orang suspek.

Solidariti untuk Zainab

Kematian Zainab mencetuskan bantahan penduduk setempat pada hari pengebumiannya.  Mereka kecewa dengan pihak berkuasa yang didakwa gagal menangani kes sebegini.

Rusuhan turut melibatkan kehilangan nyawa dengan dua penunjuk perasaan ditembak mati polis di luar ibu pejabat polis Kasur yang terletak hanya 20 kilometer dari Lahore.

Dalam kes melibatkan Zainab, keluarga kanak-kanak malang itu menyalahkan pihak polis yang lambat bertindak selepas laporan kehilangannya dibuat.

Rakaman kamera litar tertutup   (CCTV) yang menunjukkan pergerakan terakhir Zainab berjaya diperoleh hasil usaha sanak saudara mangsa dan bukannya pihak polis.

Rakaman yang menunjukkan seorang lelaki memimpin tangan Zainab itu disebarkan di media sosial.
Tidak hanya di Pakistan, kematian Zainab turut mendapat simpati masyarakat dunia.

Menerusi #JusticeforZainab netizen menuntut penahanan segera  penjenayah itu. Ia turut mendapat perhatian beberapa personaliti Pakistan termasuk bekas pemain kritket terkenal yang kini bergerak aktif sebagai ahli politik Imran Khan.



Source link

read more

Hilang di Sungai Kelantan Bapa masih harap anak ditemui


PASIR MAS: Seorang kanak-kanak berusia 12 tahun yang dilaporkan hilang di Sungai Kelantan di bawah jambatan salor di sini sejak Rabu lepas masih belum ditemui.

Operasi mencari mangsa, Alif Aiman yang kini memasuki hari ke tujuh gagal menemui mangsa dalam pencarian di kawasan sungai dan tebing sejauh lebih 30 kilometer.

Bapa mangsa, Mohd Adli Mohd Noor, 34 tahun yang turut serta dalam pencarian sejak hari pertama mangsa dilaporkan hilang, masih menaruh harapan anak sulungnya itu ditemui.

“Dari gerak hati sebagai ayah, mesti ada. Saya berusaha, insya-Allah, cara macam mana sekalipun saya terima ikhtiar,” katanya.

Difahamkan hari ini pihak berkuasa termasuk polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) yang menjalankan operasi mencari sejak minggu lepas telah menghentikan operasi mencari petang tadi.

BACA: Operasi mencari kanak-kanak hilang di Sungai Kelantan diteruskan

Dalam kejadian Rabu lalu, mangsa bersama beberapa orang rakannya dikatakan bermain di Tepian Sungai Kelantan di bawah jambatan salor di sini sebelum Alif dikatakan tergelincir dan jatuh ke dalam sungai.

Mangsa dihanyutkan arus deras sewaktu air sungai tersebut meningkat naik yang hingga kini jasadnya belum lagi ditemui.



Source link

read more

Sejuk ekstrem di Amerika Jerung dan penyu ditemui mati beku


CAPE COD: Untuk kali keempat dalam musim salji ini, jerung ditemui di perairan Cape Cod, Massachusetts, Amerika Syarikat (AS) – bukan dalam keadaan bebas berenang tetapi tersadai beku.

Penemuan itu menunjukkan situasi terkini yang membimbangkan di AS berikutan dilanda cuaca ekstrem, dengan kitaran musim dingin kali ini membuatkan beberapa kawasan di timur laut negara itu mencecah suhu di bawah paras beku.

Newsweek melaporkan, seorang warga tempatan membuat panggilan kecemasan ke Pusat Konservasi Jerung Putih Atlantik apabila dia menemui bangkai jerung di sebuah teluk kecil di Massachusetts.

Pusat tersebut merumuskan bahawa jerung tersebut mati mengejut akibat suhu yang menjunam secara drastik, hingga membuatkan jerung itu hilang upaya navigasi lalu terdampar mati.

Berita kematian jerung keempat itu menyusul selepas tiga ekor jerung dari spesies sama ditemui mati di Cape Cod sebelum ini.

Spesies jerung thresher itu mempunyai ciri rupa bentuk ekor yang panjang yang digunakan untuk melibas dan membunuh ikan.

Pakar haiwan itu berkata, jerung spesies tersebut tidak mempunyai kelebihan dalam menangani perubahan iklim mendadak dan tidak dapat menjana tenaga haba yang cukup dalam suhu sejuk.

“Apabila suhu menjunam dalam tempoh yang panjang, organ penting jerung itu tidak dapat berfungsi dengan baik. Jerung itu akan terkejut dan mati,” kata kenyataan pakar yang disiar Cape Cod Times.

Pihak berkuasa tempatan juga menerima laporan tentang beberapa ekor penyu yang ditemui mati dalam kesejukan musim dingin kali ini.

Terbaru dalam media sosial, tersebar gambar sekumpulan penyu yang diselamatkan di pesisiran pantai sekitar St. Joseph Peninsula, Florida, selepas ditemui dalam keadaan lemah.

“Kedua-dua haiwan itu (jerung dan penyu) akhirnya akan tersadai berdekatan pantai apabila keadaan fizikal dan persekitaran yang terlalu sejuk untuk berenang.

“Begitupun, penyu boleh mengambil nafas di permukaan air dan mempunyai sedikit kelebihan untuk bertahan dan pulih, berbanding jerung yang bernafas hanya menerusi pergerakan di dalam air.

BACA: 18 maut dalam cuaca sejuk ekstrem di timur laut Amerika Syarikat

GALERI FOTO: Amerika membeku!



Source link

read more

Pak andam ditemui mati dengan kesan darah di leher



KUALA KRAI: Mayat seorang jurusolek ditemui dengan kesan darah di leher kiri dan kanan di rumahnya di Guchil Enam,kira-kira jam 10 pagi, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Krai,Superintendan Abdullah Roning berkata, mayat Rudy Alpian Zahari,37 tahun,ditemui terbaring di atas katil sebuah rumah yang didiami bersama rakannya.

“Kematian mangsa yang juga juru solek hanya disedari rakan serumahnya setelah majikannya datang untuk mengajaknya ke sebuah sekolah untuk membuat gubahan bunga.

“Apabila rakan serumah mengejutkannya,lelaki itu tidak bangun,lalu dia memeriksa nadi dan mendapati badannya telah sejuk,” katanya.

Abdullah berkata, rakannya kemudiannya memanggil majikan mangsa untuk memeriksa nadinya sekali lagi.

“Sementara itu, temubual dengan majikannya mendapati  mangsa  mengambil sejenis produk kecantikan dalam bentuk kapsul untuk melangsingkan badan sebagai persiapan  menyertai  pertandingan ratu cantik di Thailand pada bulan Februari depan.

“Mangsa juga dipercayai telah makan pil tersebut sebanyak  tujuh botol dan  hanya makan nasi  seminggu sekali serta seringkali mengadu penat dan sakit di bahagian dada sejak mengamalkan produk jamu berkenaan,” katanya.

Abdullah berkata, hasil pemeriksaan dalam bilik mendapati terdapat kesan darah pada bantal di bawah kepala mangsa.

“Bilik tersebut dalam keadaan kemas tanpa sebarang  kesan geledah,telefon bimbit  serta beg tangan berada bersama mangsa.

“Hasil pemeriksaan  di bilik juga tidak menjumpai tali atau senjata ,polis bertindak merampas bantal dengan kesan darah serta telah di rampas dan di bawa balik ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Krai untuk siasatan lanjut,” katanya.

Beliau berkata, sehingga kini polis tidak menemui sebarang  unsur jenayah berhubung kematian mangsa.

“Bagaimanapun, kita menunggu keputusan bedah siasat ke atas  mayat mangsa yang  telah di hantar ke Hospital Kuala Krai,” katanya.



Source link

read more

Lebih 100 kucing ditemui mati reput dalam rumah pasangan warga emas



TAMPA: Pihak berkuasa tempatan Florida, Amerika Syarikat terkejut apabila menemui lebih 100 bangkai kucing yang mereput dalam sebuah kediaman yang dihuni sepasang warga emas.

Lebih menjelekkan, pihak berkuasa yang memasuki rumah Cheryl Smith dan John Ellis itu turut menemui 63 bangkai haiwan itu yang disimpan beku dalam peti sejuk.

Bangkai kucing yang selebihnya ditanam di halaman rumah.

Unit pendingin hawa di rumah tersebut juga didapati sudah tidak berfungsi lantaran tersumbat dengan bulu kucing. Keadaan itu menyebabkan Cheryl, 70 tahun, seorang bekas jururawat, dan John, 66 tahun, seorang veteran tentera, sesak nafas dalam bahang iklim Florida.

Metro UK yang memetik berita Fox melaporkan, sekumpulan pembersih yang ditugaskan untuk membantu pasangan itu juga mendapati rumah itu dipenuhi pijat, lipas, labah-labah dan semut.

Lantai rumah itu ditutup dengan tiga lapisan permaidani, namun permukaannya dikotori kencing kucing dan najis daripada tikus dan lipas.

Keadaan itu membuatkan Cheryl, yang menghidap skoliosis (sakit tulang belakang), terpaksa tidur di atas kerusi.

Media tempatan melaporkan, John pula lazimnya terpaksa tidur di atas tilam yang ‘kelihatan seperti dari lokasi jenayah’.

Ceritanya bermula daripada tabiat Cheryl dan John yang suka menyelamatkan kucing terbiar sejak tahun 1990-an, dengan niat untuk memberi tempat tinggal yang lebih baik.

Mereka bagaimanapun tidak mampu menghantar haiwan itu untuk dikembiri.

Selama bertahun-tahun, kucing-kucing itu terus membiak, hingga mencetus masalah kepada pasangan berkenaan.

Sejak pendedahan itu, pasangan tersebut telah dibantu oleh sekumpulan petugas sukarelawan khas untuk membersihkan kediaman mereka.



Source link

read more

Pelajar tingkatan satu ditemui lemas


KUALA KRAI: Seorang pelajar Tingkatan Satu Sekolah Menengah Kebangsaan Manek Urai ditemui lemas di Sungai Kampung Gajah Mati, di sini petang tadi.

Mangsa Muhamad Aiman Syafiq Baharuddin, 13 tahun sebelum itu dikatakan bermandi-manda bersama beberapa rakannya di sungai kecil di kawasan itu kira-kira pukul 3 petang Selasa.

Bagaimanpun, mangsa dikatakan dibawa arus deras akibat peningkatan air sungai sebelum lemas dan hilang.

Mayat mangsa yang ditemui diusung oleh orang ramai dan pasukan penyelamat.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Krai, Penolong Pegawai Bomba Mohamed Hanif Che Khalid, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu kira-kira pukul 3.25 petang.

Mayat mangsa yang ditemui diusung oleh orang ramai dan pasukan penyelamat.

Dalam operasi mencari dan menyelamat yang digerakkan pihaknya menemui mangsa tidak jauh dari lokasi beliau dilaporkan hilang sekitar pukul 3.44 petang.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Kuala Krai untuk bedah siasat.

Mayat mangsa yang ditemui dibawa ke Hospital Kuala Krai.



Source link

read more

Tiga sekawan mati lemas kesemua mayat ditemui



REMBAU: Dua lagi mayat mangsa lemas tragedi menjala di Sungai Pedas, Rembau, Negeri Sembilan ditemui sekitar jam 11 pagi tadi, sekaligus melengkapkan carian semua tiga jasad kanak-kanak yang lemas ketika menjala di sungai berkenaan.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri, Norazam Khamis berkata, mangsa kedua Muhamad Syafiq Rosli, 15, ditemui pada jam 10.10 pagi manakala mangsa terakhir Muhammad Alias Sadri, 15, ditemui 45 minit kemudiannya.

Kedua-dua mangsa ditemui terperangkap di kawasan dasar sungai yang pasirnya digali dengan jarak 10 meter antara satu sama lain.

“Jarak mangsa ditemui dari mangsa kedua lebih kurang tiga meter dan kita percaya kedua-dua mereka cuba selamatkan mangsa yang kita jumpai semalam kerana kedudukan mangsa tidak jauh dari satu sama lain,” jelas Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Norazam Khamis.

BACA: Seorang daripada tiga mangsa lemas di Rembau ditemukan

BACA: Tiga sekawan dipercayai lemas di Sungai Pedas

Jenazah Muhammad Iqqmal Haziq Muhammad Nozili, 12, yang merupakan murid Sekolah Kebangsaan Undang Rembau ditemui semalam dan dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) di Seremban bagi proses bedah siasat.

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Rembau, ACP Nazruel Ekram Abu Shari berkata, susulan insiden berkenaan, pihaknya akan bertemu dengan Pejabat Daerah Rembau berikutan cadangan menutup lokasi berkenaan kepada orang awam.



Source link

read more

Mayat warga emas ditemui berulat di rumahnya



BUKIT MERTAJAM: Mayat seorang gelandangan ditemui  dalam keadaan berbogel dan berulat d irumahnya dekat Berapit, Bukit Mertajam petang tadi.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Abd Hamid, melalui siasatan di lokasi kejadian, mangsa, Ooi Chin Seng, 75 tahun, ditemui mati dalam keadaan terlentang dengan dihempap tilam yang disandarkan di dinding rumah terbabit.

Polis percaya mangsa sudah meninggal dunia lebih tujuh hari berdasarkan keadaan mayat yang sudah berulat.

Siasatan awal mendapati tiada sebarang kesan kecederaan ditemui pada mangsa dan siasatan lanjut di persekitaran rumah juga tidak menemui sebarang senjata.

Bagaimanapun siasatan polis mendapati mangsa sebelum ini mempunyai tujuh rekod jenayah lampau berkaitan kes dadah dan hiburan.

Nik Ros Azhan berkata, kes berkenaan kini diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk proses bedah siasat.



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons