Wraith Prism Diumumkan – Penyejuk CPU Terbaru AMD Dengan Sokongan Pencahayaan RGB – Amanz


Penyejuk CPU boleh dikatakan salah satu daripada komponen komputer yang cukup penting, kerana ia membantu menyejukkan CPU apabila ia menjalankan tugas-tugasnya.

Dengan kehadiran CPU AMD Ryzen generasi kedua tidak lama lagi, AMD juga memperkenalkan penyejuk CPU terbaru mereka yang dinamakan Wraith Prism yang sokongan untuk sistem pencahayaan RGB.

Dari segi rekaan, penyejuk Wraith Prism ini hadir dengan rekaan sama dengan penyejuk Wraith Max yang hadir sebelum ini. Ia mempunyai sirip penyejuk yang diperbuat daripada aluminum dan juga kipas yang mengalirkan haba dari penyejuk dengan cekap.

Kipas tersebut juga hadir dengan sistem pencahayaan RGB yang bukan sahaja boleh dikawal melalui perisian AMD Ryzen Master, tetapi juga perisian RGB yang lain seperti ASUS Aura Sync, MSI Mystic Light dan sebagainya.

Tarikh pelancaran penyejuk ini masih belum diumumkan tetapi ia berkemungkinan besar akan mula dijual bersama-sama dengan CPU AMD Ryzen generasi kedua tidak lama lagi.



Source link

read more

Senarai 157 Emoji Baru Diumumkan Oleh Unicode Untuk Tahun 2018 – Amanz


Adakah anda gemar menggunakan emoji? Sekiranya ya hidup anda pasti akan semakin menarik dengan pengumuman senarai akhir 157 emoji baru yang akan diperkenalkan tahun ini oleh Unicode. Kesemua emoji ini tersenarai di dalam Unicode Emoji 11.0.

Sebenarnya terdapat 77 emoji baru tetapi mencecah 157 apabila variasi warna diambil kira. Antara emoji baru yang akan diperkenalkan ialah kangaroo, kuih bulan, bendera lanun, kepala botak, adiwira dan badak air. Kesemua emoji baru ini dijangka diperkenalkan pada separuh tahun kedua 2018. Setakat ini terdapat 2,666 emoji di dalam senarai Unicode.



Source link

read more

Piawaian UFS 3.0 Untuk Storan Diumumkan – Lebih Pantas Dan Efisyen – Amanz


Sejumlah pengeluar peranti mudah-alih pada hari ini telah mula menggunakan storan dengan piawaian UFS 2.1 yang mana menawarkan kadar bacaan dan menulis lebih pantas berbanding dengan eMMC yang digunakan sebelum-sebelum ini.

Kini, dengan arena teknologi yang berkembang pesat, badan disebalik piawaian UFS, iaitu JEDEC telah pun mengumumkan piawaian UFS 3.0 yang baru.

UFS vs eMMC

Menurut JEDEC, melalui piawaian UFS 3.0 yang baru ini, ia menawarka kadar pindaan data mencapai dua kali ganda lebih tinggi berbanding dengan versi sebelum ini – iaitu mencapai 11.6Gbps setiap laluan. Disamping itu, piawaian ini juga memastikan ia kekal beroperasi pada kadar tenaga yang sangat efisyen.

Disamping itu, piawaian UFS 3.0 juga direkabentuk dengan fokus terhadap pasaran automotif – iaitu berkebolehan untuk beroperasi dibawah kadar suhu yang tinggi.

Buat masa ini, JEDEC masih belum mengumumkan lagi bilakah storan dengan UFS 3.0 ini akan hadir ke pasaran.



Source link

read more
Show Buttons
Hide Buttons