Siasatan kehilangan data masih diteruskan – KL & Putrajaya


KUALA LUMPUR 17 Nov. – CIMB Group Holdings Bhd berkata siasatan berhubung kehilangan pita magnetik yang mengandungi data sokongan pelanggan, masih diteruskan.

“Pada peringkat ini masih terlalu awal untuk bank membuat kenyataan lanjut mengenainya.

“Namun, kami yakin langkah-langkah keselamatan yang dipertingkat dan pengukuhan proses dalaman, akan menjamin keselamatan ‘transaksi’ pelanggan,” katanya dalam satu kenyataan sebagai respon kepada kenyataan Ketua Polis Negara (IGP), Mohamad Fuzi Harun pada Khamis bahawa kehilangan itu berpunca daripada kecuaian petugas bank.

IGP juga berkata, tidak wujud sebarang elemen sabotaj.

“Kami menegaskan bahawa data kesahihan pelanggan seperti nombor pengenalan peribadi, kata laluan, atau nombor nilai pengesan kad kredit juga selamat,” kata CIMB Group.

Pada 10.10 pagi, saham CIMB meningkat lapan sen kepada kepada RM6. – BERNAMA



Source link

read more

Program Kejar diteruskan ke Sabah Sarawak – KP SPRM



PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan meneruskan Kembara Jelajah Anti Rasuah (Kejar) di Sabah dan Sarawak tahun depan, bagi memberi kesedaran dan pendedahan mengenai usaha membanteras rasuah.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad berkata Kejar 2017 yang bermula 18 hingga 30 Sept di seluruh negara, menunjukkan keberkesanan yang luar biasa dalam mendidik segenap lapisan masyarakat untuk membenci rasuah.

Beliau berkata Kejar yang dilaksanakan sempena ulang tahun ke-50 Badan Pencegah Rasuah (BPR)/SPRM adalah program mendekati masyarakat sehingga ke akar umbi supaya SPRM digeruni perasuah.

“Mereka yang mahu lakukan rasuah dan salah guna kuasa harus gerun dan gentar kerana SPRM sangat serius dalam isu rasuah dan salah guna kuasa.

“Bermula awal tahun ini, setiap minggu ada siasatan dan tangkapan dibuat dan ia akan berterusan,” katanya pada majlis Aspirasi Kejar 2017 sempena sambutan ulang tahun Jubli Emas penubuhan SPRM, di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Datuk Seri Azam Baki dan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) Datuk Shamshun Baharin Mohd Jamil.

Dzulkifli berkata Kejar 2017 yang diadakan julung kali mengambil masa selama 13 hari berturut-turut melibatkan jarak perjalanan hampir 2,700 kilometer dan diiringi 40 motosikal berkuasa tinggi serta membabitkan 135 pegawai dan kakitangan SPRM.

Mengenai majlis Ini, Dzulkifli berkata ia dianjurkan bagi menghargai sumbangan dan jasa kepada jabatan dan agensi kerajaan, media dan pihak yang membantu secara langsung atau sebaliknya, dalam menjayakan program Kejar 2017.

Pada majlis itu, Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) antara agensi kerajaan yang menerima sijil aspirasi daripada Dzulkifli.

– BERNAMA



Source link

read more

Pemberian Dana Khas Deepavali diteruskan – Terengganu


KEMAMAN 13 Nov. – Kerajaan negeri meneruskan tradisi tahunan pemberian  Dana Khas Deepavali yang membawa lebih kemeriahan sambutan perayaan itu termasuk bagi kalangan 140 keluarga penganut Hindu di daerah ini.

Setiap keluarga menerima antara RM300 hingga RM400 di samping hamper yang disampaikan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman dalam majlis di Sekolah Kebangsaan Lembah Jabor di sini petang ini.

Pemberian dikhususkan kepada kalangan keluarga miskin, di samping warga emas, ibu tunggal serta orang kurang upaya dengan peruntukan keseluruhan sebanyak RM52,400.

Yang turut hadhir, Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Air Putih, Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar; Pengerusi MIC negeri, Dr. Dayal Krishnan dan bekas penyandang Suppiah Ramasamy ; Setiausaha, Dr. Mangaleswaran Annamalai dan Ketua MIC bahagian, Siva Kumar Sri Reman.

“Saya berharap peruntukan ini sedikit sebanyak dapat meringankan bebaan kos dalam menyambut perayaan ini. Semoga dapat menyambut perayaan ini dengan penuh cahaya kegembiraan,”ujar Ahmad Razif. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Bantuan Musim Tengkujuh diteruskan tahun depan – Nasional


ALOR SETAR 1 Nov. – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengesahkan bahawa pemberian bantuan musim tengkujuh (BMT) yang diumumkannya dalam Bajet 2017, tidak hanya diberikan pada tahun ini saja malah akan turut dinikmati golongan pekebun kecil getah pada tahun depan.

Menurut Perdana Menteri, pemberian itu sebagai tanda keprihatinan kerajaan terhadap ‘dugaan’ dialami pekebun kecil dan penoreh getah yang tidak memperoleh pendapatan pada musim tengkujuh.

“BMT yang saya umumkan dalam Bajet 2017 mula dibayar hari ini. Di Kedah, seramai 75,000 individu menerimanya dengan jumlah RM45 juta sementara di seluruh negara kira-kira 500,000 memperoleh bantuan itu dengan jumlah RM300 juta.

“Kesemua mereka akan menerima RM200 untuk tempoh tiga bulan bermula November hingga Januari. Saya nak sahkan bahawa bayaran ini akan diteruskan pada tahun depan seperti mana kita beri kepada mereka tahun ini,” katanya dalam Program Bersama Rakyat Sempena Bantuan Musim Tengkujuh Kepada Pekebun Kecil dan Penoreh Getah di Dataran Keda, di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

Operasi mencari MH370 mungkin diteruskan Januari 2018 – Nasional


KUALA LUMPUR 1 Nov.- Kerajaan akan menjalinkan kerjasama dengan China dan Australia bagi mengkaji data penilaian kawasan pencarian Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang berkeluasan kira-kira 25,000 kilometer persegi sebelum membuat keputusan menyambung operasi pencarian.

Liow Tiong Lai



Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, ketiga-tiga negara tersebut mahu memastikan ketepatan data teknikal kawasan pencarian baharu yang dikemukakan pakar dari Australia.

“Itu matlamat kami dan selepas itu pencarian boleh dilaksanakan di kawasan yang lebih terperinci mungkin merangkumi 5,000 kilometer persegi yang terletak di pinggir utara, selatan Lautan Hindi berbanding zon operasi sebelum ini.

“Kita akan terus mencari MH370, operasi mencari akan diteruskan dianggarkan pada Januari tahun depan sekiranya ketiga-tiga negara berpuas hati dengan semua syarat yang dikemukakan kepada Ocean Infinity,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Penyerahan Sumbangan Pendidikan kepada anak-anak krew MH370 dan MH17, di sini hari ini.

Dalam majlis tersebut, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menyampaikan sumbangan kepada 40 anak-anak krew pesawat yang terkorban dalam tragedi tiga tahun lalu.

Mereka masing-masing menerima sumbangan RM5,000 seorang bermula hari ini dan akan diteruskan pada setiap tiga bulan berikutnya sehingga mencapai RM40,000.

Bantuan itu disalurkan Persatuan Pendidikan ‘Flagbearer’ hasil sumbangan pelbagai syarikat swasta di negara ini.

Jelas Tiong Lai, Malaysia telah menetapkan dua syarat antaranya data penilaian pakar Australia perlu tepat dan syarat perjanjian yang dikemukakan syarikat Ocean Infinity perlu memihak kepada ketiga-tiga negara tersebut.

“Ketiga-tiga negara mahu Ocean Infinity mengendalikan operasi pencarian semula MH370 jika syarat yang dikemukakan dipersetujui syarikat berkenaan.

“Kita sudah mengadakan pertemuan dengan syarikat itu sejak September lalu untuk membuat perundingan mengenai syarat menyambung operasi pencarian MH370 di perairan Australia,” katanya. – UTUSAN ONLINE



Source link

read more

MH370 Tidak benar misi pencarian diteruskan tahun depan



KUALA LUMPUR: Laporan media asing yang mendakwa operasi pencarian pesawat MH370 akan diteruskan tahun depan adalah tidak benar, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata setakat ini, pihaknya belum memuktamadkan rundingan dengan syarikat berpangkalan di Amerika Syarikat, Ocean Infinity, dan akan terlebih dahulu meneliti pandangan daripada pakar.

“Ini kerana kita memerlukan data yang tepat untuk mengesahkan sama ada pencarian pesawat MH370 diteruskan atau sebaliknya.

“..dan jika kita yakin dengan sumber dipercayai itu, maka kita akan meneruskan misi pencarian ini,” katanya kepada pemberita pada majlis penyerahan sumbangan Persatuan Pendidikan ‘Flagbearer’, di sini hari ini.

Persatuan Pendidikan ‘Flagbearer’ menyampaikan sumbangan berjumlah RM1.6 juta kepada 40 anak-anak 23 kru pesawat MH370 dan MH17 yang terkorban, bagi membantu mereka.

Penubuhan dana itu adalah inisiatif daripada empat syarikat swasta – Eu Yan Sang, Genting Malaysia Berhad, Hap Seng Plantations dan Kuala Lumpur Kepong Berhad.

Pesawat MH370 yang membawa 239 penumpang dan kru hilang daripada radar ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac, 2014.

Australia, China dan Malaysia, yang bersama-sama menyelaras dan membiayai operasi pencarian pada Januari lepas, menggantung pencarian MH370 apabila serpihan pesawat berkenaan tidak dijumpai di kawasan pencarian 120,000 kaki persegi di selatan Lautan Hindi.

Penerbangan MH17, sebuah pesawat Boeing 777-200, pula ditembak jatuh di timur Ukraine pada 17 Julai, 2015, ketika dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur, dengan membawa 298 penumpang.

— BERNAMA



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons